Anda di halaman 1dari 4

NOVEL

PANDUAN MENJAWAB SOALAN NOVEL

1. Setiap isi perlu ada huraian dan contoh.


2. Tulis jawapan dalam bentuk perenggan menggunakan ayat yang lengkap untuk
memudahkan pemeriksa.
3. Jangan tulis jawapan dalam bentuk point form kerana akan menjejaskan bahasa
khususnya dan huraian isi amnya.
4. Isi tanpa cotoh / huraian tidak akan memberikan sebarang markah.

Perincian Markah
Isi 6 markah
Bahasa 4 markah

5. Jawapan yang baik menunjukkan isi yang jelas dan cntoh yang agak terperinci (bukan
umum).
6. Kebanyakkan soalan bertanyakan aspek asas dalam pembelajaran KOMSAS seperti
tema, persoalan, pengajaran, nilai, latar, dan perwatakan.

Bi SOALAN Markah
l
1 Huraikan tema yang terdapat dalam novel yang anda kaji 10
2 Jelaskan persoalan-persoalan yang terkandung dalarn novel yang anda kaji 10
3 Huraikan perwatakan watak utama dalam novel yang anda kaji. 10
4 Bandingkan perwatakan watak utama dengan watak sampingan dengan memberikan 10
contoh yang sesuai
5 Huraikan mesej/amanat/pengajaran yang anda peroleh dalarn novel yang anda kaji 10
6 Nyatakan nilai-nilai kemanusiaan yang anda ketahui dan huraikan dengan memberi 10
contoh yang sesuai
7 Jelaskan citra masyarakat yang terkandung dalam novel yang anda kaji 10
8 Huraikan citra wanita yang dapat dilihat dalam novel yang anda kaji 10
9 Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang anda kaji dan nyatakan contoh 10
yang sesuai
10 Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan latar dan huraikan jenis latar yang anda 10
ketahui
11 Jelaskan teknik plot yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji 10

KRITERIA MARKAH BAHASA

Peringat Markah Deskripsi


 Bahasa baik dan
Cemerlang 04 lancar
 Ayat gramatis
 Ejaan dan tanda baca
yang betul
 Bahasa masih baik
dan masih lancar
 Penggunaan ayat
Baik 02 – 03 masih gramatis, tetapi
terdapat kesalahan
yang minimum
 Isi bentuk poin, tetapi
berbentuk ayat
lengkap
 Bahasa tidak cekap
 Ayat tidsk gramatis
Memuaskan 01  Kesalahan ejaan dan
tanda baca yang
ketara
 Isi berbentuk poin dan
ayat tidak lengkap

KERANGKA JAWAPAN NOVEL

Novel yang saya pelajari di Tingkatan 1 / 2 / 3 ialah ________________ karya


_______________. Terdapat beberapa persoalan / pengajaran / nilai / latar / perwatakan
dalam novel ini.

Antaranya ialah persoalan / pengajaran / nilai / latar /


perwatakan_______________________. Hal ini dapat dibuktikan
____________________________________________.

Selain itu, persoalan / pengajaran / nilai / latar / perwatakan


_______________________. Contohnya,
____________________________________________________________________.

Akhir sekali ialah persoalan / pengajaran / nilai / latar / perwatakan


_______________. Sebagai contoh,
_________________________________________________.
CONTOH SOALAN NOVEL TINGKATAN 2 (JEJAK MONPUS)

1. Watak utama memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan sesebuah


cerita.
Berdasarkan sesebuah novel yang anda telah kaji, nyatakan tiga perwatakan
watak utama novel tersebut. Bagi setiap perwatakn anda perlu mengemukakan
contoh yang sesuai.
( 10 markah )

CONTOH JAWAPAN CEMERLANG

Novel yang saya pelajari di Tingkatan 2 ialah novel Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon.
Terdapat tiga perwatakan watak utama dalam novel ini.

Antaranya ialah Zahar seorang remaja yang berani. Hal ini dapat dibuktikan Zahar
berani melawan dengan Ripin yang cuba mencuri tong gas yang diletakkan di luar dapur
rumahnya.

Selain itu, seorang yang gigih. Contohnya, Zahar gigih menjalankan penyelidikan
untuk menghasilkan formula bagi menghapuskan ulat bulu berintik hitam yang
menyerang kampungnya.

Akhir sekali, seorang yang bijak. Sebagai contoh, penyelidikan Zahar mendapat
pengiktirafan daripada pihak universiti iaitu Zahar mendapat Anugerah Biasiswa Kerusi
Canselor. Anugerah itu diberikan kepada Zahar sebagai menghargai iltizam dan
komitmennya terhadap pihak Universiti Teknologi Malaysia.

( 10 markah )

CONTOH SOALAN NOVEL TINGKATAN 2

1. Nyatakan tiga latar tempat dalam novel yang anda telah kaji berserta peristiwa yang
berlaku di tempat-tempat tersebut.
( 10 markah )

2. Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, nyatakan tiga persoalan yang terdapat
dalam novel tersebut berserta contoh peristiwa yang sesuai.
( 10 markah )

Anda mungkin juga menyukai