Anda di halaman 1dari 22

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN
1.1.1 Maksud Makroekonomi
1.1.2 Pengertian Pengangguran
1.1.3 Pengertian Inflasi
1.1.4 Jadual & Plot Data Graf

2.0 PERBINCANGANALIRAN PERGERAKAN DARI TAHUN 2011 HINGGA TAHUN


2018BAGI PENGANGGURAN DAN INFLASI

3.0 FAKTOR-FAKTOR DAN KESAN-KESAN PENGANGGURAN TERHADAP EKONOMI


MALAYSIA

4.0 FAKTOR-FAKTOR DAN KESAN-KESAN INFLASI TERHADAP EKONOMI


MALAYSIA

5.0 CADANGAN-CADANGAN UNTUK MENSTABILKAN KADAR PENGANGGURAN


DAN INFLASI DI MALAYSIA

6.0 RUMUSAN

7.0 RUJUKAN
1.0 PENGENALAN

1.1.1 MAKROEKONOMI

Menurut Adiwarman Karim (2014), makroekonomi merupakan satu kajian yang menyeluruh
mengenai ekonomi yang melibatkan pemboleh ubah dengan skop yang lebih luas seperti
pengeluaran dan pendapatan negara, permintaan dan penawaran agregat serta pergerakan tahap
harga umum seperti pengangguran dan inflasi.Cabang kajian ilmu makroekonomi memfokus
kepada beberapa aspek iaitu :

Mengkaji ekonomi daripada


perspektif agregat dengan
memfokus kepada prestasi
keseluruhan ekonomi dan
mempunyai hubung kait antara
pelbagai sektor.

Mengkaji dasar
yang digunakan
oleh kerajaan
Mengkaji untuk
dalam penentuan output
mempengaruhi
Cabang Kajian atau keluaran
dan menentukan
Ilmu negara dan
prestasi ekonomi
Makroekonomi pertumbuhan
negara dan
ekonomi melalui
keberkesanannya
masa.
dalam menangani
atau mengatasi
masalah ekonomi

Mengkaji masalah atau isu ekonomi seperti


kemelesetan, pengangguran, inflasi,
imbangan pembayaran, imbangan
perdagangan, kitaran perniagaan, tingkat
harga agregat, perbelanjaan kerajaan,
percukaian, penawaran wang serta kadar
pertukaran wang asing, pendapatan benar,
kadar upah dan penawaran.
1.0.2 PENGERTIAN PENGANGGURAN

Pengangguran boleh didefinisikan sebagai penduduk yang berada dalam kategori tenaga buruh
yang ingin bekerja pada kadar upah tertentu di pasaran tetapi masih belum mendapat sebarang
pekerjaan. Oleh itu, menurut Fathoni (2014),pengangguran mempunyai pelbagai maksud dan
diantaranya adalah :

Penduduk yang tidak mempunyai pekerjaan namun


sedang berusaha untuk mencari pekerjaan

Penduduk yang tidak bekerja dan sedang


mempersiapkan suatu usaha yang baru

Penduduk yang tidak berusaha untuk mencari pekerjaan


kerana merasa dirinya tidak mungkin untuk mendapat
pekerjaan

Penduduk tidak mahu mencari pekerjaan kerana mereka


telah diterima untuk bekerja dengan sesuatu organisasi
namun belum memulai bekerja.

Isu pengangguran adalah salah satu daripada isu ekonomi yang paling penting dan ianya boleh
dianalisis secara terperinci. Secara amnya, pengangguran boleh dibahagikan kepada beberapa
jenis iaitu:

JENIS
HURAIAN
PENGANGGURAN
 Disebabkan oleh ramai yang berhenti kerja untuk tujuan
menukar atau mencari pekerjaan baru yang lebih baik.
 Hanya berlaku untuk sementara waktu sahaja dan berpunca
Pengangguran Geseran
daripada penawaran.
 Disebabkan oleh kekurangan mobiliti pekerja atau kekurangan
maklumat mengenai peluang pekerjaan yang sedia ada .
Pengangguran Struktur  Wujud apabila perubahan struktur ekonomi dan menyebabkan
permintaan terhadap buruh yang tertentu telah berkurangan
berbanding dengan penawarannya dalam sesebuah negara.
 Wujud disebabkan oleh keadaan ekonomi yang turun naik
khususnya semasa ekonomi mengalami kemelesetan.
Pengangguran Kitaran  Semasa ekonomi meleset, tingkat permintaan agregat adalah
rendah dan menyebabkan firma-firma menghadapi pertambahan
stok kerana barang-barang tidak dapat dijual.

