Anda di halaman 1dari 45

LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR

Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

LMCR 2242 SASTERAN ALAM SEKITAR


SEMESTER II SESI 2018/2019.

TAJUK:

KEINDAHAN FLORA DAN FAUNA DI DALAM LAGU

PENSYARAH:
DR. MAHARAM BINTI MAMAT

KUMPULAN: SIMFONI ALAM

NAMA NO. MATRIK:


MUHAMMAD HAZIM AFLAH BIN ABDULLAH A172074
ULFAH BINTI MOHD REZUAN A168747
NURUL NAIMAH BINTI AHMAD A169418
FATIN SABRINA BINTI MOHD RASHID A171066
MUHAMMAD HANIF BIN OMAR A172310

1
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

ABSTRAK

Kajian ini telah dijalankan untuk menganalisis maksud di sebalik elemen flora
dan fauna bagi lagu-lagu Melayu dan lagu tempatan. Kajian ini dijalankan bagi menjawab
persoalan kajian kami iaitu adakah kebanyakan lagu menggunakan elemen flora dan fauna
untuk menggambarkan keindahan alam sekitar dan adakah bahasa yang digunakan dalam
setiap lagu adalah menggunakan gaya bahasa hyperbola untuk menerangkan keindahan alam
sekitar. Dapatan persoalan kajian kami telah mencapai objektif kajian iaitu untuk mengkaji
keindahan alam melalui flora dan fauna dan untuk menganalisis unsur hyperbola dalam lagu.
Hasilnya, kami mendapati terdapat elemen flora dan fauna yang tertentu yang sering
digunakan dalam penulisan lagu seperti pohon bagi elemen flora dan burung bagi elemen
fauna.

2
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

1.0 PENGENALAN

Pada kajian Sastera Alam Sekitar, kami dari kumpulan Simfoni Alam, akan membuat
kajian tentang lagu Melayu dari Indonesia dan Malaysia yang bertemakan Alam Sekitar.
Kami akan menganalisis beberapa buah lagu untuk dijadikan sebagai elemen penting dalam
kajian kali ini. Di samping itu juga, kami akan membuat rujukan daripada rakan-rakan kami
bagi menambahkan lagi informasi atau maklumat yang terkandung dalam lagu tersebut.
Seterusnya, segala isi-isi yang terdapat dalam rangka lagu tersebut akan kami berikan dalam
kajian ini.

Semenjak kemunculan Revolusi Industri pada abad ke-18 Masihi, pertumbuhan ekonomi di
kebanyakan negara Barat berubah dengan ketara. Semua ini adalah hasil kehebatan sains dan
teknologi sehingga mampu menciptakan pelbagai mesin, jentera, kenderaan, bangunan tinggi
dan prasarana lain yang mempunyai ciri-ciri kemodenan. Revolusi Industri sebagai waktu
bermulanya pengeluaran produk secara besarbesaran, membabitkan perubahan drastik secara
meluas terhadap ketinggian ciptaan teknologi mesin pengeluaran barangan di sektor
perkilangan, bagi menggantikan sistem berasaskan penggunaan tangan manusia. Tujuannya,
menambah dan mempercepatkan penghasilan barangan untuk memenuhi permintaan
pengguna yang meningkat begitu mendadak. Suasana demikian turut memberi ransangan
terhadap sistem pengangkutan, seterusnya mempermudahkan proses kelangsungan hidup
manusia. Melalui peningkatan hasil sesuatu produk atau barangan, didapati semakin banyak
bahan mentah dari sumber alam telah digunakan tanpa diganti semula, sehingga kekurangan
sumber alam semakin dirasai. Lebih memeritkan, keadaan alam sekitar kini menjadi cukup
tercemar yang disebabkan oleh sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab dalam
menjalankan aktiviti kehidupan harian mereka. Lambakan sampah sarap, penebangan hutan
secara tidak terkawal, pencemaran air sungai dan pencemaran udara merupakan antara
fenomena krisis alam sekitar yang semakin membimbangkan. Krisis sedemikian bukan sahaja
berlaku di dunia Barat, ia turut berlaku di dunia Timur walaupun kebanyakan negaranya
masih belum mengecapi pembangunan dan kemajuan yang setanding dengan Barat.

Dalam beberapa dekad sahaja, alam sekitar mengalami kemusnahan yang besar.
Penyumbang utama adalah manusia yang turut dibantu oleh kehebatan sains dan teknologi
moden. Justeru, akhir-akhir ini kesedaran betapa pentingnya penjagaan alam sekitar mula
lantang disuarakan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sudah tentu usaha sedemikian
memberikan isyarat bahawa masyarakat sudah mengambil perhatian serius tentang isu ini.

3
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

Mungkin juga ada pihak yang bersikap kurang yakin terhadap usaha berkenaan.
Mereka beranggapan kesedaran tersebut seakan sudah terlambat kerana ia timbul disebabkan
manusia sudah mula merasai kehidupan yang tidak selesa dalam harian mereka yang
dikelilingi oleh kesan negatif daripada krisis alam sekitar. Dunia kini dipenuhi dengan
masalah gangguan asap kenderaan, pencemaran sumber air minuman, kebisingan bunyi
jentera perkilangan dan yang paling terbaru adalah tentang pemanasan global (Beyer 1994:
208-209). Krisis alam sekitar kini dianggap sebagai kesan yang tidak boleh dielakkan
sekiranya sesebuah masyarakat itu ingin mencapai pembangunan dan kemajuan sesebuah
kawasan.

Krisis alam sekitar mempunyai skop yang luas, bermula dari aspek pencemaran bunyi
sehinggalah kepada kemerosotan kualiti udara, tanah, air dan kepupusan tumbuhan serta
haiwan (Akta Kualiti Alam Sekeliling dan Peraturanperaturan 2008: 1). Perlepasan asap
kenderaan atau jentera kilang yang berlebihan, pembuangan sisa toksik ke dalam sungai dan
lautan, penebangan pokok di hutan simpan akibat pembalakan haram, pemburuan binatang
yang mengalami kepupusan dan lambakan sampah sarap di jalanan serta longkang, memang
sudah diketahui umum (Sahabat Alam Malaysia t.th.: 10-11). Walaupun dunia digambarkan
semakin mengecil dari segi jarak komunikasi dan urus niaga (transaksi) yang disebabkan oleh
3 kecanggihan alat teknologi elektronik seperti mesin komputer (George 2006: 257), isu
krisis alam sekitar pula adalah sebaliknya iaitu semakin membesar sama ada di peringkat
dalaman sesebuah negara, mahupun melangkaui sempadan antarabangsa.

Di Malaysia, situasi kesesakan dan kepanasan di samping pencemaran udara di bandar


besar seperti Kuala Lumpur, yang dihasilkan oleh ratusan ribu kenderaan yang bergerak di
sepanjang jalanraya dalam sesuatu masa sudah menjadi fenomena biasa untuk dirasai di
kalangan warga kota (Vincent & Rozali Mohamed Ali 2005: 275). Kebanyakan tempat
sedemikian begitu kurang dipenuhi pokok kerana ruangruangnya banyak didirikan dengan
bangunan dan prasarana bagi memenuhi ciri-ciri kota metropolitan. Malaysia juga mengalami
kepupusan fauna. Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum,
sudah tentu cita rasa pemakanan juga pelbagai. Akan tetapi, ini tidak memberikan jawapan
kepada kepupusan haiwan khususnya hidupan liar. Cuma, kebelakangan ini semakin banyak
kes pemburuan haiwan liar di hutan secara haram di kalangan mereka yang tidak
bertanggungjawab bagi tujuan mendapatkan keuntungan lumayan. Permintaan terhadap
makanan eksotik seperti tenggiling, penyu, anggota badan beruang, organ harimau, ular dan
sebagainya dikatakan semakin mendapat sambutan walaupun kepupusan spesis haiwan
4
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

berkenaan sudah diketahui umum (Rosmidzatul Azila Mat Yamin & Abu Bakar Yang 2014:
90 & 119).

Jadi, selain kelenyapan habitat asal bagi haiwan akibat diganti dengan pembangunan,
kepupusan fauna turut berlaku akibat pemburuan dan penyeludupan secara haram, didorongi
oleh nilai harga pasaran yang tinggi atas dakwaan kehebatan khasiat. Kemunculan restoran
makanan eksotik seperti mana yang berlaku di Pekan Kahang, Johor menunjukkan isu ini
bukanlah rekaan semata-mata. Malah, premis 4 perniagaan berkenaan dikatakan turut
menjadi pusat penyeludupan pelbagai haiwan eksotik sama ada untuk dieksport mahupun
import (Mohd Haikal Isa 2007: 1). Dalam konteks dunia global, industri perhiasan dan fesyen
juga menggalakkan kepada aktiviti tidak bermoral termasuklah pembunuhan gajah, harimau,
ular sawa dan buaya bagi mendapatkan gading dan kulit.

Kebelakangan ini, masyarakat dunia sudah ada kemajuan dari segi tindakan proaktif
terutama sekali di kalangan aktivis alam sekitar yang juga dikenali sebagai ‘environmentalis’.
Mereka ini sentiasa cuba memastikan sumber alam dan rantaian kehidupannya tidak boleh
dimusnahkan lagi secara sewenang-wenangnya. Kemajuan ini turut disumbangkan oleh
keseriusan pihak Bangsa-bangsa Bersatu yang dikenali sebagai ‘United Nations’ sehingga
berjaya memainkan peranan penting dalam menyedarkan masyarakat dunia untuk
menyelamatkan alam sekitar khususnya di bawah ‘United Nations Environment Programme’.
Kesan daripada itu, banyak aktiviti menyelamatkan alam sekitar dan kaedah pencegahan
krisisnya berjaya dilaksanakan walaupun terpaksa mengambil risiko yang cukup tinggi
(United Nations Environment Programme 2013: 7-8). Mereka berani menghalang laluan
kapal di tengah lautan yang membawa sisa toksik sebagaimana peristiwa di Aliaga, Turki
pada 8 Mei 2002 (Greenpeace 2002: 1). Mereka juga sanggup menghalang para nelayan yang
cuba melakukan aktiviti pemburuan ikan paus di laut selatan Jepun sepertimana kejadian
pada 12 Januari 2008 (Greenpeace 2008: 1). Begitu juga aktiviti demonstrasi jalanan besar-
besaran yang menyuarakan kebimbangan perubahan cuaca semasa berlangsungnya Sidang
Kemuncak G-20 di London pada 2 April 2009. Jelas sekali isu krisis alam sekitar pada zaman
pascamoden terlalu ketara diperbincang dan ditangani di negara Barat seperti Amerika
Syarikat, Britain, Perancis dan Jerman serta negara Timur seperti Jepun dan Korea Selatan.
Walau bagaimanapun, di negara Islam, isu berkenaan agak kurang mendapat perhatian serius
di kalangan masyarakatnya. Maka tidak hairanlah jika pada hari ini, didapati masyarakat
Islam terus ketinggalan jauh berbanding masyarakat lain dalam usaha menangani krisis alam
sekitar.
5
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

Selain kelompok aktivis alam sekitar di serata dunia yang sanggup bergelumang
dengan pelbagai risiko nyawa dalam mempertahankan kelestarian alam, ramai juga kelompok
sarjana mutakhir yang telah melibatkan diri dalam menyampaikan maksud kepentingan
menangani krisis alam sekitar melalui saluran akademik (secara ilmiah). Antaranya Val
Plumwood, Bill McKibben, Michael E. Zimmerman, Frijof Capra, Seyyed Hossein Nasr,
Ibrahim Ozdemir dan sebagainya. Masing-masing telah menyumbang banyak pemikiran dan
perbincangan, seterusnya kepada cadangan-cadangan menangani krisis alam sekitar.
Meskipun begitu, gaya bahasa penyampaian dalam penulisan masing-masing adakalanya
berbeza-beza antara satu sama lain, malah kadang-kadang begitu ketara perbezaan maksud
dan fokusnya walaupun tujuan utama penyampaian mereka adalah sama iaitu ke arah
menangani krisis alam sekitar secara falsafahnya.

Mengambil contoh, sarjana dari Amerika Syarikat seperti Bill McKibben dalam
bukunya The End of Nature yang diterbitkan pada tahun 1989, telah memfokuskan terhadap
masalah kepanasan global (global warming). Beliau berharap 6 masyarakat dunia dapat
bersikap merendah diri ke atas alam yang diduduki supaya aktiviti-aktiviti mereka sentiasa
berada dalam keadaan terkawal. Beliau merujuk kepada dapatan saintifik dalam memahami
keadaan alam. Ini berbeza sekali dengan cara penyampaian oleh sarjana kelahiran Iran iaitu
Seyyed Hossein Nasr khususnya melalui buku Religion and the Order of Nature yang
diterbitkan pada tahun 1996. Beliau merujuk kepada keadaan manusia dalam memahami
situasi alam. Huraian Nasr secara kasarnya dilihat lebih terarah kepada isu krisis ‘spiritual
manusia’2 yang gagal memandang alam secara harmoni, seterusnya membawa kegagalan
dalam tindakan. Apabila manusia mempunyai keharmonian tersebut, maka akan selamatlah
alam sekitar. Beliau kerap memaparkan pelbagai istilah di dalam buku tersebut seolah-olah
memberikan isyarat bahawa perbincangan beliau mengandungi nilai linguistik (ilmu bahasa)
mahupun semantik (ilmu makna).

Tema alam sekitar pernah diperbahaskan oleh ahli falsafah semenjak zaman falsafah
Greek klasik lagi sebagaimana di era pra-Socrates (dalam lingkungan tahun 600SM - 450SM)
seperti Thales, Anaximander, Anaxemines, Pythagoras, Parmenides, Heraclitus, Empedocles,
Anaxagoras dan Democritus. Dalam soal agama, Tuhan dianggap sebagai ‘Pengawal Hebat,
Agung dan Berkuasa’ di alam ini. Mereka percaya setiap manusia yang melakukan kebaikan
ataupun keburukan di muka bumi akan mendapat ganjaran mahupun balasan yang setimpal
daripada Tuhan kerana mereka yakin alam sekitar adalah didiami dan dikawal oleh Tuhan.
Begitulah besarnya hubungan konsep ketuhanan terhadap alam sekitar dalam kepercayaan
6
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

masyarakat Greek dan kepercayaan tersebut terus diwarisi oleh ahli falsafah Greek
terkemudian seperti Socrates (m. 399SM), Plato (m. 347SM) dan Aristotle (m. 322SM)
sehingga melahirkan beberapa konsep yang lain. Antaranya konsep ‘Tuhan punca alam
semesta’ dan ‘negara ideal’ (Plato 1971: 2-10) serta konsep ‘Penggerak Pertama’ dan
‘Penggerak Yang Tidak Digerakkan’ (Aristotle 1969: 147-151). Kewujudan manusia sebagai
antara sebahagian daripada kepelbagaian bahagian alam, juga dikaitkan dengan konsep cinta
dan kasih sayang Tuhan kepada mereka (Aristotle 1961: 389-391). Kesemua konsep tersebut
menunjukkan bahawa kewujudan alam adalah penyumbang kepada persoalan-persoalan
falsafah alam sekitar dan falsafah ketuhanan (Thomson & Missner 2000: 37-38 & 43-45).

Di zaman keagungan falsafah Islam, tema alam sekitar turut difalsafahkan oleh al-
Kindi (m. 873M), al-Razi (m. 925M), al-Farabi (m. 950M), Ibn Sina (m. 1037M) mahupun
al-Ghazali (m. 1111M). Namun idea dan perbahasan mereka lebih banyak berkisarkan
tentang cause and effect (sebab musabab) serta isu falsafah ketuhanan seperti ‘Tuhan adalah
Pencipta alam’, ‘Tuhan adalah bersifat Wajib Wujud’, ‘Alam adalah kekal’ dan ‘Alam adalah
bersifat baharu’ (Sirajuddin Zar 2004: 54-58, 74-78, 99-104, 117-120 & 163-168). Ketika itu,
krisis alam sekitar tidak dirasai impaknya oleh masyarakat era berkenaan kerana sumber
alamnya masih lagi boleh dikategorikan dalam kelestarian. Ini cukup berbeza dengan zaman
selepasnya terutama sekali yang dimulai oleh zaman Revolusi Industri yang begitu terkenal
dengan usaha-usaha mendominasi sumber alam sehingga kepada tahap maksimum serta
merosakkan persekitarannya.

Isu krisis alam sekitar semakin mendapat tempat khususnya di era 1960-an manakala
di awal era 1970-an pula, telah muncul begitu banyak aliran environmentalisme terutama
sekali di dunia Barat. Ini secara tidak langsung telah memperkenalkan satu cabang ilmu baru
dalam dunia falsafah etika iaitu ‘etika alam 8 sekitar’. Meskipun begitu, buku Rachel Carson
yang bertajuk Silent Spring terbitan tahun 1962, dikatakan antara penulisan terawal yang
menyumbang kepada kemunculan gerakan environmentalisme terkemudian (Des Jardins
2006: 3-4) seperti ‘Greenpeace’ dan ‘Friends of the Earth’. Seterusnya, muncul pula gerakan
environmentalisme yang bersifat ekstrem seperti ‘Earth First!’, ‘Earth Liberation Front’
(ELF) dan ‘Earth Liberation Army’ (ELA). Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan
penjagaan alam sekitar turut mendapat reaksi positif di kalangan pertubuhan agama sehingga
munculnya beberapa kumpulan seperti SAGE ataupun ‘Oxford’s Christian Environmental
Group’, ‘Buddha Gaia’ dan ‘London Islamic Network for the Environment’ (LINE).

7
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

Melihat kepada negara Malaysia, isu alam sekitar mula mendapat tempat dalam
sistem perundangan negara pada tahun 1974 iaitu melalui ‘Akta Kualiti Alam Sekeliling,
1974’ sebagai panduan kepada masyarakat (Akta Kualiti Alam Sekeliling dan Peraturan-
peraturan 2008: 1-2). Menurut Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, faktor-
faktor ‘Dasar Alam Sekitar Negara’, ‘Dasar Perubahan Iklim Negara’ dan ‘Akta Kualiti Alam
Sekeliling’ merupakan panduan-panduan asas dalam menguruskan alam sekitar di Malaysia
(Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia 2013: 1). Kini, ia semakin
diperkasakan melalui penubuhan pelbagai institusi dan kumpulan penyelidikan sama ada
kerajaan mahupun swasta dalam melestarikan kesedaran menjaga alam sekitar seperti Jabatan
Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Alam Sekitar, Program Kesihatan Persekitaran, Persatuan
Pencinta Alam Malaysia dan Sahabat Alam Malaysia. Lantaran itu, rakyat Malaysia
sebenarnya telah memandang serius permasalahan krisis alam sekitar dalam negara.

Apa yang dapat diringkaskan, isu alam sekitar begitu mendapat perhatian yang meluas
di serata dunia semenjak zaman klasik sehinggalah ke zaman mutakhir kerana ia adalah isu
yang sentiasa terikat dengan persekitaran kehidupan manusia. Manusia memperakui
keselesaan hidup jika alam semula jadi di sekeliling mereka berada di tahap yang cukup
terbaik dan terkawal. Sebaliknya mereka menjadi gelisah dan mengalami ketidakselesaan
hidup jika sekeliling mereka hanyalah dipenuhi dengan pencemaran udara, longgokan
sampah, pencemaran air, kepanasan global dan sebagainya. Di era masa kini ataupun
mutakhir, golongan aktivis alam sekitar seringkali melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti
bersifat mesra alam walaupun adakalanya berisiko, manakala golongan intelektual ataupun
sarjana alam sekitar pula adalah sentiasa menyumbang idea dan cadangan-cadangan
menangani krisis alam sekitar secara falsafahnya.

8
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

2.0 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan menganalisis keindahan alam sekitar dalam lagu-lagu Melayu.

3.0 PERSOALAN KAJIAN

Kajian yang kami jalankan meliputi 2 persoalan kajian yang utama termasuklah :

• Adakah kebanyakan lagu menggunakan elemen flora dan fauna untuk


menggambarkan keindahan alam sekitar?
• Adakah bahasa yang digunakan dalam setiap lagu adalah menggunakan gaya bahasa
hyperbola untuk menerangkan alam sekitar?

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

• Mengkaji alam sekitar untuk melalui flora dan fauna


• Menganalisis unsur hyperbola terhadap alam sekitar dalam lagu.

5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian keindahan alam sekitar dalam lagu-lagu Melayu ini menganalisis dari sudut flora dan
fauna yang terdapat dalam lirik lagu berikut;

1. Sabda Alam oleh Chrisye,


2. Lestari Alam oleh Gomloh,
3. Alam Kita oleh Electra,
4. Alam Bukan Tempat Sampah oleh Fiersa Besari,
5. Hijau Bumi Tuhan oleh XPDC,
6. Pusaka Rimba oleh Ziana Zain dan Dayang Nur Faizah,
7. Indah Bumi Kita oleh Mirwana,
8. Hijau oleh Zainal Abidin,
9. Berita kepada Kawan oleh Ebiet G Ade,
10. Suria Khatulistiwa oleh Amy Mastura, dan,
11. Penyu Menangis oleh Sudirman.

12. Tanya Sama Pokok oleh P.Ramlee

Alam flora dalam kajian ini meliputi unsur bunga, daun dan sebagainya Alam fauna pula
terdiri daripada unsur haiwan, ikan dan lain-lain.
9
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

6.0 METODOLOGI KAJIAN


6.1Reka Bentuk Kajian

Menurut Ahmad Rushdi (2010), secara amnya, kajian seumpamanya ini melibatkan
asas penyelidikan untuk menghasilkan kajian yang lebih berkualiti. Jenis asas penyelidikan
yang dimaksudkan termasuklah kajian keperpustakaan. Seterusnya data dalam kajian ini
berbentuk kualitatif. Data kualitatif ialah hasil daripada analisis teks yang dilakukan pengkaji.

6.1.1Kaedah Keperpustakaan

Kajian ke perpustakaan dalam kajian ini dijalankan di Universiti Kebangsaan


Malaysia (UKM) iaitu di Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL).Kajian ini menggunakan
kaedah kepustakaan dengan penelitian terhadap dokumen bertulis ataupun bercetak yang
diterbitkan seperti buku, jurnal, kamus dewan dan majalah yang berkaitan alam sekitar (Flora
dan Fauna). Sumber - sumber dari Internet seperti Youtube dan Google juga dirujuk dan
diguna pakai dalam kajian ini. Rujukan juga, dilakukan di Perpustakaan Tun Sri Lanang
(PTSL), UKM Bangi, Selangor.

6.1.2 Analisis Teks

Analisis Teks pula dilakukan dengan menganalisis mengenai alam sekitar, flora dan
fauna dalam semua lirik lagu dipilih. Pengkaji mengeluarkan setiap satu elemen flora dan
fauna untuk diulas dalam satu bentuk ayat yang mudah difahami.

