Anda di halaman 1dari 7

THIS FORM MUST BE COMPLETED AND ATTACHED TO EACH ASSIGNMENT THAT YOU

SUBMIT TO THE OAS FOR MARKING

PLAGIARISM DECLARATION

I declare that the attached work is entirely my own (or when submitted to meet the requirements
of an approved group assignment is the work of the group), except where materials cited, quoted
or paraphrased are acknowledged in the text. I also declare that this work / assignment has not
been submitted for assessment in any other course or university without due acknowledgement.

I understand that plagiarism, collusion, and copying are grave and serious offences.

I understand that disciplinary action (which may include deduction of marks in the TMA) will be taken
against me if I am found to be an offender of TMA plagiarism.

Full name and IC No: THIVASINI GANESAN & 960830235086


Date: 03/09/2020

Tutor Marked Assignment (TMA)


Semester/Year 02/2020
Student’s Name THIVASINI A/P GANESAN
Student’s ID No: 071170017
Course Code MPU3113/03
Course Title Hubungan Etnik
Class Code 7HET1
TMA No: 1
No. of pages of this 7
TMA (including this page)
Tutor SIVA SANKAR A/L R. MAHALINGAM

Course Coordinator  RABIKHA HASNI BINTI SUPARMAN 


T-DF TMA Declaration Form (version #002/2017)
Soalan 1
Kesepaduan sosial adalah faktor yang positif yang memberi impak penting kepada pembentukan
perpaduan dan keutuhan masyarakat di Malaysia. Kesepaduan sosial adalah unsur-unsur yang dominan yang
mempengaruhi kehidupan seharian setiap masyarakat (Rohana, N. A. M., Rameli, M. F. P., Nordin, R., &
Hashim, S. N. I., 2017). Sebagai contoh, saling memahami, kerjasama, bertolak ansur, tidak bersifat autoriti,
menghormati masyarakat lain dan fleksibel. Oleh sebab itu, kesepaduan sosial adalah sangat penting dalam
kalangan masyarakat bagi memastikan kehidupan bermasyarakat lebih terjamin. Kesepaduan sosial boleh
difahami sebagai jalinan hubungan kerjasama antara kaum dan kelompok, berkongsi aktiviti budaya dan
pinjam meminjam unsur budaya masing-masing. Jalinan hubungan terjelma dalam putaran ekonomi dan
pasaran yang menyebabkan saling kebergantungan melalui kegiatan ekonomi seharian.

Ianya merupakan suatu fenomena dalam memacu secara mendalam terhadap perpaduan yang
seharusnya dipengaruhi oleh setiap anggota masyarakat di Malaysia. Hal ini bagi merungkai pelbagai
kegiatan dan iktibar sebagai prasyarat dalam mencapai perpaduan sesame kaum di Negara Malaysia. Oleh
yang demikian, setiap anggota masyarakat diberi kebebesan dalam bertindak demi survival diri mereka dan
keluarga (Huraerah, A., 2008). Seperti yang kita ketahui, setiap masyarakat dan etnik saling memerlukan
antara satu sama lain bagi memastikan negara sentiasa dihormati oleh negara lain dengan sikap perpaduan
kaum yang tinggi dalam kalangan ahli masyarakat.

Kepentingan kesepaduan sosial adalah untuk mencapai sebuah negara perpaduan dan integrasi yang
diidamkan iaitu ‘a united Malaysian nation’ atau sebuah bangsa yang bersepadu (Zakaria, J., & Daud, S.,
2018). Perpaduan nasional umumnya merujuk kepada penyatuan berbagai-bagai kelompok yang mempunyai
latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza. Dengan adanya kesepaduan social yang tinggi dalam
kalangan anggota masyarakat, bangsa idaman tersebut dapat dikecapi. Pada masa kini juga, sebuah negara
bangsa telah tercapai walaupun bukan secara keseluruhannya. Kesepaduan sosial sangat penting bagi
menjamin anggota masyarakat yang bersatu hati tanpa perlu ada perbalahan atau bertikam lidah antara
kaum. Hal demikian kerana, kesepaduan sosial adalah suatu usaha yang dilakukan bagi mengelakkan
perbalahan kaum yang berlaku antara anggota masyarakat. Setiap individu mempunyai nilai yang tersendiri
terhadap negara Malaysia dan mempunyai tanggungjawab masing-masing bagi memastikan kesepaduan
sosial tercapai.

