Anda di halaman 1dari 23

EDUP3073

10 PERANAN GURU DALAM


PERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA DI
BILIK DARJAH
OLEH : NADHIRAH BINTI KADRASMAN
FATIN IRNAINA BINTI ZULKEFLI
NUR AFIQAH BINTI MAT ASRI
1. Mengambil kira faktor perbezaan antara budaya.

• Perbezaan yang berlaku antara murid mempu untuk


mempengaruhi cara mereka berfikir dan bertindak.
• Guru perlu sentiasa mengambil kira faktor tersebut dalam
merancang serta mengurus pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan murid dalam kumpulan
etnik yang berbeza menerima peluang pembelajaran
yang sama.
2. Mengkaji dan memahami budaya

• Maklumat yang direkodkan seperti penilaian akademik


atau kokurikulum tidak mempu untuk memberikan tafsiran
atau gambar yang sebenarnya tentang seseorang
peribadi murid itu.
• Guru perlu mengkaji serta memahami budaya atau
persekitaran murid di dalam kelas untuk menyediakan
pengajaran dan pembelajaran yang dapat memanfaatkan
semua murid.
3. Menggunakan cara yang berbeza

• Sosiobudaya yang berbeza ini memerlukan guru untuk


menggunakan cara yang berbeza untuk melayani,
memotivasi serta memberikan perhatian di dalam bilik
darjah.
• Di dalam setiap bilik darjah, setiap murid akan berbeza
dari segi sosioekonomi, latar belakang, keluarga, tempat
tinggal, adat resam dan bahasa.
4. Memahami latar belakang sosiobudaya murid

• Latar belakang sosiobudaya murid mempengaruhi


pembelajaran.
• Latar budaya murid penting dalam menentukan pemilihan
strategi, penyampaian pengajaran selain kemampuan
mental dan fizikal murid.
5. Sesuaikan kaedah atau strategi

• Guru perlu menyesuaikan kaedah atau strategi


pengajaran dengan sosiobudaya, daya berfikir dan daya
pembelajaran.
• Maka pembelajaran berkesan akan terhasil.
6. Menerima murid

• Guru perlu menerima murid yang berbeza-beza


sosiobudaya secara positif.
• Hal ini kerana suasana yang positif akan dapat
menjadikan sesi pembelajaran dapat berjalan dengan
baik dan tersusun.
7. Mencari pendekatan yang sesuai

• guru perlu mencari pendekatan yang sesuai untuk


mengaitkan pengalaman murid di rumah dan persekitaran
dengan pengalaman di sekolah
8. Komited dan bermotivasi

• Guru juga perlu komited dan bermotivasi untuk


mendorong kejayaan muridnya tanpa memmbezakan
sosiobudaya mereka.
9. Wujudkan hubungan dengan murid.

• Guru juga perlu mewujudkan hubungan dan ikatan


dengan murid serta membangunkan komuniti belajar
secara kolaboratif.
• Oleh itu, sikap bekerjasama akan dalam diri murid.
10. Mempelbagaikan kaedah pengajaran

• Sebagai seorang guru, keadah pengajaran dan


pembelajaran perlulah dipelbagaikan supaya dapat
membantu murid yang pelbagai sosiobudaya untuk
menguasai pembelajaran.
• Pembelajaran yang berkesan bagi sekumpulan murid
tidak semestinya berkesan kepada sekumpulan murid
yang lain.
10 KEPENTINGAN
MEMAHAMI BUDAYA
1. Bersedia untuk berhadapan dengan
pelajar

• Sebagai seorang guru, beliau perlu tahu bahawa setiap


pelajar mempunyai budaya pelajar yang berbeza-beza.
• Apabila seseorang guru menguasai kefahaman mengenai
budaya sudah pasti guru tersebut lebih bersedia untuk
berhadapan dengan pelajar daripada pelbagai budaya.
2. menyediakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan
• Budaya pelajar adalah faktor yang sering disebut sebagai
pengaruh utama kepada perbezaan dalam pencapaian
akademik yang pelbagai.

