Anda di halaman 1dari 2

SKRIP BERCERITA TAHAP 2

PESERTA: SITI NASARAH BINTI KAMIN (TAHUN 5)- SK KG Bakong/Terus

TAJUK : Maafkan Cikgu.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 malaysia.

Apa khabar kawan-kawan? Harap-harap semuanya sihat. Pada hari ini saya ada ada satu kisah
yang hendak dikongsi dengan kawan-kawan. Tajuk cerita saya ialah maafkan cikgu. Eh kenapa cikgu
pula yang minta maaf ya?ha kalau kawan-kawan semua nak tahu marilah dengar cerita saya.

Kawan-kawan yang saya hormati,

Kisahnya adalah tentang seorang anak yatim namanya amir, ayahnya telah meninggal dunia
sejak dia masih kecil lagi. Untuk menyara kehidupan mereka, ibunya telah mengambil upah menebas
kebun dan menjual kuih. Namun, amir tidak pernah mengeluh malah dia turut membantu ibunya
dengan menghantar surat khabar sebelum ke sekolah. Baiknya amir tu ya kawan-kawan. Seperti biasa
pada pagi itu, amir mengayuh basikalnya laju-laju. Berpeluh-peluh badannya. Amir bimbang akan
bertembung dengan Cikgu Hakim guru disiplinnya di sekolah. Ah mendengar namanya sahaja sudah
cukup membuatkan pelajar-pelajar kecut perut apatah lagi bersemuka dengannya. Seramnya. Ingatlah
ya kawan-kawan, datang lambat ke sekolah bukanlah sikap yang baik.

Ketika sampai di sekolah jam tangan amir menunjukkan jam 8.30 pagi. Dengan langkah yang
tergesa-gesa, amir pun menuju ke kelasnya tiba-tiba “Amir” nama Amir dipanggil. Panggilan itu
lantas mematikan langkahnya. Degup jantung amir bertambah kencang. Terlihat wajah Cikgu Hakim
yang sangat serius. Dengan suara yang lantang, Amir dimarahi kerana datang lewat. Amir hanya
membisu. Memberi alasan pada saat itu bukanlah tindakan yang bijak. Walaupun Amir pernah
menjelaskan tetapi Cikgu Hakim enggan mendengarnya malah dia dituduh menegakkan benang yang
basah.

Kawan-kawan sekalian,

Apakah yang berlaku selepas itu? Apalagi Amir dibawa ke bilik guru disiplin. Dia telah diberi
surat amaran untuk disampaikan kepada ibunya. Amir pun menerima dengan sedih. Berat mata yang
memandang, berat lagi bahu yang memikul. Amir kecewa kerana di tuduh sebagai pelajar yang malas.
Padahal dia bukanlah seperti apa yang disangkakan. Rakan-rakan Amir juga sering mengejeknya
kerana selalu didenda atas kelewatannya sampai ke sekolah.

Setelah sesi persekolahan tamat pada hari itu, Amir pun terus pulang ke rumah. Selepas
selesai solat, Amir pun terus ke dapur kerana perutnya terasa terlalu lapar. Apabila dia hendak ingin
menjamah makanan, dia teringat kembali peristiwa yang berlaku disekolah tadi. Seleranya hilang.
Amir membuat keputusan untuk ke kebun Pak Megat untuk berjumpa dengan ibunya. Amir ingin
menceritakan tentang peristiwa yang berlaku di sekolahnya tadi. Sebaik sahaja terpandang wajah
ibunya, dia berasa tidak sampai hati untuk menceritakan malah dia turut membantu ibunya
menyelesaikan kerja. Baginya ibu lah segala-galanya. Ingatlah kawan-kawan syurga itu di bawah
telapak kaki ibu.

SITI NASARAH BINTI KAMIN-SK KG BAKONG/TERUS


Kawan-kawan yang dikasihi,

Pada malam itu, Amir nekad menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja lantas menyerahkan
surat yang diterima daripada Cikgu Hakim. Amir melihat wajah ibunya amat sedih setelah membaca
surat itu. Bagi ibu Amir dia masih mampu menyara kehidupan mereka. Apa yang diharapkan oleh ibu
Amir adalah dia ingin melihat anaknya berjaya dalam pelajaran.

Kawan-kawan yang disayangi sekalian,

Sebagai pelajar tahun 6, Amir dapat berfikir dengan baik. Dia telah membuat keputusan untuk
berhenti kerja. Dia berazam selepas ini, dia akan datang awal ke sekolah dan belajar bersungguh-
sungguh. Justeru, keesokan harinya pagi-pagi lagi Amir telah sampai di kedai Pak Cik Muthu tempat
dia mengambil surat khabar. Dia ingin menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja. Selepas itu, amir
mengayuh basikalnya lebih laju dari biasa. Dia tidak ingin terlambat lagi. Dia sudah serik dengan
herdikan guru disiplinnya.

Apabila tiba di persimpangan jalan, tanpa mlihat kiri dan kanan Amir terus melintas.
Malangnya, sebuah kereta telah melanggarnya. Amir tercampak ke seberang jalan lalu pengsan.
Orang yang melanggar Amir itu terus membawanya ke klinik yang berdekatan. Mujurlah Amir tidak
apa-apa. Dia Cuma mengalami luka-luka kecil sahaja. Itulah kawan-kawan kita mestilah berhati-hati
semasa berada di jalan raya.

Tidak lama kemudian, Amir pun sedar dan dia terkejut melihat Cikgu Hakim berada di
sisinya. Dengan wajah yang ikhlas dan mesra, Cikgu Hakim meminta maaf atas kecuaiannya Amir
tercedera. Maafkan cikgu, Amir. Dengan senang hatinya, Amir pun memberitahu dia lah yang
bersalah kerana tidak berhati-hati. Begitulah kawan-kawan niat dihati untuk membantu keluarga
adalah satu sifat yang mulia namun, kita mestilah memikirkan keselamatan diri. Sekiranya kawan-
kawan telah melakukan kesalahan janganlah malu untuk meminta maaf kerana orang yang mengakui
kesalahannya akan dipandang mulia.

Sekian, terima kasih.

SITI NASARAH BINTI KAMIN-SK KG BAKONG/TERUS

Anda mungkin juga menyukai