Anda di halaman 1dari 2

Praktikum merupakan subsistem dari perkuliahan bagi pelajar-pelajar IPG.

Praktikum juga dikenali sebagai satu aktiviti terstruktur dan terjadual yang bertujuan untuk memberi pengalaman yang nyata dalam rangka meningkatkan pemahaman guru-guru pelatih tentang pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Pemikiran pelajar yang berbeza-beza tahap kematangannya memerlukan berbagai pendekatan berbeza. Guru dapat mempelbagaikan cara dan teknik di bilik darjah yang akhirnya mewujudkan budaya suka belajar dalam kalangan pelajar. Saya sebagai guru pelatih dari Kampus Ilmu Khas diarahkan menjalani praktikum saya di Sekolah Kebangsaan Convent, Kajang. Saya dimaklumkan oleh pensyarah pembimbing saya bahawa praktikum berfokuskan mata pelajaran major iaitu pendidikan seni visual. Seterusnya, saya juga mendapat tahu bahawa bilangan waktu mengajar minimum adalah 8 masa dan maksimum 12 masa bagi guru-guru pelatih yang menjalani aktiviti praktikum. Bukan itu sahaja, semasa menjalankan praktikum di sekolah guru-guru pelatih dikehendaki membuat beberapa perkara dengan tujuan membantu untuk melaksanakan aktiviti tersebut berjalan dengan lebih lancar. Di samping mengajar, saya diwajibkan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) setiap hari sebelum saya memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas saya. Format yang dimestikan memerlukan berkenaan saya mata memperuntukkan pelajaran lebih banyak masa yang menyediakannya. Ini kerana saya perlu memikirkan pelbagai faktor. Selain menuliskan perkara pelbagai pendekatan dirancangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu juga dinyatakan dengan lebih spesifik. Contohnya, membuat set induksi. Pada masa yang sama, sepanjang tempoh praktikum saya juga perlu melibatkan diri secara aktif dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Misalnya, pada hari Sabtu yang lepas (16 Julai 2011), sekolah saya telah melangsungkan Hari Kantin. Selain itu, saya juga perlu melengkapkan semua tugasan praktikum yang telah disenaraikan untuk memenuhkan Port-Folio yang perlu ada bagi setiap guru pelatih yang menjalani praktikum.

Tambahan pula, saya juga perlu menjalin hubungan baik dengan semua warga sekolah saya tanpa mengira status. Saya juga berperanan mengajar murid-murid yang mempunyai berbagai-bagai karenah. Pemikiran murid yang berbeza-beza tahap kematangannya memerlukan berbagai pendekatan berbeza . Maka, saya perlu mempelbagaikan cara dan teknik di bilik darjah yang akhirnya mewujudkan budaya suka belajar dalam kalangan murid. Malahan, saya seharusnya membiasakan diri dengan suasana sekolah tersebut. Namun demikian, saya juga perlu berada dalam keadaan bersedia pada setiap masa untuk pemantauan pensyarah pembimbing saya. Hal ini kerana saya boleh dipantau oleh guru pembimbing saya pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, saya harus memastikan RPH saya sentiasa lengkap dengan set induksi yang mantap supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Walau apa pun cabaran saya hadapi, saya masih bertekad bagi menjalani praktikum ini dengan sebaikbaiknya.

Anda mungkin juga menyukai