Anda di halaman 1dari 22

KULLIYYAH KAUNSELING DAN SAINS SOSIAL

IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING

KTI 6213

TEORI DAN PENDEKATAN KAUNSELING ISLAM

PENDEKATAN KAUNSELING MENURUT IMAM AL-GHAZALI

(PROF SALASIAH HANIN HAMJAH)

NAMA PENSYARAH CIK SHAAMILAH BINTI SHAHABUDDIN

NAMA PELAJAR NUR AQILAH BINTI ZULKIFLI

M214015046

MIRA WAHIDAH BINTI MUHAR

M214014746

KOHOT 4

1
ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN..............................................................................................................................2
PENGHARGAAN...............................................................................................................................3
1.0 PELOPOR TEORI.................................................................................................................4
2.0 FALSAFAH BAGI PENDEKATAN KAUNSELING MENURUT IMAM AL-GHAZALI......6
3.0 PANDANGAN MENGENAI MANUSIA.....................................................................................7
4.0 PENDEKATAN DALAM PENYELESAIAN ISU.......................................................................8
5.0 TEKNIK-TEKNIK......................................................................................................................11
6.0 KELEBIHAN TEORI.................................................................................................................12
7.0 KEKURANGAN TEORI............................................................................................................13
9.0 PERANAN KAUNSELOR..........................................................................................................15
10.0 RUMUSAN.................................................................................................................................16
11.0 PENAMBAHBAIKAN MENURUT AHLI..............................................................................17
(NUR AQILAH BINTI ZULKIFLI)................................................................................................17
(MIRA WAHIDAH BINTI MUHAR).............................................................................................18
13.0 KAEDAH PENYELESAIAN KES KAUNSELING...............................................................19
KAEDAH MENGENDALIKAN KES BERKAITAN KOMUNIKASI VERBAL YANG BURUK
.....................................................................................................................................................19
KAEDAH MENGENDALIKAN KES BERKAITAN MENIPU.................................................19
KAEDAH MENGENDALIKAN KES BERKAITAN MENGUMPAT.......................................20
KAEDAH MEMOTIVASIKAN KLIEN.....................................................................................20
RUJUKAN.........................................................................................................................................21

2
PENGHARGAAN

‫ِبْســــــــــــــــــِم ِهللا الَّرْح َمِن الَّر ِح ْيِم‬

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Allah S.W.T atas limpah kurniaNya, penulis dapat
menyiapkan tugasan ini sebagai melengkapkan keperluan kursus Teori dan Pendekatan
Kaunseling Islam Ijazah Sarjana Muda Kaunseling.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Shaamilah Binti
Shahabuddin selaku pensyarah kursus Teori dan Pendekatan Kaunseling Islam, di atas tunjuk
ajar, nasihat dan bimbingan yang diberikan sepanjang meyiapkan tugasan ini.

Teristimewa buat keluarga tercinta, dengan berkat dan doa yang mengiringi penulis dalam
perjalanan menyiapkan tugasan ini, selain penulis dapat menyelami ilmu dengan lebih
mendalam dan memahami apa yang hendak disampaikan oleh pengkaji kepada tajuk kami
iaitu Pendekatan Kaunseling Spiritual Menurut Al-Ghazali Menurut Prof. Salasiah Hanin
Hamjah.

Akhir sekali, tidak dilupakan ucapan terima kasih ini diberikan kepada rakan-rakan
seperjuangan yang bersama-sama dalam menyiapkan tugasan yang diberikan dan tunjuk ajar
yang tidak berbelah bahagi serta sokongan padu yang ditunjukkan. Semoga kita peroleh
kejayaan.Insya-Allah.

Terima kasih jua pada insan-insan yang terlibat dalam tugasan ini sama ada secara langsung
mahupun tidak langsung.

Sekian, Terima kasih.

3
1.0 PELOPOR TEORI

1.1 Biodata Ringkas Al-Ghazali

Pelopor bagi pendekatan ini ialah Imam Al-Ghazali. Al-Ghazali merupakan seorang tokoh
yang terkenal dalam dunia akademik antarabangsa. Beliau juga merupakan seorang tokoh
pemikir agung dan reformis dalam Sejarah Islam. Nama sebenar beliau ialah al-Ghazali bin
Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazalial-Tusi al-Syafi’i.
dilahirkan pada tahun450 Hijrah iaitu 1058 Masihi di perkampungan Ghazalah, Tus,
Khurasan, iaitu di Timur Laut Iran atau dulunya Parsi.

Sesetengah penulis mencatatkan nama al-Ghazali sebagai al-Ghazzali iaitu dengan dua huruf
Z kerana dikaitkan dengan pekerjaan bapanya iaitu seorang pemintal benang bulu, dan
manakala ramai juga menyebutnya al-Ghazali sempena nama kampung kelahirannya iaitu
Ghazalah. Beliau juga dikenali dengan beberapa nama gelaran Hujjah Al-Islam, Zayn al-Din
dan al-Naysaburri.

Al-Ghazali menjalani kehidupan berkeluarga sebagaimana orang lain, namun tidak banyak
catatan menceritakan tentang keluarganya lebih-lebih lagi tentang isterinya. Sedikit maklumat
yang dapat diketahui, iaitu al-Ghazali berkahwin sebelum berumur 20 tahun dan dikurniakan
empat orang cahaya mata, tiga perempuan dan seorang lelaki. Gelaran Abu Hamid di pangkal
nama al-Ghazali ialah sempena nama anak lelaki tunggalnya, Hamid yang telah meninggal
dunia ketika masih kecil (Sulayman, 1965).

