Anda di halaman 1dari 14

DASAR-DASAR PENTAKOSTA

I. MAKSUD PENTAKOSTA
a) Maksud dari Pentakosta
Pentakosta yang bermaksud hari kelima-puluh atau Minggu Putih adalah hari
raya yang memperingati peristiwa pencurahan Roh Kudus kepada murid-murid
Tuhan Yesus di Yerusalem, yang terjadi 50 hari setelah kebangkitan Yesus
Kristus.
Pada hari Pentakosta, Roh Kudus dicurahkan sesuai dengan yang dijanjikan
Yesus sesudah kenaikannya ke surga. Menurut Alkitab, murid-murid Yesus
berhasil memenangkan tiga ribu jiwa pada hari tersebut dan hal inilah yang
disebut dengan lahirnya gereja mula-mula. Sebelumnya Pentakosta adalah hari
raya besar orang Yahudi yang kemudian diadopsi oleh Gereja Barat dan Gereja
Timur.

b) Janji Pengutusan Roh Kudus


Pada malam terakhir sebelum Yesus Kristus ditangkap dan kemudian disalibkan,
Ia memberitahukan kepada murid-murid-Nya tentang kedatangan Roh Kudus
sebagai suatu janji penyertaan.
 "Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu
seorang Penolong yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya,
yaitu Roh Kebenaran. Dunia tidak dapat menerima Dia, sebab dunia
tidak melihat Dia dan tidak mengenal Dia. Tetapi kamu mengenal Dia,
sebab Ia menyertai kamu dan akan diam di dalam kamu. Yoh 14:16-17
 "Penghibur, yaitu Roh Kudus, yang akan diutus oleh Bapa dalam nama-
Ku, Dialah yang akan mengajarkan segala sesuatu kepadamu dan akan
mengingatkan kamu akan semua yang telah Kukatakan kepadamu." Yoh
14:26
 "Jikalau Penghibur yang akan Kuutus dari Bapa datang, yaitu Roh
Kebenaran yang keluar dari Bapa, Ia akan bersaksi tentang Aku." Yoh
15:26
 "Namun benar yang Kukatakan ini kepadamu: Adalah lebih berguna bagi
kamu, jika Aku pergi. Sebab jikalau Aku tidak pergi, Penghibur itu tidak
akan datang kepadamu, tetapi jikalau Aku pergi, Aku akan mengutus Dia
kepadamu. Dan kalau Ia datang, Ia akan menginsafkan dunia akan dosa,
kebenaran dan penghakiman; akan dosa, karena mereka tetap tidak
percaya kepada-Ku; akan kebenaran, karena Aku pergi kepada Bapa dan
kamu tidak melihat Aku lagi; akan penghakiman, karena penguasa dunia
ini telah dihukum. Yoh 16 7-8

Sesudah Yesus bangkit dari kematian, Ia berkata lagi mengenai hal ini:
 "Dan Aku akan mengirim kepadamu apa yang dijanjikan Bapa-Ku.
Tetapi kamu harus tinggal di dalam kota ini sampai kamu diperlengkapi
dengan kekuasaan dari tempat tinggi." Luk 24:49

Sebelum Yesus naik ke surga, Ia mengatakan sekali lagi:


 "Tetapi kamu akan menerima kuasa, kalau Roh Kudus turun ke atas
kamu, dan kamu akan menjadi saksi-Ku di Yerusalem dan di seluruh
Yudea dan Samaria dan sampai ke ujung bumi."

1
II. DEFINISI DAN TEOLOGI GERAKAN PENTAKOSTA
a) Definisi Gerakan Pentakosta
 Ada terlalu banyak definisi hinggalah seseorang itu akan menjadi keliru.
 Sebuah kamus mengatakan, “Pentakosta adalah sebahagian Tubuh Kristus yang
pegang kuat kepada kepercayaan bahawa Pentakos boleh diulangi. Kumpulan ini
percaya bahawa mereka, secara terus menerus, boleh diilhamkan oleh Roh Kudus.”
 Di AS, ayat ini pada mulanya dikaitkan dengan Wesleyanisme
 Orang Wesleyan percaya, apabila mereka telah disucikan oleh Roh Kudus akan
menyingkirkan semua emosi terhadap dosa.
 Inilah yang mereka katatakan sebagai Pengalaman Pentakosta.
 Pentakosta percaya:
1. Bahasa lidah ialah bahasa untuk berdoa dan orang yang menggunakannya tidak
faham apa yang dia sedang bercakap. Ini juga, ialah bukti pertama bahawa
seseorang itu telah menerima Baptisan RK. Ianya digunakan secara peribadi
untuk menyembah kepada Allah – 1 Kor 14.
2. Bahasa lidah juga digunakan utk Nubuatan
3. Dan yang ini jarang sekali, dimana orang yang berbahasa lidah bercakap dgn
orang asing dalam bahasa orang asing itu. Ini ialah sebahagian kerjanya
sebagai mubaligh dan menggunakannya utk berkhutbah walaupun orang yang
bercakap tidak faham bahasa itu.
 Walaupun perkara ini jarang ditemui, Lucy Farrow, mubaligh kepada orang Liberia,
Afica, berbahasa ‘Kru’ tanpa mempelajarinya. {Tulisan yang tidak dicetak oleh C. M.
Robeck, Jr. “Azusa Street Revival.’ Asian Journal of Pentecostal Studies – Vol.9,
Number 2 (July 2006)}

b) Teologi Gerakan Pentakosta


 Secara teologis, kebanyakan denominasi Pentakosta tergabung dalam evangelikalisme,
artinya mereka menekankan bahwa Alkitab itu sepenuhnya dapat dipercaya, hingga
pada tingkat ineransi (tidak mengandung kesalahan) dan orang harus bertobat dan
percaya kepada Yesus. Orang Pentakosta berbeda dengan orang Fundamentalis
karena mereka lebih menekankan pengalaman rohani pribadi.
 Orang Pentakosta memiliki pandangan dunia yang trans-rasional. Meskipun mereka
sangat memperhatikan ortodoksi (keyakinan yang benar), mereka juga menekankan
ortopati (perasaan yang benar) dan ortopraksis (refleksi atau tindakan yang benar).
Penalaran dihargai sebagai bukti kebenaran yang sahih, tetapi orang-orang Pentakosta
tidak membatasi kebenaran hanya pada ranah nalar.
 Dr. Jackie David Johns dalam bukunya tentang kepemimpinan formatif Pentakosta,
menyatakan bahwa Alkitab mempunyai tempat yang khusus dalam pandangan dunia
pentakostal karena Roh Kudus selalu aktif di dalam Alkitab. Bagi Dr. Johns,
pertemuan dengan Alkitab adalah pertemuan dengan Allah. Bagi orang Pentakosta,
Alkitab adalah referensi utama bagi persekutuan dengan Allah dan pedoman untuk
memahami dunia.
 Salah satu ciri paling utama yang membedakan Pentakostalisme dengan
Evangelikalisme adalah penekanannya pada karya Roh Kudus. Bahasa Roh yang juga
dikenal dengan glossolalia, adalah bukti normatif dari baptisan Roh Kudus. Beberapa
gereja Pentakosta utama juga meyakini bahwa mereka yang tidak berbahasa Roh
belum menerima berkat yang mereka namakan baptisan Roh Kudus. Klaim ini unik

