Anda di halaman 1dari 6

DEC2083 – CURRICULUM PLANNING AND DEVELOPMENT IN EARLY

CHILDHOOD EDU.

TAJUK 2: PROSES PEMBENTUKAN KURIKULUM

1.0 PENGERTIAN dan KONSEP KURIKULUM.

Terdapat banyak pandangan berkenaan dengan pengertian kurikulum, perancangan


program dan perkembangan.

Kurikulum merupakan rancangan pengajaran dan pembelajaran yang disusun bagi


mencapai matlamat pendidikan, Dr Norhashimah Hashim dan Yayah Che lah (2003)
.
Pelan tindakan atau dokumen bertulis yang mengandungi strategi dan memandu
guru mengajar untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan, Mohd Daud (1995)

Asas untuk mengajar dan memberi maksud ke arah pendidikan, Feldman (1991)
Kurikulum dibahagi kepada dua iaitu secara langsong (pembelajaran disegi jasmani,
emosi, rohani, intelek, merancang aktiviti dan penilaian) dan pembelajaran secara
tidak langsong ( tingkahlaku, tindakan guru dan pengaruh persekitaran ), Catron dan
Allen ( 1999 ).

Konsep kurikulum menumpuh semua jenis pembelajaran yang dirancang dan


dilaksanakan oleh sekolah secara berkumpulan atau secara individu dalam atau luar
sekolah.
Kurikulum hendaklah mengandungi subjek yang diajar, objektif, aktiviti yang
memberi pengalaman pelajar, isi kandungan, kaedah, bahan dan cara menilai.

Kurikulum sebagai pengelaman belajar. Perumusan/pengertian kurikulum lainnya


yang agak berbeda dengan pengertian-pengertian sebelumnya lebih menekankan
bahwa kurikulum merupakan serangkaian pengalaman belajar. Salah satu
pendukung dari pengalaman ini menyatakan sebagai berikut:

“Curriculum is interpreted to mean all of the organized courses, activities, and


experiences which pupils have under direction of the school, whether in the
classroom or not (Romine, 1945,h. 14).”

Pengertian itu menunjukan, bahwa kegiatan-kegiatan kurikulum tidak terbatas dalam


ruang kelas saja, melainkan mencakup juga kegiatan-kegiatan diluar kelas. Tidak
ada pemisahan yang tegas antara intra dan ekstra kurikulum. Semua kegiatan yang
memberikan pengalaman belajar/pendidikan bagi siswa pada hakikatnya adalah
kurikulum.

1.1. Proses Pembentukan Kurikulum.

Dalam proses pembentukan kurikulum hendaklah memberi pertimbangan


lima komponen utama iaitu:
i. Falsafah
ii. Matlamat dan objektif.
iii. Isi kandungan.

1
iv. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
v. Penilaian.

i. Berdasarkan Falsah Pendidikan dan Rukun Negara.

Apakah falsafah Pendidikan Prasekolah yang menjadi dasar kepada


kurukulum prasekolah. Dalam falsafah dapat menggambarkan tujuan pendidikan
prasekolah, nilai dan kaedah penyampaian dan cara kanak-kanak belajar.
Falsafah yang dipegang atau dirujuk oleh guru prasekolah mampu
mempengaruhi keputusan yang dibuat untuk kanak-kanak.

Setiap kurikulum yang dibentuk adalah untuk memenuhi keperluan jangka


panjang. Murid yang dididik akan lahirkan menjadi sepertimana yang dihasratkan
dalam rukun negara.

Falsafah pendidikan mengandung nilai-nilai atau cita-cita masyarakat.


Berdasarkan cita-cita tersebut terdapat landasan, mau dibawa kemana
pendidikan anak. Dengan kata lain, falsafah pendidikan merupakan pandangan
hidup masyarakat. Falsafah pendidikan menjadi landasan untuk merancang
tujuan pendidikan, prinsip-prinsip pembelajaran, serta perangkat pengalaman
belajar yang bersifat mendidik. Falsafah pendidikan dipengeruhi oleh dua hal
pokok, yakni (1). Cita-cita masyarakat, dan (2). Keperluan pelajar sebagai hidup
bermasyarakat.

Nilai-nilai falsafah pendidikan harus dilaksanakan dalam perilaku sehari-hari. Hal


ini menunjukkan pentingnya falsafah pendidikan sebagai landasan dalam rangka
pengembangan kurikulum.

Falsafah pendidikan sebagai sumber tujuan. Falsafah pendidikan


mengandung nilai-nilai atau perbuatan seseorang atau masyarakat. Dalam
falsafah pendidikan terkandung cita-cita tentang model manusia yang
diharapakan sesuai dengan nilai-nilai yang disetujui oleh individu dan
masyarakat. Karena itu, falsafah pendidikan harus dirumuskan berdasarkan
kriteria yang bersifat umum dan objektif. Hopkin dalam bukunya Interaction The
democratic Process, mengemukakan kriteria antara lain:

 Kejelasan, falsafah/keyakinan harus jelas dan tidak boleh meragukan.


 Konsisten dengan kenyataan, berdasarkan penyelidikan yang jelas/konkrit.
 Konsisten dengan pengalaman dan sesuai dengan kehidupan individu

ii. Matlamat dan Objektif

Matlamat dan objektif yang dibentuk merupakan panduan program bagi


memulakan pembelajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak.
Sehubungan itu, matlamat perlu ditulis dengan jelassupaya dapat menilai
kurikulum yang ingin diperolehi. Guru perlu mengetahui teknik dalam

2
penyampaian agar sesuai dengan objektif yang perlu dicapai oleh kanak-
kanak.

iii. Isi kandungan


Isi kandungan bagi sesuatu mata pelajaran yang dipilih merupakan
maklumat berkaitan mata pelajaran bagi mencapai matlamat dan objektif
pengajaran dan pembelajaran.

iv. Aktiviti pembelajaran


Setiap aktiviti pembelajaran perlu dirancang supaya bersesuaian dengan
matlamat, objektif, isi kandungan dan kepelbagaian tahap kanak-kanak.

v. Penilaian

Penilaian dijalankan secara tidak formal secara pemerhatian. Senarai semak,


rekod anekdot dan rekod berterusan digunakan untuk mengumpul maklumat.
Penilaian ini dapat membantu guru menambahbaikan dari aspek pedagogi.
Penilaian adalah komponen terakhir dalam proses pembentukan sesuatu
kurikulum sebagai langkah mengukur keberkesanan pembelajaran.

1.1. Faktor Yang Mempengaruhi perubahan dan penambahan kurikulum;


(Rujuk KSPK semakan)

i. Kehendak dan keperluan pelajar.

Dalam teori Maslow menjelaskan keperluan asas, keselamatan, kasih


sayang, penghargaan diri dan kesempurnaan kendiri dan memperkukuhkan
kemahiran (berfikir, inovasi, kreatif dan keusahawanan). Kehendak dan
keperluan murid/kanak-kanak perlu dipenuhi demi mengembangkan peluang
dan potensi secara menyeluruh dari pelbagai aspek agar perkembangan
berlaku secara harmonis dan seimbang.

ii. Kehendak dan keperluan Negara.

Kepelbagaian kaum, ideologi, budaya dan nilai-nilai dalam masyarakat.

iii. Kehendak sejagat.

Keperluan dari segi kestabilan ekonomi, keseimbangan politik dan mengikuti


arus perubahan teknologi maklumat. Kurikulum yang releven dengan
kepelbagaian semasa.

Kurikulum Prasekolah.

Tafsiran pendidikan prasekolah – program pendidikan bagi murid yang


berumur dari empat hingga enam tahun.

Tadika – mana-mana tempat dimana pendidikan prasekolah disediakan untuk


sepuluh orang murid atau lebih. Akta Pendidikan 1996 (550).

3
1.2. Prinsip, Model dan Program Kurikulum Pendidikan Prasekolah .
Di Negara Malaysia merancang program berdasarkan falsafah pendidikan yang
berteraskan rukun Negara.

Model sebagai panduan pelaksanaan kurikulum yang mengandungi program


yang terancang.

Setiap model mempunyai asas program yang menggabungkan teori psikologi,


perspektif ekologi dan falsafah sebagai rujukan.

Teori psikologi membantu untuk memahami bagaimana kanak-kanak belajar.


Manakala dalam perspektif ekologi memberi panduan kepada kita tentang
bagaimana mengamal dalam konteks sosiobudaya boleh memberi kesan kepada
proses pembelajaran dalam sosialisasi kanak-kanak .