Al-Ghazali menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Isnin, 14 Jamadil Akhir, 505 H
bersamaan 19 Disember 1111 Masihi, ketika berusia 55 tahun di Tabaran (Ibn Khallikan,
1994). Tabaran merupakan salah sebuah kota utama dalam daerah Tus selain Nawqan. Dalam
dua buah kota ini terdapat lebih 1000 buah kampung yang dibuka pada zaman pemerintahan
Khalifah Uthman bin Affan (al-Hamawi, 1995). Al-Subki (1968) menyatakan pada hari-hari
terakhir hayatnya, al-Ghazali banyak menumpukan perhatiannya mengerjakan ibadah seperti
membaca al-Quran, mendirikan solat, berpuasa, dan sebagainya (Ibn Khallikan, 1994). Ibn
Kathir (1988), mencatatkan al-Ghazali banyak menghabiskan saat-saat akhir hayatnya
mempelajari ilmu hadis bahkan menghafal hadis-hadis Bukhari dan Muslim (sahihaini)
lantaran menyedari kelemahannya dalam bidang tersebut.

4
1.2 Pendidikan Spiritual Al-Ghazali

Imam Al-Ghazali telah memulakan Pendidikan spiritualnya sejak dari kecil lagi kerana
ayahnya telah berwasiatkan kepada rakan baik ayahnya iaitu seorang ahli sufi supaya ia
Imam AL-Ghazali mendalami ilmu spiritual. Beliau juga mendapatkan ilmu daripada seorang
guru bernama Yusuf al-Nassaj di Jurjan dalam bidang spiritual dan tasawuf sehingga beliau
mampu membiasakan diri dengan kehidupan spiritual dan melakukan kebaikan sehingga
mencapai tahap ‘arifun, iaitu tingkatan seseorang yang sangat mengetahui dalam ilmu sufi
(Al-Quasem,1975).

Dari al-Farmadhi,Imam Al-Ghazali mempelajaro tasawuf serta beberapa asas teori dan
praktis ilmu tasawuf. Bukanlah suatu perkara yang ganjil jika dalam kehidupan seterusnya,
Imam Al-Ghazali lebih menumpukan teori dan amalannya dalam bidang spiritual kerana
semenjak kecil beliau telah mendapat banyak pendedahan dalam ilmu tersebut.

1.3 Pengembaraan Spiritual Al-Ghazali

Imam Al-Ghazali memulakan pengembaraan beliau semenjak meninggalkan pangkat dan


kemewahan di Institut Pengajian Tinggi Nizamiyyah menuju ke Syam (Syria). Sebenarnya ia
tidak mudah untuk meninggalkan Baghdad, malah keputusannya itu menjadi pertikaian dan
buah mulut ulama pada ketika itu.Imam Al-Ghazali memberikan alasan mahu ke Baitullah
bagi mengerjakan haji walaupun dalam hatinya mempunyai tujuan lain untuk pergi ke Syam.

Imam Al-Ghazali menetap di Syam selama lebih kurang dua tahun. Beliau banyak
menghabiskan waktunya dengan aktiviti spiritual seperti ‘uzlah (pengasingan diri), khalwah,
riyadah (latihan jiwa), mujahadah (perjuangan jiwa), tazkiyyah al-nafs (menyucikan jiwa)
dengan mengingati Allah S.W.T. menurut cara ilmu tasawuf sebagaimana yang dipelajarinya.

Berdasarkan pengalaman yang diperoleh Imam Al-Ghazali dalam menimba ilmu dalam
bidang tasawuf dan spiritual dan juga krisis spiritual yang dialaminya serta pengembaraan
spiritual yang dilaluinya, ia dapat menjadikan beliau seorang yang benar-benar dalam
pembinaan spiritual.

5
2.0 FALSAFAH BAGI PENDEKATAN KAUNSELING MENURUT IMAM AL-
GHAZALI
Falsafah bagi teori ini di ambil daripada al-Quran dan al-Hadis sebagai sumber rujukan
utama. Falsafah teori ini menyatakan bahawa aspek spiritual dalam diri manusia membantu
mereka kembali kepada tuhan dan bergerak ke arah mencapai tahap insan kamil. Teori ini
merupakan suatu pendekatan alternatif yang boleh digunakan dalam proses intervensi
kaunseling. Falsafah teori ini menyatakan bahawa Allah telah menciptakan manusia dengan
tujuan untuk beribadah atau pengabdian diri kepada Allah sebagaimana firman Allah yang
bermaksud

“Dan (Ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu” (al-Quran: alDhariyat [51]: 56)

Teori ini juga menyatakan bahawa manusia adalah sebaik-baik ciptaan yang diciptakan oleh
Allah.Teori ini juga menjelaskan bahawa manusia boleh mencapai kebahagiaan dengan
kembali kepada tuhan. Ini kerana pada asal penciptaan manusia, mereka adalah bebas dari
dosa. Al-Quran telah menggariskan matlamat akhir manusia adalah mencapai tahap insan
kamil. Insan kamil dapat didefinisikan sebagai manusia yang sempurna dari sudut
spiritualnya. Kesempurnaan spiritual dapat dicapai melalui kepercayaan kepada tuhan,
amalan ritual dan bertingkah laku dengan baik. al-Ghazali menyatakan bahawa tahap insan
kamil dapat dicapai melalui gabungan unsur qalb, ruh, nafs dan ‘aql yang terdapat dalam diri
manusia. Keempat-empat unsur ini disebut berulangulang kali di dalam al-Quran sebagai
penegasan kepentingan unsur ini kepada manusia.

Teori Kaunseling al-Ghazali menjadikan falsafah al-Ghazali tentang unsur qalb, ruh, nafs dan
‘aql sebagai teras dalam pembinaan teori ini. Teori Kaunseling al-Ghazali menghuraikan
sifat-sifat manusia terdiri daripada empat unsur iaitu qalb atau hati, ruh atau roh, nafs atau
jiwa dan ‘aql atau akal. Keempat-empat unsur ini berinteraksi secara dinamik. Yatimah dan
Mohd Tajudin (2008, 2011) juga menyatakan bahawa unsur qalb, ruh dan nafs adalah unsur
yang mempengaruhi sifat dalaman manusia manakala ‘aql adalah unsur yang mempengaruhi
sifat luaran manusia. Namun begitu unsur yang paling penting yang mempengaruhi tingkah
laku manusia adalah qalb.

6
3.0 PANDANGAN MENGENAI MANUSIA
Konsep manusia menurut Imam Ghazali dapat dikaji dari segi unsur kerohanian yang terdiri
daripada qalb, roh, nafs dan ‘aql. Imam Al Ghazali di dalam kitab Ihya’ telah mengutarakan
teori manusia berdasarkan ayat Al-Quran dalam surah Sad ayat 72 :

“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya(manusia),serta Aku tiupkan padanya roh


dari (ciptaan-Ku)…”

Manusia yang diciptakan Allah s.w.t memiliki unsur-unsur rohaniah iaitu qalb, roh, nafs,
dan ‘aql. Imam Al-Ghazali menegaskan bahawa manusia adalah makhluk yang kompleks,
kebendaan, sayangkan kehidupan dan kepandaian manusia suka memuaskan estetika dan
benda-benda yang cantik, di samping itu manusia mempunyai roh Ilahi yang bertentangan
dengan nafsu itu. Manakala dalam bukunya Kimyatus Sa’adah menerangkan bahawa manusia
yang menentang hukum-hukum Allah s.w.t adalah akibat tiadanya pengetahuan dan
kegagalan memahami erti kehidupan.

Imam Al-Ghazali menegaskan bahawa manusia memang berkebolehan untuk mencapai taraf
malaikat dengan suluhan ilmu dan boleh juga jatuh tersungkur lebih rendah dari taraf haiwan
jika terpengaruh dengan kemewahan dan kemarahan. Malah beliau menekankan kepentingan
ilmu dalam membantu memberi kesedaran tentang hakikat dirinya yang tinggi, suci dan
murni.

Di samping itu Al-Ghazali turut membicarakan tentang pelbagai sifat manusia di dalam kitab
Ihya’ iaitu sifat jahat, sifat haiwan, sifat syaitan dan sifat malaikat. Keempat-empat sifat ini
memang ada pada jiwa manusia. Tindakan yang mulia menyucikan serta membawa nur pada
jiwa sementara tindakan jahat dan membawa dosa mengotorkan jiwa sehingga hilang nurnya.
Jesteru, huraian Imam Al-Ghazali cukup jelas bahawa manusia memang ada kecenderungan
untuk meningkatkan hakikat dirinya yang suci bersih. Namun manusia juga akan terjerumus
ke lembah yang lebih rendah dari haiwan. Ilmu dan tindakan yang mulia adalah penting
untuk menyucikan diri manusia.

Imam al-Ghazali menggariskan tingkahlaku manusia berasaskan kepada surah Al-Hujurat


ayat 15 :

7
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada
Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta
dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar”.

4.0 PENDEKATAN DALAM PENYELESAIAN ISU


Terdapat 6 peringkat bagi menyelesaikan isu. Antaranya ialah :
Peringkat 1 : Membina kemesraan (Takwim Al-Ulfah atau Rapport) dengan klien.

 Membina Rapport merupakan perkara asas dalam kaunseling . Rapport atau


kemesraan tidak bersalahan dengan ajaran Islam, malah Islam menggalakkan
umatnya supaya sering berkenalan antara satu sama lain, menjalinkan
silaturrahim dan sentiasa mengingatkan bahawa setiap orang yang beriman itu
adalah bersaudara. Rapport sangat penting dalam kaunseling bagi memupuk
rasa percaya klien terhadap kaunselor serta menimbulkan rasa selesa sewaktu
berbincang mengenai masalah yang dihadapi klien

Peringkat 2 : Mengenali diri dan mengenal pasti punca masalah

 Pada peringkat ini, klien perlu mengenali dirinya terlebih dahulu supaya
dengan pengetahuan tersebut, dia tahu dimanakah kekuatan dan kelemahannya
yang boleh membantu dalam mengenalpasti punca masalah dan seterusnya
menyelesaikan permasalahan tersebut.Dalam konteks kaunseling, klien perlu
diberikan kesedaran tentang peranan hati dalam menentukan kebahagiaan
hidupnya.
 Kaunselor boleh mengenalpasti masalah klien dengan menumpukan hal-hal
berkaitan spiritual klien. Hal ini dapat dilakukan berdasarkan pandangan al-
Ghazali seperti : mengenal tanda-tanda penyakit hati, kaedah mengenal
kekurangan diri sendiri, menyedari hakikat hati sering berbolak balik.