2
bagi kaum Pentakosta dan merupakan salah satu dari sedikit perbedaannya dengan
teologi Karismatik.
 Beberapa pendeta dan anggota gereja mengakui bahwa seorang percaya mungkin
mampu berbahasa Roh, tetapi karena berbagai alasan pribadi (misalnya, karena
kurangnya pengertian), mereka tidak melakukannya. Hal ini terjadi apabila seorang
percaya dipenuhi oleh Roh Kudus, tetapi tidak memperlihatkan apa yang disebut
"bukti fisik awal" dalam bentuk berbahasa Roh. Namun hanya sedikit orang yang
berpandangan seperti ini.
 Keyakinan bahwa orang tidak diselamatkan apabila ia tidak berbahasa roh ditolak oleh
kebanyakan aliran utama Pentakosta. Alasan cukup mendasar penolakan itu adalah,
bahwa jemaat adalah tubuh yang memiliki peran dan karunia masing-masing.

III Sejarah Gerakan Pentakosta Klasik


a) KEBANGKITAN TOPEKA – Permulaan Pentakostalisme.
 Charles F. Parham, guru W. J. Seymour, juga dikenali sebagai satu daripada Pengasas
Pentakostalisme.
 Beliau dilahir di Muscatine, Iowa pada 4 June 1873. Beliau mulai berkhutbah semasa
15 tahun. Dia berkaitan dengan Methodist dan Gerakan Kesucian. Beliau tidak setuju
dgn cara pengkhutbahan Methodist [yang dia anggap tidak diurapi kuasa Tuhan] dan
pisah dari gerakan itu pada 1895. Beliau mulakan kebaktian sendiri, menjauhi
daripada corak yang tertentu seperti Methodist.
 Isterinya, Sarah Thistlewaite, ialah anak seorang Quaker. Mereka bertunang pada
musim panas 1896, dan berkahwin pada 31 Desember 1896. Sejak 1893, beliau telah
gembala beberapa gereja ( Gereja Methodist di Eudora Kansas, dan sebelum itu, di
Linwood, Kansas). 1898, Parham pindah kerjayanya ke Topeka, Kansas, dimana
beliau mulakan Rumah Penyembuhan.
 Pada 1990, beliau memerhati kerja2 pendeta2 lain; Dowie, Malone, Dr. Simpson, dan
Sanford di Canada [kerja beliau kuat dipengaruhi oleh Sanford]. Apabila dia pulang ke
Topeka, Rumah pemulihan di ambil alih oleh mereka yang menjaga rumah itu. Beliau
membuka Sekolah Alkitab Bethel (Bethel Bible College). Sekolah ini tidak menerima
apa upahan, ianya percuma. Sebelum ini, beliau terdengar bahawa ada seorang
individu di tempat Sanford berbahasa Roh. Beliau mencatatkan perkara itu. Beliau
juga dapat kesimpulan bahawa BRK adalah lebih dari apa yang diketahui pada masa
itu.
 Pada hujung 1900, Parham mengajar murid2nya bahawa adanya sesuatu pengalaman
yang lebih dalam dengan Allah – tetapi beliau tidak mengatakan tentang berbahasa
Roh. Pada Desember, beliau pergi berkhutbah dan tinggalkan murid2nya untuk
mencari apakah itu BRK, dan memeriksa Alkitab tentang BRK. Mereka berdoa,
memuja dan mencari ilham dalam Alkitab, beberapa hari.

 Malam 1hb Januari, 1901, mereka berdoa bersama2 Parham. Beliau letakan tangannya
atas kepala Agnes Ozman [Agnes yang memintakan supaya beliau doakan dan
letakkan tangan di atas kepalanya, seperti di Alkitab]. Dengan segera, setelah
didoakan Agnes mulai berbahasa lidah. Beliau tercatat bahawa St. Francis dari Asissi,
Martin Luther, Santa Augustine, serta lain2, dan mulai juga di 1800, ada orang yang
pernah berbahasa Roh. Sebeberapa hari kemudian, murid2 sekolah itu percaya bahawa
Bahasa Lidah ialah bukti BRK. Kebanyakan gerakan Pentakosta mengatakan beliau
ialah orang utama dalam gerakan ini.

3
 Sebelum 1906 (ia itu 1903 - 1905), Parham telah mengadakan kebaktian di Kansas,
Missouri, Oklahoma, dan Texas. Beliau selalunya mengajar tentang BRK dengan
berbahasa lidah. William Seymour, yang memulakan kebaktian di Jln Azusa (1906),
bersekolah di sekalah Alkitab beliau (1905). Semasa di sekolah Alkitab ini, Seymour
tidak duduk dalam kelas dengan murid2 yang lain [mereka orang putih]. Sebagai
orang hitam, Seymour duduk di luar kelas dan melihat gurunya melalui tingkap. Di Jln
Azusa, Seymour mengajar dan berkhutbah, menggunakan ajaran Parham. Semasa
Seymour di Los Angeles, dan dengan bermulanya kebangkitan Jln Azusa, Parham
dijemput ke Zion City (Komuniti in mengalami kerunsingan dalam agama kerana
masalah kewangan pada masa itu). Parham berkhutbah disana dan banyak diantara
pendeta2 yang dikenali [dikemudian hari] mengalami BRK. Diantaranya ialah, FF
Bosworth dan John G. Lake. Sebelum itu, Zion City telah ditubuh oleh Alexander
Dowie sebagai komuniti dimana moral Kristian digunakan sebagai pendorong hidup.
Orang2 disana pegang pada ajaran Kristian, percaya pada penyembuhan ajaib, dan
bersemangat untuk menginjil.
 Kedatangan Parham ditentang kuat oleh Penatua Voliva (penatua gereja Dowie).
Voliva, pada mulanya, melarang mereka menggunakan dewan gereja. Mereka
menggunakan bangunan awam, itu pun dia cuba menghalang. Pemimpin2 komuniti,
ada yang dahulu AJK di gereja Dowie, mengalu-alukan kedatangan Voliva, apabila
Voliva datang. Mereka hanya hendak meluaskankan kerja Injil dan tidak mahu
bergaduh. Apa yang mereka dengar adalah benar [pendapat mereka] dan dengan itu,
rumah2 mereka terbuka dan semua gerakan agama terus dijalankan walaupun ada
tentangan daripada pemimpin2 gereja. Mereka yang datang, bagaikan di sambar api
mendengar ajaran Parham. Setelah 1906 di Zion City, kerjaya Parham bersambung
hingga beliau meninggal dunia 20 tahun kemudian.

 Kerjaya beliau mulai merosot. Punca kemerosotan ini ada banyak faktor. Penentangan
terhadap kerjayanya, kebencian, kepahitan jiwa, kegaduhan, penganiayaan, dan
tuduhan skandal daripada mereka yang menentang beliau. Ramai tidak menghargai
ajarannya, dan menuduh organasasi beliau tidak berstruktur. Ramai juga tidak
menghargai pandangan beliau tentang "menentukan roh2” (discerning the spirits,
sepereti diajar oleh Dr. Simpson). Mereka juga tidak suka apa beliau mengatakan
tentan “emosionalisme yang keterlaluan” dan “fanatikisme serta api tiada kawalan."
Isterinya mengata bahawa beliau tidak ada kepahitan dalam hatinya. Beliau tidak balas
dan mengkhutbah tentang ‘tanpa tentangan’ (non-resistance).
 Permulaan kemerosotan ialah pada masa pemimpin gereja Dowie di Zion City
menentang beliau. Dengan itu, beliau melawat Seymour di Jln Azusa, dan beliau cuba
membetulkan emosionalisme dan apa dia anggap sebagai salah. Dia tidak dijemput
balik ke gereja Jln Azusa. Ada yang cuba memujuk beliau untuk mengemaskan
organisasinya dan mereka tinggalkan beliau apabila beliau enggan. Bersama itu, beliau
dituduh sebagai rasis [diskriminasi kaum], skandal homoseks, dan doktrin yang
berlainan. Semua ini merosotkan pengaruh beliau di kalangan gereja2.
 Walaupun begitu, beliau diterima khasnya di Kansas dan Texas. Beliau juga
berkhutbah di California, Nevada, New Mexico, Oklahoma, Mississippi, Missouri,
Alabama, Oregon, Idaho, New Jersey, New York, Michigan dan Canada. Ramai masih
berkawan dan menerima ajaran beliau. Kebangkit rohani beliau adalah trans-
denominasi, ramai gereja2 bebas menerimanya. Pada satu kebaktian, serami 7,000
orang menghadiri. Kebaktina Camp beliau dapat beribu orang yang datang. Dalam
biography Parham (1930), isterinya mengatakan bahawa dalam buku “Sejarah Kansas
dan Orang2 Kansas,” Vol. 3 ("History of Kansas and its People" Vol 3), yang di terbit

4
pada tahun 1928, tercatat “seorang pakar statistik New York telah mengatakan En.
Parham telah konvert dua juta orang melalui kerjayanya dan melalui pendeta2nya
yang mengikuti ajaran serta model beliau (ms 450)” { "a New York statistician has
given Mr. Parham credit for the conversion of fully 2,000,000 persons, though his
personal appeals and through the medium of ministers who have loyally followed his
teachings and examples."(p450)}.
 Januari 1929, Parham dengan 2 orang kawan pergi ke Temple, Texas untuk
menunjukkan gambar2nya dari Palestin sambil berkhutbah. Isnin pagi, beliau sakit
tenat, dan isterinya datang dan dapati jantungnya terlalu teruk. Beliau lalu makan.
Sabtu, 5 hb Januari 1929, semasa menunjukkan gambar2nya (slides), keluarganya
membawa beliau pulang ke rumah – beliau hendak berkhutbah lagi tetapi keluarganya
tidak setuju. Pada petang 29hb Januari 1929, Charles Fox Parham meninggal dunia di
rumahnya di Baxter Springs, Kansas.

b). KEBANGKITAN AZUSA STREET - Di Los Angeles


1.Perkembangan Pentakostalisme.
 Kebangkitan Rohani di Azusa Street ialah satu kebaktian kebangkitan Pentakosta yang
berlaku di Los Angeles, California. Ianya dipimpin oleh William J. Seymour, seorang
pendeta America yang keturunan Afrika [African American]. Ia bermula pada 14
April, 1906 di sebuah gereja Methodist Episcopal African hinggalah ke 1915.
Kebangkitan ini di kenali dengan bahasa Roh [speaking in tongues], kebaktian yang
kuat dengan puji=pujian yang dramatik, and berbagai kaum bersama-sama dalam
kebaktiannya. Mereka yang terlibat dalam kebaktian ini di kritikkan oleh media2 dan
ahli2 teologi kerana kelakuan mereka dianggap keterlaluan dan tidak ortodoks [tidak
mengikut tradisi]. Tetapi, hari ini, ianya dianggap oleh ahli2 sejarah, sebagai katalis
utama yang memajukan Pentakostalisme pada abad ke 20.

2.Kebangkitan Wales
 Kebangkitan ini berlaku di Wales, Great Britain pada 1904. Dalam kebangkitan ini,
lebih kurang 100,000 orang yang menerima Tuhan Yesus. Joseph Smale, pendeta
Gereja Baptis Pertyama di Los Angeles, pergi ke Wales untuk memmerhatinya dengan
mata sendiri.Beliau pulang ke Los Angeles dan cuba menghidupkan api kebangkitan
ini tetapi gagal, kerana orang LA tidak menerimanya. Dia tinggalkan gereja itu dan
mulakan gerejanya tersendiri yang dinamakan, Gereja Perjanjian Baru Pertama [First
New Testament Church].
 Pada masa ini juga, terdapat banyak kebangkitan di Minnesota, North Carolina, and
Texas. Pada 1905, laporan2 tentang Bahasa Roh, mujizat2 pemulihan, "demonstrasi
fizikal yang beremosi", dan perubahan hidup yang istimewa berlaku dengan
kebangkitan2 ini..Dgn ini, ke semua AS berdoa untuk kebangkitan yang serupa.

3.Kebangkitan Jalan Azusa oleh William J. Seymour Pemimpin Kebangkitan Jalan Azusa
 Pada 1905, W J Seymour, 34 tahun dan anak bekas seorang hamba, murid sekolah
Alkitab Charles Parham, menjadi pendeta interim sebuah gereja kesucian di Houston,
Texas. Neely Terry, seorang perempuan keturunan African American, semasa
melawat saudara, menghadiri kebaktian di gereja itu. Masa itu Seymour berkhutbah
tentang BRK, walaupun pada masa itu, beliau belum mengalami BRK.
 Sebaik saja Neely Terry pulang ke LA, dia memujuk gerejanya untuk menjemput
Seymour untuk berkhutbah. Seymour terima undangan itu pada Februari 1906 dan
dengan bantuan kewangan serta disetujui oleh Charles Parham, beliau rancang untuk
tinggal di LA selama sebulan.

