Anda di halaman 1dari 28

UNIT 4 PERMAINAN KATEGORI

PUKUL DAN MEMADANG

PJPK Tingkatan 5 KSSM


Oleh Cikgu Norazila Khalid
Smk Ulu Tiram, Johor
SOFBOL
SOFBOL

• Permainan sofbol memerlukan


aplikasi penyelesaian masalah
dalam strategi memukul dan
memadang.
• Pasukan sofbol wanita
Malaysia telah memenangi
pingat gangsa dalam temasya
Sukan SEA di Manila pada
tahun 2019.
SOFBOL

• Permainan sofbol memerlukan kecekapan


setiap pemain membuat keputusan untuk
merealisasikan keberkesanan strategi
memukul dan memadang.
• Keperluan kecergasan yang tinggi sangat
membantu pelaksanaan kemahiran dalam
permainan sofbol.
• Hal ini akan dibincangkan secara terperinci
mengenai strategi yang boleh diguna pakai
berdasarkan situasi permainan sebenar.
STRATEGI SERANGAN

• Permainan sofbol memerlukan beberapa


strategi serangan dengan menggunakan
kemahiran memukul, menampan dan
larian tapak.
• Pukulan yang berkesan terhasil daripada
hayunan bet yang kuat dan titik kontak
mengenai bola sofbol dengan tepat
• Strategi ini boleh dipelbagaikan
bergantung kepada kekuatan dan
kelemahan pasukan lawan.
STRATEGI
SERANGAN

• Sebagai contoh, jika pasukan


memadang mempunyai
kelemahan menangkap bola
tinggi, strategi memukul bola
tinggi dan jauh ke hujung
kawasan permainan boleh
digunakan.
• Pemukul perlu bijak memilih
strategi serangan
menggunakan kemahiran
memukul, menampan dan
larian tapak untuk memperoleh
larian dalam situasi permainan.
STRATEGI PUKUL, TAMPAN DAN LARI

• Strategi pukul dan lari memerlukan pukulan bola yang


tepat dan kuat bagi memastikan bola berada jauh dari
kawasan permainan.
• Strategi ini menyukarkan pasukan pemadang menangkap
bola dan memberikan masa serta peluang kepada
pemukul dan rakan pasukannya berlari mendapatkan
larian.
• Pelari di setiap tapak hanya perlu berlari ke arah tapak
tanpa khuatir akan dimatikan oleh pasukan pemadang.
STRATEGI PUKUL, TAMPAN
DAN LARI

• Strategi ini sangat sesuai apabila pemain pasukan


penyerang mempunyai pemain yang mampu melakukan
pukulan tepat secara konsisten.
• Strategi menggunakan tampanan juga membantu
mendapat larian jika pemain pasukan penyerang berada di
setiap tapak.
• Menampan bola yang jatuh di hadapan pemukul
menyukarkan pihak pemadang membalas pukulan
• Permainan ini boleh diubah suai dengan mengubah suai
saiz gelanggang, peraturan gelanggang, jumlah pemain
CARA BERMAIN

• Permainan bermula dengan pasukan pemadang mengambil


tempat memadang. Pemain penyerang akan bersedia di
tempat memukul.
• Jika pasukan menyerang ingin mendapatkan larian awal
(home run) strateginya ialah pemain yang membuat pukulan
pertama perlulah seorang pemukul yang konsisten dan
mampu membuat pukulan kuat dan jauh ke hujung
kawasan permainan.
• Setelah pemain membuat pukulan tinggi dan melepasi
kawasan permainan, pemukul mendapat larian (home run).
KEKUATAN
DAN
KELEMAHAN
STRATEGI BERTAHAN

• Strategi bertahan diperlukan bagi menghadapi


pasukan lawan yang mempunyai pemukul dan
pelari tapak yang bijak mengatur strategi
untuk mendapatkan larian.
• Pasukan pemadang perlu jelas menentukan
strategi yang sesuai dan mudah difahami oleh
pasukan.
• Selain keupayaan pelempar (pitcher) mengawal
lemparan kepada pemukul, strategi bertahan
yang boleh digunakan bagi mematikan pasukan
pemukul dan pelari tapak adalah dengan
mencecah pelari, melempar bola kepada
pelempar (pitcher) atau menangkap bola.
STRATEGI MENCECAH
PELARI

• Strategi ini dilakukan dengan cara pemadang


menangkap bola yang dipukul.
• Jika kedudukan pemain pemadang
berhampiran dengan tapak yang hendak dituju
oleh pelari tapak, pemadang boleh berlari
terlebih dahulu dan mencecah pelari tapak
yang sedang berlari.
• Pemukul dikira mati apabila bola menyentuh
pada mana-mana bahagian badan pelari tapak.
STRATEGI MELEMPAR DAN
MENANGKAP BOLA

• Strategi melempar bola adalah hampir sama


dengan cara pemadang mematikan pasukan
pemukul dan pelari tapak dengan cara
mencecah.
• Perbezaannya ialah pemadang yang berjaya
menangkap bola akan melemparkan bola ke
arah pemukul yang sedang berlari ke tapak 1.
• Jika bola terkena pada mana-mana bahagian
anggota badan pemukul sebelum sempat
memijak tapak, pemukul tersebut dikira mati.
STRATEGI MELEMPAR DAN
MENANGKAP BOLA

• Strategi ini selalu digunakan dalam permainan apabila


pemukul memukul bola tinggi.
• Bola yang melayang tinggi (fly ball) akan cuba ditangkap
oleh pemadang sebelum bola tersebut jatuh ke tanah.
• Teknik ini memerlukan pemadang berlari ke arah bola
yang dipukul dan berada di bawah bola untuk
menangkap bola tersebut
• Teknik ini juga memerlukan kemahiran enangkap bola
yang baik oleh pemadang.
CARA BERMAIN

• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.


• Kedua-dua kumpulan akan menggunakan
kemahiran bertahan yang dipelajari.
• Kumpulan A akan memulakan pukulan manakala
kumpulan B akan bertindak sebagai pemadang.
• Permainan dimulakan dengan murid satu (M1)
akan membuat pukulan dan berlari ke tapak 1.
• Pelari murid dua (M2) yang berada di tapak 1
akan berlari ke tapak 2.
CARA BERMAIN

• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.


• Kedua-dua kumpulan akan menggunakan
kemahiran bertahan yang dipelajari.
• Kumpulan A akan memulakan pukulan
manakala kumpulan B akan bertindak
sebagai pemadang.
• Permainan dimulakan dengan murid satu
(M1) akan membuat pukulan dan berlari
ke tapak 1.
• Pelari murid dua (M2) yang berada di
tapak 1 akan berlari ke tapak 2.
KEKUATAN
DAN
KELEMAHAN
KAWALAN ZON

• Antara posisi pemain semasa memadang ialah posisi dalam (deep position),
posisi tertutup (close position) dan posisi pertengahan (medium position).
POSISI DALAM (DEEP
POSITION)

• Kedudukan pemadang dalam posisi ini adalah


hampir memenuhi semua kawasan permainan
terutamanya di bahagian hujung kawasan
permainan.
• Pasukan pemadang menggunakan posisi ini
apabila mereka mengetahui pemukul mempunyai
kemahiran memukul bola dengan kuat dan jauh.
• Pukulan bola dengan kuat dan jauh selalunya
dilakukan oleh pemukul terakhir yang
memerlukan satu larian lengkap untuk pasukan
apabila rakan sepasukan pemukul telah
tersingkir dalam permainan.
POSISI TERTUTUP
(CLOSE POSITION)

• Strategi memadang secara close


position digunakan apabila pemadang
menjangkakan pukulan pemukul
adalah tidak terlalu kuat atau jauh.
• Strategi ini selalunya digunakan oleh
pemukul yang menggunakan teknik
pukulan menampan bola bagi
memastikan pelari tapak di tapak 3
dapat berlari ke tapak terakhir untuk
mendapatkan satu larian kepada
pasukan.
• Posisi pemadang adalah hampir
kepada pemukul dan strategi
memadang ini juga merupakan salah
satu teknik mengganggu konsentrasi
pemukul terutamanya untuk pemukul
yang kurang berpengalaman.
POSISI PERTENGAHAN
(MEDIUM POSITION)

• Posisi pasukan pemadang di


tengah, iaitu di antara
hujung padang dan tempat
pemukul.
• Posisi ini digunakan apabila
pasukan pemadang tidak
dapat menjangkakan
kekuatan pukulan yang
akan dipukul oleh pemukul.
CARA BERMAIN

• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.


• Kedua-dua kumpulan akan menggunakan
kemahiran memadang yang dipelajari.
• Pasukan A akan bertindak sebagai
pengumpan bola dan pemukul.
• Manakala kumpulan B akan bertindak
sebagai pemadang.
• Sebelum murid satu (M1) membuat
pukulan, semua pemain kumpulan B akan
bergerak menyusun pemain mengikut
posisi bersesuaian dengan pukulan yang
akan dilakukan.
CARA BERMAIN

• 12 biji bola akan dipukul. Setiap bola yang berjaya


ditangkap kemas akan mendapat 1 mata
• Pasukan yang berjaya memperoleh lima mata terawal dikira
sebagai pemenang.
• Permainan ini akan dilakukan dengan kumpulan bertukar
peranan
• Permainan ini dimainkan dalam situasi permainan sebenar
dengan mengaplikasikan peraturan dan undang-undang
permainan sofbol.
KEKUATAN DAN KELEMAHAN
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai