Anda di halaman 1dari 3

Fungsi Bahasa sebagai alat komunikasi

1. Fungsi bahasa sebagai alat komunikasi Penggunaan bahasa sebagai alat komunikasi ialah bahasa memiliki tujuan yang tertentu agar apa yang kita tuturkan difahami oleh orang lain. Oleh itu, respons daripada pendengar adalah perhatian utama kita . Bahasa sebagai alat komunikasi, bahasa merupakan alat untuk merumuskan maksud kita. Dengan komunikasi, kita dapat menyampaikan apa yang kita rasakan, fikirkan, dan ketahui kepada orang lain. Dengan komunikasi, kita dapat mempelajari dan mewarisi semua yang pernah dicapai oleh nenek moyang kita dan apa yang telah dicapai oleh orang-orang sezaman kita. Bahasa adalah alat untuk berkomunikasi melalui lisan (bahsa primer) dan tulisan (bahasa sekunder). Berkomunikasi melalui lisan (dihasilkan oleh alat ucapan manusia), iaitu dalam bentuk symbol bunyi, dimana setiap simbol bunyi memiliki cirri khas tersendiri. Suatu simbol yang biasa terdengar di telinga kita tapi memiliki makna yang sangat berbeza. Misalnya kata sarang dalam bahasa Korea artinya cinta, sedangkan dalam bahasa Malaysia artinya kandang atau tempat. Bahasa sebagai alat komunikasi mempunyai fungsi utama untuk menyampaikan pesanan atau makna daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Hubungan bahasa dengan manusia meyebabkan bahasa sesuatu itu tidak tetap dan selalu berubah seiring dengan perubahan kegiatan kehidupan manusia. Ini bermakna bahasa akan mberubah sejajar dengan perubahan yang dialami oleh manusia agar manusia dapat memahami perubahan kepada perkara baharu dan memahami apa yang dimaksudkan dengan perkembangan bahasa bahru tersebut. 2. Fungsi Bahasa sebagai alat ekspresif Sebagai alat untuk menyatakan ekspresi diri, bahasa menyatakan secara terbuka segala sesuatu yang tersirat di dalam dada kita. Unsur-unsur yang mendorong ekspresi diri adalah untuk menarik perhatian orang lain terhadap kita dan keinginan untuk membebaskan diri kita daripada semua tekanan emosi (Gorys Keraf, 1997: 4). Fungsi utama bahasa adalah sebagai alat komunikasi (Mokhtar Mansor, 1991: 22). Manusia memerlukan suatu medium untuk melawan bicara dengan orang lain. Dalam komunikasi seharian, salah satu alat yang sering digunakan adalah bahasa, baik bahasa lisan mahupun bahasa tulisan. Bahasa menjadi alat komunikasi yang paling efektif di dalam memastikan proses komunikasi berjalan lancar. Melalui komunikasi, kita mempelajari dan mewarisi semua yang pernah dicapai oleh nenek moyang kita, serta apa yang dicapai oleh orang-orang yang sezaman dengan kita. Sebagai alat komunikasi, bahasa merupakan saluran perumusan maksud, melahirkan perasaan dan memungkinkan kita menciptakan kerja sama yang mewujudkan pelbagai aktiviti, merencanakan dan mengarahkan masa depan (Gorys Keraf, 1997: 4).

3. Fungsi Bahasa sebagai alat kognitif Pembelajaran bahasa sebagai satu proses pemikiran iaitu satu aktiviti mental yang merupakan kebolehan khas manusia secara semula jadi. Teori ini menekankan kefahaman struktur bahasa yang dipelajari kerana dipercayai bahawa pengetahuan tentang pemahaman struktur bahasa itu memudahkan pembelajaran dan penguasaan bahasa tersebut. Apabila teori ini digunakan dalam pengajaran bahasa kedua, maka pengetahuan mengenai tatabahasa bahasa kedua ditekankan. Hal ini adalah kerana pengetahuan itu dapat membantu pelajar tersebut menguasai bahasa yang dipelajari itu secara lebih berkesan. Dalam pembelajaran bahasa, pemahaman pelajar akan struktur-struktur bahasa yang dipelajari adalah amat penting. Selain itu, menghafaz peraturan-peraturan dalam tatabahasa itu adalah juga perlu. Kanak-kanak mempunyai satu daya penguasaan bahasa yang bertindak melalui hipotesis dan cuba uji. Dengan daya penguasaan bahasa ini, mereka boleh memilih bentuk-bentuk yang bukan struktur dalam bahasa tersebut. Teori penguasaan bahasa ini rapat hubungannya dengan teori psikologi kognitif pembelajaran yang menekankan analisis dan pembelajaran melalui proses deduktif. Fungsi Bahasa 1 Menjalin Hubungan Sosial (komunikatif) : Menyapa orang lain berdasarkan umur dan kedudukannya. Melafazkan ucap selamat kepada orang lain. Mengucapkan tahniah kepada orang lain. Bertanyakan tentang kesihatan. Menyampaikan undangan, menerima atau menolak undangan. Bertanyakan khabar. Menyampaikan salam atau pesan.

2 Mengumpul Informasi/Maklumat (apeatif) : Mendapatkan atau menerima informasi Melaporkan sesuatu kejadian, peristiwa dan lain-lain. Memberikan kebenaran. Bertanya untuk mendapatkan penjelasan. Meminta atau menyatakan pendapat. Menyatakan persetujuan atau sebaliknya. Bertanyakan dan menyatakan harapan atau keinginan. Bertanyakan atau menyatakan pendapat tentang kebolehan.

3 Menyatakan Perasaan dan Sikap (ekspresif) : Menggunakan bahasa sebagai alat pembentuk sikap dan nilai. Menunjukkan sikap positif terhadap budaya-budaya lain seperti yang digambarkan atau dipancarkan melalui teks tulisan atas secara lisan. Memberi dan menerima kritik-kritik yang membina dalam konteks. Suka atau gembira. Keghairahan atau kekaguman. Persahabatan. Pujian atau galakan.

Berminat. Tidak puas hati. Kehampaan atau kekesalan. Mengkritik. Meminta maaf. Mengapresiasi/menghargai. Kepuasan dan keseronokan. Mengucapkan takziah. Kebanggaan dan taat setia.

4 Menaakul (kognitif) :

Membuat ramalan. Mengelaskan data atau ciri. Membuat rumusan atau kesimpulan. Menyusun informasi atau data. Menganalisis bukti yang ada. Mengumpul dan menilai data atau fakta. Menetapkan kriteria atau ukuran untuk menilai sesuatu perlakuan atau idea. Membezakan fakta dengan pendapat. Mengubah pandangan atau sikap dengan adanya fakta-fakta yang baru. Membuat keputusan secara induktif (dari yang umum kepada yang khusus) dan deduktif (dari yang khusus kepada yang umum). Dapat menilai baik buruknya sesuatu idea, konsep atau pendapat.

Anda mungkin juga menyukai