5
 Seymour sampai di LA pada 22 Februari 1906. 2 hari kemudian, beliau berkhutbah di
gereja Julia Hutchin di Santa Fe. Pada hari ia berkhutbah, beliau mengesahkan
bahawa Bahasa Roh ialah bukti yang seseorang itu dibaptis Roh Kudus. Pada haru
Ahad, 4 hb Mac, beliau dapati pintu gereja itu dikunci oleh Pr Hutchin.
 Ini berlaku kerana penatua2 gereja ini tidak terima khutbahannya, sebab beliau sendiri
belum menalaminya. Berserta itu, Persatuan Gereja2 Kesucian di California Selatan
kutuk ajarannya. Sebagaimanapun, bukan semua gereja Hutchin menolak ajarannya.
Beliau dijemput tinggal di rumah Edward Lee. Dirumah Edward, dia mengadakan
Kajian Alkitab serta Kebaktian Doa.
 Setelah kumpulannya membesar, mereka pindah ke rumah Richard dan Ruth Asberry,
di 24, Jln Bonnie Brae Utara. Disini, orang2 putih pun turut bersama. Mereka berdoa
dan berpuasa untuk mendapat BRK. Pada 9hb April 1906, Edward S Lee berbahasa
Roh buat pertama kali.
 Di hari kemudian, Seymour berkongsi tentang kesaksian Lee dan berkhutbah dari Kis.
2:4. Dengan itu, 6 orang pun mula berbahasa Roh. Jennie Moore, yang bakal menjadi
isteri Seymour ialah satu daripada 6 orang itu. Beberapa hari selepas itu, pada 12hb
April, W J Seymour sendiri mendapat BRK dan berbahasa Roh, setelah beliau berdoa
sepanjang malam.
 Berita tentang BRK di Jln Bonnie Brae Utara diketahui orang ramai. Orang African
American, Latin, serta orang putih datang ke rumah Asberry. Banyak pendeta
dijemput untuk berkhutbah. Banyak diantara mereka duduk di anjung rumah untuk
mendengar khutbahan setiap malam. Yang kaya dan yang miskin, dan yang
berdenominasi lain, semua datang bersama. Julia Hutchin dan ahli2nya juga turut.
Hutchin sendiri juga dapat BRK dan berbahasa Roh. Riuh-rendah suara mereka
berdoa, berbahasa Roh, menjerit, menangis, dan menyanyi. Akhirnya, anjung rumah
pun roboh dan mereka mencari tempat baru.
 Seorang jiran rumah Asberry, berkata, “Mereka menjerit 3 hari dan 3 malam. Masa itu
ialah Minggu Paska. Orang2nya datang dari merata tempat. Pada hari pagi ke esokan,
tiadalah jalan untuk ke rumah itu. Sambil mereka datang, mereka rebah dibawah kuasa
Allah dan seluruh bandar ini merasai gempar. Mereka menjerit hinggalah tapak rumah
itu roboh, tetapi tiada sesiapa yang cedera.”

 Kumpulan ini mendapati sebuah bangunan di 312, Jln Azusa yang dibina khas untuk
Gereja Methodis Episkopal African, sebab tempat ini pada suatu tempat ialah kawasan
orang miskin / kawasan sesak. Mereka menyewa bangunan ini dengan USD 8.00
sebulan. Dalam sebuah surat khabar, tempat ini di panggilkannya “pondok yang
usang.” Sejak gereja itu pindah dari tempat ini, ianya digunakan sebagai stor, gudang,
gedung barang2, kedai keranda dan akhir itu sebagai kandang kuda. Tingkat atas di
gunakan sebagai bilik tidur yang disewa. Rupa bangunan itu ialah empat segi, 60 kaki
panjang dan 40 kaki lebar. Dindingnya ialah papan tindih yang lama yang dicatkan
kapur dengan bumbung yang leper. Hanya sebuah tingkap yang bergelas warna-warni
yang menunjukkan bahawa tempat ini adalah sebuah gereja pada suatu masa.
 Tempat ini berselerak dengan plaster dan kayu balak. Mereka bersihkan tempat ini dan
menyediakannya untuk kebaktian. Kebaktian pertama di tempat ini diadakan pada
14hb April 1906. Kebaktian ditempatkan di atas tingkat satu dimana bumbung nya
hanya lapan kaki dari tingkat satu, dan bangkunya ialah papan yang di letakkan atas
kotok paku. Pada masa itu, tiada pentas pengkhutbah. Frank Bartleman, salah seorang
peserta yang awal dalam kebangkitan itu, mengata, “Saudara Seymour biasanya duduk
di belakang 2 kotak kasut yang di tindih tinggi. Semasa kebaktian, biasanya, dia akan
berdoa dengan kepalanya dalam kotak yang atas. Dalam kebaktian di sini, tiada

6
kesombongan … Dalam bangunan buruk itu, dengan bumbung yang rendah dan lantai
papan yang kosong…”
 Gereja ini dinamakan, “Misi Iman Kerasulan“ (Apostolic Faith Mission). Di tingkat
atas terdapat sebuah pejabat dan beberapa bilik untuk mereka duduk, termasuk
Seymour dan isterinya, Jennie. Ada juga sebuah bilik doa yang besar, dan ianya
digunakan apabila masa doa tempat di tingkat bawah tidak cukupi. Dalam bilik doa ini
terdapat beberapa kerusi dan bangku2. Tempat inilah dikira sebagai tempat kelahiran
Pentakostisme.