1.0.3 PENGERTIAN INFLASI

Menurut Aina (2013), inflasi merupakan suatu keadaan yang menunjukkan kenaikan tingkat
harga umum secara berterusan dalam tempoh masa tertentu. Dengan terjadinya peningkatan
harga umum, setiap unit mata wang hanya dapat digunakan untuk membeli barang dan
perkhidmatan untuk jumlah yang lebih rendah atau kurang daripada sebelumnya. Oleh itu,
inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang iaitu satu kehilangan nilai sebenar
dalam medium pertukaran dalaman dan juga merupakan unit akaun dalam sesebuah ekonomi.
Satu ukuran utama bagi inflasi harga adalah kadar inflasi iaitu perubahan peratusan tahunan di
dalam sesuatu indeks harga umum dari semasa ke semasa.

Inflasi dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :

JENIS INFLASI HURAIAN

Berpunca daripada lebihan permintaan masyarakat terhadap


Inflasi Tarikan Permintaan
barang dan perkhidmatan di pasaran.

Berpunca daripada kenaikan kos pengeluaran. Misalnya, pada


Inflasi Tolakan Kos
kenaikan upah buruh dan kenaikan bahan mentah.

Berpunca daripada kenaikan harga barang yang diimport sama


Inflasi Import
ada barang siap atau barang separuh siap.
1.0.4 JADUAL & PLOT DATA
Jadual 2.0 menunjukkan kadar pengangguran (%) dan kadar inflasi (%) pada tahun 2011 hingga
ke tahun 2018 di Malaysia

TAHUN KADAR PENGANGGURAN (%) KADAR INFLASI (%)

2011 3.09 3.17

2012 3.04 1.66

2013 3.14 2.11

2014 2.89 3.14

2015 3.10 2.10

2016 3.44 2.09

2017 3.41 3.87

2018 3.40 2.90

Diubahsuai daripada laporan ekonomi,


Tahun 2011 hingga 2017,
World Development Indicator,
Tarikh : 15 Januari 2019.

Data Kadar Pengangguran Keseluruhan Ogos 2018,


Jabatan Perangkaan Malaysia,
Tarikh : 22 Februari 2019.

Data Kadar Inflasi 2018,


Utusan Online,
Tarikh : 22 Februari 2019.
Graf 2.1 menunjukkan pergerakkan aliran bagi kadar pengangguran (%) dan kadar inflasi (%)
dari tahun 2011 ke tahun 2018 di Malaysia
Kadar Pengangguran & Kadar Inflasi
4.5
4
3.5
3
2.5
2
1.5
1
0.5
0
2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018

Kadar Pengangguran (%) Kadar Inflasi (%)

Diubahsuai daripada laporan ekonomi,


Tahun 2011 hingga 2017,
World Development Indicator,
Tarikh : 15 Januari 2019.

Data Kadar Pengangguran Keseluruhan Ogos 2018,


Jabatan Perangkaan Malaysia,
Tarikh : 22 Februari 2019.

Data Kadar Inflasi 2018,


Utusan Online,
Tarikh : 22 Februari 2019.

2.0 PERBINCANGAN BERDASARKAN ALIRAN PERGERAKAN DARI TAHUN 2011


HINGGA TAHUN 2018 BAGI PENGANGGURAN DAN INFLASI
2.0.1 PENGANGGURAN

Kadar pengangguran adalah peratus tenaga buruh yang tidak bekerja daripada keseluruhan
tenaga buruh yang terdapat dalam negara. Kadar pengangguran boleh dikira dengan
menggunakan formula berikut :
Kadar pengangguran =Jumlah Tenaga Buruh – Jumlah Guna Tenaga X 100%
Jumlah Tenaga Buruh
= Bilangan Penganggur X 100%
Jumlah Tenaga Buruh
Kadar pengangguran merupakan petunjuk yang penting kepada prestasi kitaran ekonomi di
Malaysia. Oleh itu, ianya akan meningkat apabila berlakunya penurunan dalam ekonomi dan
merupakan satu petanda yang baik dalam ekonomi kerana firma telah menambahkan peluang
pekerjaan sebagai tindakbalas terhadap peningkatan jualan dan keluaran. Di samping itu, dengan
berlakunya penurunan kadar pengangguran, ianya merupakan petanda yang kurang baik dalam
ekonomi kerana ia menunjukkan bahawa prestasi firma adalah merosot sehingga menyebabkan
firma berhenti mengambil pekerja baru atau memberhentikan pekerja yang sedia ada akibat
daripada kejatuhan dalam permintaan.

Graf2.1 di atas menunjukkan pola aliran bagi kadar pengangguran di Malaysia dari tahun 2011
hingga ke tahun 2017 yang diambil dari data bank Malaysia manakala kadar pengangguran untuk
tahun 2018 pula telah diambil melalui sumber lain iaitu dari Jabatan Perangkaan Malaysia
websitea tetapi data tersebut adalah diambil sebagai anggaran sahaja.

Berdasarkan graf di atas, kadar pengangguran dari tahun 2011 hingga 2018 adalah berada pada
paras kurang daripada 4%. Dengan kadar pengangguran di bawah paras 4%, ia boleh dianggap
sebagai kadar pengangguran guna tenaga penuh sebagaimana ahli-ahli ekonomi berpendapat
bahawa kadar pengangguran guna tenaga penuh adalah wujud apabila kadar pengangguran
sesebuah negara telah mencapai kadar 5 hingga 6 % (Mc Connel & Bruce, 1995).

Pada tahun 2011, kadar pengangguran mencatatkan sebanyak 3.09% dan kemudiannya telah
menurun sebanyak 0.05% iaitu kepada 3.04% pada tahun 2012. Pada tahun 2013, kadar
pengangguran telah meningkat sebanyak 0.10% iaitu kepada 3.14% dan kembali menurun
sebanyak 0.25% iaitu kepada 2.89% pada tahun 2014. Negara telah mengalami penurunan
berikutan dengan keadaan ekonomi negara yang cukup stabil dalam tempoh beberapa tahun
kebelakangan ini (Utusan Online (M) Bhd, 2015).

Pada tahun 2015, kadar pengangguran telah kembali meningkat sebanyak 0.21% iaitu kepada
3.10%. Melihat daripada segi ekonomi global, golongan muda menerima kesan negatif akibat
daripada kemelesetan yang teruk. Dengan persekitaran ekonomi yang tidak stabil, ini telah
menyebabkan pemulihan yang agak perlahan serta pertambahan pekerja yang agak rendah
(Berita Harian, 2017). Keadaan ini telah menyebabkan kadar pengangguran telah meningkat
dengan banyak iaitu sebanyak 0.34% daripada tahun sebelumnya yang hanya 3.10% pada tahun
2015 kepada 3.44% pada tahun 2016 dan selepas itu, sedikit menurun sebanyak 0.03% kepada
3.41% pada tahun 2017. Pada tahun 2018, kadar pengangguran pada bulan Ogos 2018 menurun
sebanyak 0.03% daripada tahun sebelumnya iaitu sebanyak 3.40%. Data bagi statistik 2018
hanya dicatat sebagai anggaran sahaja kerana masih belum diperolehi dengan tepat (Jabatan
Perangkaan Malaysia, Okt 2018)

Berdasarkan statistik, peratusan menunjukkan perkara yang positif dan akan tetapi kadar
pengangguran adalah mengikut ranking yang didahului oleh golongan muda, graduan dan
mereka yang bukan dari golongan siswazah. Disebabkan hal ini, kerajaan telah mengambil
langkah untuk menggalakkan syarikat membuka peluang pekerjaan kepada belia yang seiring
dengan kukuhnya politik dan ekonomi negara (Nadcrypto Market Demon, 2018)

2.0.2 INFLASI
Inflasi merupakan satu keadaan yang menunjukkan kenaikan tingkat harga umum secara
berterusan dalam tempoh masa tertentu.Disebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan di
pasaran adalah tidak sama maka, inflasi dapat dihitung dengan menggunakan indeks harga
pengguna (IHP) dengan menggunakan rumus berikut :
Kadar Inflasi = IHP tahun semasa – IHP tahun sebelum X 100
IHP sebelum
Dengan, IHP tahun semasa = Indeks harga pengguna tahun semasa
IHP tahun sebelum = Indeks harga pengguna tahun sebelum

Kadar inflasi adalah salah satu panduan yang penting dalam ekonomi. ia digunakan oleh
pelbagai pihak termasuklah kerajaan dan pembuat dasar untuk menilai perubahan harga dalam
negara. Pada asasnya, kadar inflasi adalah untuk mengukur peratusan kenaikan harga barang dan
perkhidmatan (IHP) dalam tempoh masa tertentu.

