Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

BMMB1094
KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Nama : Nurul Shafika Binti Harun


No. K/P : 030203-07-0154
Angka Giliran : 2021242310160
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Unit : X6
Nama Pensyarah : Encik Zaini Bin Abdul
Ghani
Tarikh Hantar :

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

25 OKTOBER 2021
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

25 OKTOBER 2021
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
2

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan seperti yang berikut :

TUGASAN 1 (40%):
Penulisan Esei (1000 patah perkataan)

Kemahiran berbahasa merujuk kepada kebolehan seseorang berbahasa. Konsep kemahiran


berbahasa adalah memperlihatkan keupayaan seseorang untuk berkomunikasi atau berinteraksi
bagi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan pertuturan.
Kemahiran berbahasa ini merangkumi kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan
menulis. Sehubungan itu kemahiran ini dapat dikuasai melalui beberapa peringkat kemahiran
bahasa.

1. Berdasarkan pernyataan di atas


i. perincikan secara kritis dan kreatif faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran
bahasa.
ii. hubung kaitkan faktor yang mempengaruhi kemahiran bahasa dengan peringkat
kemahiran bahasa.

2. Penulisan esei perlu menggambarkan kemahiran anda untuk menilai, memilih dan
mengorganisasikan idea dalam menginterpretasikan huraian di atas.
3. Huraian dan penjelasan yang anda kemukakan perlu diterjemahkan dalam bentuk penulisan
tidak melebihi 1000 patah perkataan secara keseluruhannya.

TUGASAN 2:
Simulasi:
KPPB – BMMB 1094; BMM1084; BMM1074 dan GPMK1012;

1. Dalam kumpulan simulasi yang tidak melebihi tiga orang, anda dikehendaki untuk mengumpul
maklumat yang berkaitan dengan aspek komunikasi dan aspek kandungan.
i. aspek komunikasi;
berbincang dan melaksanakan aktiviti kemahiran bertutur
berkebolehan menyampaikan idea berasaskan pembelajaran bermakna
simulasi menggunakan medium teknologi dalam mewujudkan hubungan sosial
dalam pasukan.

ii. aspek kandungan


menunjuk cara dengan membina kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
untuk aktiviti kemahiran mendengar
mengaplikasi pengetahuan kemahiran konsep komputasional.

2. Pelaksanaan simulasi aspek komunikasi adalah berdasarkan dua aktiviti, iaitu berbincang dan
berforum. Setiap kumpulan perlu memilih satu aktiviti yang ditetapkan.
3. Pelaksanaan aspek kandungan merangkumi aktiviti kemahiran mendengar seperti mengecam
jenis bunyi, mengecam sebutan, mengecam nada, mendengar gaya pengucapan, mengenal

JKA/Jun2019
3

PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana
dengan izin dan limpah kurnianya dapat juga saya menyempurnakan tugasan kerja
kursus bagi kod matapelajaran BMMB1094 iaitu Kemahiran Bahasa Melayu dengan
jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Encik Zaini Abdul Ghani ,selaku pensyarah saya kerana telah meletakkan
sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus
ini.Tidak lupa juga budi beliau yang membantu dan memberikan tunjuk ajar sepanjang
tempoh tugasan kerja kursus ini dilaksanakan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada semua pihak yang tidak
putus-putus membantu saya dalam menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada
rakan-rakan sepejuangan saya atas tunjuk ajar dan maklumat yang diberikan
sepanjang masa tugasan kerja kursusu ini dilaksanakan. Selain itu, saya turut berterima
kasih kepada keluarga saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan
kerjasama untuk saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini dirumah memandangkan
keadaan dunia sekarang yang sedang sarat dengan masalah pendemik Covid-19.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan kerja kursus ini sama ada secara langsung atau tidak langsung kerana tanpa
bantuan semua tugasan ini tidak dapat saya laksanakan dengan cemerlang seperti ini.

Saya akhiri ini dengan serangkap pantun,

Tanah luas tak ada tuannya


Tombak tajam ditancapkan
Atas perhatian dan bantuannya
Terima kasih saya ucapkan.

Sekian, terima kasih

JKA/Jun2019
4

ISI KANDUNGAN
Bil. Butiran-butiran Muka Surat

1. Borang Pengesahan Pelajar 1

2. Soalan Tugasan 2

3. Penghargaan 3

4. Isi Kandungan 4

5. 1.0 Pengenalan 5

6. 2.0 Faktor yang mempengaruhi kemahiran


bahasa.
2.1 Kemahiran Mendengar
5
2.2 Kemahiran Bertutur
6
2.3 Kemahiran Membaca
6
2.4 Kemahiran Menulis
6-7

7. 3.0 Hubungkait faktor kemahiran bahasa dengan


peringkat kemahiran bahasa
3.1 Peringkat Kemahiran Mendengar
7
3.2 Peringkat Kemahiran Bertutur
7-8
3.3 Peringkat Kemahiran Membaca
8
3.4 Peringkat Kemahiran Menulis
8-9

8. 4.0 Rumusan 10

9. Sumber Rujukan 11-12

JKA/Jun2019
5

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat,kemahiran bermaksud kepandaian atau


kecekapan seseorang individu manakala berbahasa pula bermaksud menggunakan
bahasa atau bercakap dalam seseuatu bahasa.Kemahiran berbahasa ini meliputi
empat kemahiran iaitu mendengar,bertutur,membaca dan menulis.Roselan pada
tahun 2003 menyatakan bahawa kemahiran berbahasa merupakan kemahiran asas
yang penting dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penguasaan kemahiran bahasa ini membolehkan seseeorang itu mahir dan


cekap dalam pendengaran,pertuturan,pembacaan dan penulisan.Hyslop dan Tone
pada tahun 1988 menyatakan bahwa asas yang paling penting dalam kemahiran
bahasa ini adalah kemahiran mendengar dan bertutur kerana dengan penguasaan
kemahiran ini seseorang akan lebih berpotensi cenderung untuk menguasai
kemahiran membaca dan menulis juga.

2.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN BAHASA

2.1 KEMAHIRAN MENDENGAR

Faktor yang pertama ada faktor jantina.Berdasarkan penyelidikan yang


dilaksanakan di Hospital Universiti Sains Malaysia,terdapat berbezaan antara
kanak-kanak lelaki dan perempuan misalnya kanak-kanak lelaki 7-9 tahun lebih lemah
kefahaman mendengar berbanding kanak-kanak perempuan yang sebaya dengan
mereka.Ini kerana,kadar pertumbuhan dan perkembangan jasmani kanak- kanak
perempuan yang berkaitan dengan urat saraf mereka berlaku lebih pantas daripada
kanak-kanak lelaki.

Faktor kedua adalah sosioekonomi dimana latar belakang keluarga yang


merangkumi kemudahan dan proses interaksi yang berlaku antara ahli keluarga.Ini
dikaitkan kerana kanak-kanak yang kurang berkemampuan lebih pasif pendegarannya
dan mungkin interaksi dirumah kurang berlaku.Kebanyakan masalah berlaku dari
keluarga bermasalah seperti keluarga yang sering bergaduh ia akan menjejaskan
pertumbuhan sekaligus menganggu kebolehan mereka seperti kemahiran mendengar.

2.2 KEMAHIRAN BERTUTUR

Pertama adalah faktor kecergasan dimana ia melibatkan kebolahan otak dalam

JKA/Jun2019
6

menerima,mentafsir serta mengembangkan idea lalu mencetuskan ayat untuk


dipertuturkan.Otak yang aktif dihubungkan dengan kebolehan untuk menghasilkan
bahasa.Tidak semua kanak-kanak mempunyai tahap kebolehan yang sama,jaga murid
yang cergas dan aktif lebih cenderung untuk bertutur.Contohnya,di dalam bilik
darjah,murid yang pendiam dilihat kurang cergas dan kurang bertutur berbanding murid
yang aktif.

Seterusnya,faktor kesihatan dan fizikal juga mempengaruhi pertuturan


seseorang.Kekurangan sifat atau kecacatan dari fizikal individu akan membatasakan
pertuturan mereka.Contohnya,Cerebral palsy iaitu kesukaran untuk bergerak ini akan
membawa kepada masalah pertuturan dan sumbing iaitu masalah pada mulut
menyukarkan penghasilan bunyi ketika bertutur.

2.3 KEMAHIRAN MEMBACA

Selain itu,faktor intelektual misalnya kebolehan berbahasa mempengaruhi


pembacaan seseorang.Individu yang mempunyai pengetahuan dan penguasaan
perbendaharaan kata yang lemah dalam tatabahasa misalnya akan menghadapi
masalah dalam membaca.Kelemahan dalam kemahiran mendengar dan bertutur
bahasa baku juga menyukarkan proses pembacaan seseorang kerana ia saling
berkait.Contohnya,pelajar kelas pemulihan tidak dapat membaca dengan lancar kerana
intelek mereka masih lemah.

Disamping itu,faktor fizikal iaitu kebolehan mendengar dan melihat juga


mempengaruhi pembacaan.Kegagalan individu dalam pendengaran akan
menyukarkannya membuat diskriminasi berkaitan bunyi dan kemahiran yang lain dalam
bacaan.Bagi daya penglihatan,masalah ini bermula dengan proses melihat dan
mengecam huruf yang hendak dibaca.Menurut Roe,Stoodt,dan Burns pada tahun
1978,banyak masalah telah ditemui yang berkaitan dengan penglihatan dan
pembacaan walaupun penyelidikan tidak dapat menegaskan bukti ini dengan
jelas.Saya sendiri mengalami masalah penglihatan iaitu rabun,masalah ini
sememangnya menganggu pembacaan saya apabila ketiadaan alat bantu melihat iaitu
kaca mata.

2.4 KEMAHIRAN MENULIS

Antara faktornya adalah minat dan kecenderungan diri sendiri.Pelajar yang


meminati bidang penulisan lebihan berkemahiran dalam menjana buah fikiran

JKA/Jun2019
7

penulisan berbanding pelajar yang dipaksa kerana mereka akan menimbulkan


kesukaran dalam diri mereka sendiri disebabkan tiada minat dalam penulisan.Menurut
kajian Loy pada tahun 1977 menyatakan bahawa kebolehan menulis ini termasuklah
dengan sikap negatif pelajar seperti kurang peka dengan isu semasa dan tidak minat
terhadap penulisan.

Akhir sekali,faktor tulisan.Abdullah Hassan menyatakan dalam bukunya Isu-isu


Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia 1996 bahawa tulisan lebih jelas dilihat
dan boleh dianalisi serta tulisan akan kekal.Penggunaan alat tulis juga mempengaruhi
kemahiran menulis kerana penggunaan pensil yang tajam akan menjadikan tulisan itu
lebih kemas dan mudah dibaca dengan jelas.Jika tulisan itu cantik,seseorang akan
gemar dan minat dalam penulisan akan disemai.

3.0 HUBUNGKAIT FAKTOR KEMAHIRAN BAHASA DENGAN PERINGKAT


KEMAHIRAN BAHASA

3.1 PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz pada tahun 2011 menyatakan bahawa terdapat
tiga peringkat kemahiran mendengar iaitu peringkat awal,peringkat pertengahan
dan peringkat maju dimana ia bermula dengan pengecaman,pengajukan dan
pemilihan bunyi.Seterusnya,diperingkat pertengahan melibatkan pengecaman dan
proses mengingati fakta serta butiran dan ia diikuti dengan peringat terakhir iaitu
proses pengenalan isi-isi penting yang didengari dan dipindahkan secara penulisan
atau pertuturan.

