Anda di halaman 1dari 31

KHATAM AL-QURAN

DISEDIAKAN : ANWAR BIN ZULKIFLI ABDUL AZIZ BIN ZUBER

PERBINCANGAN HUKUM DAN PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA

Maksud Khatam Al-Quran


menghabiskan pembacaan Al Quran bermula daripada Surah Al Fatihah hingga Surah An Nas dalam masa tertentu.

Perbincangan Kaedah Khatam Al-Quran & Hukumnya


1.

2.

Kaedah al-Hal wa al-Murtahil Majlis Khatam Al-Quran

Kaedah al-Hal wa al-Murtahil

merupakan amalan yang lebih afdhal seperti mana dijelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. :

: : . : :

Mafhumnya : Seorang lelaki bertanya : Wahai Rasulullah s.a.w., apakah amalan yang lebih afdhal? Sabda Baginda s.a.w. : al-Hal wa al-Murtahil. Kata lelaki itu : Apakah itu al-Hal wa al-Murtahil?. Jawab Nabi s.a.w. : Membaca dari awal al-Quran sehingga akhirnya, dan dari akhirnya hingga awalnya (Hadis Riwayat atTirmidzi)

Sesetengah pendapat mengatakan bahawa hadis ini dhaif. AlMubarakfuri menyebutkan dalam Syarah Tirmidzi sebuah hadis yangg sama (seperti di atas), riwayat ibnu Abbas sebagai dalil bahawa ianya amalan sunat. Ia juga merupakan amalan ahli mekah untuk mengkhatam al-quran.

Majlis Khatam Al-Quran


Majlis khatam quran ialah sebagai tanda kesyukuran serta mengiktiraf pembaca itu menghabiskan bacaan Al-Quran keseluruhannya.
Dalam majlis khatam Quran, akan ada seorang quru, ustaz, atau ustazah yang dipanggil untuk menyemak bacaan anakanak yang bakal mengkhatam Al-Quran.

Bermula dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Nas

Secara Ringkasnya
Hukum mengadakan Majlis Khatam Al-Quran adalah sunat Dilakukan secara beramai-ramai Sebagai salah satu cara untuk menghabiskan bacaan ayat-ayat suci al-quran

KHATAM AL-QURAN PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W

Cara Pertama

Rasulullah SAW membahagi isi AlQur`an menjadi tujuh bahagian (di mana setiap harinya baginda membaca satu bahagian tersebut), sehingga baginda mengkhatamkan AlQuran sekali dalam seminggu.

Aus bin Huzaifah rahimahullah berkata: Aku bertanya kepada para sahabat Rasulullah s.a.w. Bagaimana caranya kalian membahagi Al Qur`an untuk dibaca setiap hari? Mereka menjawab :

Kami membaginya menjadi (tujuh bagian yakni) : Tiga surah, lima surah, tujuh surah, sembilan surah, sebelas surah, tiga belas surah dan hizb al Mufashshal ; iaitu dari surah Qaf sampai akhir (mushaf).

Cara Kedua

Rasulullah SAW mengkhatam al Qur'an adalah dengan membaca surah al Fatihah sehingga ke surah an Nas kemudian terus disambung ulang kembali al Fatihah sehingga ayat ke 5 surah al Baqarah. Kaedah ini sebut oleh baginda SAW sebagai al-Hal wa al-Murtahil

Sabda Nabi Muhammad saw : : : : : . Mafhumnya : Seorang lelaki bertanya : Wahai Rasulullah s.a.w., apakah amalan yang lebih afdhal ? Sabda Baginda SAW : Al Hal wa al Murtahil. Kata lelaki itu : Apakah itu al-Hal wa al-Murtahil?. Jawab Nabi SAW : Membaca dari awal al-Quran sehingga akhirnya, dan dari akhirnya hingga awalnya (Hadis Riwayat atTirmidzi)

Maksud al Hal wa al Murtahil ini juga adalah telah diterangkan oleh al Imam as Suyuthi :

mafhumnya : Adalah Nabi SAW ketikamana telah membaca sampai Qul a'uzu biRabbinnaas (surah an Nas), dibuka kembali (diulang baca) daripada al Hamdu (al Fatihah), kemudian Nabi s.a.w. membaca daripada al-Baqarah sampai kepada ulaaaa-ika humul muflihuun (al Baqarah, ayat ke 5)

Jelasnya kaedah Rasulullah adalah 'khatam-sambung' yakni tidak berhenti walaupun setelah menamatkan 30 juz bacaan atau dalam ertikata yang lain tidak mengakhiri bacaan pada surah an Nas seperti yang kita fahami. Bahkan, ini adalah suatu sunnah dan kaedah bacaan Rasulullah s.a.w. yang lebih afdhal untuk diikuti.

