Anda di halaman 1dari 4

PENDIDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH

ULUMUL HADITH TINGKATAN 4 PELAJARAN 21

HADITH MUTAWATIR [‫ ]متواتر‬DAN HADITH AHAD [‫]احاد‬

HADITH MUTAWATIR.
Bahasa: berterusan atau berturutan.
Istilah: suatu hadith yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang ramai dan mustahil
pada adat mereka berpakat melakukan PENDUSTAAN terhadap Hadith Rasulullah SAW.

SYARAT HADITH MUTAWATIR.


1. Hadith tersebut hendaklah diriwayatkan oleh perawi yang ramai [ulamak
berselisih pendapat berapa jumlah minima perawi hadith mutawatir ini].
2. Bilangan perawi yg ramai mencapai satu tahap mustahil pada adat mereka
berpakat untuk melakukan pendustaan terhadap Rasulullah SAW.
3. Jumlah perawi seimbang pada setiap Tobaqat [peringkat] sanad iaitu daripada
Tobaqat [ ] yang pertama sehingga Tobaqat terakhir.
4. Perkhabaran hadith hendaklah diterima melalui pancaindera yang lima. Contoh;
seorang perawi berkata; kami Dengar [ ] atau kami Lihat [ ]
Had bilangan minima perawi Hadith Mutawatir:
1. 4 orang
2. 5 orang
3. 20 orang
4. 40 orang

PEMBAHAGIAN HADITH MUTAWATIR.


MUTAWATIR LAFZI [‫]لفظي‬ MUTAWATIR MAKNAWI [‫]معنوي‬
Hadith mutawatir yang sama dari segi Hadith mutawatir yang sama dari segi
TAKRIF

makna dan lafaz. makna tetapi berbeza dari segi lafaznya.

 : ‫مغناءي نيب مغغكت تاغن كتيك بردعا‬

Sesiapa yang dengan sengaja mendustai aku,


CONTOH

maka bersedialah untuk menempatkan dirinya


di neraka Allah. Hadith berkaitan hal ini diriwayatkan
dengan berbagai lafaz sehingga ada
Hadith ini diriwayatkan oleh lebih 70 yang mengatakan sampai seratus lafaz
orang perawi dalam kalangan sahabat hadith.
dan diikuti bilangan yang sama atau Semuanya menceritakan bahawa nabi
lebih pada tobaqat yang lain. mengangkat tangan ketika berdoa.

Hukum beramal dengan Hadith Mutawatir:


1. Wajib beramal dan diterima sebagai hujah.
2. Hadith mutawatir Thabit secara Qat’ie [ ].
3. Hadith mutawatir ialah ilmu Dhoruri [ ] yang tidak boleh
dipertikaikan.

1
PENDIDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH
ULUMUL HADITH TINGKATAN 4 PELAJARAN 21

PENGHUJAHAN HADITH MUTAWATIR.


1. Hadith mutawatir memberi faedah ilmu Dhoruri iaitu suatu keyakinan yang wajib
diterima secara pasti [Qot’ie].
2. Semua Hadith Mutawatir diterima tanpa perlu disoal selidik terlebih dahulu
tentang kedudukan perawinya.
3. Hadith Mutawatir sebagai sumber ajaran Islam memiliki kedudukan yang lebih
tinggi berbanding Hadith Ahad.

Gerbang Ilmu:
Ulamak Hadith membuat pembahagian hadith
berdasarkan bilangan sanad dan rantaian perawi hadith
kepada dua iaitu Hadith Mutawatir dan Hadith Ahad.

HADITH AHAD [ ]
Bahasa: Ahad bermaksud SATU iaitu memberi makna apa yang diriwayatkan oleh
seorang perawi.
Istilah: Hadith yang TIDAK memenuhi Syarat Hadith Mutawatir.

