Anda di halaman 1dari 15

Kuliah 1 : Hubungan Bahasa

dan Sastera
Bahasa dalam Kesusasteraan
Melayu - Pengenalan
 Tumpuan Bidang –
 Bahasa atau Sastera?
 Apa itu Bahasa?
 Apa kata sarjana?
 Apa itu SASTERA?
 Apa yang dapat anda fahami?
‘SASTERA’ dari sudut Bahasa

 S– Seni Bahasa
 A- Akaliah.
 S- Sensitiviti
 T- Tersurat dan Tersirat
 E– Estetika
 R- Realiti
 A- Alternatif / Pelepasan Minda
Hubungan Bahasa dan Sastera
 Disiplin Ilmu Bahasa (Linguistik)
 Fonologi
 Morfologi

 Sintaksis

 Semantik

 Aspek dan bahan Kesusasteraan Melayu


 Tradisional dan moden
 Prosa dan Puisi

 Aliran dan Pemikiran


Unit 1 – Teori Seni Bahasa dan
Aliran Makna
 Klasissme dan Retorik
 Romantisisme dan Seni Bahasa

 Realisme dan Seni Bahasa


Teori Retorik

 Ahli retorik orang yang berketrampilan untuk


meyakinkan orang ramai.
 Penekanan kepada aspek penggunaan dan
pengindahan gaya.
 Tumpuan retorik kefasihan dan ketangkasan
bicara.
 Persoalan moral dan kebijaksanaan kurang
dipentingkan.
 Hal ini mendapat sanggahan daripada beberapa
tokoh – Socrates (hlm. 16)
Kaedah Dialektik - Socrates
 Kaedah soal jawab – Mengapa tidak ? (Why
not?).
 Kebaikan itu adalah ilmu = menjurus kebenaran.
 Socrates menganggap ahli retorik tidak serius
dalam mencari ‘kebenaran’. Mereka lebih
bersifat membanggakan diri.
 Dua prinsip pengucapan seni Socrates
 Mengemukakan definisi pendahuluan tajuk
 Membahagiakn pokok bicara kepada bahagian2.
Klasisisme dalam Kesusasteraan
 Pengaruh teori klasik sangat besar.
 Aspek pengaruh : kategori gaya, kualiti gaya,
istilah-istilah sastera,, prinsip penilaian, prinsip
ciptaan atau kreativiti, dan dasar teori gaya atau
stilistik.
 Kategori Gaya: Gaya tinggi, gaya pertengahan,
Gaya mudah (hlm. 19).
 Kualiti Gaya: Kemurnian, Kejelasan, Kewajaran
(hlm. 19).
Aliran Klasisisme
 Nasihat dan tanggungjawab sosial-sastera
sebagai medium pendidikan.
 Tanggung jawab terhadap masyarakat
bersifat kolektif dan milik bersama.
 Sastera berpaksikan fikiran dan akal budi
yang luhur dan berpekerti tinggi tanpa
dibaluti rasa keburukan.
 Sastera yang terhasil adalah karya yang
bersifat bersih dan suci.
Prinsip Aliran Klasisisme
 Kebijaksanaan – Pemilihan diksi yang berkesan
berhasil memancarkan kebijaksanaan
berdasarkan makna-makna yang diungkapkan
secara luaran dan dalaman.
 Kebenaran – Karya yang dihasilkan sewajarnya
mengungkapkan kebenaran bukan kepalsuan.
 Keanggunan – merujuk kepada adab, tatasusila,
dan kehalusan berbahasa.
 Kefasihan – kebolehan pengarang mengadun
dan memilih kata yang persis yang akhirnya
makna dapat disampaikan dengan persis.
 Keadilan – aktiviti atau tatacara sesuatu itu
dibuat atau diperoleh.
Aliran Romantisme
 Penulis melahirkan gagasan atau ideanya
yang indah-indah tanpa cacat cela atau
sebarang kekurangan.
 Jika kebahagian, maka kebahagian
digambarkan dengan penuh kesempurnaan.
 Jika kesedihan, penulis menggambarkannya
sehingga mampu menitiskan air mata
pembaca.
 Aliran romantisme berteraskan sensitiviti
atau sensori yang sentimental sifatnya.
 aliran ini menonjolkan perasaan dengan
mengkesampingkan pemikiran rasional
dan lain-lain pertimbangan.
 Sifat emosional yang terungkap
menyebabkan karya-karya sastera
beraliran ini tidak berpijak di bumi nyata
dan kurang mementingkan aspek
kebenaran.
Aliran Realisme
 Aliran ini menggambarkan sesuatu
berdasarkan keseluruhan kenyataan atau
realiti yang sebenarnya ada.
 Pemaparan kejadian dan peristiwa
dilihatkan secara teliti.
 Sesuatu itu diperlihatkan secara logik
tanpa membawakan sesuatu yang
berlebih-lebihan sehingga terkeluar
daripada garis kerasionalan dan realitinya.
 Pemaparan tentang kisah, tokoh, watak
dan perwatakan dalam sesebuah karya
wujud secara alamiah.
 Dapat ditafsir secara zahir dengan mata
hati tanpa diwarnai oleh sesuatu yang
boleh mengaburi kebenaran dan
sesahihan dalam dunia nyata.
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai