Anda di halaman 1dari 11

TUGASAN 2 :LAPORAN ANALISIS (40%- 1500 PATAH PERKATAAN)

”Pelbagai polemik isu yang timbul dalam kalangan masyarakat mutakhir ini mengenai
pemartabatan tulisan Jawi dan tulisan Rumi yang kian samar-samar dan lemah tahap
kemampuan daya saing. Kebenaran yang nyata tersebut mendukacitakan nilai
martabat sesebuah warisan bangsa. Hakikat penggunaan tulisan Jawi dan tulisan
Rumi pada realiti abad pemodenan abad ke-21 khasnya dalam era digital amat terhad
sekali. Cetusan isu daripada pelbagai pihak membimbangkan status tulisan Jawi dan
tulisan Rumi di Malaysia khususnya”.

Berdasarkan pernyataan di atas , anda dikehendaki :

1. Menganalisis Sistem Ejaan Jawi

Ejaan mengikut hukum Darlung dan bukan Darlung serta Hukum Ka dan Ga.

2. Menganalisis Sistem Ejaan Rumi

Penulisan unsur serapan kata pinjaman bahasa Inggeris dan bahasa Sanskrit.

2
Penghargaan

Pertamanya, saya Muhammad Nabil Firdaus dari Unit A2 ingin mengucapkan Syukur ke
atras hadrat Ilahi dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan tugasan pentaksiran
berterusanBMMB1074 ini dalam masa yang ditetapkan. Terlebih dahulu, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Azni yang memberikan tunjuk ajar sepanjang
tempoh tugasan ini dijalankan. Tidak lupa juga rakan rakan seperjuangan lain yang turut
membantu secara langsung mahupun tidak langsung bagi menyiapkan tugasan ini.

Saya juga memohon maaf sekiranya terdapat kelemahan dan kesilapan dalam proses
menyiapkan tugasan yang diberikan. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan buruk itu
dari diri saya sendiri.

Dengan ini, saya mengakhiri ucapan saya dengan rasa hormat. Terima kasih sekali lagi
kepada semua yang telah berperanan dalam sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.
Semoga Allah SWT selalu memberikan kita petunjuk dan keberkatan kepada kita.

Sekian,

Terima kasih.

3
Isi Kandungan
Bil. Butiran Muka Surat

1. Borang pengesahan pelajar 1

2. Tugasan 2

3. Penghargaan 3

4. Isi kandungan 4

5. 1.0 Pengenalan 5

6. 2.0 Analisis sistem tulisan Jawi


2.1 Hukum Darlung dan hukum bukan Darlung 6-7
2.2 Hukum Ka dan Ga

7. 3.0 Analisis sistem tulisan Rumi


3.1 Sistem ejaan Wilkinson 8-9
3.2 Sistem ejaan Za’ba
3.3 Sistem ejaan Kongres
3.4 Sistem tulisan MABBIM

8. 4.0 Kesimpulan 10
9. Rujukan 11

4
1.0 Pengenalan
Tulisan ialah simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk
perkataan dan seterusnya membentuk ayat-ayat lengkap. Oleh itu, muncul sistem ejaan
yang menjadi pelengkap kepada sesebuah komunikasi. Secara umumnya, bahasa Melayu
telah lama berkembang di kepulauan Melayu. Menurut Nik Safiah (2015), bahasa Melayu
berkembang pada abad ke-7, iaitu dikenali sebagai zaman Melayu kuno yang menggunakan
tulisan sanskrit iaitu tulisan Pallava serta Rencong. Kemudian pada abad ke-13, agama
Islam mula berkembang di Kepulauan Melayu menyebabkan pengaruh Sanskrit mula
terhakis. Secara tidak langsung, masyarakat Melayu terlebih dahulu perlu mempelajari
tulisan-tulisan Arab sebelum membaca Al-Quran. Walau bagaimanapun, kedatangan British
ke Tanah Melayu pada abad ke-19 menyebabkan bahasa Melayu klasik digantikan dengan
bahasa Melayu Moden menjurus kepada perkenalan tulisan rumi kepada masyarakat
Melayu.

Perkembangan jawi dikatakan bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Pasai yang
merupakan kerajaan Islam pertama di Nusantara. Sekitar tahun 1267, kerajaan ini didirikan
oleh Merah Silu yang digelar Malik al-Saleh selepas memeluk Islam. Pada zaman
kegemilangannya, kerajaan Pasai merupakan pusat perdagangan yang dikunjungi oleh
pelbagai variasi pedagang termasuk pedagang Arab. Kehadiran Islam ke alam Melayu
sekali gus membawa bersama abjad tulisan Arab yang menjadi induk kepada bahasa
Melayu iaitu tulisan jawi. Sistem ejaan jawi semasa zaman ini ialah sistem i'rab iaitu semua
abjad merupakan huruf konsonan dan menggunakan tanda baris termasuk tasydid.
Penggunaan sistem i'rab ini dapat dilihat pada batu nisan Makam Sultan Malik al-Salleh
(1297).

5
2.0 Analisis sistem tulisan Jawi
2.1 Hukum darlung dan bukan darlung
Seterusnya, sekitar abad ke-15 hingga ke-17, tulisan jawi turut digunakan secara meluas
pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Johor. Kedua-dua negeri ini mengalami proses
ejaan jawi yang lebih baku. Perubahan tulisan jawi agak ketara berlaku di antara zaman
Kesultanan Melayu Pasai dan Kesultanan Melayu Melaka dilihat pada penemuan manuskrip
yang dijumpai sekitar tahun 1600M iaitu Hikayat Bayan Budiman. Perubahan sistem ejaan
jawi dapat dikesan ialah tanda baris tidak lagi digunakan dan pemvokalan secara abjad
vokal berdasarkan suara dan tekanan yang lebih pada akhir suku kata. Contohnya, ejaan
Jawi mengikut hukum Darlung dan bukan Darlung merupakan aspek penting dalam sistem
ejaan Jawi. Perkataan Darlung terbentuk oleh huruf yang menjadi komponen di dalam
Darlung iaitu dal (‫)د‬, alif (‫)ا‬, ra (‫)ر‬, lam (‫ )ل‬dan nga(‫)ڠ‬. Dengan gabungan huruf ini
terbentuklah satu sistem hukum Darlung. Hukum Darlung merujuk kepada peraturan ejaan
yang mengaitkan sifat huruf-huruf tertentu dalam sesuatu perkataan dengan posisi mereka
dalam perkataan tersebut. Hukum darlung mempunyai empat syarat iaitu mestilah
mempunyai dua suku kata. Kedua, berakhir dengan vokal (a). Ketiga, dimulai dengan satu
daripada huruf darlung pada suku kata akhir dan perlu ditambah alif(‫ )ا‬pada akhir perkataan.
Contohnya, huruf "ba" dan "lam" dalam perkataan "bola" ditulis sebagai "‫ "بوال‬dan bukan "‫بو‬
‫"ل‬. Contoh lainnya pula ialah dada (‫)داد‬, bawa(‫ )باوا‬dan bunga(‫)بوڠا‬. Bagi contoh hukum
bukan darlung pula, terdapat empat syarat iaitu mestilah mempunyai dua suku kata. Kedua,
berakhir dengan vokal (a). Ketiga, dimulai dengan satu daripada huruf darlung pada suku
kata akhir dan tidak perlu ditambah alif pada akhir perkataan. Hukum bukan Darlung
menggunakan huruf yang selain dari komponen huruf Darlung. Contohnya jata(‫)جات‬, masa(
‫اس‬PP‫)م‬, daya(‫)داي‬, duka(‫ )دوک‬Ini menunjukkan hubungan antara huruf-huruf tersebut dalam
ejaan Jawi.
Contoh ejaan hukum darlung

Rumi Jawi

bola ‫بوال‬

dada ‫داد‬

bunga ‫بوڠا‬

bawa ‫باوا‬

Contoh ejaan bukan hukum darlung

Rumi Jawi

Jata ‫جات‬

Masa ‫ماس‬

Daya ‫داي‬

6
Duka ‫دوک‬
2.2 Hukum Ka dan Ga
Selain hukum darlung yang disebut sebelum ini, peraturan ejaan Jawi yang berdasarkan
Hukum Ka dan Ga juga mempengaruhi cara ejaan beberapa perkataan serapan atau
pinjaman dari bahasa Arab atau Parsi. Setiap perkataan yang mempunyai huruf kaf (‫ )ک‬atau
ga ( ‫ )ݢ‬yang berbunyi terbuka (a) pada hujung perkataan adalah termasuk dalam hukum ini.
Perkataan itu dieja tanpa vokal alif pada huruf kaf atau ga dalam perkataan. Contohnya:

Rumi Jawi

baka ‫باک‬

angka ‫اڠک‬

sangka ‫سڠک‬

cempaka ‫چمڤاک‬

ketika ‫كتيک‬

mereka ‫مريک‬

Namun, sekiranya perkataan itu terdiri dari pola (a) terbuka pada kedua-dua suku kata atau
dua suku kata akhirnya, ia juga dikatakan bahawa pengguguran vokal alifnya adalah kerana
perkataan itu tidak termasuk dalam hukum Darlung. Bermaksud perkataan itu terlibat
dengan kedua-dua hukum.

Rumi Jawi

baka ‫باک‬

jenaka ‫جناک‬

Terdapat juga beberapa perkataan yang dikecualikan daripada hukum ini. Perkataan dua
suku kata yang bermula dengan bunyi suku kata (e) pepet tambahan pula perkataan yang
diserap daripada bahasa asing dieja dengan huruf vokal alif pada akhirnya. Sebagai contoh:

Rumi Jawi
Seka ‫سک‬

Etika ‫ايتيكا‬
tropika ‫تروڤيكا‬

Pentingnya pemahaman terhadap peraturan ejaan Jawi yang berdasarkan Hukum Ka dan
Ga ini dapat dilihat dalam usaha memelihara dan menghormati warisan bahasa dan budaya
kita. Dengan mematuhi peraturan tersebut, kita dapat memastikan tulisan Jawi yang

7
dihasilkan adalah betul dan konsisten, serta mampu memperkukuhkan lagi keunikan dan
keindahan bahasa Melayu dalam bentuk tulisan Jawi.
3.0 Analisis Sistem Ejaan Rumi:
3.1 Sistem ejaan Wilkinson
Menyedari hakikat pentingnya keseragaman ejaan, maka pada tahun 1902 perancangan
ejaan yang pertama di Tanah Melayu dimulakan. Pada bulan Oktober 1904, terbit ejaan
Wilkinson yang dikenali sebagai Romanised Malay Spelling yang digunakan secara rasmi di
semua sekolah umum di Tanah Melayu terutamanya sekolah di negeri-negeri Melayu
Bersekutu. Sistem ejaan Wilkinson menerapkan huruf-huruf vokal 'a', 'e (taling)', 'e (pepet)',
'i', 'o' dan 'u'. Gabungan konsonan 'ch' turut digunakan bagi menggambarkan bunyi 'c'.

3.2 Sistem ejaan Za’ba


Kemudian, pada tahun 1924 pendeta Za'ba telah melakukan beberapa perubahan kepada
sistem ejaan Wilkinson. Sistem ejaan baru ini dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Za'ba.
Sistem ini diperkemas dan diterbitkan oleh Pejabat Karang Mengarang. Ejaan Za'ba turut
menggunakan huruf vokal dan gabungan konsonan seperti mana yang dikemukakan oleh
Wilkinson. Jadi, Za'ba telah membuat satu penyelarasan vokal pada perkataan yang
berakhiran huruf 'k', 'r' dan 'ng'. Contohnya, perkataan 'chantek' yang menggunakan vokal 'e'
bukan 'i'. Namun, beberapa perkataan yang mengandungi rentetan vokal dikecualikan
daripada penyelarasan tersebut. Contohnya, perkataan 'jauh' yang mempunyai pola KV-VK.

3.3 Sistem ejaan Kongres


Dalam Kongres Persuratan Melayu ketiga pada tahun 1956, telah disepakati oleh. para
peserta Kongres iaitu ASAS 50 dan PBMUM untuk mewujudkan satu sistem ejaan, yang
dikenali sebagai Ejaan Kongres. Sistem Ejaan Kongres (bahasa Inggeris: Congress Spelling
System ) ialah pembaharuan ejaan Tulisan Rumi Melayu yang diperkenalkan semasa
Kongres Melayu ketiga yang diadakan di Johor Bahru dan Singapura pada tahun 1956.
Pada tahun 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka telah memperkenalkan ejaan Kongres
sebagai 'Kaedah Baharu Ejaan Rumi Bahasa Melayu'. Sistem ini mencapai kata sepakat
untuk menggantikan tiga diftong iaitu 'ai', 'au' dan 'oi' kepada 'aw', 'ay' dan 'oy' serta
menggantikan gabungan konsonan seperti 'ch' kepada 'c'.

