Anda di halaman 1dari 19

Penyesuaian Pemilihan Tajuk Projek Tahun Akhir Pelajar Diploma

Teknologi Maklumat (Rangkaian Komputer) Menggunakan Konsep


Penilaian Program Berdasarkan Model Logik.

AZRI BIN SAID


KOLEJ VOKASIONAL MIRI
ghazrie@hotmail.com

ABSTRAK

Kajian tindakan ini cuba merungkaikan permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar
tahun akhir Program Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian Komputer) dalam menentu
dan memilih tajuk projek tahun akhir yang perlu dilaksanakan. Seramai 16 orang peserta
dipilih di dalam kajian yang dijalankan ini. Kajian ini menggunakan kaedah analisis
dokumen bagi melihat keberkesanan penggunaan konsep penilaian program berdasarkan
model logik. Temubual dan pemerhatian turut digunakan oleh penyelidik untuk melihat
tingkahlaku peserta. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peserta yang menggunakan
konsep penilaian program ini boleh membuat peserta memilih tajuk projek tahun akhir
mereka berdasarkan NOSS JPK. Peserta bukan sahaja dapat meningkatkan kefahaman
terhadap tajuk yang telah dipilih, malah dapat fokus kepada skop, objektif dan hasil kajian
projek tahun akhir mereka. Oleh itu, penggunaan konsep penilaian program berdasarkan
model logik adalah dicadangkan untuk diamalkan dalam proses pemilihan tajuk projek
tahun akhir oleh pelajar-pelajar tahun akhir program diploma di kolej vokasional.

1
ABSTRACT

This action study attempts to address the challenges faced by the final year students of the
Information Technology Diploma Program (Computer Network) in deciding and choosing the
title of the final year project to be implemented. A total of 16 participants were selected in
this study. This study uses document analysis methods to see the effectiveness of using
program evaluation concepts based on logical models. Interviews and observations were
also used by the researcher to look at the behavior of the participants. The findings show
that participants using the program evaluation concept can make participants choose their
final year project title based on the NOSS JPK. Participants will not only improve their
understanding of the topic they have chosen, but will also be able to focus on the scope,
objectives and results of their final year project study. Therefore, the use of program
evaluation concepts based on logical models is recommended for practice in the final year
project title selection process by final year college diploma program students in vocational
colleges.

2
1.0 PENGENALAN

Projek Tahun Akhir ( PTA) merupakan projek yang mesti dan wajib dilaksanakan
oleh pelajar-pelajar Diploma Vokasional di seluruh Kolej Vokasional di Malaysia. Projek ini
dijalankan pada semester ketiga dan keempat program diploma pelajar. Masalah yang
sering dihadapi oleh guru-guru dan para pelajar adalah pemilihan tajuk projek dan proses
penilaian projek itu sendiri oleh pelajar dan guru. Kekerapan pertukaran tajuk projek oleh
pelajar menyebabkan guru-guru menghadapi masalah untuk memfokus dalam memberikan
penyeliaan projek kepada para pelajar. Pertukaran tajuk ini adalah disebabkan kekurangan
kemahiran yang dimiliki oleh pelajar serta ketidakyakinan mereka terhadap kebolehan serta
kemampuan mereka untuk merealisasikan projek tersebut. Kajian ini akan menumpukan
kepada penyelesaian yang sesuai untuk mengurangkan atau meminimumkan bilangan
pertukaran tajuk projek yang dilakukan oleh pelajar tahun akhir.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sepanjang 3 semester berturut-turut sejak tahun 2016, pengajaran dan


