Anda di halaman 1dari 2

1.

2       Definisi Modifikasi Tingkah Laku


Modifikasi tingkah laku mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari untuk mengubah tingkah
laku. Ianya merupakan bidang psikologi yang khusus kepada analisis dan modifikasi tingkah
laku. Modifikasi tingkah laku juga turut dikenali sebagai analisis terapan tingkah laku.
        Analisis bertujuan untuk mengenalpasti perhubungan kefungsian antara persekitaran dan
tingkah laku tertentu. Ianya dilakukan untuk memahami sebab-sebab tingkah laku tersebut
terjadi dan menentukan kenapa individu bertingkah laku sedemikian.
    Modifikasi pula merujuk kepada membentuk dan melaksanakan prosedur untuk membantu
individu mengubah tingkah laku. Ianya melibatkan perubahan kejadian-kejadian di
persekitaran di mana ia akan mempengaruhi perubahan tingkah laku. Prosedur modifikasi
tingkah laku dilakukan oleh oleh professional dan paraprofessional untuk membantu individu
mengubah tingkah laku sosial. Matlamat utama di sini ialah untuk membaiki kualiti hidup.

1.3       Ciri-Ciri Modifikasi Tingkah Laku


1. Berfokus kepada tingkah laku
Prosedur modifikasi direka untuk mengubah tingkah laku dan bukan bertujuan untuk
mengubah ciri-ciri atau tret personaliti individu. Modifikasi tingkah laku tidak menekankan
kepada penglabelan. Contohnya ia tidak boleh mengubah penyakit Autisme (label) tetapi
mengubah tingkah laku bermasalah yang dipamerkan individu autistik seperti menghantuk
kepala. Tingkah laku modifikasi juga dikenali sebagai tingkah laku sasaran.
Sasaran perubahan tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu keterlebihan dan
kekurangan tingkah laku. Keterlebihan tingkah laku merujuk kepada sasaran tingkah laku
yang tidak diingini, ianya bertujuan untuk mengurangkan kekerapan, jangka masa dan
intensiti. Contohnya merokok. Manakala kekurangan tingkah laku mensasarkan tingkah laku
yang diingini. Ianya bertujuan untuk meningkatkan kekerapan, jangka masa dan intensiti
tingkah laku. Contohnya bersenam dan membaca buku.
2. Prosedur berasaskan prinsip tingkah laku ( Prinsip Behaviorisma)
Modifikasi tingkah laku mengaplikasikan prinsip tingkah laku yang diperoleh
daripada kajian eksperimen haiwan di makmal. Contohnya B. F. Skinner.

3. Menekankan kepada kejadian-kejadian semasa yang berlaku di persekitaran


Mereka yang terlibat perlulah menilai dan memodifikasikan kejadian-kejadian semasa
dalam persekitaran sebagai pemboleh ubah mengawal. Selain itu terdapat perhubungan
kefungsian dengan tingkah laku yang dapat mengubah tingkah laku. Matlamatnya adalah
untuk mengenalpasti kejadian yang dapat mengubah hubungan kefungsian dengan tingkah
laku yang dapat mengubah tingkah laku.

4. Menghurai dengan tepat tentang prosedur modifikasi tingkah laku


Perubahan tingkah laku melibatkan perubahan spesifik dalam kejadian di persekitaran
yang mempunyai hubungan kefungsian dengan tingkah laku. Ianya berkesan jika kejadian
persekitaran berubah secara konsisten.

5. Perlaksanaan prosedur memerlukan latihan dan bimbingan professional


Latihan dan bimbingan boleh diberikan kepada mereka yang terdekat dengan individu
yang ingin dimodifikasikan tingkah lakunya. Contohnya kepada ibu bapa, guru dan penyelia.
Hal ini kerana mereka merupakan orang yang terdekat dan dapat membantu ahli professional
dalam memodofikasikan tingkah laku.

6. Penilaian kepada perubahan tingkah laku


Penilaian tingkah laku perlulah dilakukan untuk menilai dengan merekod tingkah laku
sebelum dan selepas intervensi. Ianya bertujuan untuk melihat perubahan tingkah laku dan
keberkesanan prosedur. Bagi jangka masa panjang, penilaian dilakukan untuk melihat
perubahan tingkah laku berterusan atau tidak.

7. Tidak menekankan peristiwa lampau sebagai penyebab tingkah laku


Modifikasi tingkah laku berfokuskan kepada kejadian semasa di persekitaran sebagai
penybab tingkah laku. Peristiwa lampau hanyalah memberi maklumat tentang bagaimana
kejadian semasa berkait dengan tingkah laku. Contohnya bagaimana pembelajaran masa
lampau dapat mempengaruhi tingkah laku.

8. Menolak hipotesis tentang penyebab terselindung kepada tingkah laku


Modifikasi tingkah laku menolak pandangan psikoanalitik yang mengatakan
penyebab tingkah laku tidak boleh dibuktikan, diukur atau dimanipulasi untuk melihat
perhubungan kefungsian dengan tingkah laku sasaran.

Anda mungkin juga menyukai