Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN PRASEKOLAH

TUNJANG FIZIKAL DAN ESTETIKA


SLOT 30 MINIT

Nama Kelas : Prasekolah Kreatif


Bil Murid : 25 Orang
Minggu : 9
Hari : Isnin
Tarikh : 5 Mac 2014
Masa : 9.00 – 9.30 pagi
Tema : Diri Saya
Sub Tema : Kawan saya
Fokus MI : Kinestetik

Fokus Standard : PFK 2.1 Melakukan kemahiran motor kasar lokomotor.


PFK 2.3 Melakukan kemahiran koordinasi mata dan tangan dalam perkembangan motor kasar.
Objekti/ Standartd pembelajaran:
PFK 2.1.3 Berjalan dan mengimbangi badan di atas garisan atau tali di atas lantai.
PFK 2.3.10 Membawa objek dalam sudu sambil berjalan.
Bahan Bantu Mengajar : Kun, tali skipping, bola pingpong, sudu plastik, gelung getah, gelung rotan, wisel dan laptop
Masa/ Standartd Standard Aktiviti Guru Aktiviti Murid Bahan /
Tunjang Kandungan Pembelajaran Catatan
Set Induksi Guru meminta murid beratur dan Murid beratur di luar kelas Skitle
(5 minit) berbaris di padang sekolah dalam dan menuju ke padang Speker
Aktiviti Luar barisan CD muzik

Guru meminta murid membuat


bulatan dan membuat aktiviti Murid membuat barisan dan
memanaskan badan dan membuat memulakan aktiviti
pergerakan kreatif memanaskan dengan
dengan iringan muzik mengikut guru melakukan
pelbagai aktiviti motor kasar
dan halus dengan iringan
muzik.
Langkah 1 PFK 2.3 PFK 2.3.10 Guru memberi penerangan dan Murid membawa bola ping Bola
( 7 Minit ) Melakukan Membawa objek menunjukkan demontrasi cara pong dii dalam sudu secara pingpong
kemahiran dalam sudu membawa bola ping pong di dalam individu sehingga ke garisan Sudu plastik
koordinasi mata sambil berjalan. sudu. penamat. Skittle
dan tangan Gelung rotan
dalam
perkembangan
motor kasar.
Kemahiran
motor kasar.
Langkah 2 PFK 2.3 PFK 2.3.6 Tunjuk cara oleh guru cara Murid membaling objek Gelung getah
(7Minit) Melakukan Membaling membaling objek lembut (gelung lembut ke sasaran dengan Model gajah
kemahiran objek lembut ke getah) ke sasaran menggunakan menggunakan satu tangan plastik
koordinasi mata sasaran satu tangan atau dua tangan. atau dua tangan secara
dan tangan menggunakan berkumpulan. (Murid yang
dalam satu tangan atau berjaya
perkembangan dua tangan. memasukkan
kemahiran ojek kesasaran
motor kasar. paling banyak
dikira sebagai
pemenang
Langkah 3 PFK 2.1 PFK 2.13 Tunjuk cara oleh guru cara berjalan Murid mengikut kumpulan
( 7 minit ) Melakukan Berjalan dan dan mengimbangi badan di atas yang telah diberikan Tali
kemahiran mengimbang garisan atau tali di atas lantai. melakukan aktiviti yang Kon
motor kasar badan di atas diarahkan oleh guru iaitu
lokomotor. garisan atau tali berjalan dan
di atas lantai. mengimbangibadan di atas
garisan atau tai di atas lantai.
Penutup Guru membuat senaman ringan atau Murid membuat senaman wisel
( 4 minit) “warming down” sebelum masuk ke ringan bersama guru.
kelas.
REFLEKSI

Tunjang Fizikal Dan Kreativiti merupakan aktiviti yang penting bagi kanak-
kanak yang belum menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus. Melentur
buluh biarlah dari rebungnya, pepatah Melayu yang sering kita dengar dan mungkin
menjadi satu panduan bagi para guru untuk mendidik murid-murid di sekolah. Tak
kurang juga betapa pentingnya ungkapan ini buat kanak-kanak dan juga murid-murid
prasekolah yang baru memasuki alam persekolahan yang sedang mengalami
perkembangan dan pertumbuhan secara perlahan-lahan. Baka, Fisiologi dan
Persekitaran yang memberangsangkan akan menjadikan kanak-kanak ini lebih
bersedia dari segi fizikal dan menjadikan mereka lebih matang dalam pelbagai
aspek.