pembelajaran bagi modul Projek Tahun Akhir menghasilkan permasalahan yang hampir
sama. Penyelidik mendapati para pelajar mengalami masalah yang sama, iaitu kerap
bertukar tajuk dan sentiasa tidak yakin dengan kebolehjayaan projek yang mereka akan
bangunkan. Saban semester, penyelidik mendapati para pelajar akan kerap bertukar tajuk
dan tidak yakin dengan pemilihan tajuk yang dibuat. Walaupun kadangkala tajuk yang
mereka cadangkan telah mendapat kelulusan daripada penyelia projek, namun disebabkan
kekurangan keyakinan ke atas keupayaan mereka untuk menyiapkan projek tersebut,
mereka akan memohon untuk menukar tajuk pada semester seterusnya. Ini mengakibatkan
masalah kelemahan projek yang tidak mencapai objektif dan spesifikasi yang telah
ditetapkan pada awal perancangan projek. Penyelidik telah memberikan bimbingan serta
panduan untuk pelajar-pelajar fahami dan ikuti, namun oleh kerana ketidakfahaman ke atas
kehendak dan keperluan tajuk projek, pelajar kerap memilih untuk menukar tajuk projek
kepada tajuk baharu.

2.1 DEFINISI PENILAIAN PROGRAM

Stufflebeam (1983) menyatakan, “The purpose of evaluation is to improve, not


prove.” Penilaian program merupakan suatu kemestian bagi sesebuah organisasi untuk
melihat kebaikan dan kelemahan sesuatu program yang dilaksanakan (Kamaruzaman
Moidunny, 2015). Tuckman (1985) pula menyatakan bahawa tujuan penilaian sesuatu
program pendidikan adalah untuk memastikan program mencapai matlamat. Oleh itu,
penyelidikan berkaitan dengan penilaian program atau evaluation research merupakan
proses yang sistematik bagi mengumpul dan menganalisis data-data untuk tujuan membuat
keputusan sama ada sesuatu program berkaitan yang sedang dilaksanakan, atau yang
telah selesai dijalankan memberi kesan yang menguntungkan atau sebaliknya.
Oleh itu matlamat utama penilaian program adalah untuk menilai program dan
melihat sejauhmana sesuatu program itu berjaya seterusnya dapat menyumbang kepada

3
penambahbaikannya. Penilaian yang bersistematik perlulah mengambil kira perkara-perkara
berikut;

i. menentukan matlamat, objektif dan tujuan suatu program itu dinilai


ii. menentukan kaedah yang digunakan agar persoalan terhadap program
yang dinilai itu dapat dijawab dan diketahui
membuat keputusan yang berguna berdasarkan hasil laporan. Hasil laporan tersebut
dapat digunakan untuk membuat keputusan dan penambahbaikan

2.2 MODEL LOGIK

Model Logik merupakan salah satu alat yang berasaskan Teori Program yang
digunakan untuk menilai sesebuah program (National Collabating Centre For Aboriginal
Health, 2009; Weiss, 1998; Wilder Research, 2009). Komponen-komponen yang
dikemukakan adalah input, aktiviti, output, outcome dan impak. Model Logik membantu
penilai membuat jangkaan bagaimana sebenarnya sesebuah program itu sepatutnya
mencapai matlamat dan sejauh mana kemunasabahan pencapaian pelaksanaan program itu
diperoleh. Dalam bahasa yang mudah, Model Logik adalah gambaran pencapaian sesebuah
program yang dilukis untuk menunjukkan langkah atau proses berbentuk Peta Alir. Dengan
kata lain, Model Logik merupakan paparan pemikiran secara grafik untuk menyusun
maklumat yang menggunakan pendekatan secara visual dengan memetakan apa yang ada
di minda tentang bagaimana perkara itu dilakukan dan seharusnya dilaksanakan. Model
Logik dapat menggambarkan tindakan yang dirancang dan keputusannya dijangka.
Asas pada Model Logik ini ialah model ini merupakan satu cara atau gambaran yang
bersistematik untuk berkongsi pemahaman hubungan antara sumber-sumber yang ada
untuk program beroperasi, aktiviti yang dirancang dan perubahan atau hasil yang
diharapkan untuk dicapai. Ia menggunakan perkataan atau gambar untuk menggambarkan
turutan aktiviti atau proses yang difikirkan untuk membawa perubahan dan bagaimana
aktiviti dapat dikaitkan dengan hasil program yang diharapkan dijangka untuk dicapai.

