Anda di halaman 1dari 1

Implikasi Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat, Model Behavioral, Model Sosial dan Model

Personal terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah.

Implikasi Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP)
dalam bilik darjah.

 Guru perlu menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah kepada rumit.
 Guru harus menambat konsep-konsep baharu ke dalam struktur kognitif sedia ada.
 Proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dilakukan secara berulang-ulang.
 Guru harus menggunakan kaedah ekspositori untuk menyampaikan konsep-konsep dalam sesuatu
topik pelajaran.
 Guru digalakkan untuk menyusun isi pelajaran secara berperingkat.
 Guru memberikan prinsip-prinsip am sebelum memberikan contoh-contoh spesifik.
 Pelajar juga dilibatkan dalam proses pembelajaran seperti mengumpulkan maklumat, sintesis, analisis
dan menyimpul pelajaran.

Implikasi Model Behavioral terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah.
Guru harus :

 Mengutamakan ganjaran, insentif dan peneguhan sosial bagi memotivasikan pelajar agar mengulangi
tingkah laku yang diingini.
 Meningkatkan pengajaran sedia ada guru terhadap pengajaran yang hendak diajar kepada pelajar.
 Memberi pengukuhan dan pelaziman kepada pelajar.
 Mengaitkan rangsangan dan gerak balas dalam pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar.
 Memberi motivasi kepada pelajar.
 Pemulihan spontan kepada pelajar yang kurang aktif atau pasif di dalam kelas.

Implikasi Model Sosial terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah.

 Guru hendaklah menunjukkan tingkah laku yang positif kepada murid-murid.


 Guru perlu menyediakan persekitaran sosial yang kondusif dan selesa agar modeling boleh berlaku.
 Memberi peluang kepada murid untuk memerhati dan mencontohi pelbagai tingkah laku yang
diingini.
 Murid-murid juga dapat belajar dengan lebih mendalam lagi melalui kerja kumpulan yang bersifat
koperatif.

Implikasi Model Personal terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah.
Guru perlu :

 Guru menjadi fasilitator dan menerima segala idea dan fahaman pelajar.
 Guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang boleh membangkitkan semangat murid
untuk belajar.
 Guru perlu membantu murid-murid berpuas hati dengan diri mereka, berupaya memaksimumkan
potensi serta mempunyai kawalan ke atas hidup masing-masing.
 Guru perlu menyediakan suatu iklim sosial yang mengizinkan murid meluahkan perasaan dan bebas
untuk mengepresikan perasaan.

Anda mungkin juga menyukai