Anda di halaman 1dari 4

Kelas Praktikal Qiraat

Kata Pengantar
Ilmu Qiraat
1. Definisi :
- Segi bahasa : Kata jamak bagi ‘qiraah’ (‫)قراءة‬. Ia kata terbitan dari qara’a (‫)قرأ‬.
- Segi istilah : Ilmu yang menerangkan tentang tatacara menuturkan perkataan-
perkataan dalam al-Quran dan jalan perlaksanaannya sama ada disepakati atau
diperselisihkan dengan cara menyandarkan semua bentuk kepada si
pembawanya.

2. Faedah :
- Memelihara al-Quran dari penyelewengan (‫ )التحريف‬dan perubahan (‫)التغيير‬.
- Membezakan di antara apa yang boleh di baca dan yang tidak boleh dibaca.
- Mengenali para imam qiraat yang membaca.
- Memelihara dari kesalahan dalam menuturkan bacaan al-Quran.
- Menguatkan sebahagian bentuk penafsiran al-Quran dan sebahagian hukum
fiqh.
- Menyerlahkan keistemewaan mukjizat al-Quran, ketinggian balaghahnya,
menjadi punca rujukan bagi ahli bahasa.
- Keistemewaan khusus buat al-Quran tidak terdapat di kitab samawi yang
terdahulu.
- Dapat membaca al-Quran dengan bentuk qiraat 7 imam.

3. Perbincangan :
- Kalimah dalam al-Quran yang para qurra’ bersendirian membaca bentuk begitu.
- Kalimah yang diperselisihkan atau disepakati oleh qurra’ dalam menuturkannya.
- Usul (kaedah umum) dan farsy al-huruf (cabang permasalahan).

4. Dalil :
a) Firman Allah swt:
                  

         


Maksudnya:
“Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu.
Jika engkau tidak melaksanakannya (dengan menyampaikan semuanya) bermakna
engkau tidaklah menyampaikan perutusanNya. Allah akan memeliharamu dari
(kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum
yang kufur”.
(al-Maidah : ayat 67)

b) Sabda Baginda saw :


‫ فاقرؤوا منه ماتيسر‬,‫هكذا أنزلت إن القرآن أنزل على سبعة أحرف‬
Maksudnya :
“Demikianlah ia (surah al-Furqan) diturunkan. Sesungguhnya al-Quran diturunkan di
atas tujuh huruf maka bacalah darinya apa yang mudah”.

1
Kelas Praktikal Qiraat

5. Keutamaan : Semulia-mulia ilmu kerana membahaskan al-Quran secara langsung.

6. Hukum mempelajari dan mengajarkannya : Fardu Kifayah.

7. Rukun qiraat :
a) Mesti dalam bentuk mutawatir.
b) Menepati Bahasa Arab sekalipun salah satu bentuk sahaja.
c) Menepati bentuk rasm penulisan salah satu Mushaf Uthmaniyyah sekalipun
secara ihtimal (andaian).

8. Sejarah

a. Pengumpulan al-Quran:
i- Zaman Nabi saw
ii- Zaman Abu Bakar ra
iii- Zaman Uthman ra

b. Perkembangan dunia Qiraat

Zaman Zaman Zaman abad


Nabi saw Khulafa al- 1&2 Hijrah
Rashidin

Zaman menjadikan
Zaman qiraat sebanyak
muktamad tujuh imam
qiraat sebanyak tujuh
imam

9. Pengasas ilmu :

- Kebanyakan sejarah mengatakan ia dimulakan oleh Abu ‘Abid al-Qasim bin


Salam (w224H).
- Ibn al-Jazari menentukan : Abu Hatim al-Sajistani (w255H).
- Abd al-Qayyum (Jamik Um al-Qura) menentukan : Yahya bin Yu’mar (w89H).
- Imam Qurra.
- Abu ‘Amr Hafs bin Umar al-Duri (w246H).
- Abu ‘Amr bin al-Ala’ (w154H).
- Hamzah bin Habib al-Zayyat (w189H)

2
Kelas Praktikal Qiraat

10. Imam dan perawi :


Qalun
1. Nafi
Warsy
Al-Bazzi
2. Ibn Kathir
Qunbul
Al-Duri
3. Abu ‘Amru
Al-Susi
Hisyam
4. Ibn ‘Amir
Ibn Zakwan
Syu’bah
5. ‘Asim
Hafs
Khalaf
6. Hamzah
Khallad
Abu al-Harith
7. Al-Kisa’i
Al-Duri

11. Asas istilah dalam Qiraat yang bakal digunakan dalam kelas:

i- Qiraat / Imam
Merujuk kepada imam yang tujuh seperti imam Nafi’, imam Ibn Kathir dan
seangkatannya.

ii- Perawi / riwayat


Merujuk kepada 2 perawi setiap imam berkenaan seperti Qalun, Warsy dan
seangkatannya. Selain itu, disebut juga Qalun ‘an Nafi’ (‫ )قالون عن نافع‬sebagai contoh.

(*Apabila disebut imam, maka memberi makna kedua-dua perawinya serentak)

iii- Toriq
Merujuk kepada nazam atau matan yang digunakan seperti Toriq Syatibi dan Toriq Jazari.
Ini merujuk kepada zaman muktamad ilmu ini.

iv- Wajah
Bentuk qiraat bagi seorang imam atau perawi yang dipilih dari beberapa bentuk yang ada
seperti wajah iskan dan silah dalam kes Mim jamak bagi riwayat Qalun.

v- Qawlan wahidan
Bermakna hanya ada satu wajah sahaja bagi seorang imam atau perawi.

vi- Usul
Kaedah umum bagi seorang imam atau perawi. Dengan makna yang lebih mudah ialah
wajah atau bentuk asas bagi imam atau perawi berkenaan.

3
Kelas Praktikal Qiraat

vii- Farsyul huruf


Kalimah khusus yang dibincangkan oleh imam atau perawi yang tertentu. Mushaf
qiraat sangat membantu dalam hal ini.

viii- Jami’ul qurra’


Sepakat semua imam qiraat.

ix- Baqiyul qurra’


Baki dari imam dan perawi yang tidak disebut bagi satu-satu perbincangan.

Anda mungkin juga menyukai