Peringkat 3 : Perlaksanaan Kaedah Tazkiyah Al-Nafs dengan Kaedah Utama


Mujahadah al-Nafs (Takhalli)

 Menurut al-Ghazali, kaedah utama bgai merawat semua penyakit hati ialah
menerusi mujahadah al-nafs dan mengingati mati. Kedua-dua kaedah ini

8
merupakan kaedah yang boleh diguna pakai bagi erawat semua jenis penyakit
hati, malah dijadikan kaedah utama sebelum melaksanakan kaedah khusus
mengikut jenis penyakit-penyakit ini.
 Mujahadah al-nafs sesuai diaplikasikan bagi merawat semua penyakit kerana
dilakukan dengan kaedah bertentangan atau berlawanan. Contohnya, marah
dirawat dengan sifat pemaaf, sombong dirawat dengan sifat tawadu’.
 Mengingati mati juga boleh dijadikan kaedah utama dalam merawat penyakit-
penyakit hati kerana dengan mengingati mati boleh membantu seseorang
mempertingkatkan keimanan mereka. Disamping itu, ini dapat mendorong
seseorang itu berazam membuang segala sifat tercela kerana mengingati
kematian menjadikan seseorang itu memikirkan bekalan yang akan dibawa ke
alam akhirat sehingga mendorongnya membuat persediaan menghadapi saat
kematian dengan memperbanyak amal kebajikan.

Peringkat 4 : Perlaksanaan Kaedah Tazkiyah Al-Nafs dengan Kaedah Khusus


Mujahadah al-Nafs (Takhalli)

 Pada peringkat keempat kaunselor perlu meneliti punca dan mengenalpasti


jenis penyakit hati supaya dengan pengetahuan tersebut kaunselor dapat
menggunakan kaedah rawatan khusus yang bertepatan dengan masalah yang
dihadapi klien. Sebagai contoh, masalah hasad dengki yang merupakan
penyakit hati yang didorong oleh permusuhan,takabbur,ta’ajjub,gilakan
jawatan dan ingin dipandang mulia.Kaedah rawatan untuk hasad dengki ini
boleh dilakukan dengan memberikan kesedaran bahawa hasad dengki tidak
memberikan keuntungan malah memberikan keburukan kepada diri sendiri.
Kaedah rawatan khusus tersebut boleh dilakukan oleh kaunselor bagi
memutuskan bahawa masalah klien tersebut ada kaitannya dengan penyakit
spiritual. Bagi masalah spiritual atau sifat mazmumah seperti masalah
komunikasi verbal yang buruk,suka menipu, mengumpat, buruk sangka,
marah, benci, dendam, cintakan dunia, sombong mempunyai kaedah rawatan
yang tersendiri.

Peringkat 5 : Perlaksanaan Kaedah Tazkiyah Al-Nafs dengan Kaedah Umum


Riyadah al-Nafs (Tahalli)

9
 Langkah seterusnya yang perlu dilakukan adalah dengan menghiasi (tahalli)
jiwanya yang telah bersih dari sifat-sifat buruk dengan sifat-sifat baikmenerusi
kaedah riyadah al-nafs (altahalli). Jiwa yang dihiasi dengan sifat-sifat baik
akan menjadikan pemangkin ke arah kebaikan serta membolehkannya
menjalani kehidupan dengan tenang dan mendapat keredaan Allah swt. Untuk
hal itu, al-Ghazali menerangkan tentang kaedah bagi mengatasi segala
permasalahan dalam kehidupan terutamanya masalah yang berpunca daripada
spiritual dengan pendekatan spiritual seperi memantapkan
keimanan,mempertingkatkan ibadah serta mengaplikasikan sifat-sifat
mahmudah dalam jiwa.

Peringkat 6 : Penilaian (Muhasabah al-Nafs) dan Kebahagian (Al-Sa’adah)

 Pada peringkat ini juga ditumpukan kepada proses menilai langkah-langkah


serta kaedah ke arah mencapai al-sa'adah (kebahagiaan) dalam kehidupan
klien. Kaedah ini juga dikenali sebagai muhasabah. Munasabah ke atas diri
sendiri dilakukan dengan meneliti ibadah fardu. Jika ditunaikan dengan
sebaiknya, maka sewajarnya di syukuri dan sebaliknya jika gagal, maka dia
perlu berusaha untuk menggantikannya (qada). Muhasabah dilakukan bagi
tujuan menilai kembali kesemua peringkat bermuka dari peringkat membina
kemesraan (rapport) dengan klien, mengenal diri dan mengenalpasti punca
masalah,aplikasi tazkiyah al-nafs dengan mujahadah al-nafs (takhalli) serta
riyadah al-nafs (tahalli). Jika terlekat dimana-mana peringkat,maka usaha
perlu digiatkan bagi mencapai matlamat yang diinginkan.

