Anda di halaman 1dari 10

KOD SUBJEK : ( SHCI 2222 ) ULUM HADITH

ULASAN BUKU

TAJUK : ILMU HADITH PRAKTIS

(DR MAHMUD THAHAN)

DISEDIAKAN UNTUK :

DR NIK MOHD ZAIM BIN ABDUL RAHMAN

DISEDIAKAN OLEH :

BIL NAMA NO. MATRIKS


1. SYED AMIRUL DANIAL BIN SYED SX220467HPIHS04
MOHD MUHAIMIN
2. MUHAMMAD IZZAT HAZIQ BIN SX220485HPIHS04
SHAHARUDIN

3 MUHAMMAD AMIRUL HAKIM BIN SX221639HPIHF15


MOHAMAD SAHIR

4. NABIHAH BINTI HASBOLLAH SX220460HPIHS04

5. NUR FARAH AZIRA BINTI M.RAZIP SX220484HPIHS04


6. NURUL HUDA BINTI GHAZALI SX220493HPIHS04

ISI KANDUNGAN

1
1.0 Pendahuluan

2.0 Ulasan
2.1 Khabar yang Maqbul (Dapat diterima)
2.1.1 Hadith Hasan
2.2 Khabar yang Mardud (Tertolak)
2.2.1 Hadits Mursal
2.3 Khabar yang bercampur,Antara yang diterima dan ditolak
2.3.1 Hadits Qudsi

3.0 Penutup

2
1.0 Pendahuluan

Tajuk buku :Ilmu Hadits Praktis

Penulis : Dr Mahmud Thahan

Judul Asli : Tafsir Musthalah Al-Hadits

Penerbit : Haramain

Penulis merupakan tenaga pengajar ilmu musthalah hadits di Fakulti Syariah ,

Universitas Islam Madinah Al Munawwarah.Kitab rujukan beliau adalah Ulum

Al-Haditsnya Ibnu Shalah diganti dengan ringkas dengan nama kitab at-

Taqribnya Imam Nawawi. Sebab-sebab beliau menulis buku ini kerana beliau

mendapati bahawa mahasiswa beliau mengalami kesulitan dalam mempelajari

kedua-dua kitab tersebut hal ini kerana ketinggian bahasa dan isinya yang sarat

dengan syair.Sebab lainnya juga beliau mendapati panjang lebarnya perbahasan

terutama kitab Ibn Shalah atau terlalu ringkas penjelasan di sebahagian topik

terutamanya kitab An-Nawawi.Ada juga kesulitan berbentuk ungkapan (ta’bir)

atau tidak ada perbahasan yang lengkap.Selain itu, tidak adanya definisi ,contoh

dan tidak disebutkan faedah dari suatu topik perbahasan atau tidak ditemukan

kitab-kitab mushannif yang terkenal dan yang sejenisnya.Penulis juga

menjumpai selain dari dua kitab tersebut ada kesulitan yang sama pada kitab-

kitab klasik lainnya.Malah ada sebahagian kitab-kitab itu pembahasannya tidak

3
komprehensif mencakupi ilmu hadits dan sebahagiannya tidak tersusun rapi

serta tidak sistematik.

Dengan permasalahan berikut penulis mengeluarkan sebuah kitab yang mudah

untuk difahami oleh mahasiswa fakultas syariah di bidang musthalah hadits dan

ilmu-ilmu yang berkaitan. Beliau menyusun setiap topik dengan sistematik tidak

berbelit lagi samar-samar.Semua itu dipaparkan secara mudah . Kitab ini ditulis

sebagai kunci sekaligus mengingatkan tentang ilmu hadits, juga sebagai

pengantar yang mudah untuk memahami apa yang terkandung di dalam ilmu

hadits . Penulis menyusun kitab ini dan membahaginya dengan pendahuluan

dan empat buah bahagian .Bahagian pertama tentant Khabar.bahagian kedua

mengenai al-Jarhu wa at-Ta’dil. Bahagian ketiga menyinggung periwayatan dan

pilar-pilarnya. Dan bahagian keempat tentang isnad dan mengenal para perawi.