3.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian bagi kajian penyelidikan ini adalah ke atas punca utama yang
membawa kepada pertukaran tajuk projek oleh pelajar. Penggunaan konsep penilaian
program berdasarkan Model Logik adalah diaplikasikan sepenuhnya bagi memastikan
pelajar-pelajar benar-benar faham mengenai tajuk projek yang mereka cadangkan.
Berdasarkan kaedah penilaian program ini, penyelidik mendapati bahawa pelajar-pelajar
dapat mengenalpasti objektif dan fokus yang mereka perlu tekankan dalam memilih tajuk
projek. Kaedah ini digunapakai secara berterusan sehingga pelajar benar-benar yakin
terhadap tajuk yang mereka pilih dan cadangkan. Ini bermakna, pelajar-pelajar masih boleh
menambahbaik tajuk projek terutama dari segi objektif dan matlamat projek yang mereka
perlu capai.

Salah satu kaedah pengumpulan data yang digunapakai di dalam kajian penyelidikan
ini adalah temubual. Beberapa siri temubual telah dijalankan ke atas 16 orang pelajar dari
kelas 2 Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian Komputer) yang sedang melaksanakan
Projek Tahun Akhir. Dari temubual yang dijalankan, didapati keseluruhan pelajar mengalami
masalah yang sama iaitu sukar untuk menentukan tajuk dan kemahiran yang mereka miliki
dalam membangunkan projek tahun akhir mereka.

4
Selain dari temubual, pemerhatian turut dijalankan untuk memerhati tingkahlaku
pelajar ke atas pemilihan tajuk projek mereka. Penyelidik menggunakan kaedah
pemerhatian bagi meneliti sikap para pelajar dan setelah 2 minggu pemerhatian dilakukan,
penyelidik telah menerima 7 orang pelajar yang memohon untuk pertukaran tajuk projek
mereka. Ketujuh-tujuh pelajar ini merupakan pelajar yang berbeza membuat pertukaran
tajuk kali kedua dan kali ketiga.
Pemerhatian turut dilakukan ke atas dokumen yang dihasilkan oleh pelajar iaitu buku
log. Buku log ini merupakan buku yang mencatat aktiviti-aktiviti serta tindakan yang telah
mereka ambil seperti perbincangan bersama penyelia projek dan aktiviti-aktiviti soal selidik
serta lawatan ke atas lokasi projek. Hasil daripada pemerhatian ke atas buku log pelajar ini,
penyelidik mendapati setiap pelajar sekurang-kurangnya telah membuat pertukaran tajuk
sebanyak dua kali. Walaupun pertukaran tajuk tersebut mendapat kelulusan daripada
penyelia projek, tetapi perkara ini perlu dilihat sebagai sebuah masalah yang boleh
membawa kepada kelemahan projek mereka.

4.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

4.1 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif utama pelaksanaan kajian tindakan ini adalah untuk :

a) Mengenal pasti tahap kemahiran, kebolehan serta kemampuan pelajar


berdasarkan penilaian guru .
b) Mengenal pasti tahap pemahaman pelajar terhadap projek berdasarkan
penilaian guru
c) Mengenal pasti tahap output projek tahun akhir pelajar berdasarkan
penilaian pelajar dan guru.
d) Mengenal pasti tahap outcome projek tahun akhir pelajar berdasarkan
penilaian guru dan penyelaras PTA.
e) Mengenal pasti tahap impak projek PTA pelajar berdasarkan penilaian
guru dan penyelaras PTA.

