PROSODI
PROSODI
DAN
SUPRASEGMENTAL
PROSODI
Trask, R.L. (1996:343)
Mengatakan bahawa prosodi itu ialah unsur fonologi yang ranahnya lebih luas daripada
sebuah segmen bunyi bahasa. Beliau juga mengatakan bahawa realisasinya hanya dapat dihuraikan
dengan merujuk kepada ranah yang berhubungan dalam ujaran yang sama.
Crystal, D. (1977:373)
Mengenal pasti unsur – unsur yang wujud dalam ranah ujaran tersebut. Beliau menggunakan
istilah suprasegmental apabila merujuk kepada unsur prosodi ini.
Prosodi itu sebagai bidang kajian bunyi yang mengkaji bunyi- bunyi yang mengiringi bunyi
– bunyi segmental dalam ujaran. Unsur – unsur itu adalah seperti kelangsingan, tekanan, jeda, kadar
tuturan dan sebagainya.
FONEM SUPRA-SEGMENTAL
Konsep kontras dalam bunyi penggalan , itu boleh juga dipakai untuk bunyi bukan penggalan.
Bunyi – bunyi penggalan disertai juga dengan bunyi supra – penggalan. Mungkin dalam bahasa
Melayu tidak semua bersifat fonemis, tetapi dalam bahasa lain unsur supra-penggalan bersifat
fonemis.
Fonem Suprasegmental
Fonem supra segmental yang juga disebut fonem suprapenggalan ialah ciri sifat bunyi yang
menindihi atau menumpangi sesuatu fonem. Maksudnya ciri suprasegmental hadir bersama – sama
fonem penggalan dengan cara menumpangi atau menindihi bunyi penggalan
Tekanan
Tekanan ialah ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata.
Dalam bahasa Melayu tekanan berlaku pada vokal.
Unsur tekanan ini lebih sesuai dibicarakan dalam perkataan. Bunyi penggalan tidak
mempunyai unsur ini. Tekanan wujud pada suku kata perkataan. Ini biasanya ditandakan dengan [ ‘
].
Dalam bahasa Melayu, tekanan keras selalu berlaku pada suku kata kedua dalam perkataan,
misalnya [ ru’mah], dan [ kam’ pung]. Tetapi , ada bahasa yang menggunakan unsur tekanan ini
bagi membezakan perkataan, yakni berkontras dalam pasangan terkecil.
Tekanan dalam perkataan bahasa Melayu lazimnya berlaku pada suku yang kedua seperti
dalam perkataan
ki ta ba pa sa tu
Misalnya bahasa Inggeris membezakan pasangan seperti ‘export , dan ex’port. Kalau
tekanannya di suku kata awal ‘export, ia bermakna ‘ perbuatan mengeksport’, tetapi ex’port
bermakna ‘benda yang dieksport’. Dengan itu unsur tekanan itu juga boleh dianggap sebagai unsur
fonemis dalam bahasa Inggeris, iaitu suatu fonem / ‘ /
Panjang Pendek
Ada bunyi yang panjang dan ada bunyi yang pendek. Ini bukan bunyi yang diucapkan dua
kali, atau bunyi biasa yang diucapkan dengan panjang. Bunyi panjang itu memang sifatnya panjang.
Dalam bahasa Melayu unsur ini tidak ada, walaupun mana – mana bunyi boleh dipanjangkan, tetapi
ia tidak membawa apa – apa kepentingan fonemis.
sambungan
Unsur panjang pendek ini diberi lambang [ : ] yang dipanggil mora, [ : ] dikatakan satu
mora, [ : : ] dikatakan dua mora dan [ . ] dikatakan setengah mora. Ada bahasa yang memakai
unsur ini sebagai fonemis atau dapat membezakan erti.
Dalam bahasa Inggeris ada pasangan terkecil seperti [ šip ] ‘kapal’ , dan [ši:p]
‘kambing biri – biri
[sit] ‘ duduk’ dan [si:t] ‘ tempat duduk. Jadi ternyata unsur / : / bertaraf fonem.
Dalam bahasa Arab , panjang pendek bunyi disebut “harkat”
Pada umumnya bunyi – bunyi vokal , konsonan sengau, geseran, sisian dan getaran boleh
dipanjangkan.
Tona
Tona merupakan unsur lagu yang ada pada sesuatu perkataan
Tona merupakan naik turunnya suara dalam pengucapan perkataan.
Tona ini mungkin mempergunakan unsur lain seperti nada , kelantangan, panjang pendek,
tekanan dan lain- lain dalam menimbulkan pola lagu dalam perkataan yang dipanggil tona itu.
Unsur ini khusus dibincangkan dalam lingkungan perkataan sahaja. Kalau dalam ayat dipanggil
intonasi atau lagu ayat.
sambungan
Bahasa Mandrin memakai empat tona:
Yang kedua memakai tanda nombor 1 hingga 4 untuk menunjukkan perbezaan tona seperti
berikut:
Ice scream
/ais + kri:m/ “eskrim”
Sebenarnya jeda / persediaan merupakan unsur pembeza dalam bahasa. Jeda juga digunakan
untuk membezakan makna ayat
/ #Saya membaca buku kakak #/
Maksudnya : Saya membaca buku kepunyaan kakak.
Ayat tanya :
Intonasi meninggi pada akhir ayat.
Ayat tanya yang mengambil kata tanya ( mana, berapa, siapa, bagaimana, apa) dan partikel –
kah
Mereka telah bertolak ke Makkah ?
Benda itu apa?
Apabila kita bertutur kita mengguakan ayat- ayat yang diucapkan secara bersambung –
sambung.
Ayat- ayat yang dituturkan itu turut menggunakan intonasi atau lagu bahasa yang berbeza –
beza
Semua jenis ciri suprasegmental atau suprapenggalan iaitu tekanan, kepanjangan, jeda dan
tona secara kombinasi turut membentuk intonasi ayat dan digunakan dalam perkataan.
Lagu II
Intonasi golongan ini diakhiri dengan menaik. Ayat tanya yang tidak mengambil kata tanya
atau partikel – kah diujarkan dengan menggunakan intonasi ini.
Nada atau tinggi rendahnya penyuaraan dilambangkan :
\\ menurun beransur –ansur
\ menaik pada bukan akhir ayat
// menaik beransur – ansur
= tinggi tetapi mendatar
ʊ menurun dan menaik
SEKIAN
TERIMA KASIH