Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan Akta Kerja 1955

Akta Kerja 1955 adalah akta utama yang mengawalselia bidang pengajian pekerja di
Semenanjung Malaysia dan WP Labuan. Ia bertujuan menetapkan terma-terma
perkhidmatan minima serta peraturan-peraturan asas yang perlu dipenuhi oleh
majikan. Ia juga menetapkan hak-hak dan tanggungjawab majikan dan pekerja serta
menetapkan tatacara penyelesaian (remedy) sekiranya berlaku pertelingkahan
dalam isu pengajian pekerja. Adalah penting bagi setiap kakitangan yang
bertanggungjawab dalam menguruskan isu-isu sumber manusia mempunyai
pengetahuan yang mencukupi keatas peruntukan-peruntukan Akta Kerja 1955. Ini
boleh mengelakkan daripada berlakunya salah tafsir peruntukan akta ini semasa
penggubalan dan pelaksanaan polisi dan peruntukan berkaitan sumber manusia.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta akan
peruntukanperuntukan penting Akta Kerja 1955 serta pemakaiannya dalam proses
pengajian pekerja dan pengurusan sumber manusia.

Takrif Pekerja

Mengikut jadual pertama, pekerja adalah :

 Mana-mana orang tidak kira pekerjaannya yang telah memasuki kontrak


pekerjaannya dan perkhidmatan dengan seorang majikan di mana upah tidak
melebihi RM2000 sebulan.
 Mana-mana orang tidak kira had gajinya yang telah memasuki perkhidmatan
dengan seorang majikan pekerja kasar.

Takrif Majikan

 Mana-mana orang yang telah memasuki Kontrak Pekerjaan untuk mengkaji


mana-mana orang lain sebagai pekerja termasuk ejen dan pengurus.

Hak-Hak Pekerja Di Malaysia


Berikut adalah antara hak-hak utama yang biasanya dinikmati oleh pekerja-pekerja
di Malaysia.
1. Hak Kepada Gaji Minima
Gaji Minima yang ditetapkan di Malaysia adalah RM1,000 sebulan di Semenanjung
Malaysia dan RM920 sebulan di Sabah dan Sarawak. Perintah Gaji Minima adalah
terpakai kepada semua pekerja di sektor swasta KECUALI pekerja domestik
(pembantu rumah, tukang kebun rumah, dsb).

2. Hak Kepada Caruman KWSP Dan Socso


Adalah satu kewajipan bagi majikan untuk mencarum dengan Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO/Socso). Ia
adalah tabungan masa depan anda dan perlindungan dari kemalangan di tempat
kerja.

3. Kontrak Bertulis
Untuk kontrak kerja yang melebihi tempoh satu bulan, majikan wajib menyediakan
kontrak bertulis atau boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 jika aduan dibuat
ke Jabatan Tenaga Kerja.

4. Umur Persaraan 60 Tahun


Umur persaraan minima adalah 60 tahun. Majikan tidak boleh menetapkan umur
persaraan yang lebih rendah dari itu.

5. Pembayaran Gaji Pekerja


Gaji pekerja pada sesuatu bulan itu hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada hari
ke tujuh di bulan seterusnya, kecuali majikan boleh memberikan alasan yang
munasabah dan diterima oleh Jabatan Tenaga Kerja.

6. Pemotongan Gaji
Pemotongan gaji adalah tidak dibenarkan sama sekali kecuali dalam hal-hal tertentu
yang disebut dalam Akta/Ordinan biarpun pekerja telah berikan keizinan.

7. Masa Kerja Dan Bayaran Kerja Lebih Masa


Jumlah masa kerja yang dibenarkan dalam sehari adalah 8 jam sahaja atau 48 jam
seminggu. Jika majikan meminta pekerja bekerja melebihi tempoh itu, maka kerja
lebih masa perlu dibayar pada kadar yang lebih tinggi yang ditetapkan oleh
Akta/Ordinan.
8. Had Kerja Lebih Masa
Pekerja tidak boleh diarah bekerja lebih masa lebih daripada 104 jam sebulan.

9. Hak Kepada Cuti Tahunan Dan Cuti Sakit


Pekerja adalah berhak kepada cuti tahunan dan cuti sakit. Jumlahnya adalah
bergantung kepada tempoh perkhidmatan pekerja.

10. Hak Untuk DiAdili Sebelum DiTamatkan Perkhidmatan


Majikan tidak boleh membuang pekerja tanpa sebab yang munasabah biarpun ada
peruntukan penamatan kerja dalam kontrak. Pekerja berhak diadili terlebih dahulu
dan mengetahui mengapa dia diberhentikan. Jika tiada justifikasi/alasan munasabah
untuk ditamatkan kontrak pekerja, maka pekerja boleh membuat tuntutan di Jabatan
Perhubungan Perusahaan untuk dikembalikan ke jawatan asal.

11. Pekerja Mempunyai Hak Biarpun Masih Dalam Tempoh Percubaan


Pekerja yang dalam tempoh percubaan mempunyai hak-hak yang hampir sama
dengan pekerja yang disahkan dalam jawatan. Pekerja yang dalam tempoh
percubaan juga tidak boleh dibuang sesuka hati tanpa sebarang justifikasi.

12. Hak Kepada Faedah Penamatan Perkhidmatan


Pekerja yang di bawah skop Akta/Ordinan juga berhak kepada faedah-faedah
penamatan perkhidmatan bila diberhentikan kerja.

13. Hak Tambahan Pekerja Wanita


Majikan tidak boleh meminta pekerja wanita berkerja dari pukul 10 malam hingga 5
pagi dalam industri tertentu. Pekerja wanita juga berhak kepada cuti bersalin dan
elaun bersalin tertakluk kepada syarat-syarat tertentu biarpun mereka telah berhenti
kerja atau dibuang kerja.

14. Perlindungan Data Peribadi


Majikan hendaklah mendapatkan izin pekerja terlebih dahulu sebelum menyimpan
maklumat peribadi pekerja di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Anda mungkin juga menyukai