Anda di halaman 1dari 2

SULIT

TAFSIRAN PEGANGAN DAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين‬

1.0 TUJUAN

Kertas Kerja ini dikemukakan untuk dibincangkan dan diputuskan oleh Ahli Majlis
Fatwa Negeri Sabah mengenai perkara di atas.

2.0 LATAR BELAKANG

i. Isu ini sering dikemukakan oleh masyarakat Islam di negeri Sabah bagi
mendapatkan penjelasan dan Fatwa mengenai ' Tafsiran Pegangan
Dan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.'

ii. Takrifan ini amat perlu bagi merungkai kekeliruan dan kesalahfahaman
masyarakat.

3.0 KEPUTUSAN MENGENAI TAFSIRAN PEGANGAN DAN AKIDAH AHLI


SUNNAH WAL JAMAAH

i. KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI SEMBILAN.

Ahli Sunnah wa al-Jama’ah merujuk kepada kelompok majoriti umat Islam


mereka yang berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar berdasarkan
al-Qur’an dan panduan Nabi Muhammad S.A.W., para sahabat dan para
ulama’ Islam muktabar serta berpegang dalam hal berkaitan dengan:

1
SULIT

1. Aqidah dan Tauhid, berdasarkan pegangan Imam Abu Hasan al-


Ash’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi

2. Fiqh dan Syari’ah, berdasarkan mazhab Syafi’i disamping meraikan


mazhab Hanafi, Maliki, dan Hanbali.

3. Tasawuf, berdasarkan manhaj ulama sufi berwibawa seperti Imam


Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali .

ii. WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR

“Adalah ditetapkan bahawa umat Islam di Negeri Johor hendaklah


mengikut undang-undang dan ajaran Islam yang berasaskan pegangan
Ahli Sunnah wal jama’ah dari segi aqidah berpandukan mazhab Al-
Asya’irah dan al-Maturidiyyah, Syariah berpandukan mazhab Syafi’e.
Walaubagaimanapun, tiga mazhab yang mu’tabarf iaitu Hanafi, Maliki dan
Hanbali boleh dirujuk dan digunakan dalam menyelesaikan masalah-
masalah tertentu dan dari segi akhlak hendaklah berpegang dengan
akhlak Islamiyyah.” – Warta Kerajaan Negeri Johor

4.0 SYOR

Berdasarkan penjelasan dan hujah yang telah dikemukakan, ahli -ahli


Muzakarah Fatwa Negeri Sabah dipohon untuk memberikan pandangan
dan keputusan mengenainya. ( dikemukakan bersama ini kertas kerja yang
dibahaskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan )

Majlis Fatwa Negeri Sabah


Pejabat Mufti Negeri Sabah

Anda mungkin juga menyukai