Graf 2.1 di atas menunjukkan pola aliran bagi kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2011 hingga
ke tahun 2017 yang diambil dari data bank Malaysia manakala bagi kadar inflasi untuk tahun
2018 pula telah diambil melalui sumber lain iaitu dari artikel Utusan Online (M) Bhd tetapi data
tersebut adalah diambil sebagai anggaran sahaja. Pada tahun 2011, kadar inflasi didapati tinggi
iaitu sebanyak 3.17%. keadaan ini berlaku akibat daripada kesan kenaikan harga minyak mentah
dan komoditi makanan yang ketara di pasaran dunia (Utusan Melayu (M) Bhd, 2015). Justeru
itu, kadar inflasi didapati menurun sebanyak 1.51% iaitu kepada 1.66% pada tahun 2012 dan
kekal rendah kepada 2.11% iaitu sebanyak 0.45% pada tahun 2013 kerana berlakunya
kemelesetan ekonomi di Malaysia. Pada tahun 2014, tingkat harga telah meningkat semula
sebanyak 1.03% kepada 3.14%. Terjadinya peningkatan pada kadar inflasi adalah disebabkan
oleh berlakunya pemulihan ekonomi negara dan juga pertumbuhan ekonomi yang stabil (Utusan
Melayu (M) Bhd, 2015).

Pada tahun 2015, kadar inflasi telah menurun kepada 2.10% daripada tahun yang sebelumnya.
Secara keseluruhannya, inflasi menurun adalah akibat daripada kesan penurunan harga tenaga
dan komiditi global yang lebih daripada mengimbangi kesan penyusutan kadar pertukaran wang
ringgit, pelaksanaan GST dan juga beberapa pelarasan menaik harga yang dibuat menjelang
akhir tahun 2015 (Sumber Bank Negara & Jabatan Perangkaan) dan kekal rendah kepada
2.09% iaitu sebanyak 0.01% pada tahun 2016. Peningkatan pada paras harga sama ada dari
permintaan yang tinggi atau peningkatan kos pengeluaran mahupun daripada kedua-duanya
(Berita Harian, 2018) telah menyebabkan kadar inflasi meningkat lebih tinggi dari tahun
sebelumnya iaitu sebanyak 1.78% kepada 3.87% dan pada tahun 2018 kadar inflasi negara
dijangka berada pada tahan terkawal dengan mengalami penurunan kepada 2.9% berbanding
dengan tahun sebelumnya dan disokong oleh kestabilan harga minyak global. Walau
bagaimanapun, kadar inflasi tersebut mungkin akan mengalami sedikit peningkatan sekiranya
berhadapan dengan ketidaktentuan harga minyak global negara (Utusan Melayu (M) Bhd). Data
bagi statistik 2018 hanya dicatat sebagai anggaran sahaja kerana masih belum diperolehi dengan
tepat.

3.0 FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB DAN KESAN-KESAN PENGANGGURAN


TERHADAP EKONOMI DI MALAYSIA
FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan pengangguran di kalangan masyarakat.


Antaranya adalah seperti berikut :

a) Hilang pekerjaan
 Hilang pekerjaan adalah seseorang yang telah diberhentikan atau terpaksa
berhenti daripada pekerjaannya, samaada untuk tempoh sementara atau
berkekalan. Punca yang menyumbang kepada masalah ini adalah mungkin
disebabkan oleh penutupan atau penstrukturan semula, pengurangan pengeluaran
atau penggabungan serta pengambilalihan sesebuah syarikat.
 Selain itu, ianya juga adalah disebabkan oleh penggunaan teknologi moden
seperti mesin maka dengan itu, jumlah pekerja telah dikurangkan kerana
penggunaan mesin mampu mengambil alih tugas manusia dan mampu
menjalankan kerja dengan lebih efisien lagi.

b) Meninggalkan pekerjaan
 Terdapat sesetangah golongan daripada tenaga buruh telah meninggalkan
pekerjaan mereka dengan secara sukarela dan tidak semestinya atas alasan mereka
telah dipecat. Keadaan ini boleh berlaku akibat daripada sesetengah golongan
daripada tenaga buruh terbabit telah menerima tawaran lain yang lebih menjamin
daripada pekerjaan yang sekarang. Keadaan ini tidak akan menyumbang kepada
peningkatan kadar pengangguran tetapi hanya akan meningkat jika mereka yang
melepaskan pekerjaan tersebut masih lagi mencari pekerjaan baru.

c) Tenaga buruh baru dan kemasukan tenaga baru


 Tenaga buruh baru adalah terdiri daripada mereka yang telah menamatkan
pengajian dan telah bersedia untuk memasuki pasaran tenaga buruh manakala
kemasukan tenaga baru pula adalah mereka yang telah mempunyai pekerjaan
tetapi telah keluar daripada tenaga buruh bagi tempoh masa yang tertentu sebelum
mereka memasuki semula tenaga buruh.
 Bagi tenaga buruh baru, mereka sebelum ini tidak pernah diambil bekerja dan
telah aktif untuk mencari pekerjaan untuk kali yang pertama manakala untuk
golongan kemasukan tenaga baru pula biasanya dikategorikan sebagai
penganggur ketika mencuba untuk mencari pekerjaan baru.

d) Sikap memilih kerja


 Disebabkan oleh sikap individu yang terlalu memilih pekerjaan yang sesuai
padahal pekerjaan yang diminta tidak setaraf dengan kelulusan dan bukan bidang
mereka sewaktu melanjutkan pelajaran di universiti. Oleh itu, mereka lebih
sanggup menganggur daripada bekerja sebagai kerani atau apa-apa jawatan lain
yang dirasakan kurang setaraf walaupun sebenarnya lebih baik bekerja daripada
menganggur.

