Anda di halaman 1dari 12

PASAK

PENGUKUHAN AKIDAH MENERUSI


PENGHAYATAN SAINS DALAM AL-QURAN
Permulaan Kejadian Alam Semesta

 Ahli kosmologi mengemukakan satu teori yang bernama


“Big Bang” yang merupakan permulaan alam semesta.

 Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan


mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu
pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang
satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami
jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka
mengapa mereka tidak mahu beriman? (al-Anbiya:30)
Bentuk Asal Kejadian Alam Semesta

 Menurut ahli kosmologi, alam semesta ini pada asalnya


berbentuk plasma. Plasma ini adalah berbentuk awan
gas.

 Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan


langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata
kepadanya dan kepada bumi “Datanglah kamu
keduanya menurut perintahKu dengan suka hati atau
terpaksa”, kedua-duanya menjawab “Kami datang
dengan suka hati” (Fussilat:11)
Asal Usul Organisme Hidup

 Menurut sains, organisme hidup berasal daripada air dan air juga
menjadi komponen terbesar sel hidup.

 Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air,
maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya dan
sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki dan sebahagian
lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakn apa sahaja yang
Dia kehendaki, kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-
tiap sesuatu
Embriologi

 Embriologi ialah bidang ilmu pengetahuan mengenai pembentukan dan


perkembangan embrio iaitu pembentukan anak yang berlaku dalam uterus.

 Dan sesungguhnya kami mencipta manusia dari saripati yang berasal dari
tanah. Kemudian kami jadikan air mani yang disimpan dalam tempat yang
kukuh. Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal
darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami
jadikan tulang, lalu tulang itu kami bungkuskan dengan daging kemudian
kami jadikan ia makhluk yang lain. (al-Mukiminun:12-14)
Perbezaan Cap Jari Manusia
 Cap jari merupakan satu kaedah yang paling baik
untuk mengenalpasti pengenalan seseorang.sifat dan
pengenalan manusia berubah-ubah sepanjang hayat
tetapi cap jari tidak berubah.

 Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan


mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya? Bukan
demikian sebenarnya Kami mampu menyusun
kembali jari jemari dengan sempurna. (al-Qiyamah:3-
4)
Kulit Sebagai Organ Deria

 Kulit merupakan organ manusia. Ia mempunyai pelbagai fungsi


termasuk sebagai organ deria yang peka kepada pelbagai
ransangan seperti suhu, tekanan dan sakit.

 Sesungguhnya orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, Kami akan


mencampakkan mereka ke dalam api neraka apabila kulitnya
hangus terbakar Kami gantikan kulit itu dengan kulit yang lain agar
mereka merasai azab. (an-Nisa:56)
Air Dua Lautan Tidak Bercampur
 Sains telah menemui fenomena di mana apabila dua
lautan bertemu, wujud pemisah antara keduanya.
Pemisah ini membahagikan air lauta yang mempunyai
suhu, kemanisan dan ketumpatan yang berbeza.

 Dia membiarkan dua lautan mengalir yang


kemudiannya keduanya bertemu. Antara keduanya
ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.
(ar-Rahman:19-20)
Gunung Berapi Dalam Laut
 Gunung berapi merupakan satu fenomena yang biasa
ditemui di atas daratan. Namun, 70% gunung berapi
merupakan gunung berapi bawah lautan.

 Dan laut yang di dalam tanahnya ada api. (at-Tur:6)


Penggunaan Air Untuk Penghasilan Buah

 Pengetahuan tentang peranan air dalam proses pembikinan buah-


buahan dan bahagian lain tumbuh-tumbuhan tidak diketahui oleh
manusia sehinggalah pada kurun ke-17.

 Dia yang menjadikan untukmu bumi sebagai hamparan dan langit


sebagai binaan dan Dia menurunkan dari langit air dan dengan air
itu Dia mengeluarkan buah-buahan sebagai rezeki untukmu, maka
janganlah kamu menjadikan sekutu bagi Allah sedangkan kamu
mengetahuinya. (al-Baqarah:22)
Jantina Tumbuh-Tumbuhan

 Semua jenis tumbuh-tumbuhan yang pelbagai sel


mempunyai kaedah pembiakan secara seksual iaitu ia
melibatkan persenyawaan antara gamet jantan dan
gamet betina untuk menghasilkan zigot.

 Maha suci Tuhan yang telah menjadikan berpasang-


pasangan daripada apa yang tumbuh dari bumi dan
dari diri mereka sendiri dan dari apa yang mereka tidak
mengetahui. (Yaasin:36)
Proses Kejadian Hujan

 Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan


bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-
kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis?
Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah
pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan)
yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada
sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang
dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang
demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan
menghilangkan pandangan. (an-Nur:43)

Anda mungkin juga menyukai