Anda di halaman 1dari 3

KANDUNGAN

Masa /
Mata Pelajaran :  4.00 – 5.00 petang / Bahasa Melayu Tahun Lima 
Tarikh / Hari : 23 Mac 2021 / Khamis
Tema / Tajuk :  Tema : Kekeluargaan
Tajuk : Catatan-Hari Keluarga
Standard 3.3.1 Mendraf dan menghasilkan penulisan berformat, dan tidak
Pembelajaran :   berformat.
Objektif Murid dapat 
Pembelajaran : 1. Menulis catatan dengan menggunakan format yang betul.
EMK  Bahasa
Nilai Murni  Keselamatan, Kerjasama, Kebersihan
Aktiviti PdP :  Set Induksi 
1. Paparkan Sudut Opem yang sedia tercatat standard
pembelajaran dan objektif pembelajaran pada hari ini. 
2. Paparkan gambar-gambar hari keluarga.  
3. Soal jawab dengan murid.
a. Apakah nama aktiviti tersebut yang dipaparkan
pada skrin?
b. Pernah atau tidak murid-murid bercuti bersama
dengan keluarga sendiri? Murid-murid pergi ke
mana?
c. Bagaimanakah perasaan murid-murid jika bercuti
bersama dengan keluarga sendiri?
d. Nyatakan faedah bercuti bersama dengan keluarga?
e. Terapkan PKJR – Berhati-hati di atas jalan raya.
4. Kaitkan tajuk hari ini dengan Catatan bagi aktiviti Hari
Keluarga iaitu Berkelah di Air Terjun Jeram.

Aktiviti 1 
1. Terangkan Format Catatan. (3 minit) – Hari / Tarikh /
Masa.
2. Menerangkan secara ringkasnya perkara berkaitan sebelum,
sedang berlaku dan selepas aktiviti hari keluarga.
3. Meneliti gambar sebelum bertolak ke Air Terjun Jeram. 
4. Paparkan Peta Alir tentang sebelum bertolak ke Air Terjun
Jeram.
5. Bersoal jawab tentang aktiviti sebelum bertolak ke Air
Terjun.
6. Pelbagai soalan dari mudah ke sukar diajukan.
Contoh soalan guru:
a. Apakah yang sedang sedang lakukan?
(Terapkan nilai kerjasama)
b. Selepas persiapan telah dibuat oleh ahli keluarga,
apakah langkah seterusnya? –(keselamatan)
c. Tunjukkan contoh pendahuluan yang telah dicadangkan
oleh guru.
d. Terangkan contoh pendahuluan dengan bahasa yang
mudah dan menarik. Contohnya riuh-rendah.

Aktiviti 2
1. Meneliti gambar tiba di destinasi Air Terjun Jeram.
2. Paparkan Peta Alir tentang tiba di Air Terjun Jeram.
3. Bersoal jawab tentang perkara yang seterusnya selepas tiba
di Air Terjun Jeram.
Contoh soalan guru:
a. Berapa lamakah perjalanan dari rumah ke Air Terjun
Jeram?
b. Selepas tiba di situ, ayah sedang buat apa? Mencari
tempat parkir kereta.
c. Siapakah yang membantu ibu atau ayah mengangkat
barang dari kereta?
d. Di manakah mereka meletak barang-barang yang
dibawa? Mencari tempat berteduh.
e. Sebelum meletakkan barang, apakah tindakan yang
harus kita lakukan? (Kebersihan)
4. Tunjukkan contoh isi 1 yang telah dicadangkan oleh guru.
5. Terangkan contoh isi 1 dengan bahasa yang mudah dan
menarik. Contohnya tempat berteduh, pokok yang rendang
dan lain-lain.

Aktiviti 3
1. Meneliti gambar Air Terjun Jeram dan bersoal jawab
tentang pemandangannya.
2. Bercerita serba sedikit tentang aktiviti-aktiviti yang
boleh
dilakukan.
3. Paparkan masa dan gambar mandi-manda. Nyatakan
aktiviti
dan berikan perkataan berkaitan untuk membina ayat.
4. Paparkan gambar memancing dan perkataan. Bimbing
murid bina ayat dengan menggunakan penanda wacana.
5. Paparkan gambar melukis dan perkataan. Minta murid
sebut
penanda wacana yang boleh digunakan. Kemudian, bina
ayat.

Aktiviti 4
1. Sebut masa
2. Paparkan gambar makanan dan ahli keluarga. Nyatakan
aktiviti dan berikan perkataan berkaitan untuk membina
ayat.
3. Paparkan gambar jambatan gantung dan perkataan.
Bimbing murid bina ayat dengan menggunakan penanda
wacana.
4. Paparkan gambar flora dan fauna serta perkataan. Minta
murid sebut penanda wacana yang boleh digunakan.
Kemudian , bina ayat.

Aktiviti 5
1. Paparkan gambar barang-barang yang telah dikemas dan
perkataan. Minta murid membina ayat dengan
menggunakan perkataan yang diberi.
2. Paparkan gambar barang-barang di dalam kereta serta
perkataan. Minta murid sebut penanda wacana dan
membina ayat.

Penutup:
1. Buat kesimpulan tentang teknik menulis catatan dengan
format yang betul.

DISEDIAKAN OLEH,
Cikgu Syafiq / Cikgu Hau

Anda mungkin juga menyukai