10
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

6.2 Kajian Lepas (Literature Review)

Keprihatinan tentang alam sekitar telah berkembang sejak 1960an lagi (Straughan dan
Roberts 1999). Pada tahun 1970an, keprihatinan terhadap isu alam sekitar terus meningkat
berikutan sebilangan inisiatif perundangan yang dibentuk untuk memperbaiki masalah alam
sekitar. Walau bagaimanapun, pelbagai tragedi dan peristiwa berkait dengan alam sekitar
yang berlaku pada akhir 1980an telah menjadikan isu alam sekitar sebagai tumpuan dunia
sekali lagi. Salah satu peristiwa yang berlaku ialah penemuan lubang pada lapisan ozon yang
melindungi bumi kita (Ottman 1992b). Di Amerika Syarikat, semakin ramai orang yang
melihat masalah alam sekitar sebagai masalah yang serius, semakin teruk dan mengancam
kesejahteraan manusia (Dunlap dan Scarce 1991).

KONSEP ALAM SEKITAR

Alam sekitar merujuk kepada unsur-unsur yang wujud dalam persekitaran manusia
(Khairul Azhar Meerangani, 2018). Dalam konteks semasa, istilah ekologi turut dikaitkan
dalam perbincangan berkaitan alam sekitar yang merujuk kepada interaksi sesama makhluk
hidup dalam ekosistem semulajadi (Ahmad Dahlan: 123). Perkataan ekologi merupakan
gabungan dua perkataan dalam bahasa Greek iaitu oikos yang bermaksud kediaman, dan
logos yang bermaksud kajian mengenai sesuatu (Odum, E.P. 1971: 37). Alam sekitar turut
dirujuk sebagai alam semula jadi yang boleh dimanfaatkan oleh manusia untuk tujuan
kediaman dan sebagainya (Khairul Azhar Meerangani, 2018).

Alam sekitar juga merujuk kepada segala benda yang berada di sekeliling manusia
pada suatu titik dalam ruang dan masa (Hazura Abu Bakar, 2007). Kajian tentang alam
sekitar melibatkan banyak pendekatan; satu daripadanya ialah perspektif hubungan antara
manusia dengan alam sekitar yang dikembangkan sejak awal abad ini dalam konteks ekologi
manusia (Sharifah Norhaidah Syed Idros, 2007). Sebenarnya kesan tindakan manusia
terhadap alam sekitar telah direkodkan sejak abad kelapan belas dan kesembilan belas lagi
(Jamaluddin Md Jahi, 1996). Aktiviti pembangunan yang melibatkan interaksi antara manusia
dengan alam sekitar dalam keadaan tertentu boleh menyebabkan berlakunya perubahan pada
alam sekitar (Sharifah Norhaidah Syed Idros, 2007). Malahan, kemerosotan kualiti alam
sekitar masih dianggap oleh sesetengah pihak sebagai kos pertumbuhan ekonomi yang perlu

11
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

bagi pembangunan dan dapat dipertanggungjawabkan (Hazura Abu Bakar, 2007). Walau
bagaimanapun, pada masa kini, ramai orang yang berpendapat bahawa kemerosotan kualiti
alam sekitar boleh menyebabkan kerugian sebenar daripada segi kesan jangka panjang
(Hazura Abu Bakar, 2007). Tambahan pula kemerosotan kualiti alam sekitar menggugat
objektif asas pembangunan, iaitu untuk mempertingkatkan taraf hidup manusia secara
berterusan (Jamaluddin Md Jahi, 1996).

Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974), alam sekitar didefinisikan sebagai
“unsur-unsur fizikal yang berada di sekeliling manusia seperti tanah, air, udara, iklim,
tumbuhan, haiwan serta unsur-unsur biologi dan sosial yang saling bergantung antara satu
sama lain” (Akta 127-Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Bahagian 1, Seksyen 1 (Tafsiran)).
Secara rumusannya, alam sekitar dapat disimpulkan sebagai lingkungan kediaman manusia
serta unsur-unsur yang wujud dalam persekitarannya yang memainkan peranan penting
dalam menjamin kelangsungan hidup manusia serta memenuhi keperluan mereka sama
ada dalam aspek makanan, pakaian, tempat perlindungan dan medium interaksi antara
satu sama lain (Naek Muhammad Salt. 1992: 29).

Selain itu, alam sekitar atau persekitaran bermaksud faktor-faktor fizikal yang
mengelilingi kehidupan manusia (Akta 127-Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974). Ia termasuk
tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor-faktor biologi dan juga faktor-faktor sosial
yang saling bergantung sesama sendiri, di antara faktor-faktor biologi dengan faktor-faktor
fizikal (Sharifah Norhaidah Syed Idros, 2007). Manakala, definisi yang lain pula mengatakan
bahawa alam sekitar adalah sebagai ekosfera yang mengandungi ekosistem-ekosistem yang
saling berinteraksi (Hazura Abu Bakar, 2007). Ekosistem pula terdiri daripada faktor-faktor
biologi yang saling bergantung sesama sendiri, di antara faktor-faktor biologi dengan faktor-
faktor fizikal (Ahmad Badri,1987). Dalam pengertian sains dan teknologi pula, alam sekitar
atau persekitaran boleh membawa maksud segala apa yang ada di sekeliling dan berhubung
kait dengannya, sehingga menimbulkan suatu suasana atau keadaan (Hazura Abu Bakar,
2007). Justeru, setiap sesuatu yang ada di alam nyata ini mempunyai persekitarannya masing-
masing, dan sesuatu itu boleh menjadi persekitaran kepada sesuatu yang lain (Fadil Othman,
1996).

12
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

Alam sekitar dapat dibahagikan kepada dua bentuk yang utama iaitu alam
persekitaran semulajadi dan alam persekitaran buatan (Khairul Azhar Meerangani, 2018).
Alam persekitaran semulajadi merujuk kepada segala unsur yang diciptakan oleh Allah SWT
wujud di permukaan bumi yang terdiri daripada benda-benda hidup (biotik) seperti tumbuhan
dan haiwan serta benda-benda mati (abiotik) seperti gunung, sungai, lautan dan
sebagainya (Ahmad Badri,1987). Selain itu, alam semula jadi juga turut melibatkan unsur-
unsur lain yang wujud di udara seperti panas, sejuk, angin dan hujan (Saberi Othman.
1986: 23). Alam persekitaran buatan pula ialah hasil ciptaan dan inovasi manusia
berdasarkan tindak balas mereka terhadap alam persekitaran semula jadi seperti
pembinaan kilang, kenderaan, kawasan kediaman dan rekreasi serta binaan-binaan
moden yang lain (A.R. Agwan. 1997: 41). Alam persekitaran buatan ini wujud hasil
pemanfaatan sumber-sumber alam oleh manusia secara efisien bagi memenuhi
keperluan dan kelangsungan hidup mereka (Khairul Azhar Meerangani, 2018). Namun
begitu, kewujudan alam persekitaran buatan ini tetap tertakluk peraturan agama,
perundangan negara serta etika masyarakat setempat bagi memastikan keseimbangan
ekosistem manusia dan makhluk-makhluk yang lain tidak diceroboh atau dirosakkan (Khairul
Azhar Meerangani, 2018).

KESEDARAN DAN AMALAN ALAM SEKITAR

Peningkatan kesedaran alam sekitar merupakan satu elemen penting dalam pembinaan
kapasiti Negara menuju pembangunan lestari (Zurina & Norjan 2003). Di Malaysia kajian
mengenai tahap kesedaran, pengetahuan dan amalan terhadap alam sekitar telah banyak
dijalankan bermula pada tahun 1980an (Ponniah 1981; Jayatilaka 1983; Chang Siew Hung
1981; Chuah Tong Ik 1989). Kesedaran ini dikaji dari peringkat sekolah rendah sehinggalah
peringkat pengajian tinggi. Kajian alam sekitar yang dilakukan di institusi pendidikan tinggi
menunjukkan kesedaran dan tahap amalan terhadap alam sekitar pelajar di Malaysia berada
pada tahap yang baik (Mohd Yusof et al. 2003; Ramli 2003; Zurina & Norjan 2003; Norlila
2007). Namun demikian kesediaan pelajar untuk mengamalkan amalan alam sekitar masih
rendah.

13
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

Menurut Azizan (2008) menyatakan pelajar-pelajar mempunyai kesedaran yang baik


mengenai masalah alam sekitar tetapi kesedaran ini tidak lagi diubah kepada satu praktikal.
Pendapat ini disokong oleh Nor Fadhillah et al. (2011) dan Tan Pei & Norzaini (2011).
Wallis dan Laurenson (2004) mendapati pelajar universiti mempunyai pemikiran positif
terhadap persekitaran. Ini dapat dibuktikan dengan tahap penyertaan mereka dalam
tindakannya melindungi atau meningkatkan kualiti persekitaran. Sumbangan walaupun
sedikit sebenarnya sangat penting bagi memastikan alam sekitar disekeliling kita terjaga dan
terpelihara. Kajian oleh Nor Fadillah et al. 2011 pula mendapati pelajar kurang mengetahui
dengan mendalam tentang konsep pembangunan lestari. Pelajar didapati sedar peranan
mereka dalam pengurusan alam sekitar namun majoriti pelajar kurang bersedia menguruskan
aktiviti dan program pembangunan lestari untuk komuniti universiti dan masyarakat luar
kampus . Kesedaran melalui amalan yang dilakukan sendiri oleh pelajar sememangnya
memberi impak kepada gaya hidup mereka serta orang disekeliling mereka. Menurut Calicott
(2000), perubahan sikap dan tingkah laku yang berterusan dari anthropocentric kepada
ecocentric seharusnya berlaku secara berterusan dalam kalangan masyarakat kerana ianya
dapat meminimakan kemusnahan alam sekitar. Sikap econcentri yang merupakan sikap pro
alam sekitar ini seterusnya akan merubah gaya hidup masyarakat dalam memastikan
tanggungjawab memelihara alam sekitar dapat dipikul bersama-sama demi generasi akan
datang (Noor Azizah Samsudin & Zanaton H. Iksan, 2015).

Penjagaan alam sekitar memerlukan peranan secara kolektif daripada seluruh manusia
dengan memastikan setiap peraturan yang telah ditetapkan mampu dipatuhi dan
dilaksanakan (Khairul Azhar Meerangani, 2018). Sebarang tindakan yang bertujuan
menceroboh dan melanggar sempadan peraturan ini bukan sahaja akan menggugat
kestabilan ekosistem yang wujud, bahkan berpotensi mendatangkan implikasi yang
buruk terhadap kesejahteraan kehidupan manusia (Khairul Azhar Meerangani, 2018). Hal
ini bermakna, sebarang tindakan dan perbuatan manusia berkaitan dengan alam sekitar
mempunyai kesan berangkai yang akhirnya akan kembali kepada kelompok manusia itu
sendiri (Fadil Othman, 1996). Oleh itu, penetapan elemen dosa dan pahala dalam
memandu hubungan manusia dan alam sekitar bukanlah mempunyai nilai ukhrawi semata-
mata, namun turut bertujuan memelihara kemaslahatan manusia di dunia ini (Khairul
Azhar Meerangani, 2018). Proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar perlu
direncanakan secara sistematik bagi menjamin kelangsungannya serta mengawal elemen-
14
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

elemen luar yang boleh mendatangkan kemudaratan terhadap alam (Hazura dan
Norhaidah. 2007: 32).

Hubungan antara manusia dengan alam sekitar merupakan antara perkara yang
diberikan penekanan yang utama (Khairul Azhar Meerangani, 2018). Setiap individu dalam
masyarakat perlu menguruskan sumber alam dengan berhemah dan teliti bagi
mengelakkan berlakunya pembaziran sumber alam secara tidak terkawal (Ahmad
Badri,1987). Segala keputusan yang direncanakan melibatkan penerokaan alam sekitar
perlu diperhalusi secara mendalam dan mendapat pertimbangan yang sewajarnya bagi
membolehkan khazanah alam yang berharga ini dapat dikekalkan keseimbangannya
(Fadil Othman, 1996). Kesejahteraan kehidupan manusia di dunia ini bergantung
kepada sejauh mana kesedaran mereka dalam memastikan alam sekitar tidak
berhadapan dengan pencemaran dan kehabisan sumber alam (Hazura Abu Bakar, 2007).
Hal ini kerana kedua-dua fenomena ini boleh mengakibatkan malapetaka yang bukan
sahaja menimpa generasi kini bahkan turut melibatkan generasi yang seterusnya (Hazura
Abu Bakar, 2007). Maka, inisiatif yang bersesuaian perlu diusahakan bagi memastikan
kelestarian alam sekitar mampu dipertahankan (Khairul Azhar Meerangani, 2018).

Masyarakat seharusnya dididik dan diterapkan tentang kepentingan alam ini bagi
melahirkan masyarakat yang sentiasa menghargai segala keindahan alam sekitar yang
terbentang luas ini (Hazura dan Norhaidah. 2007). Alam ini penting kepada manusia serta
semua hidupan lain kerana ia merupakan tempat segala aktiviti manusia. Tambahan pula,
alam ini terdiri daripada tiga sumber utama iaitu tanah, udara dan air (Sharifah Norhaidah
Syed Idros, 2007). Semua sumber alam ini diperlukan untuk menjamin kehidupan manusia.
Setiap individu memerlukan alam sekitar yang bersih untuk meneruskan kehidupan di muka
bumi ini. Udara yang bersih amat diperlukan untuk pernafasan yang baik bagi menjamin
kesihatan yang memuaskan. Begitu juga sumber air yang bersih amat penting untuk
memenuhi keperluan harian manusia termasuklah untuk melakukan ibadat seperti mengambil
wuduk dan sebagainya (Sharifah Norhaidah Syed Idros, 2007). Manakala, tanah yang subur
juga penting untuk menjadikan hasil pertanian dan tumbuh-tumbuhan hidup segar dan boleh
membekalkan udara yang bersih kepada manusia. Alam tabii yang bersih juga penting untuk
pertumbuhan mental dan fizikal yang baik. Contohnya, mengikut tradisi orang Arab pada

15
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

masa dahulu, setiap anak yang lahir di bandar akan dihantar dan disusukan di kampung yang
mempunyai DP. Jilid 7, Bil. 1/2007 Pendidikan Sains 33 suasana yang lebih indah dan tenang
dengan udara yang lebih segar berbanding di bandar. Rasulullah s.a.w sendiri telah dihantar
ke kawasan perkampungan Arab Badwi dan tinggal di sana selama empat tahun. Hasilnya,
baginda menjadi seorang yang cergas, dapat bertutur dengan fasih dan pandai menunggang
kuda kerana keadaan padang pasir yang tenang dan udara yang bersih (Mustafa, 1972).

ISU ALAM SEKITAR

Isu krisis alam sekitar semakin mendapat tempat khususnya di era 1960-an manakala
di awal era 1970-an pula, telah muncul begitu banyak aliran environmentalisme terutama
sekali di dunia Barat (Zul`Azmi Yaakob, 2014). Ini secara tidak langsung telah
memperkenalkan satu cabang ilmu baru dalam dunia falsafah etika iaitu ‘etika alam 8 sekitar’
(Zul`Azmi Yaakob, 2014). Meskipun begitu, buku Rachel Carson yang bertajuk Silent Spring
terbitan tahun 1962, dikatakan antara penulisan terawal yang menyumbang kepada
kemunculan gerakan environmentalisme terkemudian (Des Jardins 2006: 3-4) seperti
‘Greenpeace’ dan ‘Friends of the Earth’. Seterusnya, muncul pula gerakan
environmentalisme yang bersifat ekstrem seperti ‘Earth First!’, ‘Earth Liberation Front’
(ELF) dan ‘Earth Liberation Army’ (ELA). Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan
penjagaan alam sekitar turut mendapat reaksi positif di kalangan pertubuhan agama sehingga
munculnya beberapa kumpulan seperti SAGE ataupun ‘Oxford’s Christian Environmental
Group’, ‘Buddha Gaia’ dan ‘London Islamic Network for the Environment’ (LINE)
(Zul`Azmi Yaakob, 2014).

Melihat kepada negara Malaysia, isu alam sekitar mula mendapat tempat dalam
sistem perundangan negara pada tahun 1974 iaitu melalui ‘Akta Kualiti Alam Sekeliling,
1974’ sebagai panduan kepada masyarakat (Akta Kualiti Alam Sekeliling dan Peraturan-
peraturan 2008: 1-2). Menurut Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, faktor-
faktor ‘Dasar Alam Sekitar Negara’, ‘Dasar Perubahan Iklim Negara’ dan ‘Akta Kualiti Alam
Sekeliling’ merupakan panduan-panduan asas dalam menguruskan alam sekitar di Malaysia
(Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia 2013: 1). Kini, ia semakin
diperkasakan melalui penubuhan pelbagai institusi dan kumpulan penyelidikan sama ada

16
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

kerajaan mahupun swasta dalam melestarikan kesedaran menjaga alam sekitar seperti Jabatan
Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Alam Sekitar, Program Kesihatan Persekitaran, Persatuan
Pencinta Alam Malaysia dan Sahabat Alam Malaysia (Zul`Azmi Yaakob, 2014). Lantaran
itu, rakyat Malaysia sebenarnya telah memandang serius permasalahan krisis alam sekitar
dalam negara (Zul`Azmi Yaakob, 2014).

Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa persekitaran yang bersih boleh menjamin
keselesaan dan kesejahteraan hidup penghuninya (Mohd Yusof Hj. Abdullah, 2010). Walau
bagaimanapun, keadaan persekitaran yang bersih adalah alam sekitar yang bebas dari
sebarang bentuk pencemaran yang memerlukan usaha pemeliharan berterusan dilakukan
(Latiffah Pawanteh, 2010). Walaupun pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan, namun
alam sekitar masih menghadapi masalah yang semakin serius (Latiffah Pawantehh, 2010).
Antara masalah berkaitan alam sekitar adalah pencemaran udara, pencemaran air di sungai,
kekurangan bekalan air, pencemaran laut dan penggondolan hutan (Harris, 2006). Banyak
kajian merumuskan bahawa isu pencemaran alam sekitar ini berpunca daripada perlakuan
aktiviti manusia sendiri (Sharifah Mastura, 2010). Alam sekitar tercemar kerana aktiviti
manusia yang lebih mementingkan keuntungan tanpa memikirkan kesan ke atas persekitaran
dan kehidupan pada masa hadapan (Aminuddin Hassan et al, 2009). Ia juga berkaitan nilai
dan cara hidup yang tidak mesra kepada penjagaan persekitaran (Sardar and Ziauddin, 1985).

Harus diakui bahawa pencemaran adalah disebabkan oleh perbuatan manusia sendiri,
misalnya, pencemaran udara adalah hasil daripada perlepasan asap kenderaan (Normah
Mustaffa, 2010). Jerebu pula adalah oleh aktiviti pembakaran secara terbuka oleh manusia,
bukannya secara semula jadi (Normah Mustaffa, 2010). Pencemaran air berlaku disebabkan
pembuangan sampah dan kumbahan air ke sungai dan laut (Normah Mustaffa, 2010).
Pencemaran tanah pula berlaku disebabkan penggondolan hutan, pembuangan sisa pepejal
dan kimia dan sebagainya (Sharifah Mastura, 2010). Menurut Sham Sani (2005), lanskap
alam sekitar di Malaysia telah banyak berubah akibat daripada aktiviti manusia seperti
pertanian, perlombongan, pembukaan tanah, aktiviti pembalakan, pertanian pindah dan
perbandaran dan aktiviti ini telah menyumbang kepada masalah pencemaran alam sekitar.

17
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR SERTA LANGKAH PENYELESAIAN

Alam sekitar yang tercemar boleh mengancam kesihatan manusia. Banyak penyakit
adalah berpunca daripada alam sekitar yang tercemar (Mohd Yusof Hj. Abdullah, 2010).
Pencemaran juga boleh mengancam tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Alam sekitar yang
tercemar juga boleh mendatangkan kerosakan harta benda seperti banjir besar yang berlaku
dan perubahan cuaca (Mohd Yusof Hj. Abdullah, 2010). Perubahan kepada kualiti alam
sekitar ini telah menimbulkan pelbagai ancaman kesihatan dan kesejahteraan hidup manusia
di seluruh dunia dari segi kekurangan bekalan air, peningkatan penyakit berjangkit,
kekurangan makanan, bencana alam, dan kesesakan Bandar (Ong Choon Nam, 2010).

Pelbagai langkah penyelesaian boleh diambil untuk memelihara alam sekitar.


Langkah-langkah penyelesaian bersepadu yang menggabungkan strategi penguatkuasaaan
peraturan-peraturan dan undang-undang perlindungan alam sekitar, penggunaan teknologi
yang mesra alam, dan pendidikan melalui kempen mesti diguna pakai untuk memelihara alam
sekitar (Sardar and Ziauddin, 1985). Penggunaan tiga strategi bersepadu ini tentunya
memerlukan penglibatan aktif semua pihak terlibat seperti agensi-agensi kerajaan
persekutuan dan negeri, badan-badan swasta dan bukan-kerajaan serta anggota komuniti
setempat (Zul`Azmi Yaakob, 2014). Ini adalah kerana keadaan persekitaran yang bersih
adalah hasil daripada usaha menjaga dan memelihara kebersihan ruang peribadi, sepunya,
dan awam oleh pelbagai peringkat komuniti, pihak berkuasa dan pihak berkepentingan
(Zul`Azmi Yaakob, 2014). Usaha menjaga dan memelihara ruang persekitaran ini berkait
dengan soal kesedaran dan sikap komuniti untuk memastikan persekitaran itu sentiasa bersih
dan sehat untuk didiami (Harris, 2006). Justeru, adalah penting untuk mengetahui kesedaran
dan sikap komuniti setempat tentang isu-isu berkaitan alam sekitar dan penjagaannya supaya
strategi yang diguna pakai akan mendapat menjana penglibatan maksima semua pihak (Mohd
Yusof Hj. Abdullah, 2010).

18
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

7.0 ANALISIS KEINDAHAN ALAM SEKITAR DALAM LAGU-LAGU MELAYU.

7.1KEINDAHAN FLORA

Elemen “Flora” dalam lagu melayu

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010), ”Flora” membawa maksud ‘tumbuh-tumbuhan
yang terdapat pada satu-satu daerah atau pada suatu masa”. Unsur flora yang digunakan
mempunyai nilai yang tersendiri dan nilai tersebut disasarkan kepada makna yang ingin dicari
dan difahami. Negara kita yang kaya dengan pelbagai sumber flora mempengaruhi fikiran
para pengarang dan penulis lirik untuk memasukkan unsur keindahan flora dalam karya
mereka.

19
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

(1) Pohon

Daripada Lagu Lestari Alamku, penulis lirik menggambarkan keadaan bukit yang telah
digondol oleh perbuatan manusia yang mengejar harta dan kekayaan semata-mata tanpa
memikirkan kesan kepada ekosistem semula jadi. Keadaan bukit-bukit yang hijau dahulu kala
bertukar menjadi oren kemerahan iaitu tanah semata-mata, dimana pohon dan rerumput yang
tumbuh subur bersama menutupi tanah bukit sudah dikikis demi pembangunan yang
diimpikan manusia pada hari ini. Bait-bait lirik tersebut dapat dilihat melalui, “Bukit-bukit
telanjang berdiri, pohon dan rumput enggan bersemi kembali”. Menurut laporan sebuah
akhbar tempatan, masa depan Tasik Chini yang terkenal dengan mitos kewujudan naga dan
destinasi tarikan eko pelancongan semakin kelam apabila penerokaan tanah serta
perlombongan di Bukit Ketaya yang berhampiran, dikesan terus berleluasa. (Berita Harian
edisi Khamis, 21 Februari 2019). Seperti yang diketahui umum, Tasik Chini merupakan salah
satu lokasi yang menjadi perkampungan orang asli kaum Jakun. Semestinya keadaan bukit
berkenaan yang semakin gondol mendatangkan kesan negatif terhadap kehidupan mereka
dari segi keperluan asas, sosio-ekonomi dan sosio-budaya. Selain itu, kedudukan Tasik Chini
sebagai Rizab Biosfera yang diiktiraf oleh Unesco juga pasti akan terjejas dek perbuatan
manusia yang bermata duitan.

(2) Rumput

Huraian daripada lagu Lestari Alamku adalah hampir sama dengan huraian daripada elemen
pohon, di mana merupakan bait-bait lirik yang sama iaitu “Bukit-bukit telanjang berdiri,
pohon dan rumput enggan bersemi kembali”. Kehadiran rumput membawa kepentingannya
kepada setiap pepohon. Rumput dalam lagu Lestari Alamku ini memfokuskan kepada
gambaran suasana yang menghijau, di mana rumput umpama menjadi alas pakaian yang
menutupi tubuh bukit. Hal ini kerana, kehadiran rerumput yang kecil membawa pelbagai
kepentingan ekosistem di seluruh muka bumi, termasuklah bukit sekalipun. Antara fungsi
rumput ialah menghalang hakisan tanah dan mengelakkan larian permukaan. Kawasan yang
berumput akan mengurangkan kesan hakisan air berbanding kawasan lapang yang botak dan
pergerakkan air yang banyak di atas permukaan yang tidak berumput akan membawa debu,
tanah atau sampah dalam alirannya.

20
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

Dalam lagu Berita Kepada Kawan, penulis lirik meletakkan persoalan “Coba kita bertanya
pada rumput yang bergoyang” setelah beliau puas mencari jawapan akan kejadian bencana
yang berlaku sehingga meragut nyawa ibu bapa kawannya. Hal ini kerana rumput merupakan
subjek yang paling dekat dengan manusia iaitu di daratan berbanding melontarkan pertanyaan
ke langit dan lautan. Ini bermaksud, setiap manusia perlu memuhasabah diri dengan melihat
kerosakan yang dilakukan sehingga mengundang bencana daripada menuding jari kepada
pihak lain. Rumput dalam lagu Berita Kepada Kawan ini menceritakan suasana yang
memfokuskan kepada pengajaran bahawa manusia perlu merendah diri dan melihat kembali
kerosakan yang telah dilakukan. Al-Quran juga banyak menyentuh tentang kerosakan dan
pencemaran alam yang dilakukan oleh manusia. Seperti firman Allah SWT dalam Surah al-
Rum ayat 41 yang membawa maksud “Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut kesan
daripada perbuatan manusia, demikian (supaya Allah) merasakan kepada mereka terhadap
(kerosakan) yang mereka lakukan, semoga mereka kembali bertaubat.” Walaupun rumput
hanyalah bersaiz kecil, namun, sekecil-kecil rumput membawa sebesar-besar makna jika
diabaikan kepentingannya

(3) Hutan

Dalam lagu Alam Kita pula, penulis lirik menggambarkan suasana hutan yang menghijau
dipenuhi pokok-pokok serta kaya dengan daya tarikannya seperti keunikan spesies fauna
yang mendatangkan ketenangan kepada mereka yang melihat dan merasai suasananya.
Kehijauan hutan yang dipenuhi pokok-pokok seimbang ekosistemnya menyediakan saujana
yang indah kepada kepada setiap pengunjungnya. Gambaran indah penulis lirik ini dapat
dilihat melalui “Hutan yang hijau sejukan mata”.Walaubagaimana pun, ungkapan indah
khabar daripada rupa sesuai diungkapkan jika masih berpaksi kepada keindahan yang sudah
usang itu. Dalam lagu yang sama juga, “Hutan yang hijau kini memudar”. penulis lirik
meluahkan bahawa keadaan hutan pada hari ini diancam mandiri ekosistemnya dek projek
pembangunan yang melibatkan perlombongan, pembalakan dan pemburuan haram. Sumber
hutan kini rancak dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab. Kehijauan hutan yang
dipenuhi pokok-pokok semakin menghilang. Keadaan ini juga turut menjejaskan pelbagai
kepentingan hutan seperti kawasan tadahan hujan, pembekal sumber kayu-kayan, destinasi
pelancongan, sumber rezeki terutamanya kepada orang asli dan memainkan peranan sebagai
pengawal pemanasan global.

21
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

Beralih ke negeri pantai timur pula, sebut sahaja dikir barat sememangnya dikaitkan dengan
negeri Kelantan. Penulis lirik bagi lagu Dikir Barat Anak Tupai menceritakan bahawa
“Asalnya dalam hutan sejenis mamalia”. Haiwan yang dipanggil tupai ini merupakan sejenis
spesies yang melahirkan anak untuk memastikan kemandirian spesiesnya dan tinggal di
dalam hutan. Hutan dalam lagu ini memberi info kepada para pendengar bahawa hutan
merupakan tempat tinggal spesies tupai. Hutan mempunyai kepentingan sebagai habitat
kepada pelbagai flora dan fauna dan menyediakan habitat yang semula jadi bagi beribu-ribu
haiwan, serangga dan tumbuhan yang setiap satunya mempunyai peranan dalam pengekalan
ekosistem hutan. Mengikut pengenalan Hutan Lipur dan Hutan Taman Negeri daripada laman
web rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Hutan Hujan Tropika di Semenanjung
Malaysia adalah merupakan salah satu ekosistem yang sangat kompleks di dunia. Ianya juga
satu warisan alam semulajadi ciptaan Allah Yang Maha Esa yang sangat unik dan telah pun
wujud lebih dari berjuta-juta tahun. Ia kaya dengan berbagai-bagai tumbuhan dan hidupan
liar, di antaranya termasuklah 2,500 spesies pokok, 200 spesies mamalia, 600 spesies burung,
110 spesies ular, 80 spesies cicak dan beribu-ribu serangga.Hutan merupakan khazanah alam
yang perlu dipelihara kerana ia berfungsi sebagai salah satu habitat haiwan selain sebagai
kawasan tadahan air.

(4) Daun

Mengkaji subjek daun sebagai elemen flora dalam lagu Pusaka Rimba, Penulisan lirik “Tiada
kedinginan embun melingkari ayunan daun di sini” telah membawa perbincangan kepada
salah satu proses yang berlaku kepada salah satu daripada bahagian penting bagi sepohon
pokok. Sepohon pokok memerlukan cahaya matahari untuk melakukan proses transpirasi
selain fotosintesis. Pokok akan mangalami proses transpirasi apabila terdapat kehadiran
cahaya matahari, di mana daun akan mengeluarkan air berlebihan dari pokok melalui liang
stomatanya. Air yang dikeluarkan inilah yang menjadi embun yang membawa kedinginan.

22
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

(5) Rimba

“Manusia menyahut panggilan kemajuan

Mereka lupa pusaka rimba”

Rimba merupakan anugerah yang mempunyai pelbagai khazanah kepaad ekosistemnya


seperti keunikan flora dan fauna, kawasan tadahan hujan dan lindungan bencana. Namun
manusia merosakkan segala nikmat tersebut semata-mata mengejar kekayaan dan
pembangunan. Perkataan rimba pada ayat lirik ini menunjukkan bahawa penulis lirik mahu
memberitahu para pendengar bahawa rimba yang perlu dipertahankan ini telah diganggu.

“Harapan yang agung mengubati sendu

Pusaka rimba duniaku”

Hutan rimba yang subur menjadi harapan penulis lirik untuk dikekalkan dan dilestarikan
demi kepentingan masa hadapan agar generasi baru dapat melihat keindahan rimba seperti
penulis rasai. Perkataan rimba pada lirik ini dipilih oleh penulis lirik untuk meluahkan isi
hati dan harapan agar hutan ini dipelihara khazanahnya.

“Bumi yang tiada rimba”

Bumi merupakan satu-satunya planet sistem solar yang mempunyai lautan (air) dan daratan
yang mana terdapat gunung-ganang, hutan rimba dan pelbagai bentuk hamparan permukaan
tanah. Jika salah satu daripadanya terjejas, maka terjejaslah kehidupan di dalamnya. Penulis
lirik meluahkan bahawa sikap manusia yang tamak telah mencemarkan ekosistem rimba
menjadikan bumi yang dahulunya indah kini kelihatan gundah. Ayat lirik ini membawa
maksud keadaan bumi pada ketika ini sudah tiada hutan yang melengkapkan keperluan
sesebuah ekosistem.

Rimba membawa maksud hutan. Rimba perlu dipelihara dan dipulihara kerana membawa
pelbagai kepentingan kepada seluruh ekosistemnya dan kemudaratan jika diabaikan.

23
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

(6) Nyiur

“Nyiur melambai”

Penulis menggambarkan daun nyiur yang bergoyang-goyang ditiup angin dengan suasana
yang tenang. Penulis tidak menggambarkan suasana tenang ketika menanti insan yang keluar
mencari rezeki.

“Nyiur durian duku kalau sempat dimakan tupai”

Nyiur merupakan buah yang menjadi tarikan tupai. Penulis menggunakan subjek.buah kelapa
yang menjadi sajian tupai.

“Pendek tahun tu nyiur durian tak sempat nak jual”

Penulis lirik menceritakan bahawa, jika dibiar lama-kelamaan, buah kelapa yang boleh
dikomersialkan itu tidak boleh dijual. Penulis menceritakan bahawa nyiur merupakan produk
yang menghasilkan pendapatan.

“Disaksikan laut daun nyiur melambai”

Penulis lirik menggambarkan pemandangan tempat beliau dan kekasihnya menemui cinta.
Menunjukkan gambaran yang romantis dalam sebuah karya jiwang.

Sebatang pokok nyiur (kelapa) mempunyai pelbagai keistimewaan dari daun, batang dan
buahnya. Buah kelapa mempunyai nilai komersialnya tersendiri yang lazimnya dijadikan
santai sebagai salah satu resepi utama masakan melayu. Pokok pula boleh dijadikan tempat
berteduh, penghalang tiupan angin sanpenghias pemandangan.

(7) Rembia

“Menjunjungkan atap rembia”

Rembia merupakan sejenis tumbuhan yang memberikan manfaat kepada manusia seperti
dalam membina atap rumah yang menjadi tempat berteduh. Kelebihan mnggunakan atap ini
ialah menjadikan keadaan lebih sejuk berbanding penggunaan atap zink walaupun di bawah
pancaran mentari. Penulis lirik mengisahkan kehidupan seorang nelayan yang membanting
tulang merentas samudera demi mencari rezeki untuk keluarga serta usaha memajukan
negara. Mereka ini tinggal di sebuah rumah tepi pantai yang dibangunkan beratapkan daun
rembia, di mana ia menjadi pelindung tatkala hujan ataupun panas

24
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

(8) Pokok

“Tanya sama pokok

Apa sebab goyang”


Penulis lirik meletakkan satu bentuk persoalan terhadap pokok, yang mana elemen unsur
flora ini mengindahkan lagi seni kata lagu. Bagi pengkaji, pengkaji mentafsirkan ayat-ayat
sari kata ini membawa maksud akan kepentingan bertanya serta penyelesaian masalah. Setiap
kesulitan pasti ada cara penyelesaian dan jalan keluarnya. Sehubungan dengan itu, amalan
bertanya sangat penting untuk memperoleh kebenaran yang pasti. Contohnya, penulis
tertanya-tanya, apakah penyebab yang menjadikan sesebuah pokok itu bergoyang?
Dijawabnya, tiupan angin adalah penyelesaian bagi kemusykilan itu. Pokok juga membawa
maksud yang sama dengan pohon.