4.2 SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian yang telah dibentuk, maka kajian ini dijalankan
bertujuan untuk mencari jawapan kepada beberapa persoalan berikut:
a) Apakah tahap input Projek Tahun Akhir (PTA) berdasarkan penilaian guru
dari aspek;
i. Penyelaras Projek Tahun Akhir
ii. Penyelia
iii. Guru
iv. Murid
v. Bahan Sokongan

b) Apakah tahap aktiviti program PTA berdasarkan penilaian guru dari aspek;
i. Kecukupan latihan dan bimbingan yang diterima guru
ii. Kecukupan latihan dan bimbingan yang diberi kepada murid

5
c) Apakah tahap output program projek PTA berdasarkan penilaian guru dari
aspek kekerapan pertukaran tajuk PTA saat akhir, kesukaran pelajar dan
guru dalam memilih dan menentukan tajuk projek serta kesukaran para
guru dalam membuat penilaian kejayaan projek pelajar.
d) Apakah tahap outcome program projek PTA dari aspek:
i. Pengetahuan
ii. Sikap
iii. Kemahiran
iv. Aspirasi
e) Sejauh manakah pencapaian impak program Projek PTA

5.0 KUMPULAN SASARAN

Seramai 16 orang pelajar dari kumpulan 2 Diploma Teknologi Maklumat ( Rangkaian


Komputer) dari Unit Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian telah dipilih secara
langsung dalam kajian kali ini. Pelajar yang dipilih adalah terdiri daripada pelajar tahun akhir
yang merupakan calon yang akan melaksanakan Projek Tahun Akhir pada tahun 2019.
Jadual di bawah menunjukkan bilangan responden yang terpilih untuk kajian ini mengikut
jantina, bangsa dan kategori yang terlibat.

Lelaki 4 16 responden
Jantina
Perempuan 12
Responden
Kategori Melayu CIna India Iban Bidayuh Melanau Lunbawang Kenyah Kedayan
Bangsa /
Etnik
Pelajar 4 2 - 2 1 1 1 3 2
PNGK Below 3.5 3
pelajar
Above 3.5 13

Jadual 1 : Taburan Kategori Responden dalam kajian

6
6.0 TINDAKAN YANG DILAKSANAKAN / TINDAKAN (PROCEDURE OF ACTION)

6.1 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

Langkah 1: Tentukan program yang akan dinilai


Program Projek Tahun Akhir

Langkah 2: Tentukan komponen input, aktiviti, output, outcome dan impak program
menggunakan templet Model Logik.

Input Aktiviti Output Outcome Impak


Apakah yang Apakah yang Apakah hasil Apakah perubahan/ Apakah
perlu ada perlu dilakukan langsung atau kesan yang perubahan besar
untuk untuk hasil semerta diharapkan untuk yang dihasratkan
menggerakkan mencapai hasil yang diperoleh dicapai dalam jangka untuk dicapai
program? langsung untuk mencapai masa pendek (1-3 dalam tempoh (7
program? perubahan yang tahun) dan jangka – 10 tahun)?
disasarkan? masa 7ea rah (4-6
tahun)?

• Penyela • Latihan • Tiada lagi Perubahan guru dan Kemahiran berfikir


ras Projek dan pertukaran murid dari aspek dapat ditingkatkan
Tahun Akhir bimbingan tajuk oleh • Pengetahuan dan dibudayakan
• Penyeli kepada pelajar pada • Sikap 7ea rah
a guru semester 4 • Kemahiran menghasilkan
• Guru • Latihan atau saat-saat • Aspirasi murid berinovatif
• Murid dan akhir.
• Bahan bimbingan • Pelajar tiada
Sokongan kepada masalah lagi
murid memilih tajuk
projek.
• Para guru tidak
lagi
menghadapi
kekeliruan
untuk menilai
projek.

