Anda di halaman 1dari 8

Pelan Tindakan Untuk Menghadapi Isu Penguasaan 3M

Menggunakan Kaedah Pemikiran Rekabentuk


EPPM6132 PEMIKIRAN STRATEGIK DALAM
KEPIMPINAN
S e s i 2 3 / 2 4
SAHARUDIN JAPARUDIN
SARJANA PENTADBIRAN AWAM DAN KEPIMPINAN (SPeAK)
P132661
EMPATI
PERMASALAHAN YANG BERLAKU
Charlie (2008), menyatakan bahawa setelah hampir 30 tahun pelaksanaannya, 'Program
Pendidikan Pemulihan Khas' kelihatannya masih belum berkesan sepenuhnya dalam usaha
menangani masalah penguasaan 3M khususnya yang melibatkan kemahiran asas membaca
dalam kalangan muridmurid Pemulihan Khas, sekali gus hasrat untuk memastikan 100
peratus celik huruf dalam sistem Pendidikan Negara masih belum tercapai secara
sepenuhnya

Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah penglihatan,
masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurological seperti masalah otak
serebral palsi, aphasia, terencat akal dan sebagainya & dan juga yang bermasalah kesihatan
(epilepsy, masalah jantung, kurang zat makanan yang serius dan sebagainya)

Faktor kognitif dan bahasa pula ialah kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan
yang terencat akal akan menghadapi masalah dalam bacaan yang serius.
DEFINISI
TAKRIFAN PERMASALAHAN
Masalah 3M sememangnya wujud sebelum Covid-19 dan penutupan sekolah yang berlarutan
telahmenjadikannya lebih serius. Pada tahun 2019 sahaja seramai 5,039 (1.2%) calon Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) belum mencapai tahap penguasaan minimum bagi semua
pelajaran dan 123,032 (28.4%) bagi sekurang-kurangnya satu mata pelajaran. Bagi lebih kurang
3,800 murid berkeperluan khas yang menduduki peperiksaan Peperiksaan Alternatif Sekolah
Rendah (PASR) pula, sekitar 20.0% belum mahir membaca. Bagi kemahiran asas matematik serta
sains pula, sekitar 8.0% pelajar tidak kompeten bagi setiap bidang

Tinjauan tahun ini terhadap kira-kira 30 guru prasekolah dan tadika swasta di kawasan Lembah
Klang mendedahkan hampir 70% murid bagi guru tersebut masih belum menguasai kemahiran 3M.
Kebarangkalian murid-murid yang tertinggal dari awal ini untuk terus tersisih dalam arus
pendidikan adalah sangat tinggi . Sistem naik darjah secara automatik boleh memburukkan lagi
keadaan apabila mereka perlu melangkah ke tahap selanjutnya sebelum dapat menguasai
kemahiran asas. Lebih malang jika mereka patah semangat dan hilang terus dari sekolah.

Dalam aspek Matematik misalnya, beberapa masalah telah dikenalpasti. Antaranya ialah pelajar
lemah khususnya dalam membaca sebarang nombor dalam perkataan, menyebut sebarang nombor
yang diberi dalam angka serta menulis nombor yang diberi dalam angka.

Oleh itu, pelajar khususnya di peringkat sekolah rendah perlu mendapat pendidikan dan
pengajaran dalam bentuk yang interaktif dan mengikut perkembangan yang terkini.
IDEA
SOLUSI PERMASALAHAN
Berdasarkan permasalahan dan data yang dikemukakan, keperluan untuk melaksanakan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan amat diperlukan. Hal ini untuk
mengelakkan pelajar yang mempunyai masalah 3M untuk tidak ketinggalan dalam aspek-
aspek tersebut.

Dalam aspek membaca misalnya, keperluan untuk mewujudkan alat bantu mengajar amat
diperlukan. Hal ini akan membantu guru untuk memberi kefahaman kepada pelajar-pelajar
berkenaan aspek asas dalam subjek membaca.

Kajian-kajian lepas telah membuktikan bahawa kesan penggunaan bahan bantu mengajar,
pembinaan modul atau kit dalam pengajaran dan pembelajaran adalah terjamin dan mampu
meningkatkatkan penguasaan murid (Naziroh, 2015). Pembinaan bahan bantu mengajar perlu
merujuk kepada teori dan model instruksional bagi mengatur dan memastikan hala tuju
bahan yang hendak dibina selari dengan matlamat asal. Terdapat pelbagai model yang
dikemukakan oleh penyelidik-penyelidik reka bentuk instruksional di dalam dan di luar
negara seperti Model Sidek, Model Sharifah Alwiah Alsagoff, Model Russel, Model ASSURE,
Model Mayer, Model Hanaffin & Peck dan Model ADDIE.

Oleh itu, pembinaan Kit Bantu Membaca yang terdiri daripada kad-kad interaktif untuk
mengeja telah pun dibuat.
PROTOTAIP
KIT BANTU MEMBACA

Rajah 1: Kit Bantu Membaca


UJIAN
PELAKSANAAN PROTOTAIP
Pelaksanaan Kit Bantu Membaca telah pun dilakukan di Sekolah Kebangsaan Kalabakan.
Seramai 2 orang guru pemulihan khas telah pun menggunakan Kit Bantu Membaca dalam
kelas. Daripada 20 orang murid, 11 orang telah pun mempunyai perkembangan yang positif
khususnya dalam membaca serta menulis menggunakan ejaan yang betul.

Namun demikian, penambahbaikan perlu dilakukan dalam prototaip kerana tulisan yang kecil
menyukarkan pelajar yang mempunyai masalah penglihatan (rabun) untuk melihat dengan
jelas perkataan yang terdapat dalam Kit Bantu Membaca.
PELAN TINDAKAN MENGHADAPI ISU PENGUASAAN 3M
MENGGUNAKAN KAEDAH PEMIKIRAN REKABENTUK
1. 2. 5.
EMPATI DEFINISI UJIAN

Proses ini penting bagi membolehkan saya memahami, Mengenal pasti masalah khusus yang perlu
menjiwai dan mengetepikan andaian sendiri dan
ditangani berdasarkan maklumat yang Melaksanakan prototaip pada skala kecil
memperoleh pandangan sebenar mengenai isu ini untuk melihat keberkesanannya.
Melaksanakan pemerhatian dan temu bual dengan
dikumpulkan semasa fasa empati.
Menyusun pernyataan masalah yang jelas, Mengumpul maklum balas dari murid dan
pelajar untuk memahami cabaran yang dihadapi dalam
penguasaan 3M. contohnya: “ Murid memerlukan metodologi guru mengenai prototaip yang diuji.
Menemuramah beberapa guru untuk mendapatkan pembelajaran yang lebih interaktif untuk Melakukan alterasi dan penyesuaian
pandangan mereka mengenai halangan murid dalam
meningkatkan kemahiran 3M." berdasarkan maklum balas yang diterima
menguasai kemahiran 3M.
Berbincangi dengan ibu bapa murid dan anggota PIBG untuk meningkatkan solusi.
untuk berkongsian pemasalahan ini disamping
mendengar pendapat mereka.

3. IDEA 4.
PROTOTAIP

Mengadakan sesi pemikiran ‘brainstorm’ dengan Mencipta draf awal atau konsep dari
guru, PIBG, dan pihak PPD untuk menghasilkan beberapa solusi yang dipilih, seperti
idea-idea inovatif dalam pengajaran 3M. Banyakan
rancangan pelajaran baru atau program
berfikir diluar kotak bagi mencari solusi yang
pemulihan.
terbaik
Menghasilkan alat bantu mengajar atau alat
Mengembangkan pelbagai solusi, seperti
pembuatan alat bantu mengajar dan bahan bantu bantu belajar yang boleh diuji dalam kelas.
belajar yang menarik, penggunaan teknologi
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai