Anda di halaman 1dari 3

15 Tip Diet Sihat Untuk

Kurus & Elak Berat Badan


Mudah Naik!
By
 Roselinda
 -
July 24, 2019

Bukan mudah untuk kuruskan badan jika kita tidak berusaha mengawal pemakanan dan
melakukan senaman secara rutin. Jangan semata-mata mengharapkan ubat kurus kerana ia boleh
merbahayakan tubuh badan.

Untuk memastikan berat badan anda maintain kurus dan tak naik, sebaiknya anda amalkan
panduan sihat dan selamat.

Dr Hamid Arshat berkongsi 15 panduan kuruskan badan cara sihat dan selamat yang boleh anda
jadikan panduan. Semoga perkongsian beliau ini dapat membantu anda mencapai berat ideal yang
anda inginkan.

Selamat mencuba.

BACA: 5 Cara Diet Sihat Makan Minyak Zaitun Agar Berat Badan Cepat Turun

PANDUAN KURUSKAN BADAN 


Pengalaman saya merawat pesakit2 yang gemuk/ obesity memang agak menghampakan kerana
hampir 90% gagal menurunkan berat badan. Jika mereka turun sedikit berat akan naik baik ke
tahap asal atau melebihinya.

Saya beri ubat adipex (duramin dll) yang berkesan mengawal selera dan pil tersebut perlu
dimakan waktu sarapan pagi. Penting dan perlu diingat ubat2 seperti adipex hanya boleh
diamalkan selama 3 bulan sahaja dan jangan terlalu bergantung kepadanya. Lebih penting lagi
ialah mengubah cara gaya hidup khususnya tabiat makan.

Saya nasihatkan mereka tentang kawalan makanan khususnya yang mengandungi gula dan
karbohidrat saperti nasi, roti, mee, kuih2, donut, biskut dan makanan junk. Saya juga tekankan
tentang exercise, berjalan kaki, atau berkebun, atau basuh kereta atau bersih rumah selama 30
minit setiap hari.

Cuba amalkan panduan2 ini.


1. Habiskan makan selama 20 minit. Kunyah perlahan2 sampai makanan jadi lumat sebelum
ditelan. Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.2. Lebihkan tidur satu jam
dari biasa. Kurang tidur boleh menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan2
sampingan menyumbang kepada kenaikan berat badan.

3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah2. Masak sayur
sekejap, suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah2 mengandungi banyak fiber,
vitamin dan antioksidan serta kurang kalori yang menggemukkan.

4. Mulakan makan dengan buah2 diikuti soup sayur dan mushroom. Ia boleh mengenyangkan
tanpa menggemukkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.

5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepung gandum. Makan ‘whole grain’ wheat. oat,
barley dan brown rice.

6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.

7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam
kotak kerana terlalu banyak mengandungi gula dan manisan.

8. Minum teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.

9. Makan di rumah dengan masakan sendiri sekurang2nya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah
masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan
belanja.

10. Amalkan ‘berhenti rehat seketika waktu tengah makan’. Masa itu ia akan berasa kenyang.

11. Amalkan kunyah ‘chewing gum’ ketika menonton TV atau ketika melayari internet, ia
bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemuk kadangkala makan sedikit di
hadapan orang lain tetapi di belakang, atau senyap2 ia ulang makan.

12. Gunakan pinggan kecil (10′) menggantikan pinggan besar (12′) untuk mengurangkan muatan
makanan yang diambil.

13. Bila makan di restoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak2, bungkus tapau
separuh hidangan sebelum mula makan.

14. Bila rasa lapar dan menggeletar atau ‘craving’, makan segenggam campuran kacang almond,
gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemuk sering ketagih atau ‘craving’ makanan
yang manis. Makan buah2 atau kacang2 waktu ketagih jauhkan segala makanan manis dan
karbohidrat.
15. Berjalan 30 minit sejauh 2-3 km, atau cabut rumput rumpai di halaman rumah, bersihkan
kereta atau dalam rumah.

Anda mungkin juga menyukai