Anda di halaman 1dari 12

HIA 101 2023

ASPEK-ASPEK
UTAMA HUKUM
ISLAM: IJMAK
DR UMAR MUHAMMAD NOOR
MUKADIMAH

Dalil-dalil yang disepakati sebagai


sumber hukum Islam adalah al-Quran,
Sunnah, ijmak dan qiyas.

Pada sesi ini dan esok, kita akan


mempelajari pengertian ijmak dan
qiyas.
DEFINISI IJMAK
Ijmak adalah kesepakatan
semua mujtahid dalam
kalangan umat Muhammad
s.a.w, selepas kewafatan
baginda, pada sesuatu
zaman, mengenai sesuatu
hukum.
Persetujuan selain mujtahid
tidak diambilkira dalam ijmak
IJMAK BERASASKAN
DALIL

Abu Ishaq Al-Shirazi berkata:


“Ketahuilah bahawa ijmak tidak
berlaku melainkan kerana ada dalil.
Maka apabila kita menemukan ijmak
ulama atas satu hukum, maka kita
memastikan bahawa ada dalil yang
mendasari ijmak tersebut, sama ada
kita mengetahuinya ataupun tidak.”
(al-Luma‘ fi Usul al-Fiqh)
TINGKATAN IJMAK
TINGKATAN JENIS KETERANGAN KEHUJAHAN
IJMAK
1 SARIH Semua mujtahid Disepakati
menyatakan pandangan
mereka sebulat suara
Seorang mujtahid atau Diperselisihkan. Para ulama
lebih menyatakan terbahagi kepada 3 kumpulan:
2 SUKUTI pandangan mereka tanpa Kumpulan 1: tidak mengiktirafnya
mencetuskan sebagai ijmak.
penentangan dan kritikan Kumpulan 2: memandangnya
daripada semua mujtahid sebagai ijmak.
yang lain. Kumpulan 3: tidak
memandangnya sebagai ijmak
namun menerimanya sebagai
hujah.
Abu Zahrah, h. 205
CONTOH IJMAK
Solat tidak sah tanpa bersuci terlebih dahulu bagi
orang yang mampu
Tertawa membatalkan solat
Tidak sah wuduk melainkan dengan menggunakan
air mutlak
Air liur haiwan yang halal dimakan adalah suci
Perempuan haid tidak wajib mengqadak solat,
namun wajib mengqadak puasa.
Tidak sah solat tanpa niat
Perempuan dibenarkan menghadiri solat jumaat
bersama imam dan gugur solat zuhur selepas itu.
Apabila pasangan suami isteri bercerai, dan mereka
memiliki anak yang masih kecil, maka isteri lebih
berhak untuk mengasuhnya selagimana ia belum
menikah lagi.
HIMPUNAN
IJMAK
Kitab yang
menghimpun masalah-
masalah hukum yang
telah berlaku ijmak
dalam kalangan
ulama:
Al-Ijmak karya Ibn al-
Mundhir (m. 318 H)
Maratib al-Ijma’ karya
Ibn Hazm (m. 456 H)
DALIL KEHUJAHAN IJMAK

1. Ayat al-Quran:
َ ‫ﺳﻮ َﻝ ِﻣ ْﻦ ﺑَ ْﻌ ِﺪ َﻣﺎ ﺗَﺒَﻴﱠ َﻦ ﻟَﻪُ ﺍ ْﻟ ُﻬﺪَﻯ َﻭﻳَﺘ ﱠ ِﺒ ْﻊ‬
‫ﻏ ْﻴ َﺮ‬ ُ ‫ﺍﻟﺮ‬
‫ﻖ ﱠ‬ ِ ‫َﻭ َﻣ ْﻦ ﻳُﺸَﺎ ِﻗ‬
ً ‫ﺳﺎ َءﺕْ َﻣ ِﺼ‬
‫ﻴﺮﺍ‬ َ ‫ﺳ ِﺒﻴ ِﻞ ﺍ ْﻟ ُﻤ ْﺆ ِﻣ ِﻨ‬
ْ ُ‫ﻴﻦ ﻧُ َﻮ ِﻟّ ِﻪ َﻣﺎ ﺗَ َﻮﻟﱠﻰ َﻭﻧ‬
َ ‫ﺼ ِﻠ ِﻪ َﺟ َﻬﻨﱠ َﻢ َﻭ‬ َ

“Dan sesiapa yang menentang (ajaran)


Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya
kebenaran petunjuk (yang dibawanya), dan
dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan
orang-orang yang beriman, Kami akan
memberikannya kuasa untuk melakukan
(kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari
akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke
dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam
itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.” al-
Nisa ayat 115.
DALIL KEHUJAHAN IJMAK

2. Hadith
‫ﻻ ﺗﺠﺘﻤﻊ ﺃﻣﺘﻲ ﻋﻠﻰ ﺿﻼﻟﺔ‬
Maksudnya: “Umat ku tidak akan berhimpun
dalam kesesatan.” (Ahmad)

3. Athar Ibn Mas’ud:


‫ﻮﻥ ﺣﺴﻨﺎ ﻓَ ُﻬ َﻮ ِﻋ ْﻨﺪ ﷲ ﺣﺴﻦ‬
َ ‫َﻣﺎ َﺭﺁﻩُ ﺍ ْﻟ ُﻤﺴﻠ ُﻤ‬
Maksudnya: “Apa yang dilihat baik oleh kaum
muslimin, maka dia baik di sisi Allah.” (Ahmad
dalam Sunnah).
MENYALAHI IJMAK

Menyalahi hukum yang telah ditetapkan oleh


ijmak sarih adalah haram. Pelakunya
dihukumkan sesat bahkan boleh dihukumkan
kafir dengan syarat-syarat tertentu.
Hukum yang menyalahi ijmak turut tertolak dan
tidak diterima sebagai bahagian daripada
Islam.
PANDANGAN YANG MENYALAHI
IJMAK
NO PANDANGAN MENYIMPANG ALASAN
1 Bahagian harta warisan bagi anak Konteks berubah
perempuan sama dengan anak lelaki
2 Daging khinzir halal apabila dijaga Sebab pengharaman khinzir
pemakanannya adalah pemakanan yang
tidak higiens pada zaman
dahulu, berbeza dengan
zaman sekarang.
3 Arak halal di negeri-negeri sejuk Maslahat menjaga tubuh
badan
4 Halal pembuatan patung Sebab pengharaman ialah
tradisi penyembahan berhala
RUJUKAN

‘Abdul Wahhab Khalaf. ‘Ilm Usul al-Fiqh. Damyik:


Darul Qalam, 1978.
Muhammad Abu Zahrah. Usul al-Fiqh. Mesir: Dar al-
Fikr al-’Arabi.
Mahmood Zuhdi. Sejarah Pembinaan Hukum Islam.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1988.
Yusuf al-Qaradawi. 2010. Al-Fatawa al-Shadhah.
Kaherah: Dar al-Shuruq.

Anda mungkin juga menyukai