 Pada pertengahan Mei 1906, terdapat diantara 300 hingga 1500 orang yang hadir.
Sebab ianya ialah kandang kuda sebelum mereka menyewanya, para hadirin selalu
dikacau oleh lalat2. Mereka yang hadir adalah daripada berbagai jenis suku bangsa
dan latar-belakang; orang putih, hitam, Latin, Asia, yang miskin dan kaya, yang
berpelajaran dan yang buta huruf. Mereka yang datang, baik muda atau tua, dan ada
yang penuh dengan keyakinan serta yang ada juga tidak percaya.
 Dengan kecampuran berbagai bangsa serta galakkan kepada perempuan2 untuk
menjadi pemimpin, ialah sesuatu perkara yang menakjukkan. Ini ialah kerana, pada
tahun 1906, di kenali sebagai era “Jim Crow” ia itu, era yang mengasingkan suku2
bangsa dimana pergaulan antara berjenis bangsa di kira tak terbayang. Tahun itu juga
ialah 14 tahun sebelum wanita2 diberi hak untuk mengundi.
4. Berita Baik dan Buruk Tentang Kebaktian Jalan Azusa
 Kebaktian di Jln Azusa kerap dan spontan, dan kebaktiannya kerap-kali 24 jam sehari.
Dalam kebaktiannya, bukan hanya mereka dari Gerakan Kesucian yang hadir, tetapi
Baptis, Menonit (Mennonites), Quakers dan Presbyterian pun hadir. Salah seorang
hadirin berkata, “Tiada alat2 music digunakan. Tiada yang diperlukan. Tiada koir –
ada yang terdengar malaikat2 dalam roh. Tiada persembahan dikutip. Tiada iklan2
dipamerkan di mana-mana. Tiada organasasi gereja yang menajakannya. Semua yang
disentuh Allah sebaik saja mereka masuk ke bangunan ini bahawa Roh Kuduslah yang
memimpin.
 Banyak Kristian daripada gereja2 tradisi mengkritikan bahawa mereka ekstrem,
menyalah guna Ayat2 Suci, dan fokus yang tidak tepat, fokus yang keterlaluan tentang
Roh Kudus.overemphasizing the Holy Spirit. Dalam masa yang singkat, pendeta2
memanggil jemaat2 mereka supaya jangan ke Gereja Jln Azusa. Ada di antara mereka
menalipon polis dan cuba menutupkan gereja ini. Cendekiawan teologi juga mengutuk
gereja ini; antaranya ialah R. A. Torrey yang mengatakan, “… dengan terasnya, ini
bukannya daripada Allah, dan ianya di tubuhkan oleh seorang Sodomite [orang gay].”
G. Campbell Morgan memanggilnya, “… muntahan Syaitan yang terakhir.” Sebab
banyak orang2 yang mempratikan ilmu hitam datang ke kebatian ini, banyak
cendekiawan mengatakan bahawa gereja ini juga pratikan ‘Spiritism’ / Ilmu hitam.
 “Kebaktian diadakan di sebuah pondok yang usang di Jalan Azusa, dan pengikut2
doktrin yang ganjil ini amalkan istiadat yang fanatik, mengkhutbah teori2 yang
keterlaluan dan menghasutkan diri hingga semangatnya masuk ke dalam keadaan
ghairah yang menggilakan. Orang2 hitam berserta sekumpulan orang putih menjadi
jemaat gereja dan pada waktu malam, mereka membuat bunyi2 yang mengerikan di
persikitaran itu dengan lolongan para jemaah, mereka menggoyang-goyang berjam-
jam, dan menekan perasaan (kami), sambil berdoa. Mereka mendakwa bahawa mereka
dapat “karunia bahasa lidah” dan boleh faham bunyi2 itu. ”
 Charles Parham juga kejam dengan kritiknya:“Lelaki dan perempuan, putih dan hitam,
berlutut bersama2 atau jatuh rebah atas satu sama lain; seorang wanita orang putih,
mungkin dia kaya dan berpengaruh, ternampak jatuh ke dalam tangan seorang lelaki

7
hitam dan kasar (big 'buck nigger’), dan di pegang kuat2 sambil perempuan itu
menggigil dan bergoncang dengan pura2 berkuasa Pentakos. Dahsyat, sungguh
memalukan! ”
 Penerbitan pertama ‘Penerbitan Iman Kerasulan’ (Apostolic Faith Publication) yang di
cetak oleh gereja Seymour, melaporkan reaksi pengunjung kebangkitan:
 “Dengan kesombongan, pengkhutbah2 yang berpakaian kemas datang untuk
“menyiasat’ kebangkitan. Tidak lama kemudian, muka sombong ditukar menjadi
kagum, kemudian kesalan pun tiba, dan biasanya engkau akan jumpa mereka dalam
masa yang singkat bergelumang / meronta-ronta atas lantai yang kotor itu, meminta
maaf daripada Allah bagaikan anak2 kecil. ”
 Mereka yang terlibat memberi saksi bahawa mereka dipulih. Yang buta lihat kembali,
penyakit disembuh serta merta, dan pendatang2 yang berbahasa German, Yahudi dan
Spanyol mendengar mereka berbahasa Roh dalam bahasa masing2 dan ianya ditutur
oleh orang2 hitam yang tiada pelajaran, dan orang2 hitam ini dapat menterjemahkan
bahasa Roh itu ke bahasa Inggeris dengan ‘kuasa ajaib.’
 Nyanyian mereka secara spontan dan kerap, tiada music mengikutinya (a cappella)
dan kadang kala dalam bahasa Roh. Ada masanya mereka semua diam sahaja. Para
hadirin sering kali rebah bawah kuasa Roh (mereka menggunakan istilah “slain in the
Spirit” ia itu “dibunuh dalam Roh.”). Mereka, para hadirin, memberi saksian dan
jemaah juga membaca surat2 kesaksian yang di terima.
 Mereka sentiasa mendoakan untuk yang datang supaya dapat BRK. Juga doa dalm
bahasa Roh untuk mereka yang sakit, untuk mubaligh2, dan permintaan 2 daripada
mereka yang hadir, baik yang hadir atau surat permintaan yang tidak hadir.
 Kutbahan juga berlaku secara spontan dan mereka sering memanggil para hadirin ke
depan untuk menerima Tuhan Yesus, untuk doa kesucian dan BRK. Persembahan
tidak dikutip tetapi ada sebuah kotak di sebelah pintu di mana mereka boleh memberi
persembahan. Ahli2 jemaat tidak lebih daripada 50 atau 60 orang, tetapi beratus orang
melawat dan singgah di sini beberapa tahun.

5.Seymour dan ahli2 kebangkitan di Misi Iman Kerasulan (Apostolic Faith Mission) di Jln
Azusa percaya 5 five prinsip kepercayaan beliefs:
 Keselamatan hanya dengan iman.
 Kesucian orang yang percaya.
 Bahasa Roh ialah bukti BRK.
 Penyembuhan secara iman ialah sebahagian keselamatan Allah.
 Kristus akan datang ‘tidak lama lagi.’

