Anda di halaman 1dari 85

INTERVENSI MENANGANI

TINGKAH LAKU
BERMASALAH
Terapi Kanak-kanak

Disediakan oleh Khaw Kai Xin dan Lam Hui Jie


PENGENALAN
 Terapi atau psikoterapi kanak-kanak merujuk teknik dan kaedah yang
digunakan untuk membantu kanak-kanak dan remaja yang mempunyai
masalah emosi dan tingkah laku.
 Terapi selalu digunakan dengan menggabungkan dengan kaedah rawatan
yang lain seperti perubatan, pengurusan tingkah laku atau kerjasama dengan
pihak sekolah. Kanak-kanak atau remaja yang perlu dibantu akan berasa
selamat, selesa dan difahami apabila berada bersama-sama dengan ahli
terapi.
 Keadaan persekitaran kondusif ini akan membantu murid meluahkan
perasaan dan pemikiran dan menjadikan sesi terapi sebagai satu jalan
penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.
Sambungan
 Terdapat pelbagai jenis terapi yang boleh digunakan untuk mengubah
tingkah laku dan memahami perasaan kanak-kanak. Antaranya termasuk
Terapi Bermain, Terapi Bercerita, Terapi Seni dan Terapi Muzik.

 Oleh demikian, guru yang berhubung dengan kanak-kanak bermasalah


perlu peka dengan situasi ini di mana mereka perlu memahami dan
menggunakan terapi yang paling sesuai sebagai cara penyelesaian bagi
kanak-kanak dalam konteks masalah kanak-kanak itu.
4 JENIS Terapi Kanak-kanak

Terapi Terapi
Bermain Bercerita

Terapi Seni Terapi Muzik


Terapi Bermain

• Bermain adalah aktiviti utama dalam


perkembangan kanak-kanak dari aspek:

Fizikal Mental

Sosial Emosi
Terapi Bermain
ni si
Def
Bermain sangat mempengaruhi peribadi dan sosial kanak-kanak.
Menurut Landreth (2001), bermain ialah rangkaian tingkah laku yang
kompleks dan mempunyai pelbagai dimensi yang berubah mengikut
perkembangan kanak-kanak.

Bermain merupakan cara yang terbaik bagi kanak-kanak untuk belajar


tentang persekitaran, memahami tugas dan tanggungjawab, meluahkan
perasaan dan emosi, mengembangkan kemahiran fizikal, mental juga
memupuk kemahiran bersosial serta membina hubungan.
Terapi Bermain

n isi
Def
Bermain dilakukan secara spontan untuk mendapat kepuasan,
keseronokan dan kegembiraan. Kanak-kanak banyak menggunakan
imaginasi dan berfantasi semasa bermain. Mereka meneroka alam
sendiri dengan menggunakan perasaan dan fikiran mereka. Dengan
bermain, kanak-kanak membolehkan dapat melakukan eksperimen dan
menjadi kreatif dengan merancang sesuatu yang baharu melalui bentuk
permainan yang dipilih.
Tujuan Terapi Bermain
Meningkatkan
Mengendalikan
kemahiran Memupuk empati
masalah yang
komunikasi dan dan menghormati
mengganggu
kefahaman di antara fikiran dan perasaan
perkembangan
ibu bapa dgn anak- orang lain
normal kanak-kanak
anak

Mengurangkan
Meningkatkan tahap Meningkatkan tahap
tingkah laku dan
tumpuan keyakinan diri
emosi

Meningkatkan Membentuk
kebolehan penyelesaian baru
mengawal dan kreatif semasa
keresahan dan menghadapi
perasaan hampa masalah
Terapi Bermain

Terdapat tiga peringkat bermain bagi kanak-kanak:

Permainan
berperaturan

Permainan
berimaginasi

Permainan
sensorimotor
Terapi Bermain

Peringkat Permainan Penerangan


Peringkat Sensorimotor Pada peringkat ini, bayi menggunakan deria untuk bermain dan
bayi mempelajari persekitarannya. Bayi akan mengkoordinasi
(0-2 tahun) maklumat deria dengan kebolehan motor yang membolehkan
mereka meneroka persekitaran mereka.

Kanak-kanak akan berasa puas menggunakan mulut untuk


merasa dan menghisap dan berminat dengan objek yang ada di
persekitarannya. Kepuasan terhasil apabila mereka berupaya
mengenakan tindakan terhadap objek.

Kesan: Kepuasan ini akan menyebabkan mereka melakukan tindakan secara berulang-ulang.

Contoh: Memasukkan objek ke dalam mulut, mencapai objek yang menarik perhatian, mula
meniru tingkah laku mudah yang dilihat seperti melambai tangan/menggunakan sudu.
Terapi Bermain

Peringkat Permainan Penerangan


Peringkat Berimaginasi Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah boleh
kanak-kanak
(2-7 tahun)  mula menggambarkan dan merancang pergerakan/aktiviti
dengan menggunakan minda mereka.
 berimaginasi selaras dengan perkembangan kognitif dan
bahasa mereka.

Permainan berbentuk imaginasi dan fantasi seperti drama,


main peranan, sosiodrama di mana penggunaan simbol, bahasa
dan isyarat sudah mula berkembang pada peringkat ini.

Sosiodrama: melibatkan kanak-kanak lain yang turut mempunyai peranan dalam sesuatu
situasi. Mereka saling berinteraksi, mempraktikkan kemahiran bahasa, meluahkan emosi
dan ini membantu mereka dalam meningkatkan kemahiran bersosial.
CONTOH: PERMAINAN DRAMA

Dalam permainan drama, kanak-kanak akan memainkan peranan tertentu


berdasarkan pengalaman persekitarannya.
sambungan

Memainkan semula
peranan dan situasi yang
Reproduktif telah dilalui dalam
kehidupan sebenarnya.
Permainan drama
Menggunakan tindakan dan
pertuturan daripada situasi
Produktif dalam kehidupan nyata ke
dalam bentuk baharu secara
fantasi.
CONTOH:

Main peranan sebagai ayah, guru, doktor atau karektor-karektor yang menjadi
minat kepada kanak-kanak seperti puteri raja.

Semasa main peranan ini, kanak-kanak yang berasa puas dan seronok akan
dapat menceritakan kejadian-kejadian yang dialami dengan berperanan
sebagai watak yang dibawa.

Contoh: Semasa main peranan sebagai ibu, kanak-kanak akan membawa watak
dan karakter ibu yang dilihat dan dialami. Pada waktu ini akan terjadi
penerokaan kendiri dan kawalan kendiri di mana kanak-kanak meneroka
pengalaman yang telah dilalui dan bagaimana mereka mengawal pengalaman
tersebut.
CONTOH:

Contoh: bermain dengan anak patung di mana ada anak patung di mana ada
anak patung yang menjadi kakak dan adik.

Semasa bermain drama dan main peranan, kanak-kanak akan meniru karektor
tertentu dan akan menceritakan tentang karektor tersebut yang mungkin akan
ada perkaitan dengan dirinya. Mereka juga akan meluahkan perasaan dan
emosi semasa main peranan ini.

Oleh itu, drama boleh digunakan sebagai alat untuk meneroka masalah yang
ada pada kanak-kanak tidak berupaya meluahkan masalah dan perasaan
mereka secara langsung.
Terapi Bermain

Peringkat Permainan Penerangan


Peringkat Berperaturan Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah boleh
akhir
kanak-kanak  mula bermain dengan permainan yang mempunyai
(7-11 tahun) peraturan spt bola sepak, badminton dan lain-lain.

Permainan tersebut selalu memerlukan latihan,


kemampuan mengawal emosi dan perasaan, kemahiran
mengatur persepsi
 memahami strategi, merancang dan berfikir
dan pandangan secara logik.
orang lain.
 mula bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan
KELEBIHAN TERAPI BERMAIN
Membantu kanak-kanak meluahkan cabaran
psikososial yang dihadapi.

Membantu kanak-kanak dari sudut perkembangan,


pertumbuhan dan kemahiran sosial.

Sebagai alat diagnostik untuk mengesahkan dan


menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kanak-
kanak.
KELEBIHAN TERAPI BERMAIN

Meningkatkan kemahiran
bersosial dan kognitif
Membantu kanak-kanak
kanak-kanak dan
Membantu kanak- untuk menjadi lebih
membantu kanak-kanak
bertanggungjawab
kanak memahami diri terhadap tingkah laku
berkeperluan khas seperti
dan hubungan mereka sendiri dan membantu
ADHD, autistik, kanak-
dengan dunia luar kanak bermasalah fizikal
membentuk tingkah laku
dan pembelajaran serta
.

kanak-kanak.
yang mempunyai masalah
tingkah laku.
CORAK PERMAINAN
Sesi terapi bermain boleh
Corak secara kumpulan/individu.
permainan

Non-
Directive
directive

Memilih permainan yang boleh


membuatkan kanak-kanak Membenarkan kanak-kanak
tersebut menghayati corak untuk memilih sendiri watak
permainan dan seterusnya dapat yang ingin dimainkan dalam
meluahkan perasaan daripada permainan tersebut.
permainan tersebut.
TEKNIK TERAPI BERMAIN

1. Permainan Boneka

2. Bercerita

3. Bermain spontan/berperaturan

4. Bermain Pasir
1. Permainan boneka
 Boneka/anak patung/figura memberikan sesuatu cara yang
tidak mengancam untuk anak-anak bermain di luar fikiran
dan perasaan mereka. Selama bermain dengan boneka,
kanak-kanak akan mengidentifikasikan diri dengan boneka,
menterjemahkan perasaan sendiri dalam figura permainan
dan memindahkan konfliknya dalam figura permainan.

 Gerakan boneka membolehkan kanak-kanak menceritakan


cerita-cerita dalam bentuk simbol dan mencipta fantasi
mereka. Melalui gerakan boneka, kanak-kanak dapat
berhadapan dengan fikiran dan perasaan yang sulit untuk
mereka akui sebagai diri sendiri.
1. Permainan boneka
 Dengan menggunakan boneka, kanak-kanak
dapat menciptakan imaginasi tentang orang
lain dan berinteraksi serta mengungkapkan
fikiran, perasaan dan kemarahannya di mana
dalam kehidupan nyata dia tidak dapat
melakukannya.

 Permainan boneka juga dapat dijalankan


secara berkumpulan. Dengan bermain
boneka dalam kumpulan, kanak-kanak akan
saling menghargai sudut pandangan orang
lain serta dapat menyelesaikan masalah dan
keterampilan sosial.
Suatu aktiviti yang 2. bercerita Cerita sering digunakan
oleh setiap budaya
digunakan untuk
masyarakat sejak
menyampaikan
permulaan tamadun
peristiwa dengan
sebagai hiburan,
menggunakan
pendidikan, pengekalan
perkataan, imej dan
budaya dan pemupukan
suara.
nilai-nilai moral.

Definisi
bercerita
Konsep Bercerita

Teknik bercerita merupakan satu teknik untuk


menyalurkan sesuatu maklumat melalui perkataan,
gambar dan bunyi yang sering kali dilakukan melalui teknik
improvisasi. Cerita atau naratif telah lama dikongsi dalam
setiap budaya sebagai hiburan, pelajaran, penyampaian
budaya dan menyampaikan nilai-nilai kepada masyarakat.
Elemen yang penting dalam teknik ini ialah plot, watak
dan persoalan sesuatu cerita.
Tujuan Terapi Bercerita

Melalui cerita, murid-murid boleh Satu medium untuk berkomunikasi


mendapatkan maklumat tentang fakta, antara ahli terapi dan klien. Komunikasi
konsep mahupun pengetahuan yang ini digunakan sebagai terapi psikologi
digabungjalinkan dalam sesuatu kisah. untuk meyakinkan klien untuk
Cerita juga menampilkan model-model membangunkan atau meningkatkan diri
tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka melalui satu kaedah yang telah
para pemegang watak atau tokoh dalam dipersetujui antara ahli terapi dan klien.
cerita.
Kaunseling kelompok
melibatkan perhubungan
individu yang menekankan
Sesuai dijalankan secara aspek kekuatan, fikiran,
berkelompok ataupun individu perasaan dalam aktiviti
pembelajaran, peribadi dan
sosial. Corey (1981).

Kaedah terapi
Namun demikian penggunaan
teknik ini dalam kaunseling
Pelaksanaan terapi bercerita kelompok memerlukan syarat
dalam kelompok memudahkan proses kaunseling berpusatkan
perkongsian pengalaman antara klien iaitu empati, penerimaan
ahli kelompok. tanpa syarat, dan kongruen/
keikhlasan.
KELEBIHAN TERAPI BERCERITA
Meluahkan perasaan • Mereka berasa diri mereka dihargai dengan adanya
terpendam dan perkongsian masalah dalam kaunseling kelompok.
berkongsi maklumat • Ahli-ahli kumpulan akan cuba untuk menyatakan
diri sesama kawan- langkah penyelesaian kepada rakan-rakan mereka
kawan mereka. terhadap masalah yang dihadapi.

• Murid akan memegang sesuatu watak dan secara


Guru kaunseling tidak langsung cara untuk mereka menyelesaikan
kerana dapat masalah dalam cerita yang perlu mereka ceritakan
memahami konflik akan menonjolkan masalah-masalah yang dihadapi
oleh murid.
murid dengan lebih • Guru akan dapat mengenal pasti masalah yang
senang secara dihadapi oleh murid terutamanya murid yang
sukarela. bersikap pasif di dalam kaunseling kelompok.
Meluahkan • Meluahkan perasaan yang terpendam secara
refleks atau tidak langsung melalui perwatakan
perasaan yang ditonjolkan.

secara • Mengembangkan lagi kemahiran fizikal mereka


dalam bercerita dan ekspresi emosi mereka
refleks melalui bahasa tubuh.

Kepercayaan • Kemahiran interpersonal yang dipelajari seperti


komunikasi mata, berunding dan menerima
antara ahli pandangan orang lain dan membantu sesebuah
kumpulan untuk membuat keputusan secara
kumpulan bersama.
Peralatan yang Ketua kumpulan akan
Membina satu cerita digunakan ialah satu mempunyai pelbagai objek di
dalam sebuah beg kertas.
berdasarkan objek beg kertas yang Setiap ahli kumpulan perlu
ajaib. mengandungi pelbagai mengambil satu bagi setiap
objek. seorang.

Objek tersebut boleh Dengan tidak


Objek tersebut akan
diambil daripada objek memandang ke dalam
diletakkan di dalam
yang digunakan setiap
hari seperti berus gigi,
sebuah beg yang tidak beg, ahli kumpulan
menampakkan bahagian akan menarik objek
batu, bulu ayam dan
dalam beg. secara rawak.
sebagainya.

Objek tersebut dianggap ajaib


Ahli kumpulan akan
JENIS TERAPI
dan penting dalam
penceritaan. Ahli kumpulan menceritakan sebuah Bercerita
diberikan beberapa minit cerita berdasarkan
untuk membuat cerita objek tersebut. Beg Cerita Ajaib
berdasarkan objek yang dipilih.
Buku Cerita

Murid akan memilih Setelah mereka memilih


Kaedah ini memerlukan
sebuah cerita atau cerita atau mereka cerita,
murid untuk mereka
mereka sebuah cerita murid akan membina
sebuah buku cerita.
mereka sendiri. sebuah buku cerita.

Alatan yang boleh


Penghasilan buku cerita
digunakan ialah kad
boleh dilakukan
manilakat, kertas putih,
berdasarkan kekreatifan
penebuk lubang, marker,
murid tersebut.
reben dan sebagainya.
Pihak Ketiga
Satu Gambar Seribu Makna
Montaj Keluarga
Kapsul Masa
PRINSIP-PRINSIP
PANDUAN PENGUASAAN
KEMAHIRAN BERCERITA

Untuk menguasai kemahiran bercerita, guru harus


memahami dan mematuhi prinsip-prinsip panduan
berikut;
1. Perancangan dan Persediaan
Guru bermula memilih tajuk cerita yang sesuai.
• Kriteria :
a. Tema : mengandungi nilai moral yang murni.
b. Isi : menarik dan perkataan yang dipilih sesuai dengan pengalaman
murid.
c. Tempoh : panjang cerita sesuai dengan peruntukan masa.
1. Perancangan dan Persediaan
Selepas cerita dipilih, guru hendaklah:
a. Cuba berlatih menghafaz dan bercerita sendiri tanpa pendengar.
b. Menyediakan alat bantu mengajar semasa bercerita.
c. Menyediakan beberapa soalan untuk menguji kefahaman murid.
1. Perancangan dan Persediaan
Sebelum mula bercerita, guru hendaklah:
a. Menyusun tempat duduk murid agar murid dapat mendengar dan
melihat ekspresi guru.
b. Tempat bercerita dihias dengan alatan atau gambar yang sesuai.
2. Sesi Bercerita
• Dimulakan dengan satu set induksi yang menarik dan berkaitan.
• Guru menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang dapat
menarik perhatian murid.
• Pastikan setiap murid telah memberi perhatian sepenuhnya.
• Guru boleh melibatkan murid dalam sesi bercerita dengan
menggunakan soalan-soalan membimbing.
3. Penutup
 Tujuan: membantu murid mengukuhkan nilai murni yang diterapkan.
 Pelbagai aktiviti boleh digunakan. Antaranya:
a. Menyoal murid-murid tentang isi cerita yang disampaikan.
b. Menyuruh murid mengulang isi cerita dengan menggunakan
perkataan sendiri.
3. Bermain spontan/berperaturan
 Bermain semasa kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang berbeza dibandingkan
dengan permainan remaja dan orang dewasa. Permainan kanak-kanak bersifat
spontan dan tidak formal.

 Tahap bermain akan berkembang kepada formal dengan berkembangnya


kemahiran kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak akan mula mengembangkan
permainan dengan peraturan.

 Permainan secara berkumpulan akan membantu kanak-kanak belajar


bagaimana menguruskan kumpulan dan bermain mengikut aturan. Permainan
mengajar kanak-kanak tentang disiplin diri, serta belajar menerima kekalahan
dan kemenangan.
4. Bermain pasir
 Kanak-kanak suka bermain pasir. Dengan adanya terapi
bermain pasir kanak-kanak akan berasa seronok. Semasa di
dalam ruang bermain, kanak-kanak bebas bermain dengan
pasir dan boleh menggunakan figura/boneka yang disediakan.

 Selama proses bermain pasir, kanak-kanak bebas membuat


cerita, permandangan atau apa-apa sahaja sebagai manifestasi
pengalaman yang mereka tidak dapat menceritakan dengan
kata-kata. Semasa membuat pemerhatian terhadap kanak-
kanak semasa bermain pasir, guru boleh mendapat informasi
tentang fikiran, perasaan dan tingkah laku kanak-kanak.
Sejarah
Terapi Pasir Diasaskan oleh Dora M. Kalff yang bertindak
untuk mengkaji masalah psikik dalam kalangan
kanak-kanak. Hal ini disebabkan pada tahun 1954
ahli terapi memandang rendah tentang masalah
psikik yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

Dora M.Kalff bertindak untuk meneruskan kajian di


Institute for Children Psychology yang telah dibina
pada tahun 1928 dan pada tahun 1956 beliau
telah Berjaya menghasilkan satu bentuk terapi
yang dikenali sebagai sandplay.
4. Terapi Bermain Pasir
Proses Terapi Bermain Pasir
Proses Terapi Bermain Pasir
Fasa Terapi Bermain Pasir
Fasa Sebelum Sesi
Fasa Sebelum Sesi
Fasa Semasa Sesi Terapi
Fasa Selepas Terapi
Bahan-bahan yang digunakan untuk
terapi bermain pasir
Contoh cara-cara Terapi Pasir
Fokus
RUMUSAN TERAPI BERMAIN PASIR
 Secara keseluruhan terapi bermain pasir adalah satu kaedah terapi
yang telah dibuktikan keberkesanannya dalam menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak.

 Terapi ini memerlukan kaunselor untuk memerhati dan tahu simbol


yang dicipta oleh murid tersebut supaya kaunselor dapat menganalisis
dan mengetahui apa masalah sebenar yang dihadapi oleh murid
tersebut.
BULATAN
THERAPLAY
 Theraplay merupakan satu bentuk terapi
bermain yang berstruktur. Ia
menitikberatkan perlakuan kanak-kanak
semasa bermain daripada penceritaan
kanak-kanak semasa bermain.

 Tujuan: Membina dan meningkatkan


kepercayaan, self-esteem dan hubungan
yang bermakna antara kanak-kanak
dengan orang lain. Fokus theraplay
berdasarkan 4 teras utama, iaitu
berstruktur, hubungan, mendidik dan
mencabar.
Pengenalan Terapi Seni =
Cara meluakan perasaan, menenangkan fikiran,
meningkatkan kekuatan spiritual dan membawa diri
seseorang individu itu ke tahap kesedaran yang paling tinggi

Bentuk psikoterapi
• Klien digalakkan meluahkan perasaan dan konflik dalaman melalui aktiviti seni

Proses kreatif dalam seni dapat mengubati dan meningkatkan tahap hidup
seseorangan

Mewujud dunia yang penih emosi dan dpat menjiwai masalah


CIRI-CIRI TERAPI SENI
• Tidak memerlukan bahasa / kemahiran berbahasa
• Menggalakkan pemikiran kreatif
• Menyediakan ruang luahan perasaan yang terkawal dan selamat
• Risiko yang diambil dalam keadaan selamat
• Tidak memerlukan klien yang pakar dalam seni
SIFAT-SIFAT AHLI TERAPI SENI
Perlulah empatik. Perlu percaya bahawa
terbuka, jujur, setiap individu
kongruen dan berkembang secara
mengambil berat semula jadi.
PRINSIP-PRINSIP ASAS TERAPI SENI

• Jangan paksa kanak-kanak untuk menjalani terapi


• Guru boleh duduk bersama murid ketika mereka melukis,
tetapi tidak boleh mengganggu tumpuan mereka.
• Berikan perhatian terhadap apa yang diperkatakan atau
ditanya oleh murid semasa proses tersebut.
• Berikan kebebasan untuk melukis mengikut citarasa mereka.
• Berikan masa dan arahan yang pendek dan jelas.
Elemen-elemen untuk memahami
lukisan / hasil seni
• Tumpukan pada jawapan kanak-kanak, jangan
membuat tafsiran sendiri sahaja!
• Untuk tema keluarga, tumpukan soalan berkisar
kepada hubungan kanak-kanak dengan keluarganya.
Apa yang perlu ditekankan dalam
terapi seni?
13. Warna dalam lukisan
Terapi Muzik
• Terapi muzik menggunakan muzik secara kawalan bagi tujuan rawatan
rehabilitasi, pendidikan dan latihan kanak-kanak dan orang dewasa
yang mengalami kecelaruan mental dan emosi.
• Terapi ini dapat membantu seseorang mempertingkatkan dan
mengekalkan tahap kefungsian seseorang dalam sesebuah organisasi
bidang.
• Muzik memberi rangsangan kepada semua pancaindera dalam
peringkat perkembangan kanak-kanak.
• Selain memberikan motivasi yang tinggi, muzik dapat memberikan
kesan yang menenangkan dan merehatkan minda kanak-kanak.
Cara menggunakan Terapi Muzik
Proses Perancangan dan
Pelaksanaan Terapi Muzik
Sebelum rawatan dijalankan
• Mendapatkan persetujuan daripada ibu bapa/penjaga
kanak-kanak
• Mengatur pertemuan dengan kanak-kanak
• Menentukan tempoh masa untuk melakukan terapi
Proses Perancangan dan
Pelaksanaan Terapi Muzik
Menjalankan rawatan
• Mendengar pilihan muzik tertentu
• Memainkan alat muzik
• Menyanyi
• Perbincangan lirik muzik
• Mengarang dan menggubah lagu
• Membuat persembahan berkumpulan
• Menari atau melukis menggunakan muzik

Ahli terapi hendaklah merekod perkara yang berlaku dengan


terperinci sepanjang rawatan dijalankan.
Proses Perancangan dan
Pelaksanaan Terapi Muzik
Selepas sesi terapi muzik
• Sesi refleksi
• Membuat penambahbaikan

Anda mungkin juga menyukai