(9) Julai

Julai membawa maksud kepada ranting atau pepohon yang mana penulis menceritakan
bahawa terdapat seekor anak tupai yang berada di hujung dahan atau ranting pohon rambutan.
Hal ini dapat digambarkan melalui “Ada seekor anak tupai atas julai rambutan” dari lagu
Dikir Barat Anak Tupai. Penggunaan perkataan julai agak klasik dan sesuai untuk lagu
melayu versi dikir barat yang menjadikan penggunaan bahasanya lebih indah dengan
diselitkan bahasa loghat negeri. Ia secara tidak langsung, menghidupkan suasana lagu yang
dimainkan di kampung. Julai dalam karya ini secara tidak langsung seperti menjadi
pemangkin dan pendorong atas kejayaan sesorang untuk mencapai kejayaan. Dalam
kehidupan yang semakin hari pelbagai rintangan yang lebih mencabar mendatang, semestinya
kita memerlukan persefahaman, kerjasama, sokongan dan gaalkan semangat daripada orang
lain di sekeliling kita sama ada ibu bapa, rakan dan agensi-agensi yang berkaitan dari segi
ekonomi, sosial, fizikal dan sebagainya. Oleh itu, jalinan ukhwah antara satu sama lain amat
penting sebagai salah satu akar kepada kejayaan individu.

(10) Buah-buahan Tempatan (Rambutan. Duku, Durian)

Meneroka keindahan unsur flora dalam lagu Dikir Barat Anak Tupai, penulis menyampaikan
melalui penulisan lirik “Ada seekor anak tupai atas julai rambutan” bahawa rambutan ini
akan menjadi tarikan seekor anak tupai dan akan dimakan olehnya memandangkan dia

25
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

sedang berada di julainya. Walaupun jalan penceritaannya nampak seperti mudah, tetapi jika
dihubungkaitkan dengan kita dalam kehidupan amat besar nilainya. Jika dilihat pada tekstur
dan warna kulitnya, pasti orang yang memandangnya akan terliur untuk menikmati nikmat
kemanisan buah rambutan yang isinya sungguh lembut dan gebu. Ia bertepatan juga jika kita
suluh pada peribadi seseorang yang berakhlak baik, menjaga identiti, lemah-lembut dan
mempunyai segala bentuk nilai-nilai murni, pasti ada yang tertarik untuk mendekati kita.
Secara tidak langsung, akan meluaskan jaringan kenalan.

Dalam sarikata lirik “Pendek tahun tu nyiur durian tak sempat nak jual”pula, penulis lirik
mengkhabarkan bahawa buah nyiur dan durian tidak boleh dibiar lama terhadap kelicikan
tupai jika ingin menjualnya. Semestinya sayang jika terlepas peluang untuk dijual kerana
harga komersial buah durian yang menjadi ikut musim ini sangat tinggi nilainya di pasaran.
Penulis memberitahu bahawa nyiur dan durian boleh dikomersial dan membawa pulangan
yang tinggi kepada penjualnya. Buah durian merupakan raja buah. Durian mempunyai harga
komersial yang tinggi di pasaran. Bau keenakan durian pasti mengugat segala keinginan
seluruh hidupan yang menghidunya.

“Nyiur, durian, duku kalau sempat dimakan tupai” menceritakan bahawa buah-buahan
tempatan semestinya mempunyai penggemarnya yang tersendiri, terutamanya durian yang
lain daripada lain. Hal ini kerana, bentuk teksturnya yang menarik, berduri serta bau harum
keenakan isinya semestinya menarik perhatian sesiapa dahaja walaupun dari jauh. Durian
menjadi rebutan antara manusia dan tupai di atas pokok. Selain itu, Duku juga merupakan
sejenis buah-buahan tempatan yang tidak dinafikan kemanisannya. Sudah semestinya penulis
mahu menceritakan seperti huraian buah durian di atas. Walaupun buah duku bersaiz kecil, ia
tetap memberi impak persaingan antara manusia dengan tupai untuk mendapat peluang
makan buah yang bermusim ini. Pengajaran yang diperoleh daripada buah ini ialah sekecil-
kecil perkara mampu membawa impak yang sebesar-besar perkara menandingi hal lain
seperti buah duku dengan buah lain. Selain itu, penulis juga mahu memperkenalkan buah-
buahan ini kepada orang ramai.

26
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

(11) Bunga

Lain pula untuk pembawakan unsur flora dalam lagu-lagu percintaan. Bunga semestinya
sinonim dengan haruman dan kecantikan. Penulis lirik bagi lagu Cinta Pantai Merdeka yang
meletakkan perkataan bunga sebagai unsur romantis bagi menghidupkan karya-karya
percintaan. Hal ini kerana, bunga merupakan identiti kasih sayang dek kelembutan
harumannya. Siapa sahaja yang memegang bunga, pasti akan terpancar senyuman
kegembiraan di bibirnya dan dihirupnya nafas sedalam-dalamnya. Secara tidak langsung, ia
mendekatkan hubungan antara dua insan yang sedang berputik kasih sayangnya antara satu
sama lain. Sehubungan dengan itu, ayat lirik tersebut “Mengatur bunga cinta”,
menggambarkan perancangan seorang lelaki (penulis lirik) berusaha membina istana di hati
kekasihnya (wanita). Pastinya si teruna perlu berusaha lebih keras dalam memenangi tempat
pilihan di gadis pilihan yang diimpikan untuk hidup bersama kelak.

27
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

7.2 KEINDAHAN FAUNA

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), fauna bermaksud keseluruhan haiwan
yang hidup di sesuatu daerah atau habitat. Hutan lembab tropika mengandungi sebahagian
besar daripada flora di dunia ini. Antara contoh fauna yang sering kita lihat dalam kehidupan
seharian adalah seperti burung, serangga dan ikan. Namun, dalam kajian yang kami telah
jalankan terhadap elemen fauna dalam lagu, kami mendapati terdapat haiwan-haiwan tertentu
yang digunakan dalam lagu untuk dikaitkan dengan alam sekitar. Merujuk kepada jadual
yang dilampirkan di bawah, berikut merupakan unsur fauna yang diaplikasikan dalam lagi.

1.Burung

Berdasarkan analisis teks yang telah kami jalankan, unsur fauna burung merupakan pilihan
penulis lirik dalam kebanyakan lagu. Buktinya, pengkaji dapati terdapat tiga buah lagu yang
menggunakan elemen fauna burung iaitu di dalam lagu Sabda Alam nyanyian Chrisye,
Lestari Alam nyanyian Gombloh dan lagu Hijau Bumi Tuhan nyanyian XPDC.

‘Kicau burung bernyanyi,tanda buana membuka hari’ yang dipetik daripada lagu
Sabda Alam yang dinyanyikan oleh Chrisye menerangkan bahawa telah masuk waktu siang,
hari yang baharu untuk memulakan suatu pekerjaan. Berdasarkan keseluruhan lagu ini,
kicauan burung di pagi hari membuat penulis lirik berfikir sejenak akan tanah air yang bersih
akan kekal ataupun tidak pada masa akan datang. Hal ini demikian kerana, dunia kita pada
hari ini sering didengarkan dengan berita pencemaran seperti kejadian jerebu. Salah satu
contohnya ialah jerebu yang berlaku akibat aktiviti pembakaran ladang pertanian dan hutan
yang dikenalpasti sebagai punca jerebu di Indonesia-Malaysia, khususnya di kawasan
Sumatera Utara dan Riau (Asmala et al. 2006). Di Pekan Baru pula, ribuan hektar tanah
gambut terus dibakar sebagai persediaan untuk kerja-kerja menanam semula kelapa sawit.
Apabila keadaan ini berterusan, beban pencemaran akan meningkat seterusnya merentasi
sempadan dari kawasan kebakaran ke Semenanjung Malaysia di bawah pengaruh angin
monsun barat daya yang lemah (Shaharudin Ahmad, 2005).

Berdasarkan lagu Lestari Alam nyanyian Gombloh pula, haiwan burung digunakan di
dalam lirik untuk menggambarkan bahawa dalam dunia yang kini semakin banyak aktiviti
pembalakan menyebabkan bukit-bukit sudah bersih dan pokok-pokok di mana yang pada
asalnya merupakan tempat tadahan hujan, kini tidak lagi. Akibatnya, burung-burug hilang
habitat untuk berlindung dan mencari. Hal ini diterangkan melalui ‘pohon dan rumput

28
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

enggan bersemi kembali, burung-burung pun malu bernyanyi’. Penulis menggunakan elemen
burung untuk menggambarkan kesan aktiviti pembalakan yang semakin berleuasa jika tidak
diambil ditindakan. Kegiatan pembalakan hutan dan bukit adalah bagi tujuan pembangunan
ekonomi dan industri. Kesannya, pelbagai masalah sosial yang baru timbul walaupun ia dapat
meningkatkan tahap kehidupan dan kemewahan material penduduk dunia (Martinsons et al
1996). Salah satu masalah sosial ini ialah keadaan alam sekitar yang semakin merosot. Sejak
beberapa dekad yang lalu, alam semula jadi telah mula mengalami beberapa perubahan
seperti pencemaran air dan udara, pengurangan sumber semula jadi, penipisan lapisan ozon,
pengurangan kawasan paya bakau dan hutan rimba, hujan asid dan peningkatan suhu secara
global (Mohd Rafi et ai. 2003; Martinsons et ai. 1996).

‘Damai terperi kicau bernyanyi, burung berkicauan riang terbang’ yang dinyatakan
di dalam lirik lagu Hijau Bumi Tuhan nyanyian XPDC adalah untuk menyeru setiap individu
untuk memelihara kehijauan bumi. Lirik tersebut menggambarkan alam sekitar yang
dipelihara dengan baik bukan sahaja menimbulkan kesejukan dalam pandangan manusia,
malah burung-burung turut bergembira akan kehijauan bumi. Penulis menggunakan burung
sebagai simbolik kepada penjagaan alam sekitar yang baik dan bebas dari sebarang
pencemaran. Pendidikan dilihat sebagai cara terbaik bagi membentuk generasi yang
mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar. Oleh itu, bagi
mencapai target untuk menjadikan bumi ini kembali kepada keadaan asal iaitu mempunyai
kadar pencemaran yang minimum, salah satu caranya adalah dengan menitikberatkan dalam
bidang pendidikan. Matlamat pendidikan alam sekitar adalah untuk membentuk masyarakat
yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan,
kemahiran, nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke
arah penyelesaian isu-isu alam sekitar (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1998). Pendidikan
alam sekitar juga merupakan asas bagi mewujudkan masyarakat yang mempunyai kesedaran
terhadap alam sekitar, dengan itu akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang lebih
beretika (Jamaludin, 2001).

Oleh itu, burung digunakan sebagai elemen fauna untuk menggambarkan keadaan
alam di dalam ketiga-tiga lagu kerana burung adalah salah satu haiwan yang sentiasa ada di
sekeliling kita.

29
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

2. Penyu

Seterusnya, kami mendapati elemen fauna yang digunakan dalam lagu-lagu yang dikaji ialah
penyu. Haiwan ini menjadi topik utama dalam lagu nyanyian Allahyarham Sudirman
Hj.Arsyad iaitu Penyu Menangis.

