Anda di halaman 1dari 7

Acara Teks Juruacara Tindakan

Ketibaan *** SEBUT SEMASA PERASMI MASUK KE DEWAN*** Fazirah


Masuk
Mengalu-alukan ketibaan Yang Dihormati, Encik Zehegkiel Piree, Setiausaha Politik Menteri diiringi
oleh __________________________________________________________________________ (PPD)
dan
Yang Berusaha, Encik Raja Manikam A/L Subramaniam, Pengetua SMK Medamit masuk ke dalam
dewan.

Lagu Sidang hadirin sekalian, marilah sama-sama kita berdiri tegak bagi menyanyikan lagu kebangsaan, Fazirah
Negaraku dan lagu Negeri Sarawak, Ibu Pertiwiku.

Lagu Negaraku

Lagu Negeri Sarawak, Ibu Pertiwiku

Para hadirin dipersilakan duduk

1
Acara Teks Juruacara Tindakan

Syahirah
Kata Alu- 1. Yang Dihormati, Encik Zehegkiel Piree,
aluan Setiausaha Politik Menteri

2. ____________________________________________________
Pendidikan Daerah Limbang

3. Yang Berusaha, Encik Raja Manikam A/L Subramaniam,


Pengetua SMK Medamit

4. Yang Berusaha, Encik Jason Rabing Anak Ansi,


Yang Dipertua PIBG SMK Medamit

Para guru, para ibu bapa, tuan-tuan, puan-puan seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Selamat datang ke Majlis
Kesyukuran Peningkatan SPM 2018.

Acara Teks Juruacara Tindakan

Pendahuluan Sungguh rendang pohon bidara, Fazirah


Diapit oleh pohon kekwa;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Alhamdulillhah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama
berkumpul bagi memeriahkan lagi majlis kesyukuran peningkatan spm 2018.

Tuan2-puan2 yang dihormati sekalian,

Pada pagi yang penuh barakah ini,saya mewakili pihak majlis ingin mengambil kesempatan untuk

2
mengucapkan selamat datang dan merakamkan seangkasa terima kasih khusus buat tetamu kehormat,
Yang Dihormati, Encik Zehegkiel Piree, Setiausaha Politik Menteri.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua tetamu yang sudi hadir  bagi
memeriahkan lagi Majlis Kesyukuran Peningkatan SPM 2018 pada hari ini.

Untuk pengetahuan semua, majlis ini telah diadakan bagi mensyukuri peningkatan keputusan spm yang
telah diraih para pelajar tingkatan lima bagi tahun 2018.

Bacaan doa Lebat kemiri pohonnya rendah, Syahirah


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat Yang Maha Esa.

Hadirin sekalian,

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Saudara Mohd Rafiuddin bin Ismail. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

*PAUSE*

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Mohd Rafiuddin bin Ismail. Semoga dengan
kalimah doa tadi, diberkati hendaknya segala hasrat yang direncanakan...Insya-Allah

3
Seterusnya, bagi meneruskan agenda kita pada hari ini, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan Fazirah
Ucapan Tuan mempersilakan Yang Berusaha, Encik Raja Manikam A/L Subramaniam, Pengetua SMK Medamit untuk
Pengetua menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*PAUSE*

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Encik Raja Manikam A/L
Subramaniam, Pengetua SMK Medamit, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Ucapan Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Syahirah


Perasmi
& Seterusnya, tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan Yang Dihormati Encik Zehegkiel Piree,
Penyampaian Setiausaha Sulit Menteri untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Hadiah/
Cenderahati *PAUSE*

Demikian tadi ucapan yang disampaikan oleh Yang Dihormati Encik Zehegkiel Piree, Setiausaha Sulit
Menteri.

Diminta Encik Zehegkiel Piree untuk kekal berada di atas pentas.

Seterusnya, kita akan meneruskan lagi agenda pada hari ini iaitu penyampaian hadiah dan cenderahati. .

Justeru, majlis menjemput semua tetamu kehormat untuk naik ke pentas bagi sama – sama mengiringi
Yang Dihormati Encik Zehegkiel Piree, Setiausaha Sulit Menteri.

Dimulakan dengan penyampaian saguhati/ wang ringgit kepada calon SPM 2018 yang telah berjaya
mendapatkan keputusan yang cemerlang sekaligus mengharumkan nama SMK Medamit.

4
Dipersilakan

BRONSON NOH – 5A
VELENTINE ANAK NETAR – 5A
JENNY JAMES – 5A
JOANNES JUMAN ANAK BAKIT – 5A
ALEXANDER ANAK TEGONG – 6A
BRINEYSA BANGIE ANAK CHANGGAU – 6A
JENNYFA PAUL – 7A
MELISA MAY ANAK KUDI – 7A
JONICAL ANAK JUNTAN – 7A
ALTERN ANAK AUGUSTINE – 7A

Seterusnya penyampaian daging kerbau sebagai simbolik kepada semua pelajar SMK Medamit. Fazirah

Jesteru, dijemput wakil bagi setiap tingkatan untuk menerima _______________________________.

Dipersilakan wakil tingkatan 1


Dipersilakan wakil tingkatan 2
Dipersilakan wakil tingkatan 3
Dipersilakan wakil tingkatan 4
Dipersilakan wakil tingkatan 5

Pihak majlis berasa sangat berbesar hati atas kesudian Yang Dihormati Encik Zehegkiel Piree, Setiausaha Syahirah
Sulit Menteri dan ______________________________________________________________________
(PPD) kerana sudi meluangkan masa memeriahkan lagi majlis kesyukuran spm 2018 pada hari ini.

Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput Yang Berusaha, Encik Raja Manikam A/L Subramaniam,
Pengetua SMK Medamit bagi menyampaikan cenderahati kepada ___________________________
________________________________________________(PPD).

5
Seterusnya, majlis menjemput Yang Berusaha, Encik Jason Rabing Ansi, Yang Dipertua PIBG SMK
Medamit bagi menyampaikan cenderahati kepada Yang Dihormati Encik Zehegkiel Piree, Setiausaha Sulit
Menteri.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan seangkasa ucapan terima kasih kepada Encik
Zehegkiel Piree, Setiausaha Sulit Menteri dan semua tetamu kehormat atas kesudian menyampaiakan
hadiah dan cenderahati sebentar tadi.

Penutup Hadirin yang dihormati sekalian, Fazirah

Umpama belayar telah sampai ke pelabuhan,


Umpama berkayuh telah sampai di muara,
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi.

Begitu juga dengan Majlis Kesyukuran Peningkatan SPM 2018 yang semakin hampir melabuhkan tirainya.

Ucapan penghargaan dan terima kasih ditujukan buat semua warga SMK Medamit, barisan pentadbir,
guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Majlis Kesyukuran SPM
2018.

Sedikit pesanan buat calon – calon spm 2019, kini tergalas beban di bahu anda untuk
mengharumkan nama sekolah pula. Selamat Berusaha dan Semoga Berjaya.

Majlis menjemput Yang Dihormati Encik Zehegkiel Piree diiringi Encik Raja Manikam dan semua tetamu
kehormat untuk menikmati jamuan yang telah disediakan

Perhatian kepada para ibu bapa, anda di minta untuk terus kekal berada di dalam dewan bagi mengambil
daging kerbau.

Bekas pelajar smk medamit juga boleh mengambil ____________________________________________

6
7

Anda mungkin juga menyukai