8
6.Penerbitan Iman Kerasulan bermula pada September 1906.
 Penerbitan ini diterbit sesekali hingga ke Mei 1908. Kebanyakan terbitan ini ialah
penulisan Seymour dan seorang putih wanita bernama Clara Lum, satu daripada ahli2
Misi Iman Kerasulan. Penerbitan ini disebarkan percuma dan beribu orang dan
pendeta di dunia menerimanya. Penerbitan pertama, 5000 naskhah di cetak, dan pada
1907 40,000 dicetak.
 Penerbitan pertama melaporkan apa yang berlaku di Jln Azusa. Isu pertama bertajuk
“Pentakos telah Tiba.” Dalamnya, terdapat sepucuk surat daripada Charles Parham,
satu penulisan tentang Pentakos dalam Kisah Para Rasul, dan satu siri kesaksian
pengalaman mereka dalam kebangkitan Azusa. Satu edisi 1907 tertulis, "Satu tanda
kepulangan Tuhan ialah, Tuhan akan gabungkan semua bangsa dan negara, dan
mereka akan dipenuhi kuasa dan kemuliaan Allah. Tuhan membaptiskan dengan satu
Roh, menjadikan gereja satu tubuh dan menyediakan umat2Nya untuk berjumpa
denganNya apabila Dia pulang." Penerbitan ini dapat memberi perhatian kepada apa
yang berlaku di Jln Azusa dan menguasai gerakan baru yang sedang meningkat dalam
kebangkitan ini.

7. Gereja Iman Kerasulan


a. Legasi
 Pada 1913, kebangkitan ini mulai merosot dan pada 1915, kebanyakkan riuh-rendah
media dan orang ramai pun lenyap. Seymour dan isterinya terus menjadi gembala
gereja ini yang berjemaat orang African American. Walaupun demikian, Seymour
terus pergi ke merata tempat untuk menolong gereja2 tempatan untuk menjayakan
kebangkitan Pentakosta. Beliau meninggal dunia pada 28 hb September 1922 kerana
diserang penyakit jantung. Isterinya, Jennie menggembala gereja itu hinggalah ke
1931. Mereka tidak boleh lagi menetap di bangunan itu setelah bangunan itu disita.
Pada 1938, bangunan itu di robohkan dan bangunan baru dinaikkan ditapak itu.
Bangunan baru itu menjadi Pusat Budaya dan Komuniti Orang2 Jepun-America.
b. Mubaligh yang dipengaruhi Jln Azusa
 Dengan penerbitan mereka serta berita akhbar2, kebangkitan Jln Azusa dikenali ramai.
Beribu2 individu telah datang dan melawat Misi Iman Kerasulan untuk menyaksikan
untuk mata mereka sendiri, kebangkitan rohani itu. Pada masa itu juga, ramai
meninggalkan tempat itu dengan keazaman untuk menginjilkan negara2 lain.
 Reverend K. E. M. Spooner melawat Jln Azusa pada 1909. Beliau menjadi mubaligh
Gereja Kesucian Pentakosta (Pentecostal Holiness Church) yang berkesan di Afrika.
Menginjil orang2 Tswana di Botswana.
 G. Garr dan isterinya, dari Jln Azusa, menjadi mubaligh di Calcutta, India. Di
Culcatta, mereka mulakan satu kebangkitan rohani yang serdehana. Walaupun mereka
berbahasa Roh, mereka tidak dapat bercakap bahasa Bengali yang di gunakan disana.
Tetapi Garr dengan kajiannya tentang Pentakostalisme, beliau dapat menyumbang
kajiannya tentang bahasa Roh. Pada masa itu, ‘bukti alkitabiah’ iaitu Bahasa Roh
dikatakan untuk menginjil tetapi beliau menukarkannya bahawa Bahasa Roh ialah satu
karunia rohani untuk memberi kuasa rohani.
 Mubaligh ke China, Bernt Bernsten datang dari China utara untuk menyiasat
kebangkitan Jln Azusa sebab berlakunya sesuatu seperti di Kis. 2:4.
 Banyak dipengaruh oleh kebangkitan ini dan mereka menjadi mubaligh di negara2
lain. Pada Oktober 1906, lebih kurang 38 orang menjadi mubaligh ke negara2 lain.
Dalam masa dua tahun, terdapat mubaligh2 yang dipengaruhi Jln Azusa di 52 buah
negara. Banyak pemimpin2 gereja di seluruh dunia datang menyaksi apa yang berlaku
di Jln Azusa.

9
 Pada hujung 1906, banyak pemimpin dari Jln Azusa telah tinggalkan Jln Azusa dan
membuka gereja masing2. Di antaranya, Misi Iman Kerasulan Jln 51, Misi Iman
Kerasulan Sepanyol, dan Misi Pentakosta Orang Italy. Gereja2 ini ialah gereja
berbahasa asing. Di tenggara [selatan hala timur] AS, gerakan ini terus maju sebab
orang2 percaya di sini telah terdedah dengan ajaran Seymour. Yang lain pula maju
kerana pengkhutbah2nya berkarisma dan bertenaga. Kebanyakan gereja2 ini
ditubuhkan di antara orang2 yang miskin dan orang2 asing.
 Dari permulaan Jln Azusa, banyak organisasi2 dan gereja2 yang doktrin berlainan
ditubuhkan. Misalnya, Gereja Allah dalam Kristus (Church of God in Christ) ditubuh
1907. Sidang2 Jemaat Allah (Assemblies of God) dan Gereja Pentakosta Bersatu
(United Pentecostalk Church) ditubuh 1914. Gereja Allah Pentakosta (Pentecostal
Church of God) ditubuh 1919 di Sekolah Alkitab Sharon.
 Kini, ada 500 juta orang Pentakosta and Karismatik di seluruh dunia. Denominasi
Pentakosta kini ialah kedua kumpulan Kristian terbesar di dunia; pertama ialah
Katolik. Ianya merupakan gerakan yang paling cepat membesar dari segi corak agama
Kristian pada kini. Kebangkitan rohani di Jln Azusa lazim dikenali sebagai permulaan
Gerakan Pentakosta.

8. REAKSI TERHADAP GERAKAN PENTAKOSTA


 Gereja2 lama menolak ajaran2 orang Pentakosta.
 Biasanya, Kristian2 dari gereja2 lama akan disingkir kerana mereka menerima
ajaran2 itu atau mereka mengalami BRK.
 Praktis dan doktine berlainan, ini kerana mereka yang berkumpul dan menjadi
Pentakostal datang daripada latar belakang yang berlainan, fikiran dan praktis.
Apa yang mereka amalkan tidak diterima gereja2 lama.
 Gerakan Pentakosta tidak ada pemimipin yang dikenali atau pusat tadbiran
yang akan memberi dorongan atau standard / piawai. Ini dikira sebagai sesuatu
yang tidak betul dan bahaya di golongan gereja2 lama.
 Kebaktian mereka bising dan beremosi. Ini dipandang rendah oleh
kebanyankan Kristian dari golongan gereja lama. Kepada orang2 yang miskin,
orang asing, kebaktian mereka nenunjukkan bahawa mereka diterima Tuhan.
Mereka rasa selasa dan senang di kalangan yang penuh emosi ini.
 Kerana banyak karunia di salah gunakan, terutamanya nubuat, orang awam dan
Kristian lain mentertawakan dan menghina mereka. Walaupun sebegitu, ada
juga karunia yang tulen dan betul di bawah urapan Roh Kudus. Ada banyak
mujizat yang berlaku di kalangan mereka.
 Kerana kebanyakkan mereka tidak berpelajaran tinggi, khutbahan mereka juga
dihina. Tetapi, banyak doktrin dan teologi yang diteraskan oleh mereka, lama
kelamaan di bukti betul, walupun pada mulanya, cara mereka menggunakan
teologi tidak setimpal dengan teologi cendekiawan.
 Akhir kata, Gerakan Pentakosta adalah satu gerakan yang mengoncangkan
gereja dengan kuat; mengejutkan gereja dari tidurnya dan sedar kepada kuasa
Roh Kudus.

9. GAYA HIDUP JEMAAT PENTAKOSTALISME


 Mereka mengalami kehadiran Allah dengan cara yang berkuasa.
 Donald Gee mengatakan BRK telah menjadikan realiti Tuhan Yesus sungguh dalam
dan realistik.

10
 Hidup suci dan benci ‘kompromi dengan dunia.’ Duniawi, pada mereka adalah
budaya pada masa itu.
 Semangat untuk hidup dengan betul menghasilkan corak hidup yang ekstrim.
 Semangat Menginjil.
 Dari permulaan kebangkitan Pentakosta, RK telah menekan kpd mereka kepentingan
keselamatan orang sesat – baik di tanah air atau di luar negara..
 Banyak kerja2 menginjil serta misi luar negara, di jalankan dgn sukses oleh mereka.
 Mereka percaya bahawa mereka harus hidup dalam iman – sedia untuk terus percaya
pada Tuhan untuk segala keperluan hidup mereka.

(3) PERMULAAN ASSEMBLIES OF GOD DI USA


a) Pendahuluan
 a) Pakar sejarah biasanya mengaitkan permulaan Pentakosta moden dengan
kebangkitan di Topeka, Kansas - 1 hb Januari 1901
 b) Kebangkitan ini merebak ke Missouri dan Texas dan kemudian ke LA, di mana ia
menarik perhatian jemaah seluruh dunia dan lebih berkuasa dan dikenali di
antarabangsa.
 c. Mereka yang berbahasa Roh yang merujukan kepada Alkitab bahawa Bahasa Roh
ialah bukti seseorang telah di Baptis Roh Kudus.
 d. Pemimpin2 kebangkitan - mengumumkan perlunya pengelaman keselamatan,
penyembuhan dari segi iman, hidup dalam kesucian, BRK untuk kuasa dalam
bersaksi, . Doktrin2 ini akhirnya membentuk theologi AOG.
 e. Orang Pentakostal pertama menolak semua corak organisasi. Kepada mereka, ini
bagaikan sesuatu kongkongan.
 f. Kerana sesiapa boleh bangun untuk berkhutbah, jadi perlulah sedikit organisasi.
Selain daripada itu, pengkhutbah perlukan ‘credential’ [tauliah] untuk menunjukkan
bahawa mereka bukan orang sebarangan.
 g. Kerana mereka, Bapa Pengasas Sidang2 Jemaah Allah AS (Assemblies of God of
USA) tidak mahu menubuh denominasi yang baru, mereka menubuhkan satu
Persatuan Persaudaraan untuk berbakti kepada gereja2.

b). Organisasi pringkat permulaan.


 1.Banyak Kristian yang mengalami BRK, diusir dari gereja mereka, terutama gereja2
lama. Mereka bersatu di gereja Pentakosta. Para pemimpin sedar bahawa mereka perlu
melindungi dan memelihara begitu ramai jemaah baru yang mengalami BRK, dan
menyatukan mereka dalam satu persatuan koperatif.
 II. Pada 1914, lebih daripada 300 orang, 128 diantara mereka ialah pendeta dan
mubaligh, berkumpul dari 20 buah negeri dan beberapa dari luar negara untuk satu
“Majlis Mesyuarat’ di Hot Springs, Arkansas, bermesyuarat untuk menangani
keperluan yang makin membesar – organisasi kumpulan baru ini.

 III. 5 sebab di senaraikan untuk Majlis Mesyuarat ini


 Kesamaan Doktrin,
 Memelihara Kerja baru ini,
 Menguatkan Misi luar negara,
 Piagam gereja2 bawa satu name untuk perkara2 guaman, dan
 Perlunya sekolah Alkitab untuk melatih para pendeta akan datang.

11
c). FORMASI MAJLIS AGUNG AOG, AS
(General Council of the Assemblies of God of America)
 Satu persatuan koperatif muncul daripada mesyuarat 1914, dan di perbadankan
bawah nama, “The General Council of the Assemblies of God” .
 Mereka tidak mahu menubuhkan denominasi yang baru dan mereka menstrukturkan
organisasi ini untuk menyatukan sidang2 dan untuk mendapat satu identiti yang sah
mengikut undang2 negara.
 Setiap sidang jemaat akan mentadbir dan menyokong [kewangan] sendiri. Struktur ini
kekal hinggalah hari ini.
 1916, Majlis Agung AOG meluluskan satu Pernyataan Dasar2 Kebenaran. Satu
pernyataan yang ringkas, dan hingga kini tidak banyak berubah. Ianya menjadi satu
asas yang tegap untuk persatuan dan memberi satu kedudukan dalam doktrin2 penting.
 Dari permulaannya, pelayanan2 AG fokus pada penginjilan dan misi. Ini
menghasilkan pertumbuhan jemaah baru, baik di tanah air atau pun di luar negara.
Kini, konstituensi AG di AS melebehi 2.6 juta dengan gereja2nya melebihi 12,100
gereja. AG di AS juga ada 19 sekolah Alkitab dan universiti yang sah.
 Ibu Pejabat AG diletak di Springfields, Missouri. Mereka ada sebuah bangunan
pentabiran, firma penerbit bernama Gospel Publishing House, dan sebuah pusat edaran
antarabangsa.

d). ISU-ISU DOKTRIN PADA PERINGKAT AWAL.


 Yesus Sahaja (Kesatuan / Oneness).
 Setelah satu tahun AG, AS di tubuh ajaran baru muncul, iaitu orang percaya mesti
dibaptis air dalam nama Yesus sahaja. Banyak pemimipin juga dipengaruh oleh ajaran
ini. c. J. Roswell Flower, setiausaha Majlis Agung, pemimpin yang mudah, kenal
bahawa ajaran ini bukan sesuatu yang baru – beliau telah membacanya tentang ini
dalam sejarah Gereja. Ini ialah penjelmaan ajaran sesat yang lama.
 Ini dikenali sebagai Sabellianisme (Percaya bahawa Bapa Syurgawi, Anak dan Roh
Kudus adalah 1 oknum dalam 3 corak / mode / aspek. Mereka menegaskan bahawa
Allah adalah Satu dan bukan 3 oknum ) atau Modal Monarchianism (Modal = corak;
Monarch = Satu pemimpin atau raja).
 Ajaran sesat ini (yang bertentangan dgn Triniti) telah dikutuk oleh Gereja Abad Ke 4.
Pendeta2 dan pemimipin2 mengaji Alkitab mengikut amaran JR Flower dan ajaran ini
disingkirkan.
 Para wakil Majlis Agung Pertama, 1914, percaya Alkitab ialah wibawa orang percaya,
tetapi mereka tidak mengkukuhkan Pegangan dan kepercayaan secara tulisan. 2 tahun
kemudian, 1916, dengan masalah gerakan ‘Jesus Only’ (Sabellianisme), mereka
adakan Pernyataan Dasar2 Kebenaraan untuk menjawab masalah sebegini.

 1918, F.F. Bosworth, seorang pendeta AG, menerbit “Adakah Semua Akan Berbahasa
Roh?” (Do All Speak With Tongues?). Beliau menolak ajaran AG tentang Baptisan
Roh Kudus yang diikuti dengan Bahasa Roh. Kepada beliau, ianya tidak diwajibkan.
Beliau memberi tulisannya kepada mereka yang datang ke konferens2 dan kem2 AG,
dan di MASJA 1918, doktrin ini di kukuhkan dan Bosworth pilih untuk meninggalkan
MASJA (AG, AS).

e). FORMASI BAHAGIAN-BAHAGIAN.


 Bahagian Informasi / Penerbitan – Eudoros Neander Bell – Superintendent pertama
dan ke empat, menjadi editor utama bagi dua surat organisasi, ia itu, ‘Word and

12
Witness’ (Firman dan Saksi) dan ‘Weekly Evangel’ (Evangel Migguan), dan
kedua2nya ialah sebelum ‘Pentecostal Evangel’ (Evangel pentakosta). Ajaran2
Pentakosta dicetak dalam akhbar2 ini.
 Daerah2 ditubuhkan – untuk menjaga keperluan serta kerja2 AG.
 EN Bell dan empat orang lagi yang menentukan dan menghasil 16 Dasar2 Kebenaran.
 Springfield, Missouri dijadikan ibu pejabat AG, AS.

f). KEBAKTIAN SEKOLAH ALKITAB.


 Sekolah Alkitab ditubuh semata2nya untuk mengajar teologi Pentakosta kepada
pendeta2 AG. Pemimpin AG hendak mereka setia kepada Firman dan kepada
pengalaman Pentakosta.
 b. Latihan dan pendidikan ialah untuk menunaikan matlamat dan misi denominasi -
menginjilkan orang yang belum percaya.
 Selain daripada itu, pemimpin2 AG tidak mahu Sekolah Alkitab menjadi seperti
sekolah2 yang lain – merosot dan mengabaikan ajaran Firman. Pada masa itu, banyak
seminari telah abaikan panggilan Tuhan sebagai sekolah Alkitab untuk mengajar
Teologi Protestant. Sebaliknya, mereka menjadi seperti universiti2 dunia yang
mengajar falsafa duniawi.
 Membalas perkara sebegini, AG membina sekolahnya supaya umat2 Tuhan menjadi
taat kepada Keilhaman dan Kewibawaan Firman Tuhan, setia kepada Pernyataan
Iman, penginjilan dunia, dan mendedikasikan diri dalam corak hidup orang
Pentakosta.

g). RINGKASAN– PENTAKOSTALISME DARI SEGI MISI.


 Sebagai denominasi yang baru, AG telah banyak menunaikan visi gerakan ini.
Matlamat dan misi gerakan pemimipin permulaan AG ialah untuk menginjilkan
orang . Dengan visi ini, kini AG ialah kumpulan Pentakosta terbesar di dunia. Visi in
belum pudar dan mereka masih giat dalam penginjilan – di dalam dan luar negara.
 Kini, di AS, penganutnya melebihi 2.6 juta dan 48 juta di negara2 lain. AG AS kini
ada 12,100 gereja dan di luar negara ada 236,022 (dalam 191 buah negara). Mereka
ada 19 buah Sekolah Alkitab, kolej dan universiti. Di negara2 luar AS, 1,891 buah
Sekolah Alkitab.

( IV) Dasar Iman Gerakan Pentakosta


 Alkitab adalah firman Allah yang diilhamkan dan tanpa salah; satu-satunya kaidah
yang mutlak dan berwenang bagi iman dan perilaku manusia.
 Allah adalah esa, hadir secara kekal dalam tiga oknum: Allah Bapa, Allah Putra, dan
Allah Roh Kudus.Tuhan Yesus Kristus :
o ilahi adanya,
o lahir dari seorang anak dara,
o hidup tanpa dosa,
o melakukan mujizat-mujizat,
o menebus manusia yang berdosa melalui kematian-Nya,
o bangkit secara badani,
o bangkit ke sorga dan dimuliakan di sebelah kanan Allah Bapa,
o akan datang kembali ke bumi dalam kuasa dan kemuliaan untuk memerintah
dalam Kerajaan Seribu Tahun.

13
 Oleh pelanggaran satu orang (Adam) dosa telah masuk ke dalam dunia, dan maut oleh
sebab dosa; demikianlah maut telah menimpa semua orang, karena semua orang telah
berbuat dosa
 Keampunan dan penyucian dari dosa hanyalah melalui pertobatan dan iman kepada
kuasa penyucian darah Kristus.
 Pembaharuan yang dikerjakan oleh Roh Kudus mutlak perlu bagi keselamatan
seseorang.
 Karya penebusan Kristus di atas salib menyediakan kesembuhan bagi tubuh manusia
melalui doa dan iman.
 Pengudusan dikerjakan oleh Roh Kudus yang mendiami orang percaya.
 Baptisan Roh Kudus menurut Kisah Para Rasul 2:4 dikaruniakan kepada orang
beriman yang memohon kepada Allah.
 Pengangkatan Gereja pada waktu kedatangan Kristus di awan-awan merupakan
pengharapan yang bahagia bagi orang-orang percaya.
 Kebangkitan tubuh bagi orang-orang percaya maupun yang tidak percaya; yang
pertama untuk menerima hidup yang kekal dan yang kedua untuk menerima hukuman
yang kekal.

14

Anda mungkin juga menyukai