10
5.0 TEKNIK-TEKNIK

Takhalli – Menyucikan dan membersihkan hati daripada sifat-sifat yang keji

Tahalli – Menghiasi dan mengisi hati dengan sifat-sifat terpuji

Tajalli – sentiasa merasakan kebesaran dan kehebatan Allah

TAKHALLI

Dalam istilah mudah, takhalli bermaksud mengosongkan. Dalam tasawuf, takhalli bermaksud
mengosongkan hati dan fikiran daripada perkara-perkara yang boleh mencemarkannya.
Contohnya dalam bentuk penyakit jantung atau gangguan jiwa yang masih berkobar-kobar
sebelum memulakan ibadah. Kerana hati yang masih berlumuran kotoran tidak boleh diisi
dengan sifat-sifat yang mudah. Kita ambil contoh ibadah, sebagai contoh. Ketika solat, jika
hati atau fikiran kita masih terhubung dengan perkara duniawi atau dengan kerja yang masih
belum selesai, ketika itulah hati kita tidak dapat diisi dengan keikhlasan dan memahami
setiap bacaan atau amalan solat yang kita lakukan.

TAHALLI

Dari segi bahasa, tahalli bermaksud mengisi. Dalam ilmu tasawuf, tahalli bermaksud mengisi
hati dengan sifat-sifat mahmudah atau dengan kalimat zikir setelah hati sebelumnya
dikosongkan atau dibersihkan dari sifat-sifat madzmumah. Maka orang yang untuk mengisi
atau memberi nutrisi kepada hati akan lebih mudah diserap dalam proses tahalli jika proses
sebelumnya iaitu takhalli telah dijalankan.

TAJALLI

Selepas menjalani proses takhalli dan tahalli, proses yang seterusnya ialah tajalli atau
menghubungkan diri dengan Allah. Di sinilah manusia boleh mencapai tahap manusia yang
benar-benar merasai nikmat. Firman Allah SWT dalam Surah Thaha:

‫َو ِاِّنْي َلَغَّف اٌر ِّلَمْن َتاَب َو ٰاَم َن َو َعِم َل َص اِلًح ا ُث َّم اْهَتٰد ى‬

11
Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat, beriman dan
beramal soleh, kemudian tetap mendapat petunjuk.

6.0 KELEBIHAN TEORI


Di antara kelebihan-kelebihan bagi pendekatan Imam al-Ghazali ini ialah suatu kaedah
membimbing, mengajar atau menunjukkan cara untuk menuju ke suatu matlamat atau kea rah
kebaikan berpandukan kepada syariat islam. Kaedah ini juga memfokuskan kepada aspek
spiritual manusia seperti ruh, aql. Nafs dan qalb. Ia juga proses kaunseling yang meliputi
kaedah ma’rifah al-nafs dan tazkiyah al-nafs yang bukan hanya menyelesaikan masalah
dalam kehidupan manusia malah lebih jauh daripada itu iaitu dengan kesejahteraan dan
kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat.

Pendekatan spiritual menurut imam al-Ghazali ialah menerusi kaedah tazkiyah al-nafs, iaitu
dengan melaksanakan amalan-amalan kebaikandemi mencapai kebahagiaan. Proses
kaunseling spiritual ini juga dimulakan dengan mengenali diri sendiri kemudiannya dengan
mujahadah al-nafs dan seterusnya proses tazkiyah al-nafs. Kesemua proses-proses tersebut
mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mencapai kebahagiaan hakiki di dunia dan di
akhirat.

12
7.0 KEKURANGAN TEORI
Kelemahan teori Imam Al-Ghazali dalam kaunseling boleh dilihat dari beberapa sudut
antaranya:

1. Kurang fokus kepada aspek psikologi: Pendekatan Al-Ghazali lebih menjurus kepada
aspek kerohanian dan akhlak individu. Walaupun nilai moral dan kerohanian penting dalam
kaunseling, aspek psikologi seperti emosi, pemikiran dan tingkah laku juga perlu diambil kira
untuk memahami dan membantu individu secara holistik.

2. Kekurangan pendekatan saintifik: Al-Ghazali mengecam pendekatan rasional dan falsafah,


yang boleh menjadi penghalang kepada perkembangan sains dan pemahaman yang lebih
mendalam dalam kaunseling. Dalam konteks psikologi moden, kaedah saintifik dan bukti
empirikal diperlukan untuk mendapatkan ilmu yang sahih dan boleh dipercayai secara umum.

3. Kekurangan penyesuaian budaya: Pendekatan Al-Ghazali mungkin kurang menyesuaikan


diri dengan perbezaan budaya dan konteks sosial yang berbeza. Dalam amalan kaunseling,
adalah penting untuk mempertimbangkan perbezaan budaya dan konteks sosial dalam mereka
bentuk intervensi yang berkesan. Pendekatan Al-Ghazali boleh dibatasi dalam hal ini kerana
ia lebih tegar dalam konsep agama dan akhlak.

4. Tidak memberi banyak perhatian kepada hubungan interpersonal: Kaunseling moden


memberi penekanan kepada kepentingan hubungan interpersonal dalam pemulihan dan
pertumbuhan individu. Namun begitu, teori Imam Al-Ghazali tidak memberikan perhatian
yang secukupnya terhadap aspek hubungan interpersonal dalam kaunseling.

5. Ketidakseimbangan antara beban dosa dan penyelesaian: Pada pandangan Al-Ghazali,


beban dosa dan penyesalan mempunyai kedudukan yang dominan dalam proses kaunseling,
tetapi penyelesaian dan pemulihan tidak diambil kira secara terperinci. Ini boleh
memudaratkan individu yang cuba mencari jalan untuk memperbaiki keadaan mereka dan
berkembang secara psikologi.