Pada peringkat antarabangsa, usaha untuk menyeragamkan sistem ejaan antara kedua-dua
buah negara Malaysia dan Indonesia diteruskan. Beberapa siri perundingan dan pertemuan
telah diadakan. Berikutan dengan itu wujudlah sistem ejaan bersama yang dikenal sebagai
Ejaan Malindo pada tahun 1959. Sistem ejaan Malindo masih mengekalkan sistem Ejaan
Kongres iaitu diftong (ay, aw, dan oy) dan 6 huruf vokal, Penambahan yang dilakukan dalam
sistem ini ialah fonem 'f', 's' dan 'z' untuk menggambarkan kata-kata asing. Namun, akibat
perselisihan politik sekitar tahun 1964 sistem ini tidak dapat dijalankan. Pada tahun 1972,
rancangan pembakuan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1904) telah berjaya
disempurnakan. Perbincangan antara kerajaan Malaysia dengan Indonesia berhubung
dengan ejaan bersama berlaku selepas tamatnya konfrontasi Indonesia-Malaysia (1963-
1966). Hasil daripada usaha sama kedua-dua buah negara ini, maka wujudlah Ejaan Rumi
Baru Bahasa Malaysia, yang kemudiannya dikenali sebagai Ejaan Rumi Baru Bahasa

8
Melayu, seperti yang termaktub dalam Pedoman Umum Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia
1972. Di Indonesia, sistem ini dikenali sebagai Ejaan Bahasa Indonesia yang
Disempurnakan. Sistem ini merangkumi huruf dalam bahasa Melayu, penggunaan tanda
baca dan sebagainya.
3.4 Sistem tulisan MABBIM
Seterusnya, MABBIM telah dibentuk pada tahun 1985 apabila Brunei turut menyertai
kerjasama kebahasaan yang lebih awal telah dijalinkan oleh Malaysia dan Indonesia
(MBIM). Dengan keanggotaan baharu oleh negara Brunei, satu piagam yang memberikan
takrif tujuan dan fungsi MABBIM digubal dan dipersetujui bersama. MABBIM telah
menyelaraskan kembali sistem ejaan dengan mengubah diftong kepada (ai, au, oi) semula.
MABBIM turut memperkenalkan gugusan konsonan iaitu setiap konsonan di dalam suku
kata tersebut mampu berdiri sendiri sebagai lambang satu bunyi. Contohnya, perkataan
'skrip', setiap huruf konsonan perlu dibunyikan.

Kata pinjaman Bahasa


Bahasa terdiri daripada Sanskrit
Arab tiga pinjaman
bahasa

Bahasa
Inggeris

Sistem ejaan Rumi di Malaysia sering kali melibatkan penulisan unsur serapan kata
pinjaman dari bahasa Inggeris dan bahasa Sanskrit dan Arab. Ini disebabkan oleh sejarah
dan pengaruh berbagai budaya dalam perkembangan bahasa Malaysia moden. Contohnya,
kata “technology” yang merupakan pinjaman dari bahasa Inggeris ditulis sebagai "teknologi"
dalam ejaan Rumi, sementara perkataan "maha" dari bahasa Sanskrit ditulis sebagai
"maha" dalam ejaan Rumi dan kata “ kiamah” yang merupakan pinjaman dari bahasa Arab
ditulis sebagai “kiamat” di dalam ejaan Rumi.

Penulisan unsur serapan ini penting untuk memudahkan pemahaman dan penggunaan
bahasa Malaysia dalam konteks moden yang melibatkan bidang seperti sains, teknologi,
dan kejuruteraan. Walau bagaimanapun, penting untuk memastikan konsistensi dan
keserasian dalam penulisan unsur serapan agar tidak menjejaskan keseluruhan keboleh
bacaan dan keboleh faedahan teks dalam bahasa Malaysia.