KESAN-KESAN

Pengangguran adalah disebabkan oleh kurangnya peluang pekerjaan akibat daripada kemelesetan
ekonomi contohnya adalah seperti pengangguran kitaran yang akan menimbulkan kesan yang
buruk terhadap kestabilan ekonomi sesebuah negara. Menurut dari sumber buku Makroekonomi
terbitan Pelangi (2019), kesan pengangguran terhadap ekonomi adalah seperti berikut :

a) Menurunkan taraf kehidupan


 Pengangguran yang berlaku telah menunjukkan ramai buruh yang tidak bekerja.
Hal ini telah menyebabkan pendapatan masyarakat telah berkurang dan kuasa beli
juga telah berkurangan. Oleh yang demikian, taraf hidup penduduk untuk
sesebuah negara adalah diukur dengan menggunakan pendapatan berkapita.
Sekiranya berlaku pengangguran yang terlalu tinggi, maka keluaran kasar negara
akan berkurangan dan seterusnya akan mengurangkan pendapatan per kapita.

b) Pengurangan pengeluaran negara


 Keadaan ini berlaku apabila tenaga manusia yang dimiliki tidak digunakan
sepenuhnya dalam beberapa sektor ekonomi lalu menyebabkan pengeluaran dari
beberapa sektor ekonomi akan berkurangan dan ini akan mengakibatkan keluaran
negara berkenaan akan berkurangan. Oleh itu, pengurangan keluaran negara akan
berlaku apabila masalah pengangguran adalah terlalu tinggi.

c) Melambatkan proses pembangunan negara


 Kekurangan tenaga mahir dan tidak mahir serta saling memilih pekerjaan akan
menyebabkan berlakunya kelembapan terhadap pembangunan sesebuah negara.
Apabila pendapatan telah berkurangan, maka pihak kerajaan tidak dapat
menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur yang perlu untuk menjana
pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu, perbelanjaan tersebut terpaksa
dikurangkan dan ini akan melambatkan proses pembangunan negara.
Pengangguran yang tinggi akan menyebabkan ekonomi tidak dapat beroperasi
pada tahap yang maksimum.

d) Mengurangkan pendapatan negara


 Apabila kadar pengangguran adalah tinggi maka pendapatan atau keuntungan
akan berkurangan dan ini akan mengurangkan jumlah cukai pendapatan dan cukai
keuntungan syarikat yang dapat dipungut oleh kerajaan dan seterusnya akan
mengurangkan pendapatan negara. Pengangguran boleh menyebabkan tenaga
buruh kehilangan pekerjaan mereka dan secara tidak langsung akan menyebabkan
kutipan cukai pendapatan adalah berkurangan.

4.0 FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB DAN KESAN-KESAN INFLASI TERHADAP


EKONOMI DI MALAYSIA
FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB

Inflasi merupakan masalah yang serius dalam ekonomi dan mempunyai sebuah kerajaan yang
bertanggungjawab dalam berusaha untuk menghapuskan inflasi atau sekurang-kurangnya untuk
cuba merendahkan kadar inflasi. Akan tetapi, didapati bahawa adalah sukar untuk
menghapuskan inflasi. Menurut sumber dari buku Makroekonomiterbitan Fajar Bakti (2012),
kesukaran dalam mengawal inflasi adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang utama iaitu :

a) Usaha menghapuskan inflasi bertentangan dalam matlamat pertumbuhan ekonomi


 Sekiranya inflasi ingin dihapuskan oleh kerajaan, ia harus mengurangkan jumlah
kuantiti wang dalam ekonomi dan justeru itu akan mengurangkan pelaburan.
Sebaliknya, jika kerajaan ingin mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi, maka
kerajaan harus menambahkan jumlah kuantiti wang dan menambahkan pelaburan.