Perlu diingatkan bahawa penilaian ini bukanlah menolak sumbangan besar Al-Ghazali dalam
bidang agama dan etika. Namun, dalam konteks kaunseling moden, kelemahan ini boleh

13
dianggap sebagai kepincangan perspektif kaunseling yang dibina berdasarkan pandangan Al-
Ghazali.

8.0 PERANAN KLIEN

Dalam teori Imam Al-Ghazali, peranan klien dapat dilihat dari sudut kerohanian dan
pemulihan diri. Berikut adalah beberapa peranan klien dalam teori Al-Ghazali:

1. Kesedaran diri: Klien mempunyai peranan penting dalam menginsafi keadaan mereka
termasuk kesilapan, dosa dan ketidakseimbangan dalam kehidupan mereka. Klien perlu
mengakui bahawa terdapat aspek yang perlu diperbaiki atau diperbaiki dalam diri mereka.

2. Pengetahuan tentang nilai moral dan kerohanian: Klien perlu mendapatkan pengetahuan
tentang nilai moral dan kerohanian yang dianuti dalam teori Al-Ghazali. Klien perlu
memahami kepentingan menjalani kehidupan yang bermatlamat dan bermakna.

3. Penyesalan dan penyesuaian: Klien perlu berasa kesal dan mengakui kesilapan dalam
hidup mereka. Klien juga perlu komited untuk membuat penyesuaian dan perubahan tingkah
laku yang diperlukan untuk memperbaiki kehidupan mereka mengikut nilai moral dan
kerohanian. 4. Mencari hikmah dan bimbingan: Klien perlu mendapatkan kebijaksanaan dan
bimbingan pakar atau pembimbing rohani dalam memahami dan menghayati prinsip
kerohanian Al-Ghazali. Klien boleh memainkan peranan aktif dalam mencari pemahaman
dan bimbingan dalam usaha mereka untuk mencapai pertumbuhan peribadi dan pencerahan.

5. Tabiat dan amalan peribadi: Klien perlu menerapkan pemahaman tentang teori Al-Ghazali
dalam kehidupan seharian mereka. Klien perlu membentuk tabiat dan amalan peribadi yang
selaras dengan nilai moral dan kerohanian yang mereka pelajari, seperti solat, meditasi,
muhasabah diri, atau perbuatan baik.

Walaupun peranan klien dalam teori Al-Ghazali lebih tertumpu kepada aspek kerohanian,
akhlak, dan peningkatan diri, namun peranan aktif klien masih penting dalam mengikuti
bimbingan dan mengejar pertumbuhan rohani selaras dengan prinsip yang dianuti.

14
9.0 PERANAN KAUNSELOR
Dalam teori Imam Al-Ghazali, peranan kaunselor amat penting dalam membantu klien dalam
perjalanan mereka ke arah pertumbuhan dan pemulihan rohani. Beberapa peranan kaunselor
dalam teori Al-Ghazali termasuklah:

1. Pemahaman yang mendalam tentang teori Al-Ghazali: Seorang kaunselor perlu


mempunyai pemahaman yang mendalam tentang prinsip-prinsip yang diajar dalam teori Al-
Ghazali. Ini termasuk pemahaman tentang jalan kerohanian, pemeriksaan diri, peningkatan
moral dan etika, dan kepentingan membina hubungan dengan Tuhan.

2. Bimbingan dan pengajaran: Kaunselor berperanan penting dalam membimbing klien


memahami dan mengaplikasikan ajaran Al-Ghazali dalam kehidupan seharian mereka.
Kaunselor boleh memberi pengajaran, memudahkan perbincangan, dan menjawab soalan
klien untuk membantu mereka memahami konsep kerohanian dan amalan praktikal yang
dicadangkan oleh Al-Ghazali.

3. Menyokong dan memudahkan refleksi kendiri: Seorang kaunselor dalam teori Al-Ghazali
juga perlu menyokong klien dalam proses refleksi kendiri, membantu mereka mengenal pasti
dan memahami aspek dalam kehidupan mereka yang perlu diperbetulkan atau diperbaiki.
Kaunselor boleh menggunakan teknik seperti taklimat berpandu, jurnal atau meditasi untuk
menyokong proses ini.

4. Menyokong proses pertumbuhan rohani: Kaunselor perlu menjadi penyokong dan


pembimbing kepada klien dalam perjalanan mereka ke arah pertumbuhan rohani. Ini
termasuk menyediakan motivasi, sokongan emosi, dan bimbingan praktikal dalam menangani
sebarang kesulitan atau halangan yang mungkin mereka hadapi dalam proses ini.

5. Menggalakkan seseorang mencari kebijaksanaan: Kaunselor berperanan menggalakkan


klien mencari ilmu dan kebijaksanaan mengikut prinsip Al-Ghazali. Kaunselor boleh menjadi
sumber rujukan, memberi nasihat tentang membaca atau menghadiri kuliah, dan merangsang
klien untuk menjalin hubungan dengan pakar yang berkaitan.

Peranan kaunselor dalam teori Al-Ghazali adalah untuk membantu klien dalam
mengintegrasikan prinsip kerohanian dan moral yang diajar oleh Al-Ghazali ke dalam

15
kehidupan seharian mereka, serta menyokong mereka dalam pencarian pertumbuhan dan
pemulihan yang mempunyai asas kerohanian.

