Anda di halaman 1dari 22

TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK

INDERA MAHKOTA,KUANTAN
TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG 2015
SK INDERA MAHKOTA
BIL PERKARA CATATAN
Mengambil Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila
tempat mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan
bermula sebentar saja lagi. Kerjasama dan perhatian
dari tuan- tuan dan puan-puan saya dahulukan dengan
ucapan terima kasih.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang


……………………………….
dengan diiringi oleh Puan Wan Gayah Binti Ali, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota, En.
Sarlan Bin Shahrum, Naib Yang Dipertua PIBG, guru-
guru Penolong Kanan dan AJK PIBG. Hadirin dimohon
berdiri.

NYANYIAN Marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan


LAGU Lagu Negaraku
NEGARAKU *************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu
tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Solutasi
Kompang Bergema Pusaka Bangsa
Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

‫بسم هلال الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang dimuliakan
……………………………………………..

Yang Berusaha Puan Wan Gayah Binti Ali, Guru Besar


Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota,
Yang Dihormati, En. Sarlan Bin Shahrum, Naib Yang
Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Rosnaini


Binti Moh Taib

Guru Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Abdul Mutalib


Bin Haji Othman,

Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Md Zahar Bin


Awang Kecik,
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Puan
Norhayati Bnti Abd Halim,

Guru Penolong Kanan Petang, Tuan Haji Baharuddin


Bin Jusoh,

AJK PIBG sekolah Kebangsaan Indera Mahkota,


barisan Guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan yang
dikasihi.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan


syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya
jua maka kita diberikan luangan waktu, digerakkan
minda dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal
dan mental untuk sama-sama berkumpul di Dewan
ini ini bagi MESYUARAT AGUNG PIBG Sekolah
Kebangsaan Indera Mahkota.

Mawar di taman mekar nan indah


Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.

Hadirin Yang Dimuliakan,


Bacaan Doa
Kayu jati si kayu cendana
Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak kan sempurna
Tanpa diiring seutai doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah


sama-sama kita menadah tangan memohon limpah
rahmat dan barakah dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput
dan mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Rozi Bin
Dzulkafly untuk memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada ustaz Mohd


Rozi atas pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan
majlis yang berlangsung akan terus terpancar
keberkatan dari Ilahi.

Bacaan ayat Majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci al-


suci al_Quran Quran. Dengan ini, majlis dengan sukacitanya
menjemput dan mempersilakan adik
…………………………… untuk bacaan ayat –ayat suci
al-Quran. Dipersilakan.

Warga dewan yang dimuliakan,


Ucapan Guru
Besar Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Yang
Berusaha Puan Wan Gayah Binti Ali, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota. Majlis dengan
segala hormatnya, dipersilakan.

**************UCAPAN GB*************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Guru
Besar atas ucapan sbentar tadi.

Ucapan Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini,


NYDP majlis menjemput dan mempersilakan En. Sarlan Bin
Shahrum untuk menyempurnakan bingkisan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.
*************ucapan YDP*************

Terima kasih diucapkan kepada En. Sarlan Bin


Shahrum atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Hadirin yang dimuliakan,


Perasmian
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis sangat


berbesar hati memberi laluan, peluang dan
kesempatan kepada
………………………………………………………….
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan MESYUARAT AGUNG PIBG SK INDERA
MAHKOTA. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

**********Ucapan *******************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan


kepada......................................................................atas
ucapan perasmian sebentar tadi.

Persembahan Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah
Nasyid sama-sama kita saksikan persembahan nasyid dari
kumpulan nasyid as-syakirin. Dipersilakan..

******************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan
nasyid sebentar tadi. untuk makluman hadirin,
kumpulan nasyid asy-syakirin telah mendapat tempat
ketiga dalam pertandingan nasyid peringkat zon
perdana.

