Anda di halaman 1dari 3

Buli ialah gejala yang didefinisikan sebagai tingkah laku agresif, sama ada

dalam bentuk fizikal mahupun psikologi, terhadap mangsa yang bertujuan


untuk mendatangkan perasaan tidak selesa, kecelaruan dan
ketidaktenteraman seseorang. Isu buli juga telah menjadi sebuah polemik di
negara kita kerana bilangan kes nya yang semakin saban tahun semakin
mendadak atas pemangkin bilangan remaja yang kini semakin kurang
beruswah dalam diri mereka. Menurut Prof Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub,
mantan Presiden Persatuan Psikologi Malaysia, masalah buli berlaku
disebabkan si pembuli berasa puas kerana berjaya menyakiti mangsa secara
lisan dan juga fizikal bahkan merasakan dirinya sungguh hebat setelah
membuli mereka. Dahulukala lagi, kes buli ini telah menjadi sebuah kemelut
yang seperti tiada noktahnya walaupun sering disoroti oleh pelbagai pihak
sehinggalah kontemporari ini yang dilihat tiada perubahan disebabkan
pandangan sarwa yang dipunyai oleh masyarakat setempat yang menganggap
kes buli ini seperti kes yang normal sehinggalah terjadi kepada ahli keluarga
mereka. Sebagai persoalan yang bermain di gawang minda, apakah prakarsa ii
yang efisien untuk mengatasi masalah jegala buli ini?

Sebagai pembuka mukadimah, pihak sekolah merupakan antara pihak


yang memainkan peranan yang vital dalam membendung masalah gejala buli
ini. Hal ini dikatakan demikian kerana sekolah merupakan sebuah alma meter
yang dapat membentuk seorang pelajar yang delinkuen menjadi seorang insan
yang penuh dengan rohaniah dan insani. Tamsilnya, para pelajar yang bagaikan
katak dibawah tempurung hendaklah dibentukkan sejak awal usia mereka lagi
agar dapat mengelakkan diri mereka daripada segala pidana yang akan
menjuruskan diri mereka ke arah membuli. Ghalibnya, tarbiah daripada para
tenaga pengajar di sekolah akan sentiasa menjadi pucuk pangkal untuk
memanifestasikan keperibadian yang tersohor dalam diri seseorang pelajar.
Bulan sudah terang bayang kian jelas bahawa pihak sekolah sewajarnya
menitikberatkan kes buli dan hendaklah berhempas pulas
megimplementasikan cara-cara yang dapat membendungnya dengan jayanya.

[107]
Mnyingkap jendela Langkah konkrit, ibu bapa merupakan insan yang
terdekat dengan anak ii dan ini sewajarnya menjadi keleihan kepada mereka
untuk mendidik anak mereka dengan lebih jayanya. Dalam konteks ini, faktor
kegagalan ibu bapa yang bersikap nafsi dan evasif dalam melakanakan
tanggungjawab terhadap anak mereka merupakan akar tunjang kepada
berlakunya gejala buli ini atas dasar kurangnya kasih sayang mereka yang
dicurahkan terhadap anak ii. Dalam pada itu, melentur buluh biarlah dari
rebungnya, wajarlah ibu bapa cakna dalam mengambil makna yang tersirat
terhadap peribahasa yang penuh bermakna ini kerana didikan di awal usia
akan lebih mudah utk mempengaruhi pemikiran anak anak mereka jika hendak
dibandingi dengan usia remaja mereka kelak. Sudah terang lagi bersuluh
bahawa didikan ibu bapa itu merupakan sebuah perkara yang signifikan dalam
mengatasi gejala buli di kalangan masyarakat yang berleluasa ini.
[115]

Memetik wasitah Nirmala seterusnya, pihak kerajaan merupakan pihak


yang sewajarnya memainkan peranan yang besar dalam memastikan negara
bebas daripada gejala buli. Bagi mengorak langkah ii pragmatis untuk
membanteras gejala buli, kerajaan perlulah mengimplementasikan alpukah
seperti mengadakan konvensional tentang buli di setiap alma meter demi
meningkatkan kesedaran dalam kalangan para pelajar. Seiring dengan itu,
kerajaan juga boleh menghantarkan para penyalur ilmu untuk bertugas
menjalankan konvensional ini bagi meluaskan horizon pemikiran para pelajar
dan guru ii tentang bahayanya gejala buli ini kepada masyarakat setempat.
Sebagai pengitlaknanya, jelaslah bahawa peranan kerajaan itu vital dalam
meningkatkan kesedaran sivik masyarakat terhadap gejala buli.
[90]
Sebelum pena diskusi melabuhkan dakwatnya, setiap lapisan masyarakat
janganlah sesekali memandang enteng terhadap gejala buli ini dan memiliki
pemikiran kuno bahawa gejala buli itu normal dalam kalangan para pelajar. Hal
ini bermaksud setiap masyarakat perlulah berkongkalingkung antara satu sama
lain dalam memupuskan gejala buli ini di negara kita demi memastikan
keharmonian negara tidak terjejas. Setiap masyarakat juga hendaklah Bersatu
hati dalam menukar landasan berfikir tentang gejala buli malah memandang
lebih serious terhadapnya. Tuntasnya, buli akan menyebabkan trauma kepada
si pemangsa dan mencegah itu lebih baik daripada merawat.

77

Anda mungkin juga menyukai