10.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, Sumbangan beliau dalam perkembangan kaunseling Islam termasuklah


penerangan mengenai jiwa manusia, nafsu, akal, roh, bagaimana manusia menjadikan
hidupnya tenteram dan sebagainya. Jika dilihat kepada perbezaan pendekatan teori yang
dilaksanakan dalam kaunseling antara Imam al-Ghazali dengan tokoh-tokoh Barat, secara
jelas dapat ditentukan bahawa teori yang di bawa oleh Imam al-Ghazali merupakan teori
yang terbaik kerana berpandukan kepada dua sumber utama dalam Islam, al-Quran dan al-
Hadith. Interaksi antara hati, nafsu, dan akal amat penting dalam melakukan sesuatu perkara.
Apabila akal tadabbur bercampur dengan hati lubbun dan nafsu mardiah, maka akan dapat
melahirkan persoanaliti remaja unggul. Tetapi, jika manusia mempunyai akal taakul, hati
faadun, dan nafsu mutmainnah, maka ia akan mewujudkan personaliti seimbang. Manakala
insan yang mempunyai akal biasa, hati qalbun, dan nafsu amarah akan ditimpa personaliti
yang bercelaru.

16
11.0 PENAMBAHBAIKAN MENURUT AHLI

(NUR AQILAH BINTI ZULKIFLI)

1. Mengemas kini pendekatan dan bahasa: Kadangkala teori klasik seperti yang dikemukakan
oleh Imam Al-Ghazali boleh terasa ketinggalan zaman atau sukar difahami oleh masyarakat
hari ini. Justeru, usaha perlu dilakukan untuk mengemaskini pendekatan dan bahasa yang
digunakan dalam pengajaran teori-teori Imam Al-Ghazali agar relevan dan mudah difahami
oleh generasi muda.

2. Kaitkan teori dengan konteks semasa: Dalam menambah baik teori Imam Al-Ghazali, perlu
juga cuba mengaitkannya dengan konteks semasa. Ini akan membantu orang ramai melihat
kaitan dan faedah yang boleh digunakan bagi teori ini dalam kehidupan seharian.

3. Menjelaskan faedah teori secara konkrit: Salah satu cabaran dalam pengajaran teori klasik
ialah kesukaran untuk menerangkan faedah dan aplikasinya dalam kehidupan sebenar. Oleh
itu, adalah penting untuk menjelaskan secara konkrit bagaimana teori Imam Al-Ghazali dapat
memberi manfaat dan penyelesaian sebenar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

4. Menggunakan pendekatan inklusif: Dalam mengajar teori Imam Al-Ghazali, adalah


penting untuk menggunakan pendekatan inklusif yang mengambil kira pelbagai perspektif
dan keperluan masyarakat. Ini akan memastikan bahawa teori tersebut boleh diakses dan
difahami oleh pelbagai kumpulan, termasuk mereka dari latar belakang budaya dan agama
yang berbeza. 5. Menggalakkan kritikan dan pemikiran kritis: Walaupun Imam Al-Ghazali
merupakan salah seorang pemikir besar dalam sejarah Islam, ini tidak bermakna teorinya
tidak boleh diperbaiki. Dalam memperkenalkan dan menjelaskan teori Imam Al-Ghazali,
perlu digalakkan kritikan dan pemikiran kritis agar masyarakat dapat berinteraksi dengan
teori tersebut dengan lebih dinamik dan menyumbang kepada perkembangan teori yang lebih
baik.

17
(MIRA WAHIDAH BINTI MUHAR)

Kaunseling Berspektif Islam merupakan satu cabang kaunseling yang emnggunakan kaedah
dan penerapan unusur Islam didalam sesi. Ia merupakan usaha yang baik yang diwujudkan
oleh para tokoh kaunseling Islam. Namun, ia tidaklah popular dan diguna oleh kaunselor di
Malaysia seperti penggunaan mazhab pendekatan kaunsleing konvensional yang sedia
maklum.

Apa yang boleh dilihat adalah kajian mengenai kaunseling Spiritual menurut Imam Al-
Ghazali masih lagi tidak meluas namun ada segelintir pengkaji yang terus melakukan kajian
ke atas keberkesanan dan inovasi melalui pendekatan atau formula yang dibawa oleh Al-
Ghazali.

Kebanyakan Kaunseling Berspektif Islam tidak lagi mempunyai alat ukur dan masih lagi
kurang penyelidik meminati cabang ini. Maka, ia menjadi faktor mengapa pendekatan ini
masih lagi asing buat kaunselor di Malaysia.

Namun, dalam asingnya pendekatan yang bersumberkan syariat Islam ini, adalah menjadi
tanggungjawab kepada kaunselor Islam diluar sana yang peka dan sedar dan mewujudkan
atau mempelopori kaunseling integrase antara konvensional dan unsur Islam dengan
memasukkan dalil dan amalan serta berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

Kaunselor atau penyelidik haruslah mewar-warkan dan menyebarkan malah adalah lebih baik
jika dimasukkan dalam silibus pembelajaran kaunseling berspektif Islam ini dalam dalam
kursus program Kaunseling agar lebih ramai berminat dan beralih demi masa ke semasa.

Jika ada penyelidikan yang dijalankan secara empirikal, ini memnyebabkan kesukaran kerana
ianya tidak diterbitkan untu khalayak umum. Maka, jenis kaedah ini perlulah ditukar agar
para kaunsleor mula meminati dan ada kesedaran untuk menerapkan elemen Islam serta
memberikan impak yang baik kepada klien dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

18
13.0 KAEDAH PENYELESAIAN KES KAUNSELING
KAEDAH MENGENDALIKAN KES BERKAITAN KOMUNIKASI VERBAL YANG
BURUK
Dalam konteks, kekasaran bahasa yang melibatkan amalan mengutuk, memaki dan
melemparkan kata-kata kesat, Al-Ghazali mengemukakan beberapa langkah bagi
mengatasinya iaitu :

i- Melakukan mujahadah al-nafs iaitu sentiasa melawan keinginan untUk berkata kasar tetapi
melatih diri mengungkapkan kata-kata yang baik bagi menggantikan kata-kata kasar sehingga
menjadi kebiasaan melafazkan kata-kata yang baik menjadi akhlak yang sebati dalam diri
seseorang .

ii- Menginsafi serta memahami jika kita melakukan perbuatan tersebut bermakna kita tidak
berakhlak dan boleh menjauhkan diri daripada Allah SWT.

KAEDAH MENGENDALIKAN KES BERKAITAN MENIPU


Kes-kes kaunseling berkaitan masalah bercakap bohong atau menipu memang banyak
berlaku. Al-Ghazali menjelaskan bahawa kebanyakan manusia menipu disebabkan oleh
beberapa faktor seperti menjaga kepentingan peribadinya, untuk mendapatkan harta,
kedudukan, kemegahan, dan sebagainya. Maka, kaedah rawatan sikap seseorang yang suka
menipu telah disenaraikan seperti berikut :

i- Mujahadah mendorong diri untuk sentiasa bercakap benar kerana menyedari jika sering
bercakap benar, dirinya akan dikenali sebagai seorang yang jujur dan boleh dipercayai.

ii- Menggunakan bahasa kiasan bagi mengelakkan diri daripada menipu.

iii- Menginsafkan diri bahawa perbuatan menipu hanya mendatangkan keburukan kepada diri
sendiri terutama akan menghilangkan kepercayaan orang lain terhadapnya.

19
KAEDAH MENGENDALIKAN KES BERKAITAN MENGUMPAT
Mengumpat adalah salah satu penyakit hati yang berpunca daripada lidah. Al-Ghazali
menyebutkan mengumpat ini kadangkala ianya benar namun tidak baik untuk diperkatakan
seperti menceritakan kekurangan dirinya, perbuatannya, keturunannya, atau apa2 sahaja yang
berkaitan. Bagi mengatasi penyakit ini, ia boleh dilakukan dengan cara :

i- menyedari bahawa perbuatan mengumpat boleh mendatangkan kemurkaan Allah swt


sehingga Allah mengumpamakan orang yang mengumpat seperti memakan bangkai orang
yang diumpat.

ii- meneliti kekurangan diri sendiri sebelum mengumpat kelemahan orang lain.

iii- menyedari bahawa amal kebajikan akan menjadi sia-sia diakhirat kelak.

KAEDAH MEMOTIVASIKAN KLIEN


1. Taubat
Kaunselor boleh menjelaskan kepada klien secara berhikmah bahawa taubat
berperanan sebagai pemangkin ke arah penyucian jiwa (tazkiyah alnafs) dan
memberikan kekuatan spiritual semasa seseorang yang bertaubat akan meneliti
kembali segala perbuatannya.
2. Sabar
Mencadangkan kepada klien supaya bersabar menghadapi masalah dan menerangkan
bahawa sifat sabar amat penting bagi menguatkan spiritual seseorang.
3. Syukur
Tazkiyah al-nafs juga dapat dilakukan dengan mengaplikasikan sifat syukur dalam
diri. Galakan supaya bersyukur sesuai dipraktikkan bagi kes-kes yang
memperlihatkan klien seolah tidak berpuas hati dengan kehidupannya.
4. Takut
Perasaan takut (al-khauf) boleh membantu memberikan kekuatan kepada klien
menghadapi ujian hidup kerana jiwa insan yang takut sentiasa dipenuhi dengan
ingatan tentang kekuasaan Allah.

20
RUJUKAN
(HAMJAH, 2016)

Omar, M., & Nuroddin, N. W. (2020). Pendekatan Kaunseling Islam untuk Menangani
Masalah Sosial di Kalangan Remaja Sekolah Menengah Agama. Al-Takamul al-Ma’rifi, 3(1),
1-29.
Yusoff, S. H. M. (2019). Kaunseling, dakwah dan penerapan aspek akidah [Counselling,
Da’wah and Applications of Action Aspects]. AL-QIYAM International Social Science and
Humanities Journal, 2(4), 20-27.
bin Saper, M. N. (2018, December). Kaunseling islam di Malaysia. In International
Conference on Islamic Guidance and Counseling (Vol. 1, No. 1, pp. 1-9).
Abas, M. K. J., & Yusof, A. S. (2020). Manusia Daripada Sudut Pandang AL-Ghazali: Telaah
Kitab Kimiya'Al-Saadah: Man From Al-Ghazali Point of View: The Study of Kimiya'Al-
Saadah Book. ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 4(2), 140-147.
Rahmadani, L. (2023). Imam Al-Ghazali dan Pemikirannya. Jurnal Ekshis, 1(1), 23-31.
Sarmani, Y. (2008). Teori kaunseling al-Ghazali. PTS Islamika.

21
22

Anda mungkin juga menyukai