Anda di halaman 1dari 14

CABANG-CABANG FALSAFAH

EDUP2072 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA


METAFIZIK/
ONTOLOGI

CABANG-
LOGIK CABANG EPISTEMOLOGI
FALSAFAH

AKSIOLOGI
FALSAFAH SKOP KAJIAN PERSOALAN
Ontologi/ Metafizik Kewujudan Apakah diluar sana?

Epistemologi Pengetahuan Bagaimanakah saya akan tahu tentang ini?

Aksiologi Nilai, etika atau agama Kenapakah kita buat ini?

Logik Kesahihan - Apakah itu penakulan yang betul?


- Bagaimanakah cara untuk membezakan
perbahasan yang baik dari yang tidak baik?
- Bagaimanakah cara untuk mengesan
kepercayaan yang salah dalam penaakulan?
1. ONTOLOGI/ METAFIZIK

• Konsep ini mendapat namanya dari perkataan Greek μετά (metá) (bermaksud
"selepas") dan φυσικά (physiká) (bermaksud "yang mengenai alam"), "yang mengenai
alam" merujuk kepada karya purba mengenai alam oleh Aristotle.
• Metafizik bertanggungjawab ke atas kajian tentang kewujudan dan asas pandangan
yang luas.
• Metafizik melibatkan segala benda yg wujud yg membincangkan sama ada dunia ini
adalah realiti (benar) atau ilusi.
• Tanpa keterangan ttg dunia sekeliling, manusia tidak akan dpt memelihara dan
mengekalkan kehidupan.
Metafizik menumpukan pada persoalan seperti:

Apakah dia alam semesta?

Adakah Tuhan wujud?

Apakah itu kehidupan?

Apakah itu pemikiran?


2. EPISTEMOLOGI

• Epistemologi adalah kajian tentang cara untuk mendapatkan


ilmu dan sifat pengetahuan itu sendiri.
• Epistemologi ialah penerangan tentang cara berfikir utk
menentukan kebenaran dan memisahkan kebenaran drp
kesalahan.
• Epistemologi digunakan utk mendapatkan ilmu disekeliling kita.
• Epistemologi memberikan jawapan kpd soalan - jawapan yg
merangkumi sifat dan pembentukan konsep, kesahihan deria,
penaakulan logikal dan pemikiran, idea, ingatan emosi serta
segala yg berkaitan dengan mental dan pemikiran yg melibatkan
cara minda berhubung dgn realiti sama ada sah atau pun
sebaliknya.
Epistemologi menangani soalan-soalan seperti:

• "Apa yang membuat kepercayaan yang wajar dibenarkan?"


• "Apa ertinya mengatakan bahawa kita tahu sesuatu?"
• "Bagaimana kita tahu bahawa kita tahu?".
3. AKSIOLOGI

Berasal daripada Merangkumi dua


perkataan Greek yang aspek
Cabang falsafah yang
bermaksud ‘nilai’ atau
mempersoalkan • Etika
dlm Bahasa Inggeris,
tentang baik atau • Estetika
value. Perkataan logia
buruk, atau salah.
merujuk kpd kajian ttg
kualiti dan nilai.
Etika

• Dikenali sebagai falsafah moral.


• Mengaji tentang nilai-nilai moral, prinsip
moral, tingkah laku dan sifat murninya.
• Dalam istilah Yunani ethos bermaksud
adat resam dan kelakuan.
CABANG ETIKA

Etika • Mengkaji dan mencadang prinsip-prinsip yg


sesuai.

Normatif • Menimbulkan persoalan, bagaimana


seseorang patut bertindak secara bermoral.

• Mengkaji tentang konsep, betul atau salah dan

Metaetika baik atau jahat.


• Mempersoalkan peranan etika dlm
kehidupan.
Estetika

• Mengkaji tentang nilai-nilai mengenai kecantikan


dan kesenian.
• Plato - Membezakan seni dari segi kecantikan yang
ideal dengan objek yang cantik .
• Aristotle - Menganggap kecantikan adalah direka
untuk dalam kehalusan dan keharmonian dalam
produk tersebut.
4. LOGIK
• Berasal drp perkataan Greek, Logos bermaksud fikiran, idea, hujah, alas an atau prinsip.
• Pengajian tentang prinsip kesahihan ttg sesuatu perkara sama ada secara inferens atau
demonstrasi.
• Logik merujuk kpd turutan sesuatu rumusan berdasarkan andaian dan pemikiran yg
tepat.
• Logik membantu manusia berkomunikasi dengan berkesan kerana pemikiran dilakukan
dgn berhati-hati dan sistematik.
• Dua jenis logik asas iaitu, logik deduktif dan logik induktif.
Logik Logik
Bermula dengan butiran Bermula dengan
deduktif khusus, kemudian induktif kesimpulan umum,
membuat penaakulan kemudian mencari-cari
terhadap butiran contoh yg relevan bagi
tersebut dan membuat menerangkan
kesimpulan untuk kesimpulan dan butiran
menjelaskannya. yg terhasil secara logik.

Anda mungkin juga menyukai