Anda di halaman 1dari 1

Perbandingan antara penilaian tradisional dengan  penilaian autentik

Matlamat bagi penilaian autentik telah berfokus pada kefahaman dan membantu kemahiran
seseorang pelajar supaya dapat membiasakan diri dalam dunia sebenar. Ini merupakan satu
penilaian yang dijalankan semasa pengajaran dan akan dijalankan secara berterusan
berdasarkan prestasi tingkah laku.

Pelbagai kemahiran akan dinilai semasa pengajaran dan juga secara berterusan. Dalam


penilaian autentik, ujian akan dijalankan secara kerap dalam pelbagai format.

Penilaian autentik dapat memberikan nilai tambah kepada proses pengajaran dan


pembelajaran dengan pelbagai cara seperti :

a) Kemahiran penilaian kendiri


b) Kemahiran pemikiran reflektif
c) Kemahiran metakognisi
d) Kemahiran penyelesaian masalah dalam proses belajar
e) Membina kefahaman baru
f) Memupuk penerimaan kendiri, menghargai dan saling menghormati
g) Empowerment dengan memberi keupayaan memilih
h) Penambahan arahan
i) Disiplin tanpa tekanan
j) Disiplin kawalan tugas dan disiplin kawalan kumpulan
k) Pendekatan yang lebih berpusatkan pelajar
l) Kontekstual, konstruktivis, akses kendiri dan misteri
m) Menambah baik pelaksanaan kurikulum

Penilaian tradisional

Penilaian tradisional lazimnya menguji IQ yang belum menggambar kecerdasan sebenar


seseorang. Matlamat bagi penilaian tradisional hanya berfokus pada gred dan tahap
pembelajaran seseorang pelajar. Ini merupakan satu penilaian yang dijalankan selepas
pengajaran. Kemahiran yang terhad hanya akan dinilai selepas pengajaran.  Dalam
penilaian tradisional, ujian hanya akan dijalankan sekali. Ia lebih formatif dan dalam bentuk
bertulis.

Daniel Goleman (1995), mengatakan hanya empat peratus sahaja kaitan kejayaan dalam
peperiksaan dengan prestasi seseorang di tempat kerja. Beliau merumuskan bahawa
kurang hubung kaitnya antara IQ dengan kejayaan seseorang dalam kehidupan. Oleh itu,
penilaian seharusnya direka  bentuk supaya lebih adil bagi menilai pelbagai kecerdasan
yang dimiliki oleh setiap pelajar. Ujian berdasar kriteria kecerdasan tidak menghadkan
kepada ujian bertulis tetapi memberi peluang mengaplikasikan kemahiran tertentu.

Penilaian autentik telah berubah daripada segi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
mengajar seterusnya strategi penilaian. Ia lebih memberi  makna, menyeronokkan dan
mampu mengembangkan potensi pelajar ke tahap optimum.

Anda mungkin juga menyukai