Anda di halaman 1dari 7

5520 Disember 2021 (Isnin)

NUTRISI MAKANAN YANG DIPERLUKAN

Setiap hari tubuh kita memerlukan pelbagai nutrisi makanan yang lengkap serta

seimbang bagi mengelakkan tubuh diserang penyakit. Namun, setiap makanan yang

kita ambil setiap hari akan memberi kesan kepada tubuh badan sekiranya kita

kurang atau terlebih makan sesuatu makanan. Nutrisi dapat dikatakan sebagai ilmu

tentang makanan. Anda akan dapat mengetahu tentang zat serta gizi yang

terkandung dalam sesuatu makanan.

Demi menjaga kesihatan diri, sebaiknya kita mengambil sesuatu makanan itu secara

berlebihan kerana jika ia diambil secara berterusan tanpa kawalan, pelbagai penyakit

akan timbul dan menyerang kehidupan anda. Oleh itu, mari kita lihat kepentingan

makanan yang diambil setiap hari.

#1. Karbohidrat

Karbohidrat merupakan sumber tenaga yang utama bagi tubuh seseorang. Gula

yang terdapat di dalam tubuh akan ditukar menjadi glukosa untuk menjadi sumber

tenaga.

Pengambilan karbohidrat mengikut saiz yang betul tidak akan memudaratkan tubuh.

Namun, sekiranya ia diambil secara berlebihan serta tanpa kawalan, karbohidrat

yang memasuki tubuh akan disimpan dan membentuk lemak.

Bagi mengelakkan tubuh menyimpan gula serta pati kompleks yang banyak,

sebaiknya setiap individu mengubah pola pemakanan. Ia sangat baik bagi tubuh

kerana tidak perlu menyimpan lemak di dalam badan.


Oleh itu, sebaiknya anda menukar hidangan nasi putih, kuih serta roti putih kepada

oatmeal, sorghum, quinoa, beet, soya serta kekacang yang berserat tinggi dan

sumber vitamin dan mineral. Sumber makanan ini mengandungi serat yang tinggi

membolehkan anda merasa kenyang dengan lebih lama.

Sebaik – baiknya setiap hidangan harian hanya mengandungi sebanyak 40 peratus

kalori dari sumber karbohidrat.

Jenis Karbohidrat

Terdapat sebanyak 3 jenis karbohidrat berdasarkan susunan kimia. Ia terdiri

daripada monosakarida, disakarida, dan polisakarida.

i. Monosakarida

Monosakarida merupakan jenis karbohidrat yang paling sederhana serta molekul

paling kecil. Ia dapat diserap terus oleh pembuluh darah kerana molekulnya paling

kecil. Karbohidrat jenis ini adalah glukosa dektrosa yang banyak terdapat pada

buah-buahan dan sayuran, fruktosa banyak terdapat pada buah, sayuran, madu,

dan glukosa yang berasal dari pecahan disakarida.

ii. Disakarida

Disakarida merupakan karbohidrat daripada sukrosa, maltosa, dan laktosa. Sukrosa

dan maltosa banyak pada sayuran manakala laktosa pula merupakan jenis gula yang

terdapat dalam susu samada susu ibu atau susu haiwan.

iii. Polisakarida

Polisakarida pula merupakan gabungan dari beberapa molekul monosakarida. Jenis

polisakarida adalah zat pati, glikogen dan selulosa.


#2. Protein

Pengambilan sumber protein pada setiap hari adalah sangat bagus untuk

pertumbuhan serta pembaikan sel – sel dalam badan. Protein yang terdapat dalam

tubuh badan akan ditukarkan kepada asid amino yang kemudiannya diserap oleh sel

– sel bagi membolehkan pertumbuhan serta kebolehan metabolisme seseorang.

Setiap hari tubuh kita memerlukan sebanyak 0.8 gram sumber protein dari setiap

1kg berat tubuh badan. Bagi seorang wanita, ia memerlukan sebanyak 36gram

protein manakala lelaki pula memerlukan sebanyak 44 gram setiap hari.

Saiz protein antara 36 hingga 44 gram adalah bersama 1 hingga 2 keping dada

ayam. Protein yang diambil secara berlebih boleh menyebabkan beberapa situasi

yang kurang baik seperti sakit urat, peningkatan kolesterol, kegagalan buah

pinggang serta risiko kanser.

Bagi mengelakkan protein yang berlebihan, sebaiknya 1 porsi hidangan berasaskan

protein diambil yang terdiri dari ayam dan ikan. Ia juga boleh digantikan dengan

sumber protein yang lain seperti kekacang, tempe, biji – bijian serta sayur hijau.

#3. Lemak

Lemak juga merupakan sumber tenaga yang membantu penyerapan Vitamin A, D, E,

dan K dan pembentukan hormon di dalam tubuh. Sumber lemak terbaik adalah

avokado, kekacang-sayur hijau serta buah-buahan.

Pengambilan sumber lemak secara berlebihan akan menyebabkan beberapa

keburukan seperti obesiti, sembelit, kolesterol tinggi, risiko kanser serta kerosakan

dinding arteri serta otak.


Secara umumnya setiap orang dewasa hanya perlu mengambil sebanyak 30 peratus

lemak, 30 peratus protein serta 40 peratus karbohidrat. Sebaiknya lemak yang

diambil mengandungi omega-3 serta minyak zaitun.

#4. Vitamin

Vitamin adalah sangat penting untuk merawat sel – sel tubuh serta metabolisme

badan. Setiap sel dalam tubuh memerlukan vitamin yang banyak dan kebanyakan

manusia kurang mengambil vitamin untuk tubuh.

Vitamin C serta B kompleks sebaiknya diambil setiap hari kerana ianya tidak

disimpan di dalam tubuh dan dikeluarkan melalui urin. Kekurangan vitamin di dalam

badan menyebabkan penyakit mata, hipertensi, anemia, penyakit ginjal, eczema,

kanser, batuk, osteoporosis serta menstruasi.

Sumber vitamin boleh diperolehi daripada sayur  – sayuran serta buah – buahan

seperti epal, tomato, bayam, sunflower seed, avokado, buat bit, lemon serta

kekacang.

#5. Mineral

Mineral adalah sangat penting untuk pertumbuhan dan proses metabolisme dalam

sel badan. Setiap hari badan kita memerlukan sumber mineral bermula dari rambut,

kulit, tulang hingga sel darah. Mineral juga dapat meningkatkan fungsi saraf serta

dapat membantu menukar makanan menjadi tenaga.


Kekurangan sumber mineral menyebabkan beberapa keburukan seperti proses

metabolisme tubuh terganggu, masalah kesihatan seperti osteoporosis, anemia,

mudah lelah, kulit kering, rambut kering hingga masalah keseimbangan hormon.

Terdapat dua jenis sumber mineral iaitu mineral major dan minor. Mineral major

merupakan kalsium, kalium, sulfur, fosforus serta magnesium. Setiap hari badan kita

memerlukan sebanyak 100 gram atau lebih sumber mineral.

Mineral minor pula merupakan sumber mineral yang diperlukan dalam jumlah yang

kecl sahaja. Ia terdiri daripada zink, besi, mangan, tembaga, boron, silikon,

molibdenum, vanadium, kromium, selenium, dan iodin.

Mineral juga banyak terdapat daripada sumber tanaman yang tumbuh dalam tanah

seperti halia, kunyit, lobak merah, buah bit, kekacang, serta sayuran berwarna hijau

gelap seperti kale.

#6. Serat Tumbuhan

Serat tumbuhan atau mserat akanan (dietary fiber) merupakan bahagian makanan

yang tidak dipecah oleh tubuh dan membantu untuk menjaga fungsi sistem

pencernaan lebih baik.

Ia berguna untuk membantu penyerapan nutrisi di usus, menjaga aktiviti usus

secara tetap dan optimal, imunisasi dan keseimbangan bakteria usus.

Setiap tubuh badan perlu mengambil sayur – sayuran hijau seperti bayam, kale,

parsly, saderi serta sayuran hijau lain. Antara sumber karbohidrat dan protein yang

kaya dengan serat adalah seperti gandum, sorghum serta edamame.


#7. Air

Setiap tubuh manusia mengandungi sebanyak 65% air. Kandungan air di dalam

tubuh akan berkurangan kerana berlakunya proses pencernaan, pernafasan, peluh

serta air kencing

Adalah sangat penting untuk kita mengekalkan komposisi air di dalam badan dengan

minuman air mineral atau air putih secukupnya. Selain itu, sumber air boleh diperohi

daripada buah – buahan seperti timun, tembikai, limau, serta sayur – sayuran yang

mengandungi kandunan air yang tinggi.

Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan gangguan serta kerosakan pada

sel  dan organ badan seperti otak, mata, darah, dan saluran pencernaan. Tanda –

tanda tubuh kekurangan air adalah daya konsentrasi seseorang terganggu, moody,

mata kering, darah menjadi pekat, tekanan darah rendag, warna urin kuning pekat,

penyakit batu karang serta sakit ketika membuang air kecil.

Setiap orang dianjurkan untuk minum sebanyak 8 gelas sehari (2-3 liter). Namun, air

juga tidak boleh diambil secara berlebihan. Warna urin yang pekat menunjukkan

badan kekurangan air dan pengambilan air minuman adalah sangat diperlukan.

Kesimpulan

Setiap makanan yang kita ambil setiap hari mengandungi pelbagai nutrisi. Ia sangat

diperlukan oleh tubuh badan bagi menjalankan fungsi organ dalam badan. Nutrisi

seharusnya diperolehi daripada makanan kerana tubuh manusia tidak menghasilkan

nutrisi dalam badan.


Makanan yang berkualiti adalah makanan yang mengandungi kandungan nutrisi

yang tinggi. Ia sangat baik untuk tubuh badan seseorang. Pengambilan kombinasi

karbohidrat, protein, vitamin, mineral, air, lemak dan sebagainya perlu diambil

secara berpatutan dan tidak berlebihan. Ia perlu diambil mengikut keperluan badan

bagi mengelakkan sebarang keburukan jika diambil berlebihan.

x
x

Anda mungkin juga menyukai