Penyampaian Hadirin yang Dimuliakan,


Cenderahati Bagi menghargai jasa dan sumbangan Jawatankuasa
jawatankuasa PIBG SK Indera Mahkota Sesi 2013/2014, majlis
PIBG- berbesar hati menjemput dan mempersilakan
Perasmi …………………………………………… untuk
menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan.
Dipersilakan.

Dipersilakan....
1.
2.
3.
4.

AJK IBU BAPA

1.
2.
3.
4.

AJK GURU:
1.
2.
3.
4.

Penutup Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK Indera Mahkota,


merakamkan penghargaan terima kasih kepada
…………………………………… atas kesudian
meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke- ….. Tidak dilupakan
juga kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan
Puan-puan.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh…..

MESYUARAT Seterusnya, kami serahkan kepada


PIBG 2015 ……………………………….. untuk meneruskan
agenda Mesyuarat Agung PIBG SK Indera Mahkota
bagi tahun 2015
Jamuan Ringan
Majlis Mesyuarat Agung PIBG KVJ

Aluan Ketibaan

Majlis mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Penolong Pegawai Pelajaran daerah Kuala
Pilah diiringi oleh Tuan Pengarah KV Juasseh dan para tetamu kehormat

Para hadirin diminta berdiri.....

Nyanyian lagu Negaraku

Majlis Perasmian mesyuarat agung tahunan kali ke 27 PIBG KVJ 2013 dimulakan dengan
menyanyikan
Lagu Negaraku

Para hadirin diminta bersedia.

...................selepas nyanyian........
Para hadirin dijemput untuk mengambil tempat, dipersilakan.

Ucapan protokol

1. Yang Berbahagia Tn Hj Kamanizam Bin Hj Tindek wakil


rasmi Pegawai Pelajaran daerah Kuala Pilah

2. Yang berusaha En Roslan Bin Abd Rashid Yang dipertua PIBG KVJ

3. Yang berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli

4. Yang berusaha En Sarimen Bin Sapie Timbalan Pengarah Akademik Kolej

5. Yang dihormati Hj Zainal Bin Hj Abd Hamid, NYDP PIBG Kolej

6. Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, rakan-rakan pensyarah, Ahli-ahli JawatanKuasa PIBG,


Ibu bapa dan penjaga pelajar, pelajar-pelajar seterusnya hadirin hadirat yang dihormati sekalian

Assalammualaikum w.b.t dan salam satu malaysia.

Jejaran mengkudu berbias kesuma


Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Di dewan Gemilang kita bersua

Lenggang bertapak seni memandang


Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudi tuan ke majlis kami

Pada majlis yang penuh bermakna ini, marilah kita memanjat syukur ke hadrat ilahi kerana
dengan izin serta limpah rahmatnya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun di dewan sri
gemilang bagi menjayakan majlis mesyuarat agung PIBG kali ke 27

Majlis juga berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat kita Yang Berbahagia Tn
Hj Kamanizam Bin Hj Tindek Penolong Pegawai Pelajaran daerah Kuala Pilah serta hadirin-
hadirat kerana sudi menghadirkan diri dalam majlis yang amat besar maknanya ini. Semoga
dengan kesudian Yg. Berbahagia Tetamu Kehormat kita meluangkan masa pada pagi ini akan
menyemarakkan lagi majlis.

Melayang belatuk di hujung pekan


Diperdu peria makanan di cari
Kehadiran Yg berbahagia kami alukan
Majlis ceria bertambah seri

Bacaan doa

Anak ayam turun sembilan


Mati seekor tinggal lapan
Duduk berdoa kepada Tuhan
Minta Allah jalan ketetapan

Sidang hadirin warga dewan yang dimuliakan,

Bagi memula dan memuliakan majlis marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat,
memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Justeru, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan ustadz Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

........................Bacaan doa

Pergi mengail ikan haruan


Buat selendang kain pelekat
Terima kasih kepada tuan
Doa dipohon semoga berkat

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustadz Hasbullah Bin Ali atas
pimpinan bacaan doa itu tadi.
Sidang Hadirin warga dewan yang dihormati,