Bagi faktor jantina,ia tidak menjejaskan proses setiap peringkat kerana faktor
jantina ini melibatkan tempoh perkembangan.Kanak-kanak lelaki dan perempuan
akan mengalami setiap peringkat kemahiran ini sama ada cepat atau lambat
sahaja.Seterusnya,faktor sosioekonomi ini mungkin mengalami masalah dari
peringkat awal lagi kerana tiada kemudahan untuk mendedahkan mereka dengan
penngecam bunyi dan jika interaksi tidak dilaksanakan murid akan sukar
mengecam dan mengingati fakta pada peringkat pertengahan.

3.2 PERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTUR

Sama seperti kemahiran mendengar,kemahiran bertutur mempunyai tiga


peringkat iaitu peringkat awal,pertengahan dan maju.Di peringkat awal,proses

JKA/Jun2019
8

dimana melafazkan dan mengajuk perkataan yang telah


didengari.Seterusnya,peringkat pertengahan ialah membuat penerangan tentang
objek dan visual serta memberi kenyataan pendek.Akhirnya diperingkat maju
adalah menerangkan sesuatu keadaan,peristiwa,pengalaman misalnya mula
bercerita dan berbincang dengan alat pandang atau tanpanya.

Jadi untuk faktor kecergasan sememangnya tidak membawa masalah kepada


seseorang untuk melalui setiap peringkat ini.Cuma ia agak mengambil masa
kepada individu yang pasif atau kurang cergas tetapi proses ini tetap dilalui
sehingga peringkat maju.Bagi faktor fizikal,peringkat-peringkat ini amat terbatas
kerana kekurangan yang dimiliki oleh individu itu sendiri yang menghadkannya.

3.3 PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA

Menurut Taylor pada tahun 1973 bahawa terdapat empat fasa kemahiran
membaca iaitu peringkat prabacaan, peringkat permulaan,peringkat mahir dan
peringkat fasih.Peringkat prabacaan adalah dimana peringkat kanak-kanak tidak
dapat merungkaikan keseluruhan maklumat yang dibaca manakala peringkat
permulaan ialah peringkat kanak-kanak dapat mengecam mengenalpasti
perkataan berkaitan kehidupan sehariannya.Seterusnya,peringkat mahir ialah
peringkat seseorang itu sudah dapat membaca isi tertentu dan bagi peringkat fasih
seseorang sudah mampu membaca dengan lancar.

Untuk faktor intelektual dan fizikal,keempat-empat peringkat ini masih dilalui


tetapi tempoh yang diambil untuk ke peringkat fasih agak lama jika pelajar itu malas
untuk belajar.Faktor fizikal juga mengambil masa akan tetapi seseorang itu masih
boleh membaca jika mereka mempunyai kemahuan.Untuk masalah penglihatan
seperti rabun,alat bantu seperti kaca mata dapat melancarkan pembacaan seperti
biasa.

3.4 PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS

Bagi kemahiran menulis terdapat tiga peringkat iaitu pramenulis,mekanis dan


pelahiran.Peringkat pertama iaitu pramenulis merupakan peringkat seseorang
bersedia sebelum memulakan penulisan dengan kemas.Seterusnya,mendirikan
asas atau mekanis ialah peringkat dimana mempelajari menulis huruf,suku
kata,perkataan dan diikuti dengan pembinaan ayat.Akhir sekali dalam peringkat
pelahiran seseorang itu telah mengusai semua kemahiran bahasa seperti

JKA/Jun2019
9

bertutur,mendengar dan membaca serta sudah dapat menulis karangan dengan


melahiran idea dan pendapatnya sendiri.

Peringkat ini dapat dilaksanakan jika faktor minat dalam diri seseorang ini
disemai,ini bergantung kepada diri individu itu sendiri.Bagi faktor tulisan,ia dapat
diselesaikan di peringkat mekanis dimana seseorang akan belajar cara untuk
menulis dengan betul dan kemas supaya penulisan yang kelihatan kemas dan
mudah untuk dibaca.
(1000 Patah Perkataan)

JKA/Jun2019
10

4.0 RUMUSAN

Saya bersyukur kerana dapat melaksanakan tugasan kerja kursus bagi


BMMB1094 dengan jayanya.

Kerja kursus ini berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi


kemahiran bahasa serta hubungkaitnya dengan peringkat kemahiran
bahasa.Saya rumuskan disini bahawa kemahiran bahasa ini merangkumi empat
kemahiran iaitu bertutur,mendengar,membaca serta menulis.Terdapat banyak
faktor yang mempengaruhi kemahiran bahasa seperti yang saya rungkaikan
didalam tugasan ini.

Setiap kemahiran bahasa mempunyai peringkat yang berbeza bergantung


kepada kemahiran masing-masing.

JKA/Jun2019
11

SUMBER RUJUKAN :
Marohaini Yusoff. (2015).Strategi pengajaran bacaan dan kefahaman.PTS
Publications & Distributours Sdn. Bhd.

Yahya Othman.Mengajar Membaca:Teori & Aplikasi.PTS Professional.

Yahya Othman,Roselan Baki,Naffi Mat. (2009).Permekasaan pendidikan


bahasa Melayu dari teori ke praktik.Utusan Publications.

Ainon Mohd. (2019).Seni bercakap-cakap & berbual-bual:edisi kemas kini.


PTS Publishing House Sdn.Bhd.

Juriah Long,Ramiah Hj. Sabran,Sofiah Hamid. (1990).Perkaedahan pengajaran


bahasa Melayu.Fajar Bakti.

Ying Soon Goh. (2006).Kemahiran menulis,PTS Professional.

James Ang Jit Eng,Balasandran Ramiah. (2012).Kepimpinan instruksional:satu


panduan praktikal edisi kedua.PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Suraiya Chapakiya. (2014).Asas lingustik.PTS Publications & Distributors


Sdn.Bhd.

Hasan Mohd. Ali Ph.D. (2006).Terknik belajar berkesan dan efektif,PTS Litera
Utama.

Yahya Othman. (2005).Trend dalam pengajaran bahasa Melayu.PTS


Professional.

Siow Heng Loke,Abu Talib Putih,Lee Siew Eng,Sandiyao Sebestian,Adelina


Asmawi. (2005).Pedagogi merentas kurikulum.PTS Professional.

Pn Rohayati binti Abd Hamed,Dr.Vasundhara Vasudevan. (2019).Jurnal


penyelidikan pendidikan jilid 20.Golden Network.

Che Zanariah Che Hassan,Fadzilah Abd Rahman.Perlaksanaan pengajaran &


pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah.

JKA/Jun2019
12

Abdul Rasid Jamian.Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa


melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar.

Prof Madya Dr. Abdul Sukor Shaari,Rahmah Awang Sapie. (2010).Faktor-faktor


yang mempengaruhi penguasaan sintaksis bahasa Melayu.Universiti Utara
Malaysia.

Siti Saniah Abu Bakar. (2013).Kekangan pelajar asing dalam menggunakan


kemahiran bertutur bahasa Melayu.Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Chew Fong Peng,Abdul Jalil Othman. (2008).Pengabaian kemahiran


mendengar dan bertutur dalam bilik darjah di sekolah:punca,masalah dan
kesannya di Malaysia.

Chew Fong Peng,Dewis Haris. (2019).Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap


pencapaian literasi bahasa melayu murid tahun 4 dalam kemahiran
menulis.Universiti Malaya.

@Myhealth.gov.my/perkembangan-bahasa-dan-kemahiran-literasi-awal/.
Perkembangan bahasa dan kemahiran.Kementerian Kesihatan Malaysia

JKA/Jun2019

Anda mungkin juga menyukai