Anda di halaman 1dari 4

SYARAHAN BAHASA ARAB

TAJUK : “KEPENTINGAN ILMU DALAM ISLAM”

PENDAHULUAN
Maksud ilmu :
Dari segi Bahasa : merupakan perkataan arab iaitu ‘alima yang bererti mengetahui atau
perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu dengan sebenarnya.

Dari segi Istilah : memberi erti tentang segala pengetahuan atau kebenaran tentang
sesuatu yang datang dari ALLAH swt yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam
ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batin.

Secara umumnya, ilmu didefinasikan sebagai pengetahuan dan kepandaian mengenai


sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu
yang dapat digunakan untuk menerangkan yang berkait dengan bidang ilmu tersebut.

Pentingnya ilmu di dalam Islam, sehingga setiap umatnya diwajibkan untuk menuntut
ilmu. Bertepatanlah dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Menuntut ilmu menjadi kewajipan ke atas setiap umat islam”

Mari sama-sama kita ketahui kepentingan Ilmu di dalam Islam.

ISI KANDUNGAN

1. Dihormati dan disanjungi oleh masyarakat

Hadirin sekalian,

Isi saya yang pertama ialah orang yang berilmu akan dihormati dan disanjungi oleh
masyarakat. Masyarakat sangat menghargai orang yang berilmu kerana khidmat
mereka boleh digunakan untuk kepentingan umum. Contohnya, doktor mampu memberi
rawatan kepada pesakit dan guru boleh menyampaikan ilmu kepada para pelajar.
Masyarakat akan menghargai jasa-jasa orang yang berilmu kerana mereka telah
berjaya memberikan perkhidmatan yang diperlukan. Orang yang berilmu menjadi
tempat rujukan utama dalam bidang yang mereka ceburi. Dari segi agama, orang yang
mempunyai ilmu boleh menyampaikan ceramah yang boleh menyedarkan manusia
tentang kehebatan agama Islam dan mendidik masyarakat supaya mematuhi ajaran-
ajaran agama. Dalam hadis riwayat Bukhari, Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud :

“Demi Allah, sekiranya seorang lelaki memperoleh hidayah (daripada Allah) kerana
(usaha) kamu, itu lebih baik untuk mu daripada nilai unta merah (sesuatu yang sangat
berharga).”

2. Diangkat darjatnya oleh Allah.

Warga penonton yang dimuliakan.

Isi saya yang kedua, orang berilmu akan diangkat darjatnya oelh Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang
diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.”

(Surah al-Mujadalah, ayat 11)

Allah SWT tidak akan menilai seseorang itu dari paras rupa, warna kulit, bangsa,
keturunan dan kekayaan, malah ia akan dinilai pada tahap ketinggian ilmu yang
dimilikinya. Allah swt juga mensyaratkan pemilikan ilmu pengetahuan kepada manusia
untuk menjadi khalifahnya di muka bumi ini. Sebagaiman manusia pertama yang dicipta
Allah iaitu Nabi Adam a.s, telah diajarkan tentang nama-nama yang melambangkan
proses pemberian ilmu sebagai amanah bagi mentadbir dan memakmurkan bumi ini. ini
jelas menunjukkan betapa pentingnya ilmu dan tingginya darjat yang Allah berikan
kepada orang yang mempunyai ilmu.

3. Dapat mendekatkan diri dengan Allah

Hadirin dan hadirat,


Isi saya yang ketiga ialah dengan ilmu kita dapat mendekatkan diri dengan Allah. Kita
dituntut oleh Islam supaya bersungguh-sungguh menuntut ilmu pengetahuan supaya
semakin bertambah ilmu, maka semakin dekatlah diri kita dengan Allah SWT. Ilmu itu
merupakan cahaya untuk kita lebih merasai keesaan Allah SWT, serta kekuasaan dan
keagungan-Nya. Dengan ini akan bertambahlah ketakutan (ketaqwaan) kepada Allah
SWT. Dengan bertunjangkan kepada kepercayaan Islam, ilmu dapat membimbing
hidup manusia ke jalan yang benar. Segala yang dilakukan adalah berlandaskan
hukum-hukum yang telah ditetapkan dalam Islam. Manusia yang mempraktikkan ilmu,
menandakan ketaqwaan mereka kepada Allah. Sebagaimana firman Allah S.W.T yang
bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu apabila disebut nama Allah, gementar hatinya
dan apabila dibaca ayat-ayat Tuhan kepada mereka makin bertambah imannya dan
kepada Allah mereka menyerahkan dirinya”.

(Surah Al-Anfal ayat 2))

4. Tidak mudah diperdaya


Warga penonton yang dimuliakan.

Isi saya yang keempat, dengan ilmu kita tidak mudah diperdaya. Kita sering
mendengar, orang-orang kampung ditipu oleh penjual melalui pelaburan wang, emas
dan sebagainya. Mereka dengan mudah memberikan harta sama ada dalam bentuk
barangan atau wang tunai semata-mata tertarik dengan pulangan yang mereka akan
peroleh. Hal ini terjadi kerana, masyarakat yang terpedaya itu tidak berilmu dan tidak
berfikir panjang. Hal ini tidak terjadi kepada masyarakat yang berilmu. Malah, dengan
ilmu bukan sahaja kita dapat mnegelakkan diperdaya oleh manusia, tetapi dapat
mengelakkan diri juga dari diperdaya oleh syaitan. Dengan ilmu sahajalah seseorang
akan terselamat daripada tipu daya syaitan. Allah SWT berfirman dalam surah Al-
Baqarah ayat 269:

‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬


‫ُيْؤ ِتى اْلِح ْك َة ن َيَش آُء ۚ َو ن ُيْؤ َت اْلِح ْك َة َفَقْد ُأوِت َخ ْيًرا َك ِثيًرا ۗ َو ا َيَّذ َّك ُر آَّل ُأ۟و ُلو۟ا‬
‫ِإ‬ ‫َم‬ ‫َى‬ ‫َم‬ ‫َم‬ ‫َم َم‬
‫ا ٰب ِب‬‫ْل‬‫َأْل‬

‫صدق هللا العظيم‬


“Dia (Allah) memberikan hikmah kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan sesiapa
yang diberikan hikmah itu, maka sesungguhnya dia telah diberikan kebajikan yang
banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang
mempunyai akal yang dapat memikir dan memahaminya.”

PENUTUP

Anda mungkin juga menyukai