Selain itu, kesepaduan sosial adalah untuk menjamin keharmonian antara setiap kaum di negara
Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Rakyatnya terdiri daripada pelbagai etnik dan
budaya. Seperti yang kita ketahui, keharmonian kaum adalah perkara utama bagi menjamin negara yang
aman dan damai. Dengan adanya kesepaduan sosial yang tinggi dan dipraktikkan setiap hari, maka negara
akan sentiasa berada dalam keadaan aman dan tenteram tanpa adanya permusuhan dan perbalahan antara
kaum. Hal demikian kerana, setiap anggota masyarakat mengetahui bahawa pentingnya sifat bersatu-padu
dalam kehidupan seharian bagi menjamin masa hadapan negara yang lebih harmoni. Sebagai contoh,
sentiada bersikap ramah dan saling menegur antara satu sama lain. Kesepaduan sosial pada masa kini telah
menjadikan negara Malaysia sebuah negara harmoni dan aman dan perlu ditingkatkan lagi supaya
keharmoniann negara lebih kukuh pada masa akan dating (Rohana, N. A. M., Rameli, M. F. P., Nordin, R., &
Hashim, S. N. I., 2017).

Salah seorang tokoh yang menyumbang kepada pemupukan kesepaduan sosial di Malaysia adalah
Ibn Kaldun. Ibn Khaldun seorang tokoh yang sangat terkemuka di dunia yang banyak meyumbang dalam
pelbagai bidang terutamanya dalam bidang falsafah (Jalal, A. F. A.& Rahim, R. A. A.2019). Nama sebenar
beliau ialah Abdul Al Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun. Beliau seorang yang sangat tekun dalam
menuntut ilmu walaupun banyak tugas pentadbiran yang harus diselesaikan. Ini termasuklah ilmu hadis, logik,
falsafah, fikah tafsir dan matematik. Menurut Ibn Khaldun, sesebuah negara yang luas daerah kekuasannya
harus didasari oleh agama yang kuat dan kukuh. Hal demikian kerana, agama merupakan penggerak dalam
kehidupan bukan sahaja kepada individu itu sendiri malah kepada seluruh masyarakat, organisasi dan negara.
Dengan kukuhnya peranan agama dalam sesebuah negara yang majmuk, ia akan dapat melahirkan
ketenteraman, kebersamaan, saling menghormati antara satu sama lain, tolong-menolong dan keharmonian
pergaulan. Oleh yang demikian, bagi mencapai tahap kesepaduan sosial yang tinggi, agama memainkan
peranan yang penting dalam keberkesanannya.

Anggota masyarakat dalam sesbuah organisasi atau negara diikat dengan suatu ikatan cinta,
persaudaraan, kash sayang di dalam Model Perpaduan Dalam Kepelbagaian Ibn Khaldun. Penyatuan Sabah
dan Sarawak dengan negeri-negeri semeanjung di Malaysia merupakan salah satu elemen ukhwah dalam
Konteks Integrasi dan Perpaduan Masyarakat (Abd Rahman,R.B., Lyndon,N.,Zaini,A.R.B., Danuri, M.S.N.B.M
& Abdullah, M.B.2019). Majmuk Malaysia iaitu pada aspek politik Negara dan seterusnya membentuk sebuah
Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Sistem kerajaan campuran ini telah menggabungkan
fahaman politi dari berbilang kaum kerana melibatkan kepelbagaian kaum di Malaysia. Seperti yang kita
ketahui, kehidupan yang bersopan-santun dan bersusila sangat penting dalam konteks hubungan etnik seperti
di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan etnik. Oleh yang demikian, nilai-nilai moral dan
akhlak seseorang individu harus dipupuk sejak kecik supaya mereka mempunyai personaliti yang baik,
sekaligus sentiasa menghormati agama dan kaum lain.

Kesimpulannya, kesepaduan sosial di Malaysia sangat penting dan harus dipupuk kerana Malaysia
mempunyai berbilang kaum dan agama. Oleh yang demikian, usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak tertentu
seperti kerajaan harus dilaksanakan dan semua rakyat harus patuh terhadap pemimpin mereka. Hal demikian
kerana,untuk menjadikan sebuah Negara yang aman dan makmur bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia
memerlukan tanggungjawab setiap ahli masyarakat dalam memastikan usaha tersebut berjaya sekaligus
dapat mencapai kesepaduan sosial yang diingini. Bagi mencapai tahap pemikiran dan kesepakatan yang
tinggi dalam kalangan berbilang kaum bukanlah sesuatu yang dapat dikecapi dengan jangka masa yang
pendek kerana akan ada persilisihan pendapat antara kaum yang mungkin berlaku. Oleh itu, sebagai seorang
rakyat Malaysia, kita seharusnya lebih bersifat terbuka dan berusaha untuk memahami akan sesuatu perkara
itu dilakukan adalah untuk kepentingan semua pihak termasuklah bagi menjamin sebuah negara yang
makmur dan harmoni dengan masyarakat yang berbilang kaum.

Soalan 2
i)

Pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam memupuk semangat perpaduan dan integrasi
antara kaum (Suharto,T, 2005). Dalam konteks negara Malaysia, pendidikan merupakan faktor unggul bagi
membina kerakyatan yang sejagat telah lama disedari. Oleh yang demikian, dasar pendidikan telah
diwujudkan bagi mencapai matlamat negara bagi membentuk perpaduan kaum antara seluruh rakyat di
Malaysia. Dalam sistem pendidikan kini, kerajaan telah melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebagsaan yang
bertujuan untuk melengkapkan Dasar Kebangsaan yangs sedia ada. Falsafah Pendidikan Kebagsaan adalah
penting bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat seperti kajian sejarah yang
dilakukan sebelum ini iaitu Dasar Pendidikan membentk perpaduan kaum.

Oleh yang demikian, jelas bahawa dasar Pendidikan merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam
membentuk pepaduan kaum di Malaysia. Dasar Pendidikan menjadikan bahasa kebangsaan sebagai
pengantar utama (Peng,C.F& Ishak, Z,2008). Bahasa kebangsaan berikut adalah Bahasa Melayu. Ia
merupakan cara paling penting bagi menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Persefahaman antara kaum dapat dipupuk serta mengelakkan daripada berlakunya perselisihan faham antara
kaum di Malaysia tanpa menimbulkan perasaan curiga terhadap kaum lain. Oleh itu, rasa harmoni dan
perpaduan kaum dapat dicapai.

Selain itu, melalui kurikulum yang sama dalam sistem pendidikan juga salah satu usaha pihak kerajaan
lakukan bagi menjamin perpaduan kaum (Nata, H.A.2016). Kurikulum merupakan suatu rancangan pendidikan
yang mengandungi ilmu pengetahuan, kemahiran, norma dan nilai-nilai kepercayaan serta kebudayaan.
Kurikulum di sekolah bertujuan untuk membina perkembangan yang lengkap dengan rohani, jasmani, akal
dan emosi para pelajar. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga merupakan asas bagi melahirkan
rakyat yang mendukung cita-cita negara iaitu bagi membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni
walaupun mempunyai rakyat yang berbilang kaum.

Oleh itu, Dasar Pendidikan di Malaysia adalah bagi menjamin perpaduan dan kesepakatan antara
kaum yang berbilang. Usaha-usaha ini dilakukan oleh kerajaan bagi menjamin masa hadapan negara agar
lebih harmoni dengan semangat perpaduan kaum yang utuh. Oleh yang demikian, semua pihak, kaum,
agama dan bangsa perlu bersatu hati dan mempunyai peranan masing-masing dalam memastikan usaha
kerajaan dalam membentuk perpaduan negara dapat dicapai dengan mudah. Setiap individu perlu patuh
kepada setiap yang dilakukan oleh pihak kerajaan serta yakin bahawa apa yang dilakukan adalah bagi
membentuk sebuah negara yang aman dan damai tanpa ada permusuhan antara kaum kerana setiap individu
mempunyai peranan masing-masing dalam negara Malaysia. Integrasi antara kaum sangat penting dalam
sesebuah negara yang mempunyai berbilang kaum seperti di Malaysia (Abdullah, M. R. T.2010).
ii)

Pada masa kini, matlamat dasar pendidikan yang dilakukan oleh kerajaan bagi meyatupadukan semua
kaum telah mendapat hasil yang positif dalam kalangan semua kaum di negara Malaysia
(Alhabshi,S.O.Hakim,H,Pengurus,P&Koporat,H.E.2010). Hal ini kerana, semua rakyat saling memerlukan
antara satu sama lain tidak kira bangsa dan agama mereka. Oleh yang demikian, usaha yang dilakukan oleh
kerajaan agar semangat perpaduan ini dipupuk di sekolah adalah suatu cara yang tepat dan memperoleh
kesan yang sangat baik. Tambahan lagi, perkara ini mendapat sambutan daripada semua kaum dan rakyat di
Malaysia.

Melalui penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi dalam pendidikan telah
menyatupadukan semua kaum di negara Malaysia. Oeh itu, perpaduan antara kaum dapat dicapai dengan
menggunakan satu bahasa sebagai bahasa rasmi negara. Selain itu, dengan adanya kurikulum pembelajaran
yang seragam, semua kaum mendapat pendidikan yang sama semasa berada di sekolah. Hal ini juga bagi
mengelakkan perselisihan faham berlaku antara kaum. Penggunaan kurikulum yang seragam di setiap
sekolah mampu menjadikan seseorang lebih berdisiplin dan mendapat ilmu pengetahuan yang mencukupi
serta tidak ketinggalan dengan mana-mana kaum yang lain. Oleh itu, setiap sekolah mempunyai tujuan yang
sama iaitu mendidik anak-anak supaya sentiasa menghargai ilmu serta menghormati sesama manusia
walaupun berlainan bangsa dan agama kerana kita mempunyai tujuan dan matlamat yang sama iaitu
memajukan negara Malaysia dengan sifat perpaduan yang tinggi dalam kalangan setiap rakyat (Bin Mior
Jamaluddin, M. K. A.2011).

