Anda di halaman 1dari 7

Soalan 1: Pengenalan tentang roti

Pengenalan

Roti merupakan satu kumpulan makanan ruji yang diperbuat daripada doh tepung
dan air yang disediakan selalunya melalui pembakaran. Sepanjang zaman, roti
sering kali menjadi makanan yang popular di seluruh dunia dan juga merupakan
makanan manusia yang paling lama dan penting semenjak wujudnya pertanian.

Terdapat terlalu banyak kombinasi dan perkadaran jenis tepung serta bahan-bahan
yang lain dan juga resepi tradisional dan cara penyediaan roti yang berbeza.
Kesannya, seseorang akan mendapat pelbagai jenis,rupa,saiz dan tekstur roti dalam
pelbagai rantau. Roti boleh diragikan oleh banyak jenis proses, dari bergantung
dengan mikrob semulajadi (contohnya, doh masam) kepada pengudaraan tekanan
tinggi tiruan semasa dan/atau pembakaran. Walaubagaimanapun, sesetengah
produk tidak diragikan, sama ada kerana kesukaan diri atau kerana tradisi atau
sebab-sebab keagamaan. Banyak bahan-bahan yang bukan bijirin boleh ditambah,
dari buah buahan dan kacang kepada lemak yang pelbagai. Roti komersial
khususnya, selalu mengandungi bahan tambahan, sesetengahnya, tidak bernutrisi,
untuk menambah rasa, tekstur, warna atau jangka hayat.

Bergantung kepada adat tempatan dan kemudahan, roti boleh dihidangkan melalui
beberapa bentuk pada bila-bila masa untuk makan. Roti juga dimakan sebagai
makanan ringan, atau sebagai bahan dalam persiapan kulinari yang lain, seperti
makanan bergoreng yang disaluti serbuk roti untuk mengelakkan lekitan atau rasa
hambar komponen utama agar roti, ataupun bahan isian direka untuk mengisi kaviti
atau mengekalkan jus yang mungkin mengalir keluar.

Salah satu sebabnya adalah kerana ilmu kepentingan roti dari dahulu lagi sebagai
makanan asas, secara tradisional, amat susah untuk mendapatkan makanan, roti
telah mendapat kepentingan sosial dan emosi yang menjangkaui kepentingan
nutrisi. Roti memainkan peranan yang penting dalam upacara keagamaan dan
budaya sekular.

1
Soalan 2 : Sejarah tentang roti

Sejarah pembuatan roti sungguh panjang, hampir menjangkau 5,000 tahun. Dari zaman Mesir
purba ke Zaman Besi, Zaman Roman dan Zaman Viking, seterusnya Revolusi Perindustrian
hinggalah ke hari ini. Setiap era membawa pembaharuan dari segi mutu bijian, proses
mengisar, membakar, membentuk serta tekstur roti yang dihasilkan.

Soalan 3 : 5 jenis asas roti( Gambar dan berserta nama)

2
Roti dan hasilan fermentasi boleh dibahagikan kepada lima (5) jenis asas roti iaitu:

Jenis roti Contoh roti Gambar

farmhouse, sandwich,
1. White bread
cottage dan bloomer

small brown,
2. Brown bread
country cereal

3
scotch baps, Vienna,
3. Rolls
bridge rolls

4. Enriched rolls Chelsea buns,


hot cross buns, sausage roll

5. Specialty bread sun dried tomato bread,


tiger bread, stolen, malt
bread

4
Soalan 4 : 2 jenis resepi roti (Gambar)

roti coffee dengan chocolate chips

Bahan-bahan ( 6 biji )

 125ml susu segar


 200g tepung roti
 8g gula
 3g garam
 8g butter
 3g(1 sudu besar) dry yeast
 3 sudu besar instant coffee
 30g chocolate chips
 telur untuk sapu
 chopped walnuts secukupnya

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan-bahan dari number.1- number.6 ke dalam breadmaker. Pilih


menu untuk buat doh. Pasangkan.
2. Bila sudah siap, keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
Bahagikan kepada 6 bahagian. Bulatkan. Rehatkan selama 10-15 minit.
3. Canaikan doh. Letakkan coffee dan chocolate chips ke atas roti. Kemudian gulung.
Gelek sedikit dengan tangan biar jadi panjang.
4. Lipatkan 2 seperti dalam gambar di sebelah
5. Potong 2 tetapi jangan sampai putus
6. Kemudian pegang pada kedua-dua bahagian yang terputus dan putarkan dengan
sebelah kanan kearah dalam dan sebelah lagi ke arah luar.
7. Lepas itu ambil kedua-dua hujung. Simpulkan macam ikat tali
8. Biarkan menaik 2 kali ganda. Sapukan dengan telur dan taburkan chopped walnuts
,Bakar dalam oven selama 10-15 minit pada suhu 180C

5
Bun telur

Bahan-bahan ( 14 biji )

 250g tepung roti (strong white bread flour)


 50g tepung biasa
 1 biji telur
 120cc susu segar
 3 sudu besar gula
 1 sudu kecil garam
 1 sudu kecil yis
 50g mentega
 [bahan glaze]
 1/2 biji telur
 1 sudu besar air
 Bazil (optional)
 [Inti]
 2 biji telur rebus
 mayonis secukupnya
 garam
 serbuk lada putih
 1/2 bawang besar

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan kecuali bahan glaze ke dalam bread maker. On kan..
2. Bila dah siap, keluarkan doh dan bahagikan kepada 2 bahagian. Bentukkan jadi bulat.
Biarkan selama 20minit
3. Sementara itu sediakan inti. Cincang bawang besar dan telur. Gaulkan dengan garam,
mayonis dan sebuk lada putih sehingga sebati. Ketepikan

6
4. Ambik sebahagian doh tadi. Canaikan jadi 4 segi. Masukkan inti dan gulong.
5. Kemudian potong kepada 7 bahagian
6. Ulang langkah 4 dan 5
7. Masukkan ke dalam oven. rendahkan suhu kepada 40c. Penaikkan selama 40-50minit.
8. Kemudian sapukan dengan bahan glaze tadi. Bakar pada suhu 180c selama 10-
15minit
9. Inti tadi sesuai juga diganti dengan tuna

Rujukan:

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Roti
2. Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=0304&pub=utusan_malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_03.htm&arc=hive#ixzz3TbZ
HrEcm
© Utusan Melayu (M) Bhd
3. http://www.myresipi.com/top/detail/517
4. http://www.myresipi.com/top/detail/16

Anda mungkin juga menyukai