Jadual 2: Kitaran pelaksanaan kajian tindakan

Langkah 3: Bina kerangka konseptual kajian berasaskan Model Logik

7
INPUT AKTIVITI OUTPUT OUTPUT OUTCOME
Kemahiran
• Penye
• Tiada lagi Perubahan guru dan berfikir dapat
• Latih pertukaran tajuk ditingkatkan
laras Projek murid dari aspek
oleh pelajar dan
Tahun Akhir an dan
• Pengetah dibudayakan ke
pada semester 4
bimbingan arah
• Penye atau saat-saat uan
menghasilkan
lia kepada guru akhir.
• Sikap murid
• Guru • Latih • Pelajar tiada berinovatif
masalah lagi • Kemahira
• Murid an dan memilih tajuk n
bimbingan projek.
• Baha • Aspirasi
n Sokongan kepada • Para guru tidak lagi
menghadapi
pelajar
kekeliruan
untuk menilai
projek.

Rajah 1 : Kerangka Konspetual kajian berdasarkan Model Logik

Langkah 4: Bina objektif kajian berdasarkan kerangka kajian

Objektif kajian ini adalah untuk;

b) Mengenal pasti tahap kemahiran, kebolehan serta kemampuan pelajar berdasarkan


penilaian guru
c) Mengenal pasti tahap pemahaman pelajar terhadap projek berdasarkan penilaian
guru
d) Mengenal pasti tahap output projek tahun akhir pelajar berdasarkan penilaian pelajar
dan guru.
e) Mengenal pasti tahap outcome projek tahun akhir pelajar berdasarkan penilaian guru
dan penyelaras PTA.
f) Mengenal pasti tahap impak projek PTA pelajar berdasarkan penilaian guru dan
penyelaras PTA.

Langkah 5: Bina soalan kajian berdasarkan objektif


kajian:

Berdasarkan objektif kajian yang telah dibentuk, maka kajian ini dijalankan bertujuan untuk
mencari jawapan kepada beberapa persoalan berikut:

a) Apakah tahap input Projek Tahun Akhir (PTA) berdasarkan penilaian guru
dari aspek;

8
vi. Penyelaras Projek Tahun Akhir
vii. Penyelia
viii. Guru
ix. Murid
x. Bahan Sokongan

b) Apakah tahap aktiviti program PTA berdasarkan penilaian guru dari aspek;
i. Kecukupan latihan dan bimbingan yang diterima guru
ii. Kecukupan latihan dan bimbingan yang diberi kepada murid

c) Apakah tahap output program projek PTA berdasarkan penilaian guru dari
aspek kekerapan pertukaran tajuk PTA saat akhir, kesukaran pelajar dan
guru dalam memilih dan menentukan tajuk projek serta kesukaran para
guru dalam membuat penilaian kejayaan projek pelajar.

d) Apakah tahap outcome program projek PTA dari aspek:


i. Pengetahuan
ii. Sikap
iii. Kemahiran
iv. Aspirasi

e) Sejauh manakah pencapaian impak program Projek PTA

Langkah 6: Bina instrumen kajian berasaskan objektif dan soalan kajian.

Instrumen yang dibangunkan perlulah berasaskan objektif dan soalan kajian dengan
berpandukan kepada reka bentuk kajian yang sesuai. Sebagai contohnya, penilaian
program Projek PTA ini boleh memilih rekabentuk kajian tinjauan hirisan rentas yang
menggunakan instrumen soal selidik. Soal selidik dibangunkan berdasarkan kepada 5
konstruk utama iaitu konstruk input, aktiviti, output, outcome dan impak. Konstruk input,
aktiviti, output dan outcome mengandungi item-item soal selidik menggunakan skala Likert
yang perlu dianalisis secara kuantitatif. Konstruk impak boleh menggunakan item yang
berbentuk soalan terbuka yang perlu dianalisis secara kualitatif.

6.2 KAEDAH PENGUMPULAN DATA INSTRUMEN KAJIAN

Di dalam setiap kajian, data merupakan instrumen paling penting yang perlu
dikumpul untuk mendapatkan input sebelum ia dianalisis bagi mendapatkan maklumat dan
hasil kajian. Tidak terkecuali di dalam kajian penyelidikan ini yang mempunyai beberapa
kaedah pengumpulan data yang sesuai dan seiring dengan objektif kajian.