Adik ketawa di Rantau Abang,

Penyu menangis siapalah tahu.

(Penyu Menangis, Sudirman)

Berdasarkan lirik lagu di atas, elemen penyu telah dipilih untuk menggambarkan suasana di
Pantai Rantau Abang, Dungun, Terengganu. Seperti diketahui ramai, Rantau Abang
merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong di dalam mahupun luar negeri. Namun
begitu, dengan keindahan pantai dan penyu yang ada di sana, ramai pengunjung yang tidak
berperikemanusiaan membuang sampah sarap ke dalam pantai setelah selesai berkelah
seterusnya memberi kesan yang buruk terhadap penyu di sana. Perbuatan ini merupakan salah
satu faktor penyebab akan penyu semakin pupus. Menurut Nurul Zaila Mohd Tahir (2018),
kes kematian penyu menunjukkan trend yang membimbangkan kerana ia menunjukkan
jumlah peningkatan pada setiap tahun iaitu dari tahun 2011 hingga 2018. Menurut data yang
diberikan oleh Jabatan Perikanan Terengganu (2018), pada tahun 2011 hanya 20 ekor
kematian penyu dicatatkan dan meningkat kepada 31 ekor pada tahun seterusnya. Bilangan
ini meningkat lagi pada tahun 2014 iaitu kepada 40 ekor, 47 ekor pada tahun 2015 dan 59
ekor pada tahun 2016. Jumlah kematian penyu yang paling tinggi direkodkan pada tahun
2016 iaitu sebanyak 70 ekor dan menurun kepada 51 kes pada tahun 2017. Sehingga tahun
2018, sebanyak 51 kes kematian penyu direkodkan. Salah satu hal ini berlaku adalah
disebabkan oleh pengunjung seperti mana yang terdapat di dalam lirik lagu ini. Isu baharu
yang kini dibincangkan di seluruh dunia berkaittan penyu ialah pencemaran plastik di lautan.
Secara amnya plastik memberi kesan terus kepada penyu seperti terjerat menyebabkan penyu
tenggelam dan lemas, tercekik akibat tertelan plastik yang disalah anggap sebagai makanan.
Kesan pencemaan plastik ini boleh membunuh penyu, mengganggu sistem pembiakan
mereka dan seterusnya mengurangkan populasi penyu di dunia (Dr.Ahmad Ismail, 2018)

30
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

3. Karang

Terumbu karang atau karang sekumpulan haiwan yang bersimbiosis dengan sejenis tumbuhan
alga (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Kami mendapati karang ini telah digunakan
dalam sebuah lagu nyanyian Electra seperti di bawah.

‘Sesampainya di laut ku kabarkan semuanya,

Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari’

(Alam Kita, Electra)

Secara keseluruhan, penulis lirik menggambarkan bahawa dunia kini sering dilanda bencana
terutama di kawasan laut dan pantai. Penulis berasa sedih akan bencana yang berlaku dan
berasa ingin tahu aan sebab utama bencana sering berlaku. Penulis menggunakan istilah
bertanya kepada karang kerana karang merupakan salah satu benda hidup yang terdapat di
dalam laut yang kini turut menjadi salah satu ancaman di mana terdapat manusia yang tidak
bertanggungjawab memburu karang dan mengambilnya untuk dijadikan perhiasan dan ada
yang menconteng karang. Penulis terpaku memikirkan tingkah laku manusia sehinggakan
alam kini dianggap enggan bersahabat dengan kita. Walau bagaimanapun,sudah banyak
kawasan terumbu karang yang mengalami kemusnahan. Hal ini berlaku disebabkan oleh
peningkatan suhu air laut global yang berpunca daripada peningakatan suhu dunia.
Kemusnahan terumbu karang telah menjejaskan kehidupan hidupan laut, terutama ikan, yang
menjadikan kawasan terumbu karang sebagai sumber mendapatkan makanan. Aktiviti
manusia juga dikenal pasti menjadi punca berlakunya kemusnahan terumbu karang.
Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa toksik serta bahan kumuh daripada
sektor pelancongan,khususnya oleh hotel-hotel telah menjejaskan terumbu karang. Bahan
kumuh, misalnya, berupaya meningkatkan kandungan nutrien air yang menggalakkan
pertumbuhan alga. Alga yang aktif akan menjejaskan komuniti karang. Kemusnahan kawasan
ini juga turut disumbangkan oleh amalan melabuhkan sauh Tambahan pula, mengikut Alvin
Chelliah (2018), jika dahulu, tugas mereka hanyalah mengambil data tetapi kini mereka lebih
fokus kepada pemeliharaan terumbu karang dan ekosistem laut sekitarnya.

31
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

4. Kumbang

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sejenis serangga yg berkepak dan berkulit
keras. Secara keseuruhannya, lagu Tanya Sama Pokok nyanyian P.Ramlee ini bertemakan
nilai kasih sayang. Namun begitu, penulis telah memilih satu elemen fauna untuk
menggambarkan sesuatu iaitu penulis memilih haiwan kumbang yang membawa maksud
seorang lelaki. Berdasarkan lirik yang dikaitkan dengan kumbang seperti di bawah, ia
bermaksud hubungan yang baik telah terjalin antara kumbang dan bunga iaitu antara lelaki
dan perempuan.

‘‘Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,

Punya tanda-tanda hubungan mesra,’’

(Tanya Sama Pokok, P.Ramlee)

Nilai kasih sayang yang diaplikasikan di dalam lirik klagu tersebut kerana perasaan tersebut
wujud dalam masyarakat Melayu ketika berputiknya rasa kasih sayang antara teruna dengan
dara. Dalam masyarakat Melayu dahulu, perasaan ini bermula daripada pertemuan yang
kebiasaannya secara tidak sengaja, contohnya ketika menuai padi, membajak, menggala dan
menyisir sawah. Pemuda dan gadis akan berjumpa ketika gadis menyediakan makanan
kepada pemuda-pemuda yang bekerja. Selain itu, pertemuan juga mungkin berlaku ketika
menjalankan kerja-kerja gotong-royong untuk majlis perkahwinan dan kenduri-kendara
(Amat Juhari Moain, 2008: 86). Dari situlah bermula perkenalan dan cinta berputik yang
akan menghasilkan pantun untuk menyatakan hasrat hati.

5. Tupai

Elemen fauna seterusnya yang kami dapati menerusi lagu-lagu yang dipilih ialah tupai
yang digunakan dalam Dikir Barat Tupai oleh Halim Yazid. Menurut Norliza Rofli (2012),
Dikir Barat adalah seni tradisi rakyat yang kaya dengan amanat dan pengajaran. Lagu ini
secara keseluruhannya bertemakan tentang sikap kemanusiaan terhadap binatang. Hal ini
demikian kerana perbuatan menzalimi binatang sudah menjadi satu perkara yang tidak asing
lagi dalam dunia kini. Menurut Roslina Abu Bakar (2011), bertindak zalim salah satu
perbuatan yang tidak berperikemanusian, tidak adil, aniaya dan kejam oleh manusia terhadap
haiwan tanpa ada sebab yang munasabah. Hal ini dapat di hayati dalam lirik lagu “Tupai” ini
seperti di halaman sebelah.
32
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

Setakat bedil ado tupai habis mati,

Hok nilah sayo raso kito sangat rugi,

Setakat bedil ado tupai habis mati,

Hok nilah sayo raso kito sangat rugi,

Bulu bulu pun habis luruh,

Air mato berderai-derai,

Mari daley baruh bekali,

Kena racun tembakau,

Setakat senapang ada tupai habis mati,

Yang ini saya rasa kita sangat rugi,

Setakat senapang dan tupai habis mati,

Yang ini saya rasa kita sangat rugi,

Bulu bulu pun habis luruh,

Air mata berlerai-lerai,

Datang dari sawah

Terkena racun tembakau.

(Tupai, Halim Yazid)

Secara keseluruhannya, penulis lirik ingin menyindir manusia yang melakukan kezaliman
terhadap binatang tanpa ada perasaan belas kasihan. Unsur menyindir ini akan melahirkan
impak yang positif kepada masyarakat yang menghayati lirik ini tentang perbuatan zalim
kepada bintang yang bergelar tupai ini kerana secara amnya, kebanyakan tupai senang
didapati di dusun atau kebun. Malangnya, ramai individu yang mempunyai kebun atau dusun
sering memburu binatang tersebut kerana mereka tidak mengetahui bahawa tupai
memerlukan buah-buahan dan dedaun sebagai makanan utama. Sikap menzalimi binatang
seperti memburu secara haram menyebabkan generasi muda pada masa akan tidak dapat

33
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

melihat dan mengenali tupai disebabkan oleh ancaman kepupusan. Kempen dan pendidikan
awal perlu dijalankan bermula sejak awal kelahiran anak-anak agar mereka mampu memberi
kesedaran kepada khalayak masyarakat tentang kepentingan kehidupan mamalia ini. Kesan
yang kerapkali dirasai dengan mendengar dan menghayati lirik lagu akan memberikan
kesedaran kepada khalayak pendengar (Mohamad Mokhtar Hassan, 2005).

34
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

8.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, daripada hasil kajian ini, kita dapat lihat bagaimana pentingnya alam
sekitar kepada manusia dan ekosistem bumi ini sehinggakan ada yang berani untuk
meluahkan kebimbangan mereka di dalam lagu. Seterusnya, penulis lirik lagu sering
menggunakan unsur hyperbola bagi menjentik perasaan masyarakat agar terkesan dengan apa
yang ingin beliau sampaikan seperti yang terdapat di dalam lagu nyanyian Allahyarham
Sudirman Hj.Arsyad yang bejudul Penyu Menangis, "bengkak jantungnya bengkak, retak
hatinya retak" yang menerangkan perasaan penyu melihatkan tindakan sesetengah manusia
yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan habitatnya iaitu di pantai dan memberi
kesan yang buruk terhadap kebanyakan spesies penyu yang kini didapati bilangan penyu
semakin berkurang. Pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum melakukan sesuatu perkara.
Dalam hal membangunkan negara menerusi perindustrian, alam semulajadi tidak boleh
dilupakan. Jika khazanah bumi ini tidak dijaga dengan sebaiknya-baiknya, tidak ada lagi yang
tinggal unutk generasi yang akan datang. Dunia ini adalah pinjaman. Manusia tidak berhak
untuk merampas atau meragut kekayaan dunia dengan sewenang-wenangnya. Segala perkara
yang ingin dilakukan perlu melalui pelbagai fasa untuk mengelakkan sebarang ancaman
terhadap alam semulajadi. Kepupusan flora dan fauna mampu menjadi mimpi ngeri buat kita
semua jika tidak ada sikap ambil peduli dengan anugerah tuhan.

35
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

9.0 RUJUKAN

Fadhil Othman (1996). Permasalahan Alam Sekitar. Kuala Lumpur: DBP-UTM.

Hafizah Abu Bakar, Nazalina Abd Aziz, Nur Afiqah Mohd Narwawi, Najihah Abd Latif,
Norfaryana Mohd Ijas & Amir Hamzah Sharaai (2015). Kajian Perhubungan Antara
Alam Sekitar Dengan Tingkah Laku Mesra Alam Sekitar Dalam Kalangan Pelajar
Universiti. Jabatan Pengurusan Alam Sekitar, Fakulti Pengajian Alam Sekitar,
Universiti Putra Malaysia.

Jamaluddin Md. Jahi. (2005). Alam Sekitar Fizikal: Pendekatan, Kepentingan dan Impaknya
Terhadap Manusia. (Persidangan Pendidikan Geografi/Sejarah 2005, anjuran
Jabatan Pelajaran Terengganu. Bukit Keluang Beach Resort, Besut, Terengganu, 19-21
Jun).