Buat pengetahuan hadirin dan hadirat, Majlis mesyuarat agung pibg ini merupakan acara
tahunan Persatuan Ibu Bapa dan guru sekolah bagi membincangkan perjalanan aktiviti tahunan
terkini . Seperti hadirin-hadirat sedia maklum, antara fungsi persatuan PIBG kolej ialah

untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan yang
dinyatakan seperti berikut ;

a) membantu dalam memajukan perkembangan pelajar dan menjagakebajikan pelajar

b) menambah sumber kewangan kolej bagi menambah danmeningkatkan kemudahan di kolej;

c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi danhubungan antara


kolej dengan masyarakat setempat;

d) meningkatkan kecerian premis kolej supya dapat mewujudkansuasana yang kondusif bagi
menjayakan aktiviti dan program Pendidikan

Manakala antara Tujuan-tujuan Persatuan ialah:

a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan pelajar-
pelajar dalam kolej dalam meningkatkan imej kolej;

b) untuk membantu dan menambah usaha kolej dalam memenuhikehendak dan


keperluan kebendaan pelajar-pelajar dalam kegiatan mereka;

c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru –guru bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai
pendidikan;

d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru memperbaiki taraf pendidikan anak-anak
mereka pada amnya; dan

e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru berusaha menambah kewangan kolej dan
meningkatkan kemudahan fizikal bagitujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan
Pembelajaran

Persembahan Multimedia Kecemerlangan Pibg

Dari Kelantan pergi ke kedah


Dari kedah ke kuala lumpur pula
Doa selamat dipohon sudah
Mari kita beralih acara
Hadirin warga dewan yang di rahmati sekelian

Seterusnya kita akan di sajikan dengan tayangan multimedia yang memaparkan segala aktiviti
yang dijalankan hasil usahasama oleh pihak kolej dan PIBG sepanjang tahun 2011 sehingga
kini. Marilah kita saksikan bersama-sama

.................tayangan multimedia

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa
yang menyiapkan persembahan multimedia sehingga Berjaya di pertontonkan dalam majlis
yang penuh bermakna ini. Majlis sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih

Ucapan Alu-aluan

Kalau dilipat sebesar kuku


Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.

Hadirin warga dewan yang dikasihi,

Majlis meneruskan acara dengan ucapan alu-aluan oleh Yang berusaha Tuan Pengarah Kolej
Vokasional Juasseh Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.........................................Ucapan alu-aluan Pengetua


Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan alu-aluan Tuan Pegarah sebentar tadi.

Ucapan YDP PIBG

Acara ucapan diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berbahgia En Roslan Bin Abd
Rashid Yang dipertua PIBG Kolej untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.......................................ucapan YDP PIBG

Petang hari menanam selasih


Selasih berbunga indah berwarna
YDP PIBG setinggi-tinggi terima kasih
Ucapan diberi penuh bermakna

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan oleh YDP PIBG itu tadi.

Ucapan Perasmian

Yang awal kita dahulukan,


Yang dahulu kita alu-alukan,
Ucapan perasmian kita nantikan,
Pelengkap majlis yang kita adakan.

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,

Kini tibalah masa yang dinantikan, iaitu ucapan perasmian oleh tetamu kehormat kita Yang
Berbahagia Tn Hj Kamanizam Bin Hj Tindek Penolong Pegawai Pelajaran daerah Kuala Pilah
unit akademik dan kemanusiaan, Majlis dengan penuh rasa takzim mempersilakan
........................................ucapan perasmian

Dengan bismillah kita mulai


Alhamdulillah wassala tannabi
Dengan takdir ilahi rabbi
Selesailah sudah upacara merasmi