Pembahagian Hadith Ahad:


1. Hadith Masyhur [‫]مشهور‬.
2. Hadith ‘Aziz [‫]عزيز‬.
3. Hadith Ghorib [‫]غريب‬.

BIL PERKARA KETERANGAN


Hadith yg diriwayatkan oleh 3 orang perawi @ lebih pada
setiap peringkat tetapi tidak sampai tahap Hadith
Mutawatir.
Contoh:
Hadith Masyhur  
1
[ ]

Sesungguhnya Allah Taala tidak menghilangkan ilmu dengan cara


mencabut ilmu daripada manusia tetapi Allah Taala menghilangkan ilmu
dengan mematikan para ulamak sehingga apabila ketiadaan Ulamak,
mereka melantik pemimpin daripada kalangan orang yang jahil…
Hadith yang diriwayatkan oleh DUA ORANG PERAWI pada
setiap peringkat.
Contoh:
2 Hadith ‘Aziz [ ]  

Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia lebih mengasihi


aku daripada kasih kepada ayahya, anaknya dan semua manusia.
Hadith Ghorib Hadith yang diriwayatkan oleh SEORANG perawi sahaja.
3 Contoh:
[ ]

2
PENDIDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH
ULUMUL HADITH TINGKATAN 4 PELAJARAN 21

BIL PERKARA KETERANGAN


 

Sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan niat dan sesungguhnya


bagi seseorang itu apa yang diniatkan…

HUKUM BERAMAL DENGAN HADITH AHAD.


1. Hadith Masyhur, ‘Aziz dan Ghorib; BOLEH beramal dan berhujjah dengan syarat
hadith tersebut mencapai tahap atau berstatus sohih dan hasan.
2. Jika hadith Ahad bertaraf Dhoif, maka tidak boleh berhujjah dengannya tetapi
masih boleh beramal mengikut syarat-syarat tertentu.
3. BOLEH BERAMAL dan berhujjah dengan Hadith Ahad TETAPI TIDAK KUFUR jika
sesiapa tidak mengamalkannya.

PENGHUJAHAN HADITH AHAD.


Hadith Ahad memberikan hukum secara nazari [‫]نظري‬, iaitu ilmu yang perlu kepada
penelitian dan pembuktian.
Aspek penerimaan Hadith Ahad terbahagi kepada dua bahagian:
MAQBUL – hadith yang diterima MARDUD – hadith yang ditolak
Hukum hadith Maqbul adalah boleh Hukum Hadith Mardud adalah tidak
dijadikan hujjah dan beramal boleh dijadikan Hujjah.
dengannya.

TINDAKAN UNTUK MENGGUNAKAN ILMU HADITH MUTAWATIR DAN HADITH AHAD SEBAGAI
PANDUAN DALAM KEHIDUPAN.
BIL SASARAN HADITH MUTAWATIR HADITH AHAD
Seseorang Islam hendaklah
Individu yang cerdik akan
menerima dan mempercayai
memastikan dan menyelidik
berita dari sumber yang
sesuatu maklumat yang diterima
1 INDIVIDU berautoriti sahaja seperti pihak
itu betul supaya tidak terjebak
kerajaan, polis dan pihak
dalam penyebaran maklumat
berwajib berbanding sumber
yang berunsurkan fitnah.
berita daripada pihak lain.
Setiap lapisan masyarakat
hendaklah bersepakat dan Anggota masyarakat perlu
bersama-sama dalam mengelakkan diri dari menjalani
2 MASYARAKAT
membuat keputusan supaya kehidupan yang berasingan
membuahkan hasil yang daripada majoriti masyarakat.
terbaik.
Kerajaan perlu mengambil kira Pihak kerajaan perlu mengambil
suara rakyat untuk membina langkah dan insiatif menyatukan
3 NEGARA Negara yang maju dan masyarakat yang berbeza agama
makmur di bawah hidayah dan kaum supaya mereka hidup
Allah Taala. aman dan sejahtera.

3
PENDIDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH
ULUMUL HADITH TINGKATAN 4 PELAJARAN 21

Anda mungkin juga menyukai