KHATAM AL-QURAN RASULULLAH S.A.W DAN ZAMAN SAHABAT

Rasulullah S.A.W membahagi isi Al-Qur`an menjadi tujuh bahagian (di mana setiap harinya baginda membaca satu bahagian tersebut), sehingga baginda mengkhatamkan Al-Quran sekali dalam seminggu. Aus bin Huzaifah rahimahullah- berkata: Aku bertanya kepada para sahabat Rasulullah s.a.w , Bagaimana caranya kalian membahagi Al Qur`an untuk dibaca setiap hari? Mereka menjawab:

Kami membaginya menjadi (tujuh bahagian yakni) : Tiga surah, lima surah, tujuh surah, sembilan surah, sebelas surah, tiga belas surah dan hizb al Mufashshal ; iaitu dari surah Qaf sampai akhir (mushaf). (HR. Ahmad, no. 15578)

Rasulullah s.a.w mengkhatamkan al-Qur'an adalah dengan membaca daripada al-Fatihah sehingga ke surah an-Naas kemudian ini terus disambung baginda ulang s.a.w kembali al-Fatihah sehingga ayat ke 5 surah alBaqarah. Kaedah sebut oleh sebagai al-Hal wa al-Murtahil.

Seorang lelaki bertanya : Wahai Rasulullah s.a.w., apakah amalan yang lebih afdhal ? Sabda Baginda s.a.w : Al Hal wa al Murtahil. Kata lelaki itu : Apakah itu al-Hal wa al-Murtahil?. Jawab Nabi s.a.w : Membaca dari awal al-Quran sehingga akhirnya, dan dari akhirnya hingga awalnya [ HR. at Tirmizi ]

KHATAM AL-QURAN PADA ZAMAN ULAMA SALAF

PENGENALAN

Ulama salaf mempunyai kebiasaan-kebiasaan yang berlainan tentang tempo dan jangka masa mengkhatamkan Al-Quran. Ibnu Abi Dawud meriwayatkan dari sebahagian ulama Salaf bahawa mereka mengkhatamkan Al-Quran sekali dalam setiap dua bulan, manakala setengah dari mereka mengkhatamkan Al-Quran dalam setiap bulan. Setengah dari mereka mengkhatamkannya sekali dalam sepuluh malam dan setengahnya mengkhatamkan sekali dalam setiap delapan malam. Banyak dari mereka mengkhatamkan dalam setiap tujuh malam. Setengahnya mengkhatamkannya dalam setiap enam malam. Dan ada pula dari mereka mengkhatamkannya dalam setiap lima malam.

1.

Di antara orang-orang mengkhatamkan Al-Quran sekali dalam sehari semalam ialah Usman bin Affan r.a. Tamim Ad-Daariy, Said bin Jubair, Mujahid, Asy-Syafii dan lainnya.
Di antara orang-orang yang mengkhatamkan tiga kali dalam sehari semalam ialah Sali bin umar r.a. Qadhi Mesir pada masa pemerintahan Muawiyyah. Diriwayatkan bahawa Abu Bakr bin Abu Dawud r.a. mengkhatamkan Al-Quran tiga kali dalam semalam. Diriwayatkan oleh Abu Bakar Al-Kindi dalam kitabnya berkenaan dengan Qadhi Mesir bahawa dia mengkhatamkan Al-Quran empat kali dalam semalam.

2.

3.

4.

5.

Sedangkan orang yang mengkhatamkannya dalam satu rakaat banyak sekali hingga tidak terhitung jumlahnya. Diantara orang-orang yang terdahulu ialah Usman bin Affan, Tamim Ad-Daariy dan Said bin Jubair r.a. yang mengkhatamkan dalam setiap rakaat di Kaabah. Manakala yang mengkhatamkan Al-Quran sekali dalam seminggu, diantara mereka adalah Usman bin Affan r.a, Abdullah bin Masud, Zaid bin Thabit dan Ubai bin Kaab r.a. Dan dari tabiin antara lain ialah Abdurrahman bin Zaid, Alqamah dan Ibrahim rahimahullah.