9
4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, pemahaman yang mendalam terhadap sistem ejaan Jawi dan ejaan
Rumi adalah kunci penting dalam menangani isu yang berkaitan dengan pemartabatan
tulisan dalam dua skrip tersebut di Malaysia. Kedua-dua sistem ejaan ini bukan sekadar
sekumpulan aturan ejaan, tetapi merupakan penjelmaan warisan budaya yang kaya dan
penting bagi identiti negara. Oleh itu, mempelajari dan memahami dengan teliti peraturan
serta ciri-ciri unik dalam ejaan Jawi dan Rumi adalah langkah yang berkesan bagi
memastikan kelestarian dan pertumbuhan terus-menerus warisan bahasa dan budaya
Malaysia. Dalam era digital dan moden ini, di mana teknologi menjadi semakin
mendominasi, kepentingan untuk memelihara serta memperkukuhkan pemahaman terhadap
kedua-dua sistem ejaan ini lebih penting daripada sebelumnya. Hal ini bukan sahaja
membantu dalam mengekalkan identiti kebudayaan negara, tetapi juga memastikan bahawa
generasi akan datang dapat mewarisi dan menghargai warisan luhur ini. Dengan
mempelajari ejaan Jawi dan ejaan Rumi secara menyeluruh, kita dapat menghargai
keindahan dan keunikan setiap skrip serta menyedari nilai kepelbagaian budaya yang
menjadi kekayaan Malaysia. Sejajar dengan itu, perlunya penghormatan terhadap peraturan
dan ciri-ciri sistem ejaan tersebut sebagai tindak balas terhadap nilai-nilai warisan yang
diwariskan oleh nenek moyang kita. Oleh itu, kesedaran akan pentingnya sistem ejaan Jawi
dan ejaan Rumi dalam menyokong kemajuan bahasa dan budaya Malaysia harus dipupuk
dalam kalangan masyarakat serta ditekankan dalam pendidikan formal. Hanya dengan cara
ini, warisan bahasa dan budaya negara dapat terpelihara dengan baik dan terus
berkembang di era globalisasi yang serba canggih ini.

10
Rujukan

Alias, N. (2016a, June). Pengajaran tulisan jawi kaedah zA’bA dan matlob satu kajian

perbandingan. ResearchGate; Universiti Putra Malaysia.

https://www.researchgate.net/publication/283318693_PENGAJARAN_TULISAN_JAWI_K

AEDAH_ZA

Alias, N. (2016b). Perbandingan sistem ejaan jawi dalam surat sultan zainal abidin III dengan

sistem ejaan wilkinson, za’aba dan baharu.

Bahasa, J., Dan, B., & Melayu, W. (2016). Pertanika mahawangsa. Jurnal Bahasa, Budaya Dan

Warisan Melayu, 3(1).

Faisal, A., & Hamid, A. (2014). Sejarah perkembangan tulisan jawi: Analisis mengenai teori kang

kyoung seok. http://commonrepo.um.edu.my/12610/1/Page%201-15.pdf

Hashim Musa. (2006). Sejarah perkembangan tulisan jawi. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

https://www.islamicmanuscripts.info/reference/books/Musa-2006-Sejarah/Musa-2006-

Sejarah-000-055.pdf

Kamarudin , Dr. K. (2010). Hubung jalin malaysia dan indonesia dalam memperkasa kesusasteraan

nusantara. Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi.

Kyoung Seock Kang. (1993). Perkembangan tulisan jawi dalam masyarakat melayu. Dewan Bahasa

Dan Pustaka.

Mokhtar Talib. (2003). Pandai jawi. Shah Alam Cerdik Publ.

Nur Baiti Nazri. (2018). Sejarah ejaan jawi dan rumi. Www.academia.edu.

https://www.academia.edu/42039357/Sejarah_Ejaan_Jawi_dan_Rumi

Zaidan, N. A., Abd Rahman, M. Z., & Zailaini, M. A. (2018). Analisis kata serapan bahasa arab

berdasarkan pembentukan kata bahasa melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 29(1), 78–101.

https://doi.org/10.22452/jomas.vol29no1.4

11
12

Anda mungkin juga menyukai