Anda di halaman 1dari 4

KERTAS PERMOHONAN KELULUSAN UNTUK MENJALANKAN

KEMPEN BE MY FRIEND

1. TUJUAN

1.1 Kertas ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan Guru Besar untuk
menjalankan Kempen Be My Friend di SK Taman Maluri.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Program GENIUS Kurnia merupakan salah satu cabang inisiatif di bawah
Bahagian GENIUS, Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyediakan
perkhidmatan pendidikan serta intervensi awal serta komprehensif untuk
memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami autisme dan keluarga
mereka.

2.2 Sepertimana yang diumumkan oleh YB Dr Maszlee Malik di dalam sesi


penggulungan Perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-
11 (RMK-11) di Dewan Rakyat pada 30 Oktober 2018 yang lalu, Kementerian
akan melaksanakan Zero Reject Policy bagi memberikan akses pendidikan
kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) secara berperingkat mulai tahun ini.

2.3 Sehubungan itu, kempen ini merupakan salah satu inisiatif untuk menyahut
pelaksanaan Zero Reject Policy dengan menyediakan murid-murid di aliran
perdana terhadap kepelbagaian individu. Dengan adanya pengetahuan ini,
penerimaan murid-murid aliran perdana terhadap MBK dapat ditingkatkan.

2.3 Cabaran yang dihadapi oleh kebanyakkan MBK dari segi kemahiran sosial dan
komunikasi menyebabkan mereka terdedah dengan pengasingan sosial di
sekolah. Dengan memupuk nilai-nilai persahabatan di kalangan murid-murid
aliran perdana, mereka boleh menjadi sokongan yang baik kepada MBK.
3. OBJEKTIF

3.1 Memberi pengetahuan dan kesedaran murid sekolah mengenai kepelbagaian


individu
3.2 Memupuk nilai-nilai persahabatan di kalangan murid-murid sekolah
3.3 Menjalin kerjasama dengan pihak sekolah untuk menggalakkan inklusif
dalam kalangan murid sekolah
3.4 Menyokong langkah awal dalam menyahut pelaksanaan Zero Reject Policy
(ZRP)

4. ASAS PROGRAM

4.1 Pengenalan kepada kepelbagaian individu


Sesi ini memperkenalkan murid-murid bahawa setiap individu adalah unik
melalui buku cerita dan sesi interaktif. Aktiviti ini membantu murid-murid
memahami satu sama lain dan kepelbagaian yang terdapat pada setiap
individu dengan bertoleransi dan meraikan kepelbagaian tersebut.

4.2 Apa itu Autisme?


Murid-murid akan didedahkan kepada ciri-ciri individu yang mengalami
autisme melalui perbentangan slaid dan aktiviti interaktif.

4.3 Tips menjadi rakan yang baik


Sesi main peranan yang melibatkan maskot GENIUS Kurnia untuk
membantu murid-murid belajar tips menjadi rakan yang baik.

4.4 Simulasi dan kuiz


Simulasi akan dijalankan dengan melibatkan murid-murid sekolah bersama
dengan maskot GENIUS Kurnia untuk memberi peluang kepada mereka
mempraktikkan tips menjadi rakan yang baik. Seterusnya, kuiz diadakan
untuk mengukuhkan pemahaman mereka mengenai kepelbagaian individu.
5. TENTATIF
Cadangan waktu program ini dijalankan adalah pada waktu perhimpunan.
Tentatif program adalah seperti di Lampiran A.

Disediakan oleh:

Teo Ting Ting


Pegawai Intervensi
Pusat GENIUS Kurnia
Bahagian GENIUS
Kementerian Pendidikan Malaysia
LAMPIRAN A
TENTATIF

Kempen Be My Friend

MASA AKTIVITI

10 minit Pengenalan kepada kepelbagaian individu

10 minit Apa itu Autisme ?

10 minit Tips menjadi rakan yang baik

20 minit Simulasi / Kuiz

Anda mungkin juga menyukai