Aspek perkembangan motor kasar dan motor halus perlu ditekankan pada
peringkat umur 5-6 tahun, kerana pada masa ini mereka baru belajar bagaimana
untuk memegang sesuatu dan bergerak dengan betul. Pelbagai koordinasi perlu
dimanipulatifkan oleh guru, agar kanak-kanak dapat menguasai perkembangan
motor kasar dan motor halus secara tidak langsung samada di dalam kelas
mahupun luar kelas.

Sesunguhnya aktiviti yang telah saya laksanakan amat penting kepada


kanak-kanak di kelas Prasekolah. Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan”
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003) perkembangan fizikal kanak-kanak boleh
dibahagikan kepada empat bahagian iaitu : kebersihan alam sekitar, keselamatan,
kesihatan dan psikomotor. Ia juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak
menggunakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti
harian. Dengan terlaksananya aktiviti ini, diharapkan objektif Falsafah Pendidikan
Kebangsaan telah tercapai dalam semua aspek (inteleks, rohani, emosi dan
jasmani).

Sebagai seorang guru Prasekolah yang dikenali sebagai pendidik selepas ibu
kandung, aspek perkemabangan fizikal seharusnya diberi perhatian. Seseorang
kanak-kanak tidak dapat berkembang dengan baik sekiranya aspek ini diabaikan.
Misalnya, seorang kanak-kanak yang cerdas dan pintar tetapi lemah dalam
kemahiran motor halus seperti kemahiran untuk memegang pensil, sudah tentu
kanak-kanak ini akan mengalami masalah pembelajaran dan akan ketinggalan di
dalam kelas. Oleh itu kanak-kanak ini perlu diberi latihan dan kemahiran motor
halus agar dapat memegang pensil dengan betul untuk menulis. Kesihatan yang
sempurna dan persekitaran yang selamat juga perlu diambil berat dan diberi
pendedahan kepada kanak-kanak.

Kepentingan lain dari aktiviti yang telah saya laksanakan yang ada hubung
kait dengan bidang kerjaya sebagai seorang guru ialah, aktiviti ini merangkumi
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) iaitu memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Melalui aktiviti
di atas pelbagai penggabungjalinan kemahiran yang terdapat di dalam tunjang-
tunjang yang diajarkan di kelas Prasekolah telah disepadukan. Melalui aktiviti ini,
kanak-kanak akan dapat mengembangkan kemahiran sosioemosi, kemahiran
berbahasa, meningkatkan kemahiran jasmani ( lomotor dan bukan lokomotor) dan
emosi serta inteleks semasa bergaul dan menjalankan aktiviti permainan kecil di
dalam tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika.

Selain itu, melalui aktiviti ini secara tidak langsung telah menjayakan tema
pembelajaran Prasekolah iaitu belajar sambil bermain. Tanpa disedari oleh kanak-
kanak ini, mereka telah mempelajari pelbagai kemahiran semasa melaksanakan
aktiviti permainan kecil secara kumpulan mahupun individu. Melalui permainan ini
juga kanak-kanak dapat menyalurkan tenaganya dan menyegarkan tubuh badan.
Bermain juga dapat menambahkan dan mengukuhkan pelbagai kemahiran
terutamanya perkembangan bahasa, sosioemosi dan fizikal mereka, seperti
menguatkan otot-otot disamping mencerdaskan minda.

Melalui aktiviti ini juga, telah mendedahkan saya tentang kepentingan


mengaplikasikan teori pembelajaran dan teori perkembangan fizikal kanak-kanak
semasa mendidik kanak-kanak di kelas Prasekolah. Mengikut teori Piajet, kanak-
kanak perlu diberi latihan yang banyak melibatkan aktiviti sensori/deria. Aktiviti yang
telah dilaksanakan telah melibatkan pelbagai kemahiran deria yang diulang-ulang
dengan harapan dapat mengukuhkan kemahiran penglihatan, pendengaran,
kepekaan anggota badan dan persepsi kanak-kanak.
Perkembangan kanak-kanak mengikut tahap-tahap tertentu dan berbeza
diantara seorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain. Teori kematangan
Robert Havinghurst menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak 0-6 tahun
dipengaruhi oleh budaya, biologi dan sosiall. Oleh itu guru haruslah mencari satu
teknik dan kaedah yang sesuai untuk membimbing dan mendidik kanak-kanak
supaya menjadi seorang murid yang pintar dan cerdas. Guru haruslah memastikan
murid bersedia secara fizikal dan mental untuk belajar satu pelajaran atau
kemahiran yang baru.

Wahananya dari aktiviti yang telah dijalankan dapatlah disimpulkan bahawa,


kanak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan aktiviti yang mengguatkan
kawalan otot-otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting di
prasekolah kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap, kanak-kanak akan
menghadapi masalah dalam menulis dan melukis, penglibatan dalam aktiviti sukan,
aktiviti motor halus dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai