Anda di halaman 1dari 9

ALGORITMA,

PSEUDOKOD DAN
CARTA ALIR
Disediakan oleh :
Nama :
TAHUN :
ALGORITMA
O Algoritma ialah satu set aturan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Aturan ini
bertertib, jelas dan berkesan untuk
menyelesaikan masalah tersebut.
CONTOH ALGORITMA
Contoh 1: Algoritma

Adakah anda suka makan kuih lapis?Berikut ialah resipi untuk menghasilkan kuih
lapis yang sedap.

Bahan-Bahan:

 1 cawan tepung gandum.


 2 sudu besar tepung beras.
 2 sudu besar tepung jagung.
 2 cawan santan pekat.
 3/4 cawan gula.
 Sedikit garam.
 1 sudu minyak masak.
 Pewarna merah.

Cara Penyediaan:

1. Masukkan semua bahan kecuali minyak dan pewarna. Kacau sampai


sebati.
2. Kalau ada ketulan tepung,tapiskan ia. Griskan loyang dengan minyak
masak tadi.
3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan satu bahagian
adunan tersebut dengan pewarna merah.
4. Letakkan lapisan pertama dan kukus selama 5 minit. Setiap lapisan
mestilah dikukus selama 5 minit
5. Untuk lapisan terakhir,kukus selama 10 minit.

Sebenarnya resepi tersebut adalah merupakan algoritma yang mengandungi senarai


bahan-bahan masakan dan langkah-langkah untuk menghasilkan kuih lapis yang
lazat. Secara umumnya, algoritma ialah satu susunan langkah-langkah untuk
menyelesaikan masalah.

Resepi ini juga boleh ditulis dalam bentuk pseudokod dan carta alir.
PSEUDOKOD
O Pseudokod ialah satu set aturan yang ditulis
dalam bahasa tabii untuk menyelesaikan
sesuatu masalah. Ia menunjukkan langkah
demi langkah untuk melaksanakan sesuatu
tugas dari mula hingga tamat.
CONTOH PSEUDOKOD
Contoh 2: Pseudokod

Pseudokod:
1. Mula.
2. Masuk semua bahan kecuali pewarna dan minyak.
3. Kacau sampai sebati.
4. Tapiskan ketulan tepung.
5. Griskan loyang dengan minyak masak.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
7. Warnakan satu bahagian adunan dengan pewarna merah.
8. Letakkan lapisan pertama ke dalam loyang.
9. Kukus selama 5 minit.
10. Letakkan lapisan seterusnya sehingga adunan habis.
11. Setiap lapisan mestilah dikukus selama 5 minit.
12. Untuk lapisan terakhir,kukus selama 10 minit.
13. Tamat.
Pseudokod mempunyai ciri-ciri yang menyerupai algoritma, cuma ia
mengandungi langkah mula dan tamat.Arahan berada dalam setiap langkah.
Sekarang cuba kita lihat pula bagaimana resepi ini digambarkan dalam
bentuk carta alir.

Contoh 3: Carta Alir Secara Urutan


CARTA ALIR
O Carta Alir adalah rajah yang mengandungi
simbol-simbol geometri yang disambungkan
untuk menunjukkan langkah-langkah
penyelesaian masalah.Setiap simbol
mempunyai makna dan fungsi yang tertentu.
CONTOH CARTA ALIR
SIMBOL MAKNA/FUNGSI PENERANGAN

MULA / TAMAT Mula dan tamat sesuatu aktiviti

PROSES Aktiviti atau proses

PILIHAN Menguji sama ada benar atau salah

ALIRAN Aliran aktiviti

Menggabungkan aliran yang


PENYAMBUNG
berlainan
bentuk carta alir.

Contoh 3: Carta Alir Secara Urutan

Mula

Masukkan semua bahan kecuali pewarna dan minyak.

Kacau sampai sebati.

Tapiskan ketulan tepung.

Griskan loyang dengan minyak masak.

Bahagikan adunan kepada dua bahagian.

Warnakan satu bahagian adunan dengan pewarna merah.

Letakkan lapisan pertama ke dalam loyang.

Kukuskan setiap lapisan selama 5 minit.

Kukuskan lapisan terakhir selama 10 minit.

Tamat
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai