Anda di halaman 1dari 4

TAJUK BUKU : SOSIO-PSOKOLOGI SUKAN DAN KEGIATAN FIZIKAL.

PENULIS : MOHD SOFIAN OMAR FAUZEE.

TERBITAN : KARISMA PUBLICATIONS SDN. BHD.

TAHUN CETAKAN : 2003.

Buku ini mengaplikasikan teori dan pendekatan psikologi dalam menangani beberapa
masalah dalam sukan. Pendekatan yang digunakan adalah bagaimana seseorang jurulatih dan
atlit dapat mempergunakan dapatan daripada kajian-kajian yang lepas dalam usaha membantu
mempertingkatkan prestasi dalam sukan. Di samping itu, ia juga membantu pembaca memahami
bahawa sesetengah perkara yang difikirkan logik dilaksanakan dalam latihan sebenarnya tidak
sesuai digunakan. Oleh itu, gabungan dan cadangan yang diambil daripada kajian-kajian yang
lepas serta disesuaikan dengan keadaa negara Asia membantu pembaca menggunakannya dalama
konteks negara Asia. Dengan gabungan ini, pembaca dapat menyesuaikan dengan situasi semasa
mereka dalam latihan.

Di atas adalah ulasan penulis sendiri mengenai buku tulisannya. Buku yang ketebalan
154 halaman bercetak ini memfokuskan tentang latihan, kawalan emosi, hubungan antara
jurulatih dan atlit, penentuan matlamat dalam sukan dan kepimpinan jurulatih. Penulis adalah
seorang Pensyarah Psikologi Sukan di Universiti Putra Malaysia. Walaupun secara kasarnya
buku ini kelihatan seperti mensasarkan bacaan kepada jurulatih dan atlit negara, tidak bererti
golongan selain itu tidak dapat mengambil faedah dari buku ini. Contohnya seperti guru
pendidikan jasmani di sekolah, dan tidak kurang juga kepada kita anggota tentera. Sudah tentu

1
ilmu yang berkaitan dapat digunapakai dan praktikkan. Contohnya dalam sesuatu kursus atau
latihan, hubungan antara jurulatih dan penuntut serta kawalan motivasi dan keyakinan diri amat
penting untuk mendapatkan keputusan akhir kursus yang memuaskan. Tambahan pula kini
terdapat banyak sukan lasak yang disertai oleh Angkatan Tentera Malaysia seperti Triathlon,
Iron Man dan banyak lagi. Menjadikan buku ini sebagai satu sumber rujukan yang wajib dibaca
oleh setiap lapisan anggota terutamanya bagi mereka yang bergelar jurulatih.

Kandungan buku ini terbahagi kepada 10 bab utama. Berikut adalah senarai tajuk-tajuk
yang dimuatkan dalam buku ini. Bab 1 : Fungsi Latihan Imageri Semasa Pertandingan. Bab 2 :
Hubungan antara Tret Personaliti dengan Penglibatan dalam Sukan. Bab 3 : Orientasi Matlamat
dan Tanggapan Klimat Motivasional Pelajar-pelajar Sekolah Menengah dalam Pendidikan
Jasmani. Bab 4 : Mengawal Kebimbangan di kalangan Atlit. Bab 5 : Model Bencana : Dimensi
dan Teknik Pengawalan Kebimbangan dalam Hubungan Kebimbangan dan Pencapaian. Bab 6 :
Pnca Keagresifan dalam Sukan dan Cara Mengatasinya. Bab 7 : Penentuan Penyertaan Sukan
dan Aktiviti Fizikal di kalangan Atlit Lelaki dan Wanita. Bab 8 : Corak Penentuan Matlamat
Dapt Meningkatkan Prestasi Atlit. Bab 9 : Peranan Konsentrasi kepada Atlit. Bab 10 :
Leadership Style : A Major Factor in Gender Team Succes. Kesemua sepuluh bab ini
diterangkan oleh penulis sederhana ringkas dan padat. Selaian nota-nota kaki yang sangat
membantu, penulis juga turut memuatkan jadual-jadual serta peta minda yang mudah difahami.

Dalam penulisan penulis pada bab satu, penulis membangkitkan teori-teori dari tokoh-
tokoh terkemuka sukan seluruh dunia. Pada setiap teori, penulis turut mengemukan contoh
situasi atlit dalam pelbagai bidang sukan seperti menembak, gimnastik dan hoki. Begitu juga bab
dua dan tiga, dalam setiap teori yang dikemukan beliau, penulis tidak terlepas memaklumkan
siapakah pemilik teori tersebut dan pada tahun berapa ianya diwartakan. Tidak hanya teori yang
dibangkitkan oleh penulis, malah hasil-hasil kajian dari beberapa universiti terkemuka juga turut
di selitkan. Contohnya seperti hasil kajian Rotter, Chance dan Phares pada tahun 1997 dari
University of Whales. Kajian mereka adalah berkaitan bagaimana menangani masalah rasa
kecewa di kalangan para atlet terhadap kecederaan mereka. Corak penulisan dalam buku ini
mungkin akan menimbulkan kebosanan kepada kebanyakan pembaca. Namun begitu tidak
dinafikan bahawa buku ini sememang padat dengan ilmu pengurusan sukan.

Dalam bab tiga, penulis mengalih tumpuan pembaca ke arah para jurulatih. Jurulatih yang
bagus adalah jurulatih yang memastikan moral setiap anak didiknya berada di tahap optimum
pada sebilang masa. Penulis merungkai apa itu maksud motivasi di awal bab ini. Motivasi
berasal dari perkataan Latin iaitu movere, yang mana ia membawa maksud ‘untuk
menggerakkan’. Sumber diperolehi dari Anshel (1977). Arah motivasi merujuk kepada tujuan
dan keinginan aksi dalam aktiviti. Motivasi seseorang ahli sukan adalah sangat penting dalam
menentukan kejayaannya sama ada dalam acara sukan individu mahupun berpasukan. Sumber
daripada (Dhahlal, Guidone, Juric, Kapsimalis dan Palet (1999).

2
Seterusnya dalam bab mengawal kebimbangan di kalangan atlet, penulis menyatakan
beberapa cadangan kepada atlet dan jurulatih dalam mengawal kebimbangan sebelum dan
semasa pertandingan. Sumber maklumat tersebut diperolehi oleh penulis dari Weinberg dan
Gould (1995). Antara beberapa saranannya ialah sentiasa tersenyum, rasai keseronokan, sentiasa
berusaha memperbaiki kelemahan diri, berlatih membuat keputusan, mendengar muzik untuk
bertenang dan sentiasa berfikiran positif. Dari sedikit ulasan di perenggan ini, kita dapat menilai
bahawa buku ini tidak semata-mata menyarankan para ahli sukan melatih kekuatan fizikal
mereka, malah kekuatan emosi dan mental juga penting dalam melahirkan seorang atlit yang
cemerlang.

Kecederaan semasa menyertai acara sukan, sesi latihan atau di luar waktu bersukan
sememangnya sesuatu yang tidak boleh dijangka. Kebanyakan atlit akan hilang keyakinan
terhadap diri mereka sendiri selepas sembuh dari kecederaan tersebut. Mereka seolah-olah hilang
semangat untuk terus berjuang dalam sukan yang telah menjadi darah daging mereka selama ini.
Keadaan ini terjadi kerana mereka tidak yakin dengan prestasi dan kebolehan mereka sendiri.
Dalam bab Model Bencana, penulis ‘memujuk’ pembaca bagaimana masalah ini boleh diatasi.
Perkara seperti ini bukan hanya terjadi di kalangan ahli sukan negara kita, malah ahli sukan lain-
lain negara juga turut mengalami dilema yang sama. Tidak kira di negara maju atau pun negara
membangun. Di sini penulis mengupas bahawa pentingnya peranan jurulatih untuk membimbing
anak buah mereka. Teknik-teknik mengatasi kejatuhan moral dan semangat ini berbeza-beza
mengikut tahap kecederaan setiap ahli sukan. Selain jurulatih, jati diri dalam setiap atlet juga
penting agar bakat yang telah ada dalam diri mereka tidak dibazirkan. Jurulatih hanya sebagai
pembimbing, perubahan hanya boleh dilakukan oleh tuan punya badan. Sekiranya mereka tidak
kuat semangat dan sentiasa mengalah, pasti kerugian yang akan menunggu mereka di masa
hadapan.

Keagresifan dalam bersukan. Keagresifan didefinasikan sebagai tingkah laku yang


terhasil dan ia berkait ters dengan dengan matlamat untuk mencederakan individu atau benda
hidup yang lain. Sumber dari Baron dan Richardson (1994). Penulis menyatakan terdapat empat
kriteria yang perlu ada bagi melebelkan sesuatu tindakan itu adalah tingkah laku agresif ataupun
kekasaran. Antaranya adalah berlaku dalam bentuk fizikal atau lisan, melibatkan kecederaan
fizikal atau psikologi, dan melakukannya secara sengaja atau tidak. Contohnya, seorang atlet
badminton kalah dalam sesuatu perlawanan. Kemudian ia menghempaskan raketnya ke lantai
tanda tidak puas hati, perkara ini tidak akan dianggap agresif tetapi ianya sebagai sesuatu yang
tidak sopan dalam etika bersukan. Penulis juga turut memuatkan beberapa cadangan kepada
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan bagi mengatasi
masalah keagresifan dalam bersukan. Ini kerana banyak laporan yang tidak menyenangkan
melibatkan atlet negara tidak kira di peringkat kebangsaan dan dunia. Mungkin kebanyakan
mereka tidak sengaja, tetapi tidak ada salahnya jika pihak yang berwajib mempertimbangan
cadangan penulis.

3
Dalam bab yang terakhir, Leadership Style : A Major Factor in Gender Team Succes. Ini
adalah satu-satunya bab yang ditulis dalam bahasa inggeris sepenuhnya. Ianya diambil terus dari
penulisan Govindarajan A/L Daniel dan Mohd Sofian Omar Fauzee. Dalam bab ini penulis
menggambarkan bahawa kepimpinan ini adalah sesuatu yang mudah, jika kamu kenal orang-
orang yang kamu pimpin. Elakkan bersikap prejudis dan berat sebelah, sebagai pemimpin kamu
harus mendengar pendapat anak buah kamu. Jelas sekali bab ini menekankan penulisannya
kepada para jurulatih khususnya jurulatih bagi sukan berkumpulan. Maksud sukan berkumpulan
di sini adalah sukan berpasukan seperti bola sepak, ragbi, hoki, bola jarring dan lain sukan yang
seangkatan dengannya. Semoga buku kecil yang padat dengan maklumat ini dapat memberi
panduan kepada para atlet dan jurulatih. Tidak rugi meluangkan masa membaca buku yang
penuh dengan fakta ini walaupun diakui ianya memang sedikit membosankan. Mungkin penulis
boleh memperbaiki cara penyampaian ayat beliau untuk menjadikan buku ini lebih menarik.
Sekian sahaja ulasan saya.

Anda mungkin juga menyukai