b) Inflasi yang diimport sukar diatasi


 Inflasi yang berpunca dari dalam negeri mungkin lebih senang diatasi berbanding
dengan inflasi yang diimport dari luar negeri dan biasanya inflasi yang diimport
adalah berkaitan dengan barangan import dari negara-negara asing yang akan
mengalami inflasi. Barang-barang yang diimport merupakan barang yang penting
untuk pembangunan dan contohnya adalah seperti barang-barang modal dan
barang-barang perantaraan. Oleh yang demikian, keadaan ini menyebabkan
kerajaan mengalami kesukaran untuk mengurangkan barangan import dalam
sesebuah negara dan kadangkala barangan tersebut terpaksa diimport dengan
kadar yang lebih banyak untuk memenuhi tujuan pembangunan negara.

c) Dasar belanjawan lebihan adalah sukar dilaksanakan


 Melalui dasar fiskal, kerajaan telah cuba untuk menaikkan kadar cukai dan
mungkin akan melemahkan semangat pekerja untuk bekerja dengan lebih kuat.
Keadaan ini berlaku akibat daripada sebahagian besar daripada pendapatan yang
diperoleh oleh mereka akan dicukai oleh kerajaan. Hal ini akan mengurangkan
sumbangan kepada pekerja-pekerja terhadap pengeluaran dan seterusnya akan
menyebabkan jumlah pengeluaran akan menurun.

d) Dasar kawalan langsung yang boleh menimbulkan masalah yang tidak diingini.
 Terdapat beberapa cara kawalan langsung yang telah dilaksanakan oleh kerajaan
untuk mengawal inflasi dan menimbulkan sebarang masalah lain yang tidak
diingini. Dasar harga dan catuan yang dilaksanakan oleh kerajaan akan
mewujudkan kegiatan pasaran gelap dan rasuah. Selain itu, dasar eksport dan
import yang dijalankan oleh kerajaan akan menimbulkan defisit dalam imbangan
dagangan. Dasar upah yang yang dilaksanakan oleh kerajaan juga mungkin akan
menerima tekanan daripada kesatuan sekerja. Dalam inflasi, kos hidup akan
sentiasa meningkat dan kesatuan sekerja akan memberi tekanan kepada majikan
untuk menaikkan upah mereka.

KESAN-KESAN

Selain pengangguran, inflasi juga merupakan satu lagi masalah ekonomi yang serius. Inflasi
bukan sahaja menjejaskan aktiviti ekonomi, malah ia juga mempunyai kesan ke atas individu dan
juga kebajikan masyarakat. Antara kesan-kesan inflasi terhadap ekonomi negara adalah :

a) Kesan inflasi ke atas jumlah pengeluaran


 Dalam jangka pendek, inflasi akan menggalakkan pertambahan keluaran negara
dengan lebih banyak jika faktor-faktor pengeluaran masih belum digunakan
dengan sepenuhnya. Ini kerana, kenaikan harga barang adalah tanda kepada
pengeluar bahawa mereka boleh mendapat lebih banyak keuntungan, jika mereka
meningkatkan pengeluaran.
 Jika ekonomi berada dalam tingkat guna tenaga penuh, inflasi akan menyebabkan
kenaikan harga barang dengan tanpa menambahkan keluaran negara.

b) Kesan inflasi pada simpanan dan pelaburan


 Pada masa inflasi, tabungan akan berkurangan dan orang ramai akan mengalami
kerugian kerana nilai wang akan jatuh. Keadaan ini menunjukkan dengan jumlah
wang yang sama, mereka hanya mampu membeli barangan dalam kuantiti yang
lebih kecil serta menggalakkan rakyat untuk berbelanja dan seterusnya akan
mengurangkan simpanan mereka. Selain itu, ia juga menggalakkan orang ramai
untuk untuk menggunakan simpanan mereka bagi membeli saham dan aset.
 Bagi seorang pengusaha pula, inflasi merupakan masa kemajuan bagi
menjalankan perniagaan mereka. Ini kerana tingkat harga yang tinggi akan
membolehkan mereka memperoleh keuntungan yang lebih besar lebih banyak
pelaburan akan dibuat oleh seorang pengusaha.

c) Kesan inflasi pada pengagihan pendapatan dan kekayaan ekonomi


 Keadaan ini membawa kesan yang berlainan ke atas golongan yang berlainan.
Golongan pekerja yang menerima upah tetap akan mengalami kerugian dengan
terjadinya kenaikan tingkat harga pada barangan akan menyebabkan nilai mata
wang jatuh kerana pendapatan yang kecil.
 Golongan yang menerima pencen, menabung di bank dan yang menerima bunga
daripada bon-bon kerajaan iaitu golongan yang menerima pendapatan yang tetap
akan mengalami kerugian.
 Golongan yang memperoleh keuntungan besar adalah peniaga kerana mereka
memperoleh keuntungan yang besar dengan menaikkan tingkat harga pada kadar
yang melebihi tingkat kenaikan kos pengeluaran serta turut membawa keuntungan
kepada golongan yang memegang saham-saham syarikat dan harta tetap kerana
semakin tinggi keuntungan perusahaan, semakin besar dividen yang akan dibayar
kepada pemegang-pemegang saham.

d) Kesan inflasi ke atas imbangan pembayaran negara


 Menyebabkan imbangan pembayaran bertambah buruk kerana import cenderung
bertambah, sementara eksport cenderung berkurangan. Hal ini berlaku kerana
harga barangan tempatan yang mengalami inflasi akan kelihatan lebih mahal
berbanding dengan harga barangan luar negeri.
 Bagi negara asing, mereka mendapati bahawa harga barangan tempatan kelihatan
lebih tinggi berbanding dengan harga barangan di negara mereka. Oleh itu,
permintaan asing terhadap barangan tempatan akan berkurangan dan mereka akan
lebih menggunakan barangan sendiri atau mengimport dari negara lain yang tidak
mengalami inflasi.
 Kesan kenaikan import dan pengurangan eksport akan menyebabkan kedudukan
imbangan pembayaran negara tempatan bertambah buruk. Akan tetapi, dengan
kenaikan tingkat harga eksport sesebuah negara pada masa inflasi ia cenderung
menyebabkan kadar syarat perdagangan yang lebih baik jika faktor-faktor lain
tidak berubah.

5.0 CADANGAN UNTUK MENSTABILKAN KADAR PENGANGGURAN DAN


INFLASI DI MALAYSIA
Terdapat beberapa cadangan pelaksanaan dasar yang boleh dikemukakan bagi menstabilkan
kadar pengangguran dan inflasi. Antaranya adalah:

a) Pengangguran

 Dasar kewangan mengembang :


 Kerajaan boleh menjalankan dasar kewangan mengembang dengan
menurunkan kadar bunga dan menambahkan bekalan wang di pasaran.
Apabila keadaan ini berlaku, pelaburan akan meningkat dan perbelanjaan
agregat akan bertambah. Ekonomi juga berkembang dan permintaan
buruh turut bertambah. Di sebabkan itu, pengangguran akan berkurangan.

 Dasar FiskalMengembang :
 Masalah pengangguran yang berlaku telah menunjukkan perbelanjaan
agregat yang kurang daripada penawaran agregat. Kerajaan boleh
meningkatkan perbelanjaan agregat dengan menjalankan dasar belanjawan
kurangan iaitu dengan mengurangkan cukai dan meningkatkan
perbelanjaan kerajaan. Apabila perbelanjaan meningkat, ekonomi akan
bertambah baik dan ini adalah disebabkan oleh banyak firma telah
ditubuhkan dan tenaga buruh juga telah bertambah. Di sebabkan itu,
pengangguran akan berkurangan.

b) Inflasi

 Dasar Kewangan Menguncup


 Dapat dikawal melalui dasar kewangan yang ketat dengan melalui operasi
pasaran terbuka misalnya bagi penjualan bil perbendaharaan atau bon
kerajaan kepada institusi kewangan kepada orang ramai. Selain itu, bank
pusat akan menaikkan kadar bank atau kadar diskaun bagi tujuan untuk
menaikkan kadar bunga di pasaran. Kerajaan melalui bank pusat akan
menaikkan kadar rizab berkanun yang perlu dipegang oleh bank-bank
perdagangan dan akan memberikan kesan pengurangan ke atas wang tunai
yang terdapat dalam bank perdagangan.

 Dasar Fiskal Menguncup


 Lebih dikenali sebagai dasar belanjawan iaitu kawalan melalui perubahan
cukai dan perbelanjaan kerajaan. Apabila ekonomi mengalami masalah
inflasi, kerajaan biasanya akan mengambil beberapa langkah untuk
mengubah kadar cukai dan corak perbelanjaannya yang dikenali sebagai
dasar fiskal budi bicara. Oleh itu, kerajaan boleh menggunakan salah satu
daripada langkah berikut :
 Membuat perubahan ke atas jumlah dan corak perbelanjaan
kerajaan
 Membuat perubahan ke atas kadar cukai