4
2.1 KHABAR YANG MAQBUL

Khabar Yang Maqbul adalah hadith yang diterima terbagi menjadi dua bahagian

penting iaitu hadis sahih dan hadis hasan.Dan dua hadis ini juga terdiri dari dua

bahagian iaitu li dzatihi dan li ghairihi.Dengan ini khabar maqbul ini terbahagi kepada

1) Sahih li dzatihi

2) Hasan li dzatihi

3) Sahih li ghairihi

4) Hasan li ghairihi

Secara kesimpulannya,Khabar maqbul ini adalah hadis yang diterima dan dikuatkan

dengan kebenaran pembawa beritanya.Hukumnya wajib mempercayai dan

mengamalkannya.

Hadis hasan Menurut Bahasa ialah merupakan sifat musyabbahah dari perkataan al-
husn, yang bermaksud al-jamal (sempurna).Menurut istilah pula para ulama memiliki
definisi yang berbeza mengenai hadis hasan, kerana melihat bahawa hadis hasan
itu berada di tengah-tengah antara hadis sahih dan hadis daif, ditambah lagi
sebahagian dari ulama-ulama itu mendefinisikannya dengan mengatakan salah satu
dari dua kategori tersebut.

Definisi menurut At-Tirmidzi pula setiap hadis yang diriwayatkan didalam sanadnya
tiada perawi yang dituduh berdusta,hadisnya tidak syadz,diriwayatkan pula hadisnya
melalui cara lain.maka itu dikira hadis hasan.

Hadis hasan menurut ibnu hajar seakan hadis sahih,hanya kerana kedhabitan
perawinya lebih rendah.
5
Hukum hadis hasan adalah boleh digunakan sebagai hujah sepertimana hadis sahih

Walaupun dari segi kekuatan kedua dua hadis ini berbeza.seluruh fuqaha

menjadikan hadis hasan sebagai hujah dan mengamalkannya. Begitu pula

sebahagian ulama dan pakar hadis juga menjadikan hujah dan mengamalkannya

kecuali mereka yang mempunyai sikap yang keras.

Tingkatan hadis hasan,Adz,dzahabi telah memberikan hadis hasan kepada dua

tingkatan iaitu yang pertama,tingkatan yang paling tinggi,Bahzu bin Hakim dari

bapaknya dari ayahnya.Ibnu Ishak dari At-Taimi.Contoh-contoh seperti ini ada yang

mengatakan sahih Cuma darjat kesahihannya sahaja paling rendah.

Tingkatannya yang kedua,sanad-sanad yang diperselisihkan kehasanan hadis

tersebut dan kedaifan seperti hadis harith bin Abdullah,Hajjaj bin Arthah.

6
2.2 Khabar yang Mardud (Tertolak)
Hadith yang tidak kuat kebenaran pembawa beritanya. Ini terjadi kerana
hilangnya satu atau lebih syarat - syarat diterima hadith. Para ulama membahagi
khabar mardud dengan banyak jenis nama tersendiri namun semua jenis tersebut
menjadi satu nama umum iaitu dla’if. Penyebab tertolaknya suatu hadith ada
dua sebab iaitu sanadnya gugur dan perawinya cacat.
Hadith yang dibincangkan adalah hadith mursal bererti melepaskan iaitu
melepaskan ikatan sanad dan tidak terikat dengan rawi yang sudah dikenal.
Hadith yang gugur pada akhir sanad setelah tabi’in. Terdapat Hadith mursal
menurut fuqaha dan ulama usul serta mursal sahabat.

Perbezaan hadith mursal fuqaha dan ulama usul dengan mursal sahabat
Hadith mursal menurut fuqaha dan ulama usul lebih umum kerana setiap hadith
yang terputus sanadnya merupakan hadith mursal mengikut pendapat al-Khathib
dan hukumya adalah dla’if dan mardud. Manakala mursal sahabat iaitu
perkataan atau perbuatan Rasulullah saw yang diberitakan sahabat sedangkan
tidak mendengar atau menyaksikan dan hukum hadith mursal sahabat
merupakan hadith shahih masyhur yang ditetapkan oleh jumhur ulama’.