6.2.1 Soalan Temubual

Beberapa siri temubual telah diadakan dalam kajian tindakan ini. Selain
menembual para pelajar Tahun Akhir, penyelidik turut menemubual semua guru di
dalam unit Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian. Contoh soalan yang diajukan
kepada responden adalah seperti di bawah.

i) Adakah anda merasakan anda telah bersedia melaksanakan PTA dengan


kemahiran yang telah anda miliki?

9
ii) Adakah anda merasakan bantuan penyeliaan dan pemantauan dari guru
penyelia amat penting dalam pelaksanaan PTA anda
ii) Adakah anda merasakan kemampuan dari segi pengetahuan dan
kemahiran amat penting dalam menjalankan PTA?
iv) Setelah anda mengenalpasti tajuk projek dan diluluskan oleh Penyelia
anda, berapa kerapkah anda terfikir untuk membuat pertukaran tajuk pada
semester lepas dan semester ini?
v) Adakah anda lebih yakin memilih tajuk projek melalui NOSS yang
disediakan setelah penjelasan dan penerangan daripada Penyelaras PTA
anda?
vi) Setelah anda menjalankan PTA anda, adakah anda telah mengaplikasikan
semua kemahiran dan pengetahuan anda sepanjang berada di KV?
vii) Adakah projek yang telah anda laksanakan telah meningkatkan
kemahiran dan pengetahuan anda lagi?

6.2.2 Buku Log

Seperti yang kita sedia maklum, buku log berfungsi sama seperti jurnal harian
namun ia hanya melibatkan catatatn yang menunjukkan perbincangan serta aktiviti
berkala antara pelajar bersama penyelia projek. Penyelia projek di sini merujuk
kepada guru dalam unit SIstem Komputer dan Rangkaian. Buku log pelajar ini
ditunjukkan seperti di dalam rajah di bawah.

10
Rajah 3: Buku log pelajar

11
Rajah 4 : Catatan di dalam buku log pelajar

6.2.3 Kertas Cadangan Pelajar (Proposal)

Selain dari buku log, kertas cadangan atau proposal juga turut dijadikan
bahan instrumen yang diberikan pemerhatian oleh penyelidik. Proposal ini perlu
dihantar kepada penyelia perojek untuk diberikan kelulusan sama ada tajuk dan
kesesuaian lokasi projek yang dicadangkan oleh pelajar boleh diterima atau
sebaliknya. Proposal ini kerapkali ditambahbaik kerana melibatkan pertukaran tajuk
projek oleh para pelajar. Berdasarkan kepada pemerhatian, setiap pelajar sekurang-
kurangnya telah menghantar 3 kali proposal yang bermaksud mereka akan membuat
pertukaran tajuk sekurag-kurangnya 2 kali.

Rajah 5: Mukasurat
pertama Proposal pelajar

12
Rajah 6 : Mukasurat kedua Proposal pelajar

Rajah 7 : Mukasurat terakhir Proposal pelajar


6.3 KAEDAH ANALISIS DATA

Data yang telah diperolehi dan dikumpul seterusnya akan dianalis. Hasil
analisis, penyelidik akan membuat beberapa kesimpulan bagi mendapatkan output
dan hasil sebelum dibentangkan kepada pihak pengurusan. Dalam kajian
penyelidikan ini, penyelidik telah menggunakan hamparan elektronik MS.Excell untuk
membuat analisi data dan digambarkan keputusannya secara grafik melalui graf dan
carta yang bersesuaian. Antara yang dianalisis termasuklah hasil daripada temubual
bersama guru dan pelajar, pemerhatian ke atas dokumen-dokumen berkaitan seperti
buku log dan juga proposal pelajar. Hasil daripada analisis ini akan ditunjukkan di
dalam bab 7 iaitu Dapatan dan Refleksi Kajian.