• Pengetahuan mengenai budaya pelajar banyak


membantu guru dalam menyediakan proses pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan kepada setiap pelajar
dan menarik kesungguhan serta usaha untuk mencipta
pengalaman-pengalaman pembelajaran yang pelbagai
3. dapat meningkatkan metodologi
pengajaran
• Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap
serta gaya pembelajaran pelajar mempu memberi
pulangan yang cukup baik kepada semua pelajar tanpa
mengira kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah
bilik darjah.
• Dengan kata lain, ia dapat meningkatkan metodologi
pengajaran dan amalan bagi pelajar-pelajar tertentu akan
menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang lebih bermakna dan bukan hanya berorientasikan
kepada peperiksaan semata-mata
4.memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran
• Sebagai seorang pendidik sudah menjadi tanggungjawab
guru untuk membimbing pelajar mencapai potensi diri
dalam pencapaian akademik dan sosial.

• Guru perlu mengkaji dan memahami sosiobudaya setiap


pelajar untuk memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran supaya tidak ada murid yang berasa
tersisih.
5. setiap pelajar mendapat peluang yang
adil untuk pembelajaran
• Kepelbagaian sosiobudaya yang wujud di dalam bilik
darjah memerlukan guru mengambil perhatian yang
sesuai bagi membolehkan setiap pelajar mendapat
peluang yang adil untuk pembelajaran yang berkesan.
6. berusaha dalam menangani cabaran yang wujud
di dalam sesebuah bilik darjah

• Pelajar merupakan aset utama yang boleh dikategorikan


sebagai pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah.
Golongan ini akan sentiasa bersama dengan murid setiap
kali proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di
dalam bilik darjah

• Guru yang memahami pembelajaran dan perbezaan


budaya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam
menangani cabaran yang wujud di dalam sesebuah bilik
darjah.
7. sebarang tindakan dapat dilakukan
mengikut kaedah yang betul dan tepat
• guru perlu memahami bahawa terdapat perbezaan antara
individu pelajar atau kumpulan pelajar dengan yang lain
yang mendesak guru untuk menggunakan kemahiran
yang optimum dalam pengurusan bilik darjah.
• Malah adalah penting bagi guru memahami tingkah laku
dan budaya pelajar terlebih dahulu supaya sebarang
tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul
dan tepat
5. Dapat menerapkan unsur budaya yang
betul kepada murid
• Setiap murid mempunyai etnik masing-masing dan
berbezaan antara satu sama lain
• Gura perlu bijak menerapkan unsur budaya yang baik dan
betul untuk membentuk sahsiah dan perlakuan yang baik
dalam diri murid
9.Memupuk semangat perpaduan dalam
diri murid
• Kepelbagaian etnik dan bangsa dalam sebuah
bukan penghalang kepada guru untuk menerapkan
semangat perapaduan
• Melalui perbezaan inilah guru boleh mengajar nilai saling
menghormati dan menghargai keunikan dalam setiap
perbezaan budaya tersebut
10.Guru akan lebih berhemah dan
menghormati nilai budaya setempat

• Apabila guru telah memahami latar belakang dan identiti


mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina,
sosioekonomi, stail pembelajaran pastinya guru akan
lebih berhati-hati dalam pengajaran yang dilakukan.
• Setiap isi pelajaran akan dikaitkan dengan baik dan
sesuai mengikut budaya murid tanpa memperlekehkan
budaya mereka.
• malah dapat menghormati nilai budaya tersebut.
RUJUKAN
• A.Aziz (2015). Kepentingan memahami budaya kepada
guru. Diambil daripada
https://dokumen.tips/amp/documents/kepentingan-
memahami-budaya-kepada-guru.html.
• Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhirah
Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid. (2017). Budaya dan
Pembelajaran. Oxford Fajar : Selangor Darul Ehsan.

Anda mungkin juga menyukai