7
2.3 Khabar yang bercampur antara yang diterima dan ditolak
Pembahagian khabar ini berdasarkan aspek orang yang disandarinya. Dilihat
dari sisi orang yang disandarinya khabar terbahagi menjadi 4 bahagian iaitu
Hadits Qudsi,Hadits Marfu’, Hadits Mauquf dan Hadits Maqthu’.
Hadits yang akan dibincangkan adalah Hadits Qudsi. Menurut bahasa al-
Qudsiyu dinisbahkan pada kata al-Quds , yang bererti suci , sebagaimana yang
ada dalam kamus.Iaitu hadis yang dinisbahkan kepada Zat Yang Suci, Allah
SWT.Menurut istilah hadits yang disampaikan kepada kita dari Nabi SAW
dengan sanad dari beliau sendiri kepada Rabb Azza wa Jalla.

Perbezaan diantara Hadis Qudsi dengan Al-Quran.

Perbezaan diantara keduanya sangat banyak, tetapi yang paling menonjol adalah
a.Al-Quran itu baik lafaz mahupun maknanya berasal dari Allah SWT .
Sedangkan hadis qudsi maknanya berasal dari Allah SWT, akan tetapi lafaznya
berasal dari Nabi SAW.
b.Membaca al-Quran itu ibadah , sedangkan membaca hadis qudsi bukan
termasuk ibadah.
c.Al-Quran itu disyaratkan sumbernya harus bersifat mutawatir,sedangkan hadis
qudsi tidak disyaratkan sumbernya harus mutawatir.

Jumlah Hadis Qudsi


Dibandingkan dengan jumlah hadis-hadis Nabi, jumlah hadis qudsi itu tidak
banyak.Jumlah hadis Qudsi lebih dari 200 buah.

8
Contoh Hadis Qudsi
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahihnya dari Anu
Dzar RA dari Nabi SAW yang meriwayat dari Allah SWT bahawa Dia
berfirman :

Bentuk Periwayatannya
Rawi yang meriwayatkan hadis Qudsi boleh mengambil salah satu dari dua
bentuk (redaksional) iaitu:
a.Rasulullah SAW bersabda dalam Hadis yang diriwayatkan dari Rabb-nya.
b.Firman Allah SWT dalam hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW.

Kitab Yang Popular


Al-Ittihafat as-Saniyah bi al-Ahaditsi al-Qudsiyah,karya Abdur Rauf al-Munawi
;di dalamnya terkumpul 272 hadis.

9
Penutup
Buku ini memberi panduan kepada kami tentang ilmu praktis hadis . Terutama
sekali dalam membezakan sesuatu hadis melalui khabar. Kajian kami terhadap
buku ini sangat efektif. Buku ini menceritakan perihal hadis yang padat dan
lengkap serta mudah difahami . Buku ini membantu kami memahami perbezaan
diantara hadis-hadis yang diterima dan ditolak.
Malah buku ini juga memberitahu perihal yang tidak diberitahu dalam
buku lain iaitu tentang Tatacara Memelihara Riwayat Hadis dan Jalan untuk
mengemban riwayat hadis .Seterusnya buku ini juga membuat kami memahami
adab muhaddis dan adab sebagai penuntut hadis.Buku ini sesuai untuk pelajar
yang mengambil subjek Ulum Hadis untuk mentelaahnya kerana ia sangat
terperinci tetapi agak sukar untuk difahami kerana penggunaan bahasanya
adalah bahasa Indonesia. Mungkin pelajar boleh mencari maksud kepada
perkataan yang tidak difahami melalui Kamus Indonesia-Bahasa Melayu atau
menggunakan kaedah google translate . Bahasa Indonesia juga tidak terlalu jauh
dari Bahasa Melayu .
Buku ini menarik minat kami seluruh ahli kumpulan untuk mempelajari
ilmu hadis dengan lebih mendalam dan ingin menambahkan lagi bahan bacaan
kami tentang ilmu hadis . Terima kasih diucapkan kepada Dr Nik Mohd Zaim
Ab Rahim yang memberi kami peluang dan ruang untuk mebedah buku Ilmu
Praktis Hadis oleh Dr Mahmud Thahan ini.Semoga ilmu ini memberi manfaat
untuk dunia dan akhirat kami.

10

Anda mungkin juga menyukai