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn
Hj Kamanizam Bin Hj Tindek Penolong Pegawai Pelajaran daerah Kuala Pilah atas ucapan dan
penyempurnaan perasmian Majlis mesyuarat agung pibg KV Juasseh 2013 sebentar tadi

Penyampaian Cenderamata

Bercabang tiga si gunung daik


Di kakinya subur pohon meranti
Budi luhur dibalas baik
Dalam ingatan tersimpul mati

Hadirin-hadirat yang dihormati,

Kini tibalah atur cara seterusnya iaitu pemberian cenderamata kepada Ahli jawatankuasa PIBG
yang telah mengembeling tenaga dalam meneraju persatuan PIBG Kolej dari 2011 hingga kini.

Sehubungan dengan itu majlis mempersilakan Tuan Pengarah mengiringi Yang Berbahagia Tn
Hj Kamanizam Bin Hj Tindek bagi menyempurnakan upacara penyampaian cenderamata
Dipersilakan.
................................................

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan yang berusaha YDP PIBG En Roslan Bin Abd
Rashid menerima cenderamata
.....

Cenderamata Perasmi

Sebagai tanda terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia Tn Hj Kamanizam Bin Hj Tindek
Penolong PPD Kuala Pilah atas penyempurnaan majlis perasmian sebentar tadi, majlis sukacita
dan berbesar hati untuk memberikan cenderamata tanda kenang-kenangan junjungan kasih
kami terhadap Yang berbahagia tuan.

Justeru itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang berusaha Tuan Pengarah untuk
memberikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Tn Hj Kamanizam Bin Hj Tindek...di
persilakan

Terima kasih kepada VIP

Burung nuri burung merpati


Hinggap di beranda hinggap ditangan ,
cenderamata di beri seikhlas hati
Sebagai tanda buat kenangan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn Hj Kamanizam Bin Hj
Tindek dan Tuan Pengarah yang telah sudi menyempurnakan penyampaian cenderamata
sebentar tadi.

Persembahan Dikir Barat

Hadirin-hadirat yang dirahmati Sekelian

Mari sama-sama kita nikmati halwa telinga. Dengan itu majlis diserikan dengan persembahan
dikir barat kolej. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
................dikir barat

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan yang dipersembahkan sebentar tadi. Buat
Pengetahuan yang berbahagia dan para hadirin kumpulan dikir barat Kolej vokasional Juasseh
telah dinobatkan johan dalam Pertandingan Dikir Barat Karnival Asrama Vokasional Teknik
KAVoT 2012 dan tukang karot kumpulan dikir barat ini juga di iktiraf sebagai tukang karot dikir
barat terbaik semasa pertandingan yang sama.

Berikan satu tepukan gemuruh kepada kumpulan dikir barat ini

Akhir kata

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami
selaku pengendali majlis mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon
ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan
majlis ini.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada
kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

Ikan berenang di dalam lubuk


Ikan belida dadanya panjang
Adat pinang pulang ke tampuk
Adat sireh pulang ke gagang
Gugur menguning buah kuini
Menghijau pohon subur dibaja
Majlis kita berakhir disini
Silap dan salah lupakan sahaja

Sebarang kelemahan harap dimaafi


Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Pohon kenangan elok merimbun
Tersenyum dara menyunting bunganya,
Kami menghimpun maaf dan ampun
Wacana hidup berkat selamanya.

Jamuan Ringan

Pihak majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat,
para jemputan dan semua hadirin-hadirat dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam mengendalikan majlis Perasmian mesyuarat agung tahunan kali ke 26 PIBG
SMVJ 2012
Sebelum mesyuarat agung diteruskan, dijemput dengan segala hormatnya Tuan Pengetua
mempersilakan dan mengiringi Yang Berbahagia Tn Hj Mat Rohani Bin Kamar meninggalkan
majlis .

Dengan ini majlis diserahkan kepada yang Yang berusaha En Roslan Bin Abd Rashid Yang
dipertua PIBG Sekolah untuk meneruskan aktiviti mesyuarat

Sekian sahaja dari kami akhiri dengan lafaz yang mulia Wabillahhitaufikwalhidayah….
wassalamualaikum w.b.t.
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK BINJAI KERTAS.

Pengacara Majlis:Abdullah Mohd Zin/Nuriah Abdul Halim

PENGUMUMAN KETIBAAN.

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tuan Hj Zawawi b Ismail ADUN Kuala Berang diiringi oleh dif-
dif kehormat.

Bagi memberkati majlis kita marilah kita sama-sama membaca ummu kitab…. Al fatihah….

Bismillah............Alhamdullilahi-rabbilalamin,Wassalatuwassa-mu’alaashrafil-ambia iwalmursalin waala


alihi wasahbihi ajmain.Rabbishrahli sodri wayassirli amri wahlu uqdatam millisani yafqahul qauli.

Yang Berhormat ,Tuan Haji Zawawi bin Ismail,ADUN kawasan Kuala Berang,

………………………………………………………………………………………………

Yang Berusaha

Tn Hj Mohd Noor bin Abdul Samad ,Yang Dipertua PIBG SK Binjai Kertas.

Yang Berbahagia En Raseli bin Ismail Guru Besar SK Binjai KertasYang dihurmati,

En Mohhidin bin Mohamad,Naib YDP SK Binjai Kertas,Para AJK PIBG,Guru-guru penolong Kanan,guru-
guru dan kakitangan SK Binjai Kertas,ibubapa,seterusnya hadirin dan hadirat sakalian.

Assalamualaikum.w.h.w.

Lenggang bertapak seni memandang

Silat sendeng menyusun jari

Salam Sembah selamat datang

SudilahTuan ke majlis kami

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmatnya ,kita diberikan
kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Binjai
Kertas Tahun 2012.Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sakalian dapat mengceriakan
lagi majlis kita pada petang ini.

Saya bagi pihak ahli jawatankuasa berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Tn Hj
Zawawi bin Ismail ,ADUN Kuala Berang,YDP PIBG,AJK PIBG,Guru-Gur dan Kakitangan Sekolah serta para
ibu bapa ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2012.

Tidak lupa menzahirkan rasa bangga kepada semua ibu bapa yang berkesempatan hadir pada
petang ini.Pastinya pertemuan pada hari ini bertujuan bertukar pandangan dan pemikiran membina ke
arah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anak-anak kita khususnya dalam bidang
akademik dan juga kokurikulum serta sahsiah bagi anak-anak dan seterusnya.menjulang nama SK Binjai
Kertas . Tanpa kehadiran dan sokongan dari tuan-puan sakalian,siapalah kami di SK Binjai Kertas ini.Kami
selalu mengharapkan sokongan padu dari tuan-tuan dan puan-puan sakalian dalam apa jua sekali aktiviti
murid-murid di sekolah ini.

BACAAN DOA

Bagi memberkati dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon
keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmatnya. Untuk itu, majlis dengan hormatnya
menjemput Al-Fadhil Ustaz Kamrul Arifin bin Said bagi memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Kamrul Arifin bin Said atas bacaan doa itu tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Berat Sama di pikul

Ringan sama dijinjing


Kita umpama aur dengan tebing

itulah yang ibaratkan


Ibubapa dan guru saling perlu memerlukan.
Pelbagai usaha telah dan akan dicernakan
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi

Jika kita bersatu hati.

UCAPAN ALUAN PENASIHAT

Bukan keris tanpa ulunya

Bukan majlis tanpa ucapannya.

Majlis pada petang ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berberusaha En Raseli bin
Ismail,merangkap penasihat PIBG SK Binjai Kertas untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan
hurmatnya dipersilakan.

Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha En Raseli bin Ismail,merangkap penasihat PIBG SK Binjai
Kertas. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Pergi ke kedai membeli gula

Gula di bawa berhati-hati

Yang Dipertua kami mempersila


Ucapan diberi kita hayati.

UCAPAN YDP PIBG


Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Tn Hj Mohd Noor bin Samad,YDP PIBG Sk Binjai
Kertas untuk menyampaian ucapan. Dipersilakan.

Demikian tadi ucapan oleh Yang DiPertua PIBG Tn Hj Mohd Noor b Abdul Samad. Terima kasih
diucapkan.

UCAPAN PERASMIAN

Menjemput YB’ untuk berdiri,


Memberikan ucapan kepada kami
Kepada YB’ ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami

Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berhormat Tn Haji Zawawi bin Ismail
merangkap ADUN kawasan Kuala Berang...........bagi menyampaikan ucaptama dan seterusnya
menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK BINJAI KERTAS 2012.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Dengan Bismillah kita mulai,


Alhamdulillah wassola tannabi,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.

Majlis ini dengan rasa terhutang budi dan kasih merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato.....................................,


kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada hari ini.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Orang berbudi,
Kita berbahasa.

Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Yang Berhormat TN HAJI ZAWAWI BIN
ISMAIL ADUN KUALA BERANG UNTUK MENERIMA CENDERAHATI DARI KAMI.................Majlis
mempersilakan.

.
Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agong SK BINJAI KERTAS 2012. Majlis mengucapkan
jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato...........................dan para jemputan sekalian,

Majlis dengan ini menjemput Yang Berhormat dan para tetamu jemputan khas diiringi Tuan Guru Besar,
Yang Berusaha En Raseli bin Ismail , untuk menikmati juadah yang disediakan di Bilik
Jamuan.Dipersilakan.

Para ibu bapa diminta tunggu kerana majlis mesyuarat akan dimulakan sebentar lagi.

Kalau ada jarum yang patah

Jangan disimpan didalam peti

Kalau ada silap dan salah

Jangan disimpan didalam hati.

Sebelum menyerahkan majlis ini kepada pengerusi mesyuarat saya menyusun sepuluh jari memohon
kemaafan seandainya ada kata bacara dari saya menyentuh perasaan hadirin sakalian.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum…whwt.

CABUTAN BERTUAH

Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan acara yang ditunggu-tunggu…iatu acara cabutan bertuah.
Untuk itu dipersilakan En.................untuk menyempurnakan acara.

Sebelum kita akhiri majlis kita pada malam ini mewakili barisan jawatankuasa pelaksana majlis
memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang berlangsungnya majlis ini. Jutaan
terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan sudi memeriahkan majlis.

Kalau ada sumur di ladang

Dapat kita menumpang mandi

Kalau ada umur panjang

Tahun depan berjumpa lagi.


AGENDA BUTIRAN CATATAN

2.30 PM MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG


1 april 2012 BERBAHAGIA ACP (KEHORMAT) DATO’
PADUKA DR. JUNAIDY B ABU BAKAR,
TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEP) UNIVERSITI
PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU PARA HADIRIN DIPOHON BERDIRI TEGAK BAGI


MENGHORMATI LAGU NEGARAKU .

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG


BERBAHAGIA DATO’ DAN PARA HADIRIN
YANG DIHORMATI SEKALIAN, DIPERSILAKAN
DUDUK.

ALUAN PENGERUSI MAJLIS INDAH BERBALAM SI BINTANG KEJORA


POHON LANGSAT BERWARNA SUASA
SALAM DISEMBAH MEMULAKAN ACARA
MOHON KEBERKATAN PADA YANG ESA

BISMILLAH HIRRAHMAN
NIRRAHIM……………………..

YANG BERBAHAGIA ACP (KEHORMAT) DATO’


PADUKA DR. JUNAIDY B ABU BAKAR,
TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEP) UNIVERSITI
PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

YG BRS TN HJ ABDULLAH B HJ HARUN YG


DIPERTUA PIBG SMK SYP 1

YG BRS TN HJ KOMARUDDIN B ABDULLAH,


PENGETUA CEMERLANG SMK SULTAN YAHYA
PETRA 1

YG BRS EN IBRAHIM B ISHA , PK PENTADBIRAN

YG BRS TN HJ MOHD AZAM B OMAR, PK HAL


EHWAL MURID
YG BRS EN SYUKRI B ABDULLAH, PK
KOKURIKULUM

YANG DIHORMATI GURU-GURU , AJK2 PIBG


DAN PARA IBU BAPA YANG DIKASIHI
SEKALIAN.

ASSALAMUALIKUM WBT DAN SALAM SATU


MALAYSIA.

ALHAMDULILLAH, MARILAH KITA PANJATKAN


KESYUKURAN KEHADRAT ALLAH SWT ,
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN
BESAR NABI MUHAMMAD SAW, KERANA
DENGAN INAYAH DAN IZINNYA , KITA MASIH
DIBERI RUANG DAN WAKTU UNTUK SAMA-
SAMA BERKUMPUL DAN MENJAYAKAN MAJLIS
PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMK
SULTAN YAHYA PETRA 1 .

PADA PETANG YANG BERTUAH INI, KAMI


MEWAKILI PIHAK MAJLIS MENZAHIRKAN RASA
SYUKUR DAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH
YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA YANG
BERBAHAGIA ACP
(KEHORMAT) DATO’ PADUKA DR. JUNAIDY
B ABU BAKAR,
TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEP) UNIVERSITI
PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, MERANGKAP
ALUMNI PETRA KERANA SUDI MELUANGKAN
MASA UNTUK BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN
MAJLIS YANG PENUH BERMAKNA INI .

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,

KECEMERLANGAN DAN KEMENJADIAN ANAK-


ANAK ADALAH ESET YANG AMAT BERNILAI
DALAM SESEBUAH KELUARGA. LANTARAN
ITU, PEMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU
ADALAH TUNJANG PEMANGKIN KEPADA
KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN SESEBUAH
INSTITUSI PENDIDIKAN, DALAM USAHA
MENJANA MODAL INSAN YANG BERDAYA
SAING ,DALAM MELAYARI BAHTERA
KEHIDUPAN YANG PENUH CABARAN INI.

JUSTERU, KERJASAMA DAN KOMITMEN YANG


DICURAHKAN OLEH GURU DAN IBU BAPA,
AMAT PENTING DALAM USAHA
MELAHIRKAN PELAJAR YANG
BERKETERAMPILAN BUKAN SAHAJA DALAM
BIDANG AKADEMIK HATTA SAHSIAH DIRI
YANG
CEMERLANG.
DOA BAGI MEMBERKATI MAJLIS KITA PADA
PETANG INI, MAJLIS DENGAN SUKACITANYA
MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN AL
FADHIL USTAZ MOHD NOR B AWANG UNTUK
MEMIMPIN BACAAN DOA. MAJLIS
MEMPERSILAKAN.

SYUKRAN JAAZILAN DIUCAPKAN KEPADA AL


FADHIL USTAZ ATAS BACAAN DOA ITU TADI.

UCAPAN ALUAN SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT DAN


TN PENGETUA MEMPERSILAKAN YG BRS TN HJ
KOMARUDDIN B ABDULLAH PENGETUA
CEMERLANG SMK SYP 1 UNTUK
MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU- ALUAN .
DIPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH


KEPADA TN PENGETUA ATAS UCAPAN ALUAN
ITU TADI

UCAPAN YDP PIBG SETERUSNYA, MAJLIS MENJEMPUT DAN


MEMPERSILAKAN YG BRS TN HJ ABDULLAH
BIN HARUN , YG DIPERTUA PIBG SMK SYP 1
UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
DIPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA


KASIH KEPADA YG BRS TN YG DIPERTUA
PIBG
ATAS UCAPAN ITU TADI

UCAPAN PERASMIAN KINI TIBALAH SAAT YANG DITUNGGU-TUNGGU


UNTUK SAMA-SAMA KITA MENDENGAR
AMANAT DAN UCAPAN YANG AKAN
DISAMPAIKAN OLEH YANG
BERBAHAGIA ACP (KEHORMAT) DATO’
PADUKA DR. JUNAIDY B ABU BAKAR,
TIMBALAN NAIB CANSELOR
(HEP) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN
IDRIS DAN SETERUSNYA
MERASMIKAN MAJLIS MESYUARAT AGUNG
PIBG BAGI TAHUN 2012.

MAJLIS DENGAN PENUH


TAKZIMNYA MEMPERSILAKAN YG
BERBAHAGIA DATO’
MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN
TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA
ACP (KEHORMAT) DATO’ PADUKA DR.
JUNAIDY B ABU BAKAR, TIMBALAN NAIB
CANSELOR (HEP) UNIVERSITI PENDIDIKAN
SULTAN IDRIS, MERANGKAP ALUMNI PETRA
ATAS UCAPAN DAN PEYEMPURNAAN
PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG 2012.

HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI


SEKALIAN,

MAJLIS KITA AKAN DISERIKAN DENGAN


PERSEMBAHAN NASYID DARIPADA
KUMPULAN SAUTUN NAJAH DENGAN LAGU
NASYID YANG AKAN DIPERSEMBAHKAN IALAH
‘MENGHARAPKAN RAHMATMU’.
DIPERSILAKAN…

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH


ATAS PERSEMBAHAN NASYID YANG
SUNGGUH MENGASYIKKAN ITU TADI.

C/HATI SEBAGAI TANDA KENANG KENANGAN MAJLIS


DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT DAN
MEMPERSILAKAN YG BRS TN HJ ABDULLAH
BIN HARUN YG DIPERTUA PIBG SMK SYP 1
UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI .
DIPERSILAKAN..

YANG BERBAHAGIA ACP (KEHORMAT) DATO’


PADUKA DR. JUNAIDY B ABU BAKAR,
TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEP) UNIVERSITI
PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.

AKAR KELADI MELILIT SELASIH


TAMAT SELASIH TUMBUH TEPIAN
JAMBANGAN
KALUNGAN BUDI JUNJUNGAN
KASIH
MESRA KENANGAN
SEPANJANG ZAMAN.

ANAK CINA MAIN GELOMBANG


NAMPAK DARI TANJUNG JATI
TUAN UMPAMA BUNGA YANG
KEMBANG
SENTIASA HIDUP DALAM HATI

BEGITULAH BERAKHIRNYA MAJLIS


PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG 2012

SEMOGA MAJLIS INI AKAN MEMBERI


DORONGAN DAN MOTIVASI KEPADA IBU BAPA,
GURU DAN PELAJAR DALAM USAHA
MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BERJAYA
DAN CEMERLANG BUKAN SAHAJA DALAM
BIDANG AKADEMIK BAHKAN SAHSIAH DIRI
YANG UNGGUL.

SAYA MEWAKILI PIHAK AJK PIBG


MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH
YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA YANG
BERBAHAGIA ACP (KEHORMAT) DATO’
PADUKA DR. JUNAIDY B ABU BAKAR,
TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEP) UNIVERSITI
PENDIDIKAN SULTAN IDRIS MERANGKAP
ALUMNI SMK SYP 1
DAN JUGA KEPADA SEMUA HADIRIN KERANA
SUDI MELUANGKAN MASA DALAM
MENJAYAKAN MAJLIS INI.

SEJAMBAK KEMAAFAN DIHULURKAN


SEANDAINYA TERSILAP KATA TERSASUL
BICARA SEMASA MENGENDALIKAN MAJLIS
INI.

SEKIAN WABILLAH HITAUFIK WALHIDAYAH


ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM
SEJAHTERA.

Anda mungkin juga menyukai