Anda di halaman 1dari 2

PENULISAN JURNAL MINGGUAN INTERNSHIP

Nama Pelajar Zaimah binti Mohamad Hanifah

No. Kad Pengenalan 000404-13-0128

Program Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Pengkhususan/ Bahasa Melayu (SK)


Opsyen

Minggu Internship 1

Tarikh 4 Mei 2023

Tajuk

Kategori

Pensyarah Penyelia Puan Nur Aqeela Alia binti Ahmad

Guru Pembimbing Encik A. Zulaini Atoh

1.0 ISU YANG DIFOKUSKAN:


Isu yang difokuskan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah masalah pencapaian internet
yang kurang memuaskan akibat daripada gangguan cuaca. Kemudian, murid kurang
dipraktikkan dengan pembelajaran abad ke-21 semasa pdp.

2.0 ANALISIS YANG DIFOKUSKAN:


Masalah ini disokong oleh guru pembimbing saya bahawa keadaa cuaca pada hari
pengajaran dan pembelajaran melalui Google meet bahawa cuaca pada ketika itu hujan
lebat dan kemungkinan besar akan mengganggu pencapaian internet murid. Walau
bagaimanapun, murid-murid masih dapat faham isi pembelajaran pada hari tersebut dan
melaksanakan aktiviti dengan sangat bagus. Kemudian, semasa mengajar murid
menggunakan peta i-Thinks iaitu peta buih, murid kurang pengetahuan dari segi bacaan
peta buih pada permulaan. Seterusnya, terdapat dua orang murid mengalami masalah dari
segi penulisan isi dalam peta buih. Mereka menulis lebih daripada tiga isi dalam peta buih,
begitu juga dengan buih yang lain. Walau bagaimanapun, teguran telah diberikan kepada
murid-murid tersebut agar mereka faham cara penggunaan peta i-Think dengan baik.

3.0 KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN TAU


KAJIAN LEPAS):
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, pembelajaran abad 21 merupakan suatu
bentuk transformasi dalam sistem Pendidikan negara yang menuntut perubahan,
terutamanya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan pdp abad 21 ini
bermatlamat untuk menganjak paradigma kehidupan masyarakat dan seterusnya
menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan Pendidikan di rantau Asia dan juga
peringkat antarabangsa (Madinah Mohamad, 2014). Oleh itu, penerapan pembelajaran abad
21 perlu diaplikasikan semasa Pdp.

4.0 CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH:


Tindakan yang saya laksanakan ialah:
1) Berbincang dengan guru pembimbing
2) Mendalami ilmu pengajaran menggunakan pembelajaran abad 21.
3) Mengaplikasikan teknik permainan Bahasa mengikut pembelajaran abad 21.

5.0 TEMPOH MASA PENYELESAIAN:


3 hari

6.0 TINDAKAN SUSUSLAN:


Saya melaksanakan aktiviti menyatakan maklumat dalam bentuk grafik seperti peta alir, peta
buih dan sebagainya. Kaedah ini juga memudahkan murid untuk lebih faham selain
menggunakan gambar. Hal ini demikian kerana murid kurang mengingat sekiranya dalam
bentuk petikan. Kemudian, masalah pencapaian internet ini akan diatasi dengan
memberikan rakaman pengajaran atau meminta murid membaca arahan dan isi
pembelajaran menggunakan flip buku secara atas talian. Perkara ini dapat menarik minat
murid untuk membaca selain perlu mendengar guru memberikan penjelasan selama 1 jam.
Oleh itu, pembelajaran konstruktivisme akan dilaksanakan secara langsung.

RUJUKAN:

Anda mungkin juga menyukai