1.3. Dasar Pengembangan Kurikulum

Kurikulum merupakan inti dari bidang pendidikan dan memiliki pengaruh


terhadap seluruh kegiatan pendidikan. Pentingnya kurikulum dalam pendidikan
dan kehidupan manusia, maka penyusunan kurikulum tidak dapat dilakukan
secara sembarangan. Penyusunan kurikulum memerluklan landasan-landasan
yang kuat, yang didasarkan pada hasil-hasil pemikiran dan penelitian yang
mendalam. Penyusunan kurikulum yang tidak didasarkan pada landasan yang
kuat dapat berakibat fatal terhadap kegagalan pendidikan itu sendiri. Kurikulum
disusun untuk mewujudkan tujuan pendidikan nasional dengan memperhatikan
tahap perkembangan pelajar dan kesesuaiannya dengan keperluan
pembangunan negara, perkembangan ilmu pengetahuan dan tekhnologi serta
ilmu-ilmu lain. Pengembangan kurikulum berlandaskan faktor-faktor sebagai
berikut:

1. Tujuan falsafah dan pendidikan negara yang dijadikan sebagai dasar untuk
merumuskan tujuan institusional yang pada gilirannya menjadi landasan
dalam merumuskan tujuan kurikulum.
2. Sosio-budaya dan agama yang berlaku dalam masyarakat kita.
3. Perkembangan pelajar, yang menunjuk pada karekteristik
4. .Keadaan persekitaran kemanusiaan (interpersonal), lingkungan kebudayaan
(kultural), dan lingkungan hidup (biologi), serta lingkungan alam (geologis).
5. Keperluan pembangunan, yang mencakup di bidang ekonomi, kesejahteraan
rakyat, hukum, dan sebagainya.

4
6. Perkembangan ilmu pengetahuan dan tekhnologi yang sesuai dengan sistem
nilai dan kemanusiawian serta budaya bangsa.

Keenam faktor tersebut saling kait-mengait antara satu dengan yang lainnya.

Kesimpulan

Kurikulum baik pada tahap kurikulum sebagai ide, rencana, pengalaman maupun
kurikulum sebagai hasil dalam pengembangannya harus beracuan atau
menggunakan landasan yang kuat dan kokoh, agar kurikulum tersebut dapat
berfungsi serta berperanan sesuai dengan tuntutan pendidikan yang ingin
dihasilkan. Pada prinsipnya ada empat landasan pokok yang harus dijadikan dasar
dalam setiap pengembangan kurikulum, yaitu:

1. Berlandaskan falsafah, iaitu perkara tentang hakikat realiti, hakikat manusia,


hakikat pengetahuan, dan hakikat nilai yang menjadi titik tolak dalam
mengembangkan kurikulum. Penyataan dalam falasafah tersebut dapat
merumus kepada tujuan pendidikan, pengembangan isi pendidikan,
penentuan strategi, serta pada peranan pelajar dan peranan pendidik.

2. Berlandas kepada psikologi, dimana pendapat yang bersumber dari


psikologi boleh dijadikan titik tolak dalam mengembangkan kurikulum. Ada
dua jenis psikologi yang harus menjadi acuan yaitu psikologi
perkembangan dan psikologi belajar. Psikologi perkembangan mempelajari
proses dan karakter perkembangan pelajar sebagai subjek pendidikan,
sedangkan psikologi belajar mempelajari tingkah laku pelajar dalam situasi
belajar. Ada tiga jenis teori belajar yang mempunyai pengaruh besar dalam
pengembangan kurikulum, iaitu teori belajar kognitif, behavioristik, dan
humanistic.

3. Berdasarkan sosial budaya, mengaitkan sosiologi yang dijadikan titik tolak


dalam mengembangkan kurikulum.

4. Landasan ilmiah dan teknologi, adalah perkara yang bersumber dari hasil-
hasil penelitian dan aplikasi dari ilmu pengetahuan dalam mengembangkan
kurikulum. Pengembangan kurikulum memerlukan sumbangan dari berbagai
kajian ilmiah dan teknologi baik yang bersifat hardware maupun software
sehingga pendidikan yang dilaksanakan dapat disesuaikan dengan
perkembangan terkini.

5
6

Anda mungkin juga menyukai