6.0 KESIMPULAN
Makroekonomi merupakan satu kajian yang menyeluruh mengenai ekonomi yang melibatkan
pemboleh ubah dengan skop yang lebih luas seperti pengeluaran dan pendapatan negara,
permintaan dan penawaran agregat serta pergerakan tahap harga umum seperti pengangguran
dan inflasi. Secara amnya, pengangguran merupakan satu keadaan dimana terdapat golongan
tenaga buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapat sebarang pekerjaan dan inflasi pula
adalah suatu keadaan yang menunjukkan kenaikan tingkat harga umum secara berterusan dalam
tempoh masa tertentu. Seperti yang dibincangkan, kadar pengangguran dan kadar inflasi adalah
berubah-berubah sepanjang tahun 2011 hingga 2018. Berdasarkan data yang diperolehi, kadar
tertinggi bagi pengangguran adalah sebanyak 3.44% pada tahun 2018. Peningkatan pada kadar
pengangguran dapat dilihat dari segi ekonomi global apabila golongan muda telah menerima
kesan negatif akibat daripada kemelesetan yang teruk . Dengan persekitaran ekonomi yang tidak
stabil, keadaan telah menyebabkan pemulihan yang agak perlahan serta mengalami pertambahan
pekerja yang agak rendah. Kadar pengangguran terendah adalah pada tahun 2014 iaitu
sebanyak 2.89%. Pada tahun ini, negara telah mengalami penurunan berikutan dengan keadaan
ekonomi negara yang cukup stabil. Begitu juga dengan kadar inflasi, berdasarkan data yang
diperolehi, kadar inflasi tertinggi adalah pada tahun 2017 iaitu sebanyak 3.87% di mana
terjadinya peningkatan pada paras harga sama ada dari permintaan yang tinggi atau peningkatan
kos pengeluaran mahupun daripada kedua-duanya. Kadar inflasi pada tahun 2012 adalah
terendah iaitu sebanyak 1.66% dimana berlakunya kemelesetan ekonomi negara.

7.0 RUJUKAN
1Adiwarman Karim, Ekonomi Makro Islam, (Jakarta: PT. Raja Grafindo, 2014), hlm.

Aina, M. (2013), Info Tentang Inflasi : Apa Inflasi, Faktor dan Juga Kesan. Diambil dari laman
web pada 28 Januari 2019, http://www.wanista.com/info-tentang-inflasi-apa-inflasi-faktor-dan-
juga-kesan/

Aina, M. (2013, September 04). Info Tentang Anflasi : Apa Inflasi, Faktor & Kesan. Retrieved
from https://www.wanista.com/2013/19781/info-tentang-anflasi-apa-inflasi-faktor-kesan/

Bhd, U. M. (2015, Mei 26). Kadar pengangguran tenaga buruh di Malaysia menurun. Retrieved
from http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kadar-pengangguran-tenaga-buruh-di-malaysia-
menurun-1.95777#ixzz5gIqEdtv3

Bhd, U. M. (2018, Jan 26). Kadar inflasi 2018 turun 2.9%. Retrieved from
http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/kadar-inflasi-2018-turun-2-9-1.597278

CintaHatiKami. (2012, April 3). Pengangguran. Retrieved from


http://cintahatikami.blogspot.com/2012/04/pengangguran.html

Fathoni, A. (2014), Pengangguran :Pengertian, Jenis dan Penyebab. Diambil dari laman web
pada 28 Januari 2019, http://zonasiswa.com/2014/12/pengangguran-pengertian-jenis-penyebab-
html/

International Labour Organization, “Resolution Concerning Statistics of the Economically


Active Population, Employment, Unemployment and Underemployment” (1982)

McConnel,C.R.& S.L.Brue.1995.Contemporary Labor Economics. New York: McGraw-


Hill.Inc.

Mohamad Shukri Seman (Guru Cemerlang), C. R. (2019). Teks STPM EKONOMI


(Makroekonomi). Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan: Cetakan Pertama 2019.
Nadcrypto. (2018). Malaysia: Kadar Pengangguran dari 2007 hingga 2017. Retrieved from
http://www.market-demon.com/2018/06/malaysia-kadar-pengangguran-dari-2007.html

Nashriq, M. (2012, Januari 29). Jenis Pengangguran. Retrieved from


https://nashnote.wordpress.com/2012/01/29/jenis-pengangguran/

2 kurang rujukan belum key in

https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?
r=column/pdfPrev&id=SWF2M0hXT1lKUGI3N05qc2w1OWFRdz09 data jabatan perangkaan
Malaysia.. ogos 2018

https://www.bharian.com.my/node/291183

Bank Negara Malaysia (2012). `Penularan Harga Komoditi Dunia Terhadap Inflasi di Malaysia’.
Rencana Laporan Tahunan 2011.

Bank Negara Malaysia (2012). `Kesan Penambahan Nilai Ringgit Terhadap Harga Import dan
Infl asi´. Rencana Laporan Tahunan 2011.

Anda mungkin juga menyukai