iii)

Antara kesan yang berlaku ke atas persekitaran daripada dasar pendidikan yang dijalankan adalah
masyarakat dapat hidup dengan aman dan damai (Sawaludin,S.2016). Hal ini kerana, perselisihan faham
dapat dikurangkan dan wujudnya persefahaman antara kaum di negara Malaysia. Melalui Dasar Pendidikan
yang dijalankan oleh kerajaan, setiap individu mendapat pelajaran dan pendidikan yang sama walaupun
terdapat pelabagai bangsa dan agama. Oleh yang demikian, Dasar Pendidikan telah mendidik setiap rakyat
daripada kecil bahawa pentingnya semangat perpaduan kaum dalam negara bagi menjamin sebuah negara
yang makmur. Jadi, anak-anak kecil telah diberi didikan daripada awal supaya sentiasa hidup dengan
berfikiran terbuka dengan tidak mementingkan diri sendiri sahaja tanpa memikirkan orang lain.

Selain itu, dasar yang dijalankan oleh kerajaan juga memberi impak besar terhadap perkembangan
anak-anak dalam bidang rohani, jasmani dan intelektual. Nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah
dapat dipupuk dari kecil. Oleh itu, semangat hormat-menghormati terhadap kaum lain dapat disemai dalam diri
setiap anak-anak (Saidin,M.& Majid,L.A.,2012). Nilai saling hormat-menghormati perlu ada dalam diri setiap
rakyat supaya mereka mengetahui hak serta peranan masing-masing dalam memastikan persekitaran yang
positif dalam kehidupan mereka. Ini dapat menggalakkan masyarakat supaya sentiasa menghormati antara
satu-sama lain walaupun berbeza agama dan juga bangsa. Namun, kita berada dalam satu negara yang
sama iaitu Malaysia yang sangat menitik beratkan semangat perpaduan kaum yang tinggi dalam diri setiap
rakyat.

iv)

Fokus utama dalam usaha untuk membina sebuah negara bangsa yang bersatu-padu adalah dengan
memperkasakan lagi penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengantar. Bagi
negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, pembinaan negara bangsa adalah sangat dituntut terutama
dalam era globalisasi kini yang dicirikan sebagai pengaliran pantas maklumat, nilai, budaya, modal insan dan
kepercayaan tanpa sempadan merentas negara. Konsep negara bangsa yang ingin dibentuk oleh kerajaan di
Malaysia adalah bagi mencerminkan rakyat yang berbilang kaum di negara ini dengan berkongsi lambang,
identiti, budaya dan nilai yang sama. Oleh yang demikian, pemerkasaan penggunaan bahasa Melayu di
peringkat persekolahan merupakan strategi utama bagi mencapai matlamat pembinaan negara bangsa.
Pemerkasaan bahasa Melayu merujuk kepada usaha penggunaan sepenuhnya bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar di semua sekolah. Kementerian Pendidikan perlu memastikan guru-guru supaya sentiasa
dilatih untuk menggunakan bahasa Melayu. Usaha ini dilakukan bagi memastikan perpaduan kaum dapat
dikekalkan dalam kalangan semua rakyat di Malaysia.
Rujukan 1

Abd Rahman, R. B., Lyndon, N., Zaini, A. R. B., Danuri, M. S. N. B. M., & Abdullah, M. B. (2019). Budaya
Organisasi Islam Holistik: Keperluan Masa Depan Orang Melayu Dan Bangsa Malaysia. Jurnal Melayu, 18(2).

Huraerah, A. (2008). Pengorganisasian dan pengembangan masyarakat: model dan strategi pembangunan


berbasis kerakyatan. Humaniora.

Jalal, A. F. A., & Rahim, R. A. A. (2019). Pemakaian Teori Kemasyarakatan Ibn Khaldun Dalam Memperkaya
Konsepsi Kurator Museum Islam. Temali: Jurnal Pembangunan Sosial, 2(2), 311-353.

Rohana, N. A. M., Rameli, M. F. P., Nordin, R., & Hashim, S. N. I. (2017). Kepelbagaian Dan Kesepaduan
Etnik Di Malaysia Menurut Islam. Jurnal Sains Insani, 2(2), 88-97.

Zakaria, J., & Daud, S. (2018). Menelusuri Pendemokrasian Di Malaysia: Impak Terhadap Pencapaian
Integrasi Nasional. e-Academia Journal, 7(1).

Anda mungkin juga menyukai