Anda di halaman 1dari 2

IMPLIKASI KAJIAN

1.APAKAH IMPLIKASI KAJIAN INI KEPADA TEORI?


Berdasarkan penelitian yang mendalam, didapati kajian lepas menghuraikan impak
pergaulan bebas yang berlaku dalam kalangan remaja masa kini didorong oleh beberapa
faktor yang tersendiri dan peranan masyarakat sekeliling yang perlu Bersatu mengawal
gejala ini dari berleluasa. Mohd Razimi Bin Husin (2019) menyatakan, pergaulan bebas
dilihat sebagai satu perlakuan manusia yang terkeluar dari batas-batas normal dan diterima
umum, baik dari aspek agama, sosial serta budaya kehidupan masyarakat. Pada peringkat
umur remaja amat mudah terpengaruh dengan alam persekitaran dan suasana. Kehidupan
yang berwajah glamor sering menjadi inspirasi remaja. Oleh itu, mereka cenderung untuk
mencuba melakukan sesuatu yang baru dan mudah untuk terpengaruh dengan hiburan dan
keseronokan atas dorongan oleh nafsu. Sebagai contoh, semasa tempoh-tempoh inilah para
remaja mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada
alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa. Siti Nadhirah (2018),
menyatakan umat Islam yang hidup dalam zaman yang sentiasa mengalami perubahan ini
perlu kembali menghayati Islam sebagai ad-deen atau satu cara hidup dan hendaklah
sentiasa berada di jalanNya yang Mustaqim dan beriltizam dengan perintahNya supaya
kehidupan mereka di dunia ini diredhai Allah dan di akhirat nanti termasuk dalam golongan
yang selamat dan Bahagia.

2. APAKAH IMPLIKASI KAJIAN KEPADA KAEDAH PENYELIDIKAN?


Dari segi sumbangan penyelidikan, kajian ini telah mengetengahkan beberapa faktor
berlakunya masalah pergaulan bebas di kalangan remaja. Pertama sekali, kajian ini telah
mengiktiraf sumbangan terhadap strategi penyelidikan artikel mengenai pergaulan bebas di
platform media sosial bagi menjawab persoalan kajian. Kaedah ini menggunakan kaedah
pembandingan isi dalam 4 buah artikel yang dijadikan sebagai bahan rujukan. Kelebihan
kaedah penyelidikan artikel ini ialah berupaya untuk membantu pengumpulan data secara
lebih tepat, mengenalpasti punca,kesan dan peranan masyarakat terhadap isu ini, dan juga
lebih relevan untuk keperluan kajian. n. Oleh yang demikian, dengan pemilihan kaedah
rujukan ini, terhasilnya dapatan kajian yang tepat dan relevan dan dapat mengelakkan dari
terwujudnya maklumat palsu.

3. APAKAH IMPLIKASI KAJIAN KEPADA UNIVERSITI?


Kebanyakkan kajian banyak menghuraikan tentang punca,kesan dan langkah mengatasi
pergaulan bebas. Sebagai contoh, mahasiswa-mahasiswa dapat menemukan persamaan dan
perbezaan di antara artikel yang dijadikan sebagai bahan rujukan setelah melakukan
penelitian dan bandingan secara teliti. Hampir keseluruhan bahan rujukan menggunakan isi
yang sama hanya saja cara ulasan mereka terhadap setiap artikel adalah berbeza. Oleh yang
demikian, faktor ini mengakibatkan para mahasiswa dapat memahami dengan lebih
mendalam mengenai masalah yang diperbincangkan dan dapat melakukan analisa sesuai
kepahaman yang difahami.

Anda mungkin juga menyukai