Anda di halaman 1dari 21

DPS4013

PSIKOLOGI INDUSTRI DAN


ORGANISASI

KULIAH 1 : PENGENALAN

DISEDIAKAN OLEH:

MAS AYU BINTI IBRAHIM


DIPLOMA PSIKOLOGI
KOLEJ JAIPUTRA
1
DEFINISI
• Pengaplikasian fakta dan prinsip psikologi kepada
masalah berkenaan dengan manusia dalam
konteks perniagaan, perkhidmatan dan industri.
• Pembangunan dan pengaplikasian prinsip-prinsip
saintifik terhadap tempat kerja.
• Ahli psikologi IO boleh mengaplikasikan teori
psikologi untuk menjelaskan dan meningkatkan
keberkesanan tingkah laku dan kognitif manusia
di tempat kerja.
2
Sambungan.
• Pada dasarnya Psikologi IO terdiri daripada
dua pecahan utama iaitu:
a. Psikologi Industri – kajian mengenai personel,
penilaian prestasi, dan pembangunan pekerja.
b. Psikologi Organisasi – meliputi perkara motivasi,
kepimpinan, kepuasan kerja, konflik dan
tekanan, kemalangan di tempat kerja,
persekitaran kerja dan pengguna.

3
SKOP PSIKOLOGI IO
• Psikologi Personel – membincangkan penggunaan
sumber manusia yang sesuai untuk meningkatkan
keberkesanan organisasi. Mementingkan isu seperti
analisis pekerjaan, pemilihan, latihan pekerja serta
penilaian prestasi.

• Psikologi organisasi – membincangkan isu-isu seperti


kepimpinan, kepuasan kerja, motivasi pekerja, struktur
organisasi, komunikasi dalam organisasi, pengaruh
kuasa dan politik sikap, stress, budaya dan motivasi.
4
sambungan
• Psikologi Ergonomik / kejuruteraan – memfokuskan
kepada rekabentuk tempat kerja, interaksi manusia
dengan komputer, persekitaran tempat kerja dll.

• Psikologi Pengguna – memberi sumbangan dalam


pemasaran barangan pengguna sesebuah industri –
melalui iklan & pemujukan.

• Hubungan Industri – berkaitan dengan masalah antara


majikan dengan pekerja. Contoh : isu kerjasama, konflik
kelompok, pertikaian antara tenaga kerja dll.
5
BIDANG IO
• Sains – membincangkan peningkatan pengetahuan
mengenai manusia di tempat kerja, di mana
pengetahuan didapati berdasarkan kaedah saintifik
(kajian) yang boleh menerangkan mengenai tingkah laku.

• Aplikasi – berdasarkan pengetahuan sains, ahli pasikologi


IO cuba mencari jalan untuk menyelesaikannya seperti
memilih pekerja yang terbaik, isu ponteng, peningkatan
komunikasi dan kepuasan pekerja.

6
PERKEMBANGAN PSIKOLOGI IO
• Sebelum Perang Dunia Pertama:
1. Walter Dill Scott (1869-1955)
– Mengaplikasikan teknik psikologi dalam bidang
pengiklanan.
– 1901 : beri ceramah kepada orang ramai tentang potensi
penggunaan prinsip psikologi dalam dunia perniagaan.
– 1903 : tulis buku “The Theory of Advertising” yang
mengandungi teknik psikologi yang boleh diguna untuk
merancang pengiklanan.
– 1919 : tubuhkan syarikat yang beri perkhidmatan
berkaitan aspek pemilihan pekerja.
7
Sambungan
2. Hugo Musterberg (1863-1916)
• Dipanggil bapa psikologi IO
• Menggunakan ujian psikologi dalam memilih
pekerja.
• Banyak melakukan kajian & penyelidikan tentang
kecekapan pekerja dan amat menitikberatkan
kecekapan pekerja (efisyen).
• Menulis buku berjudul “The Psychology of
Industrial Efficiency”.

8
Sambungan
3. Frederick W. Taylor
• Bertanggungjawab merekacipta persekitaran kerja
(melalui masa dan pergerakan) untuk mancapai
output yang tinggi untuk organisasi dan juga
mengupah atau menggaji yang tinggi untuk pekerja.
• 1911 : menulis buku berjudul “The Principles of
Scientific Management”.
• Dua prinsip utama yang diketengahkan ialah:
a. Membentuk cara bekerja yang effisien secara sistematik.
b. Memilih pekerja yang terbaik dan melatih pekerja
dengan menggunakan teknik dan cara yang terbaik.

9
sambungan
• Semasa Perang Dunia Pertama (1915-1918)
– Robert Yorkes menyarankan pihak tentera untuk
menggunakan Ujian Kecerdasan bagi pemilihan
tentera.
– Alat ujian pertama yang dibina ialah Army Alpha.
– Mendapati ramai calon yang buta huruf dan tidak
memahami Bahasa Inggeris, lalu mencipta Army
Beta yang menggunakan grafik.

10
sambungan

• Selepas Perang Dunia Pertama (1919-1939).


– Kajian Hawthorne (Hawthorne Studies)
– Dijalankan oleh Elton Mayo di kilang Western Electrics di
Hawthorne.
– Kajian pada awalnya ingin melihat kesan cahaya terhadap
produktiviti pekerja.
– Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan di antara
faktor persekitaran fizikal iaitu cahaya lampu dengan tahap
efisyen para pekerja.
– Dapatan kajian menunjukkan bahawa produktiviti pekerja
meningkat atau kekal pada tahap memuaskan bukan
disebabkan oleh tahap cahaya tetapi faktor psikologi pekerja.
11
sambungan

• Perang Dunia Kedua (1941-1945)


– Walter Birgham mempengerusikan jawatankuasa pemilihan
tentera dan satu ujian telah dicipta dan dinamakan sebagai
Army General Classification Test (AGCT).

• Selepas Perang Dunia Kedua


– John Flanigan (1954) – Teknik Insiden Kritikal
– Douglas McGregor (1957) – Teori X dan Y
– McClelland (1964) – Teori Pencapaian
– Herzberg (1966) – Teori Dua Faktor
– Locke (1968) – Teori Pencapaian Matlamat
12
PK PSIKOLOGI IO DI MALAYSIA
• Pk masih jauh berbanding dengan Amerika Syarikat
dan Eropah.
• Walau bagaimanapun, penerapan psikologi IO
semakin meluas sama ada dari segi akademik dan
pekerjaan.
• Pengajaran Psikologi IO sebagai satu kursus dimulakan
oleh Jabatan Psikologi, UKM.
• Psikologi IO mula berkembang apabila beberapa
universiti di Malaysia mula menawarkan kursus
psikologi IO seperti di UPM (tetapi dengan nama lain).
13
Sambungan
• Pada hari ini hampir kesemua pusat pengajian tinggi
menawarkan kursus ini.
• Di UTM, disiplin ini dijadikan sebagai mata pelajaran
elektif yang mana terbuka kepada semua pelajar
yang berminat mendalami subjek ini dan sebagai
subjek sokongan bagi kursus Pembangunan Sumber
Manusia dan Pengurusan Teknologi.
• Psikologi IO juga mula berkembang dalam badan
kerajaan dan profesional.

14
PERANAN AHLI PSIKOLOGI IO
1. Pemilihan dan Penempatan
2. Latihan dan Pembangunan
3. Pembangunan Organisasi
4. Mengukur Prestasi
5. Kualiti Kehidupan Kerja
6. Psikologi Pengguna
7. Psikologi Kejuruteraan

15
1) Pemilihan dan Penempatan
• Membangunkan alat ujian untuk pemilihan,
penempatan, pengkategorian, dan kenaikan
pangkat.
• Mengesahkan alat-alat ukuran.
• Menganalisis kandungan kerja.
• Membangun dan mengimplementasikan program
pemilihan.
• Menjalankan penempatan kerja.
• Menentukan potensi pengurusan.
16
2) Latihan dan Pembangunan
• Menentukan keperluan latihan dan
pembangunan.
• Membentuk dan mengimplementasikan
latihan teknikal dan program pembangunan
pengurusan.
• Menilai keberkesanan program latihan dan
pembangunan.
• Merancang kerjaya.

17
3) Pembangunan Organisasi
• Menganalisis struktur organisasi
• Memaksimumkan kepuasan dan keberkesanan pekerja dan
kumpulan pekerja.
• Memudahkan perubahan organisasi.

4) Mengukur Prestasi

• Membangunkan kriteria penilaian prestasi.


• Mengukur kebolehan pekerja.
• Menilai keberkesanan organisasi.
18
5) Kualiti Kehidupan Kerja
• Mengembangkan produktiviti pekerja.
• Menentukan faktor-faktor yang berkaitan
dengan kepuasan kerja.
• Merekabentuk kerja supaya menjadi lebih
bermakna.

19
6) Psikologi Pengguna
• Menilai keutamaan pengguna.
• Menentukan reaksi pengguna terhadap barangan
baru.
• Membangunkan strategi pasaran.

7) Psikologi Kejuruteraan
• Merekabentuk persekitaran kerja.
• Mengoptimumkan keberkesanan manusia – mesin.
• Membangunkan system-sistem teknologi.
20
Sekian, Terima Kasih

21

Anda mungkin juga menyukai