7.0 DAPATAN DAN REFLEKSI KAJIAN

13
7.1 DAPATAN

Analisis berkaitan dengan respon yang telah diberikan oleh semua responden telah
diwakilkan dalam bentuk grafik seperti dalam bab yang berikut.

1. Analisis Input

2. Analisis Output

14
3. Analisis Outcome (Hasil)

15
7.2 REFLEKSI KAJIAN

Setelah beberapa siri dan sesi pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc) serta
pemerhatian dan temubual yang dijalankan, penyelidik seterusnya membina beberapa set
refleksi kajian yang sesuai dan selari dengan soalan kajian. Refleksi yang dibina oleh
penyelidik adalah selari dengan hasil dapatan yang menunjukkan keberkesanan kaedah
penialain program yang bersandarkan Model Logik. Hasil daripada dapatan, penyelidik
mendapati :

a) Tahap input daripada pelajar menunjukkan bahawa Program PTA telah banyak
menguji kemahiran sedia ada mereka serta menambah kemahiran yang perlu
mereka miliki bagi memastikan projek mereka dapat dilaksanakan dengan jaya.

b) Tahap aktiviti yang dijalankan oleh penyelidik di dalam sesi pengajaran dan
pemudahcaraan turut menyumbang kepada keselarian pemahaman yang lebih
ke atas tajuk dan kemahiran yang boleh diaplikasikan oleh pelajar.

c) Bilangan pertukaran tajuk oleh pelajar telah dapat diminimakan kepada 0.3 kali
secara purata. Ini bermaksud, majoriti pelajar sudah tidak mengalami masalah
dalam pemilihan tajukserta lebih berkeyakinan dalam pemilihan tajuk yang telah
mereka cadangkan. Penyelidik turut mendapati pelajar tidak lagi membuat
pembetulan pada kertas cadangkan yang mereka hantar pada kali pertama.

d) Hasil daripada kaedahpenilaian program berdasarkan Model logik ini, semua


pelajar telah Berjaya menyiapkan Projek Tahun Akhir mereka dalam jangka
masa yang ditetapkan. Semua produk mereka juga berfungsi dengan baik,
dan hasilnya seramai 8 orang pelajar memperoleh gred A, 7 orang
memperoleh gred A- dan seorang sahaja memperoleh gred B+. Keputusan
ini menyaksikan pencapaian Gred Purata Matapelajaran atau PNGK
sebanyak 3.81.

7.3 PERBANDINGAN KEPUTUSAN LEPAS

16
Rajah 8 : Keputusan Modul Projek Tahun Akhir 2 tahun 2018

Rajah 9 : Keputusan Modul Projek Tahun Akhir 2 tahun 2019

8.0 PENUTUP

Bermula Bulan Julai 2019, pelajar-pelajar Tahun 2 Diploma Teknologi Maklumat


( Rangkaian Komputer) telah pun selesai melaksanakan projek mereka di lokasi masing-
masing. Pada fasa ini, mereka cuma perlu menungu respon dan komen daripada pengguna-
pengguna projek mereka untuk menilai tahap kepuashatian terhadap projek yang dijalankan.
Pada fasa ini, mereka akan memfokuskan terhadap penulisan Laporan Akhir untuk projek
yang mereka jalankan. Pada fasa ini juga mereka akan terus menjalankan analisis-analisis
keberkesanakan dan kejayaan projek mereka bagi menentukan sama ada projek yang
mereka jalankan telah mencapai objektif yang ditetapkan.
Tujuan kajian ini adalah untuk membantu penyelesaiaan masalah dalam memilih dan
menentukan tajuk projek bagi para pelajar. Berdasarkan kepada analisis dapatan yang
diperolehi, jelas sekali bahawa Model Logik amat membantu para guru untuk menentukan
serta meluluskan tajuk-tajuk projek yang dipilih oleh para pelajar. Guru juga tidak lagi
menghadapi masalah pertukaran tajuk projek oleh pelajar pada saat-saat akhir seperti yang
dialami pada tahun-tahun lepas.
Selain itu, para guru juga dapat membantu pelajar-pelajar dalam memberi
bimbingan seterusnya membuat penilaian impak ke atas projek yang dijalankan. Jelas sekali
bahawa Model Logik ini amat membantu keseluruhan Program Projek Tahun Akhir Pelajar
Diploma Vokasional Malaysia. Justeru, saya amat mengesyorkan para guru di Kolej
Vokasional menggunapakai model ini bagi membantu para pelajar menjalakan Projek Tahun

17
Akhir mereka. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat dan impak yang
amat baik kepada seluruh warga Kolej VoKasional Miri khasnya.
Bagaimanapun, adalah amat diharapkan kajian ini tidak terhenti di sini. Bagi
meningkatkan pencapaian serta kualiti projek yang dihasilkan oleh para pelajar, penyelidik
mencadangkan agar sebuah mekanisma dapat dibangunkan bagi membantu para pelajar
membangunkan projek dengan lebih efektif agar dapat mengoptimumkan penyeliaan dalam
kalangan para guru. Hal ini bagi memastikan para pelajar dididik agar lebih mandiri dan
berdikari bagi mempersiapkan mereka ke arah penyelidik teknokrat yang dapat dilahirkan
dalam bidang TVET.

8.0 RUJUKAN

Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli, & Shahrin Hashim. (2008). Sejaumanakah model
stufflebeam (KIPP) boleh membantu dalam penilaian program pembelajaran ?
Isu-Isu Psikologi Pembangunan Diri, pg 188-209.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012a). Nota kursus membudayakan


kemahiran berfikir oleh Kestral Education United Kingdom. Kementerian
Pelajaran Malaysia. Retrieved from http://www.moe.gov.my/bpk

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012b). Program i-THINK: membudayakan


kemahiran berfikir. Retrieved from http://www.moe.gov.my/bpk

Fitzpatrick, J. L., Sanders, J. R., & Worthen, B. R. (2011). Program evaluation:


Alternative approaches and practical guidelines (4th ed.). (Allyn & Bacon, Ed.).
New York: Pearson Education, Inc.

Grammatikopoulos, V. (2011). Integrating program theory and systems-based


procedures in program evaluation: A dynamic approach to evaluate
educational programs. Educational Research and Evaluation, 18(1), 53–64.
http://doi.org/10.1080/13803611.2011.640874

Kellaghan, T., & Stufflebeam, D. L. (2003). International handbook of education


evaluation. Netherland: Kluwer Academic Publishers

Knowlton, L. W., & Phillips, C. C. (2013). Introducing Logic Models. In the Logic
Model guidebook: Better strategies for great results (pp. 2–62).

Lawton, B., Brandon, P. R., Cicchinelli, L., & Kekahio, W. (2014). Logic Models : A
tool for designing and monitoring program evaluations. Washington DC.
Retrieved from https://ies.ed.gov/ncee/edlabs/regions/pacific/pdf/REL_
2014007.pdf

Metfessel, N., & Michael, W. (1967). A Paradigm involving multiple criterion


measures for the evaluation of the effectiveness of school programs.
Educational and Psychological Measurement, 27, 931-943

18
Stufflebeam, D. L., & Shinkfield, A. J. (2007). Evaluation theory, models, and
applications (1st Edition). San Francisco: Jossey-Bass A Wiley Brand.

W.K. Kellogg Foundation. (2004). Logic Model development guide. W.K Kellogg
Foundation.
Michigan. Retrieved from http://www.wkkf.org/knowledge-
center/resources/2006/02/WK-Kellogg-Foundation-Logic-Model-DevelopmentGuide.aspx

19

Anda mungkin juga menyukai