Jasiman Ahmad, (2003) Pencemaran Alam Sekitar, Kuala Lumpur: Jade Green
Publication Sdn Bhd.

Kementerian Sains, Teknologi & Alam Sekitar (2007). Dasar alam sekitar Negara 2002.
http:www.doe. gov.my/en/content/buku-dasar-alam-sekitarnegara. [9 Mei 2019]

Khairul Azhar Meerangani (2018). Kepentingan Penjagaan Alam Sekitar Menurut Perspektif
Maqasid Syariah. Kolej Universiti Islam Melaka.

Mahadi, Z. & Yusof, N. (2003). Kesedaran Alam Sekitar: Tinjauan Awal dikalangan Pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan
Persekitaran. Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohamad Fazli Sabri & Teoh Yong Yong (2006). Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan
Amalan Kepenggunaan Hijau. Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna,
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.

Noor Azizah Samsudin & Zanaton H. Iksan (2015). Kesedaran Alam Sekitar Melalui
Aplikasi Kendiri Alam Sekitar (KAKAS). Kuala Lumpur.

Tuan Pah Rokiah, Syed Hussain & Hamidi Ismail (2012). Kepentingan Indeks Alam Sekitar
Sebagai Salah Satu Indikator Penentu Indeks Kualiti Hidup Di Malaysia. Fakulti
Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar, Universiti Utara Malaysia.

36
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

UPEN Malaysia (2004). Kualiti Hidup Malaysia 2004. Kuala Lumpur: UPEN, Jabatan
Perdana Menteri.

37
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

10.0 LAMPIRAN

Lirik LAGU PILIHAN KAJIAN SASTERA ALAM SEKITAR

1. Sabda Alam - Chrisye

Kicau Burung Bernyanyi Adakah Esok Kau Senyum Jua


Tanda Buana Membuka Hari Memberi Hangatnya Sejuta Rasa
Dan Embunpun Memudar
Sabda Alam
Menyongsong Fajar
Menghanyutkan Suasanaku
Sejenak Kuterlena Kadangkala Kebosanan
Akan Kehidupan Yang Fana Mencekam Jiwa…
Nikmat Alam Semesta
Sabda Alam
Nusa Indah Nirmala
Berbuat Kodrat Tak Tertahan
Serasa Pagi Tersenyum Mesra Rasa cinta, Rasa nista
Bertiup Bayu Membangkit Sukma Berpadu Satu…

2. Lestari Alamku - Gombloh

Lestari alamku lestari desaku Mengapa tanahku rawan ini


Dimana tuhanku menitipkan aku Bukit bukit telanjang berdiri
Nyanyi bocah-bocah di kala purnama Pohon dan rumput enggan bersemi
Nyanyikan pujaan untuk nusa kembali
Burung-burung pun malu bernyanyi
Damai saudaraku suburlah bumiku
Kuingat ibuku dongengkan cerita Kuingin bukitku hijau kembali
Kisah tentang jaya nusantara lama Semenung pun tak sabar menanti
Tentram kartaraharja di sana Doa kan kuucapkan hari demi hari
Kapankah hati ini kapan lagi

38
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

3. Alam Kita – Electra

Alam ku terbentang luas Semua kini perlahan sirna


Negeri ku indah dan kaya Dari alam untuk kita
Hutan yang hijau sejukan mata Beri jaga untuk generasi kita
Lautan biru hilangkan dahaga Lestarikan lagi
Semua ada semua bisa Bumi kita ini
Karena kita hidup dengan hutan, tanah
Alam ku terbentang luas dan airnya
Negeri ku kini berduka Lestarikan lagi dan jaga bersama
Hutan yang hijau kini memudar Demi kamu, demi aku dan anak cucu
Lautan biru kini membisu kita nanti

4. Hijau Bumi Tuhan – XPDC

Sekali ku memandang kita jagalah harmoninya


kehijauan saujana mata
semusim yang benderang Damai terperi kicau bernyanyi
hati riang nikmatnya tuhan burung berkicauan riang terbang
kita belalah bersama-sama ombak menghempas pantai menanti
kita jagalah harmoninya indah biru laut ini pasti

Semusim ia datang Salam diberi insan di bumi


keindahan ciptaan tuhan itu nikmat hari hari ini
hijau yang terbentang tegur dan sapa senyum ketawa
makhluk tuhan bermesra-mesra itu tanda kita riang
kita belalah bersama-sama abadikan keindahan ini

39
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

5. Pusaka Rimba – Ziana Zain dan Dayang Nurfaizah

Tiada kedinginan embun melingkari Kemana kan ku bawa sisa kehijauan


Ayunan daun di sini Semakin kerdil di bayang kemewahan
Mentari bersembunyi kabut mengaburi Manusia menyahut panggilan kemajuan
Rentak dunia berlari Mereka lupa pusaka rimba

Kota berdiri, megah diselimuti Semakin ku cuba menghampiri bahagia


Cita menjauhi bumi Ribut meruntuhi cinta
Suara berlagu merintih nasibku Harapan yang agung mengubati sendu
Lemah dayaku merindu Pusaka rimba duniaku

6. Hijau – Zainal Abidin

Bumi yang tiada rimba Dan mentah


Seumpama hamba Ku lihat hijau
Dia dicemar manusia
Wahai anak-anak
Yang jahil ketawa
Tidak boleh merasa mandi laut
Bumi yang tiada udara Bersaing main ramai-ramai
Bagai tiada nyawa
Alam sekarang ini tua umurnya berjuta
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari
Kata usaha jauh dari malapetaka
Bumi tanpa lautan Ozon sekarang ini semakin nipis
Akan kehausan Kena pakai benda hak bisa,
Pasti lambat laun hilang Weh kerana manusia
Duniaku yang malang Semua benda-benda di dunia
Tidak boleh tahan
Dewasa ini kita saling merayakan
Sampai bila-bila
Kejayaan yang akhirnya membinasakan

Apalah gunanya kematangan fikiran Bumiku yang kian pudar


Bila di jiwa kita masih lagi muda Siapa yang melihat

40
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

Di kala kita tersedar Dibumiku kini


Mungkinkah terlewat Anak-anak tidak boleh
Merasa mandi laut
Korupsi, opresi, obsesi diri
Polusi, depressi, di bumi, kini

7. Berita Kepada Kawan – Ebiet G Ade

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan Sesampainya di laut kukabarkan


Sayang engkau tak duduk di sampingku, semuanya
kawan Kepada karang, kepada ombak, kepada
Banyak cerita yang mestinya kau matahari
saksikan Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Di tanah kering bebatuan Tinggal aku sendiri terpaku menatap
langit
Tubuhku terguncang dihempas batu
jalanan Barangkali di sana ada jawabnya
Hati tergetar menampak kering Mengapa di tanahku terjadi bencana
rerumputan
Mungkin Tuhan mulai bosan melihat
Perjalanan ini pun seperti jadi saksi
tingkah kita
Gembala kecil menangis sedih
Yang selalu salah dan bangga dengan
Kawan, coba dengar apa jawabnya dosa-dosa
Ketika ia kutanya mengapa Atau alam mulai enggan bersahabat
Bapak-ibunya telah lama mati dengan kita
Ditelan bencana tanah ini
Coba kita bertanya pada rumput yang
bergoyang

41
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

8. Suria Khatulistiwa – Amy Mastura

Memancar Manusia
Indah sang suria Bermandi keringat
Hijau suasana Membanting tenaga
Gemilang semesta Membangun negara

Nyiur melambai Sekian lamanya berusaha


Bayu bertiupan Kini jadi nyata
Gembira kepulangan Cita-cita
Nelayan samudera
Semangat wawasan membara
Menjunjungkan atap rembia Menghangatkan cita
Berlindungkan panas membara Dalam dada
Sang Suria Khatulistiwa
Memancar

9. Penyu Menangis – Sudirman

Anak muda berlagu sayang Lenyap di telan derauan ombak


Dibatu Remis melepas rindu Telur menawar hatinya lebur
Adik ketawa di Rantau Abang Tumpah airmatanya melimpah ruah
Penyu menangis siapalah tahu Agar terhibur adik terhibur
Penyu menangis siapalah tahu
Kelabu matanya kelabu
Sesak nafasnya sesak Tak tahu ...adik tak tahu
Tak tahu... adik tak tahu... Sendu tangisnya sendu
Sebak dadanya sebak Tak tahu... adik tak tahu
Tak tahu ... adik tak tahu... Sayu jiwanya sayu
Bengkak jantungnya bengkak Tak tahu ...adik tak tahu
Tak tahu... adik tak tahu... Layu langkahnya layu
Retak hatinya retak Tak tahu... Abang pun tak tahu...
Tak tahu... adik tak tahu

42
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

10. Tanya Sama Pokok – P. Ramlee

Tersesat malu bertanya Patah sayap diduga


Tak tahu tak tahu ke mana Seandainya rebah kau masih ada
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam Terlalu mahu dan mahu terlupa apa yang
Menyusur di kaki lima terlihat bayang perlu
wajah kelmarin Terlalu banyak alasannya
Tersentuh hati bagai luruh Duduk terdiam

Tanya sama pokok Tak mudah namun tak susah terserah atas
Apa sebab goyang pilihan
Jawab angin yang goncang Tersentuh hati mula luruh
Terbang burung terbang

11. Dikir Barat Anak Tupai – Halim Yazid

Ada seekor anak tupai atas julai


rambutan Orang zaman dulu pakat hambat tupai
kudung ekor perut lapar jalan cari makan bimbang gara-gara tempurung kayu
takuk tak sempat besar
Kejadian tuhan dipanggil nama tupai
asalnya dalam hutan sejenis mamalia Nyiur durian duku kalau sempat dimakan
tupai
Kalu pasal jakit kok dehe dialah yang pendek tahun tu nyiur durian tak sempat
paling pandai nak jual
jatuh jarang-jarang kerana dia tak sabar
Orang sekepung tupai seekor berambat
Pandai pandai tupai melompat jatuh hari hari
tanah juga nya pakat likung nya pakat pekong tupai
tak wi gambar orang jahat jalan terlajak takleh lagi
mangok

43
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

Sakat bedil ada tupai habis mati


hak inilah saya rasa kita sangat rugi Rasa kesian sungguh tengok seekor anak
tupai
Kita manusia tinggi mana pun kita ngaji kerana terlajak kurus sampai tidak boleh
nak buat tupai seekor tentu sekali nya tak nak meniti pagar
jadi
Bulu bulu pun habis luruh air mata
Loni kampung atau bandar jarang boleh bederai derai
tengok mari dale baruh bekali kena racun tebaka
bapa tupai ibu tupai jalan bawa anak

12. Cinta Pantai Merdeka – Jinbara

Telah bertahun lama Oh! indahnya... peristiwa...


Tenggelam arus masa Cinta kita di Pantai Merdeka...
Didalam ingatanku
Masih ingatkah oh kekasih
Masih segar terasa
Biarpun kini kau di mana
Terkadang aku sama Namun dengarlah lagu ini
Mengatur bunga cinta Cinta kita di Pantai Merdeka
Keadaan memaksaan
Kita terpisah jua Ku ukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Andainya aku berdaya
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Kan ku coretkan untukmu
Jauh pandangan permai
Sebagai kenangan kita
Di situ tanjung dawai terkenang peristiwa
Kan ku buktikan untukmu
Cinta kita terurai
Akan aku buktikan
Oh! indahnya... peristiwa...
Ku ukir namamu Cinta kita di Pantai Merdeka.
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

44
LMCR1222 - SASTERA ALAM SEKITAR
Keindahan Flora & Fauna Dalam Lagu

Anda mungkin juga menyukai