6.

7.

8.

ADAB-ADAB KHATAM ALQURAN

Sementara waktu permulaan dan pengkhataman bagi orang yang mengkhatamkan Al-Quran dalam seminggu, maka telah diriwayatkan oleh Abu Dawud bahawa Usman bin Affan r.a. memulai membaca AlQuran pada malam Jumaat dan mengkhatamkannya pada malam Khamis. Imam Abu Hamid Al-Ghazali rahimahullah berkata dalam Al-Ihya:Cara yang lebih baik ialah mengkhatamkan sekali pada waktu malam dan sekali pada waktu siang dan menjadikan pengkhataman siang pada hari Isnin dalam dua rakaat fajar atau sesudahnya serta menjadikan pengkhataman malam pada malam jumaat dalam dua rakaat Maghrib atau sesudahnya supaya awal siangnya berhadapan dengan akhirnya.

Diriwayatkan seorang

dari

Thalhah

bin

Musharif katanya:

At-TabiI

Al-Jalil,

Barangsiapa mengkhatamkan Al-Quran pada waktu manapun pada waktu siang, maka para

malaikat mendoakan baginya sampai petang.


Dan siapa yang mengkhatamkan Al-Quran pada waktu manapun dari waktu malam,

maka

para

malaikat

mendoakan

baginya

sampai pagi. Diriwayatkan juga dari Mujahid hadits seperti itu.

PANDUAN KHATAM AL-QURAN

Cara Melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran


1.

Secara Individu Majlis diadakan oleh ahli keluarga berkenaan. Qatadah berkata Adalah Anas bin Malik, apabila ia mengkhatam al-Quran, dikumpulkan anggota keluarganya lalu beliau berdoa dalam majlis itu. Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih.

2.

Secara Berkumpulan (dalam majlis) Sabda Rasulullah s.a.w, daripada Mujahid dengan sanadnya yang sahih ia berkata Mereka berkumpul ketika khatam al-Quran kerana mengharapkan rahmat Allah s.w.t yang turun ketika itu.

Panduan melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran Secara Individu


Majlis diketuai oleh seorang khalifah. 2. Membaca istighfar 3 kali kemudian diikuti dengan:
1.


Pengkhatam membaca daripada Surah Ad-Dhuha sehingga Surah An-Nas dan diikuti oleh pengkhatam secara beriringan. 4. Membaca beramai-ramai pada ayat terakhir surah-surah yang dibaca. 5. Membaca takbir beramai-ramai apabila hendak beralih ke surah yang seterusnya.
3.


6.

: ( 115

Apabila selesai hendaklah membaca :

Panduan melaksanakan Majlis Khatam AlQuran Secara Beramai-ramai


Majlis diketuai oleh seorang khalifah. 2. Membaca istighfar 3 kali kemudian diikuti dengan membaca :
1.


3.

Pengkhatam pertama membaca Surah Ad-Dhuha hingga akhir. Membaca beramai-ramai pada ayat terakhir surah-surah yang dibaca. Membaca takbir secara beramai-ramai apa bila hendak beralih ke surah yang seterusnya :

4.

Pengkhatam kedua membaca surah seterusnya, kemudian diikuti oleh pengkatam lain secara bergilir-gilir sehinggalah ke surah an-Nas. Kemudian membaca :

5.

115 : (

Membaca doa khatam al-Quran. Jika ingin mengadakan Majlis Tahlil bolehlah diteruskan dengan bertahlil. Membaca doa arwah. Membaca doa penutup.

RUJUKAN

Imam Nawawi. Kitab At-Tibyan Fi Adab Hamalat al-Qur'an. Panduan Khatam Al-Quran. Diambil daripada http://rahmatquran.blogspot.com/2011/04/panduan-khatamal-quran.html Kaedah Khatam Al-Quran. Diambil daripada http://www.imranshamsir.com/al-quran/kaedah-khatam-alquran/

Anda mungkin juga menyukai