Anda di halaman 1dari 21

TAJUK: UNIT 1: PENGENALAN FIQH SIRAH

1. YUSRAN BIN YUSOFF 2. MOHD ROMODHIN BIN HARUN 3. MOHD SAIDJUDIN BIN MUSA 4. MOHD HIRMEY BIN OTHMAN (1102253) (1102431) (1102402) (1102362)

KDC 3 PPG USIM SEM 5 2013 PENSYARAH : DR.ABD.AZIZ BIN MAHAYUDIN

Unit 1 Pengenalan Fiqh Sirah


Unit ini menjelaskan dasar ini. Fiqh sejarah ilmu definisi perkara-perkara berkaitan Antaranya Sirah,

kepentingan

pembelajarannya,

perkembangan ilmu ini dan

PENGENA LAN DEFINISI

OBJEKTIF DAN KEPENTINGAN PEMBELAJARAN

SEJARAH PERKEMBANGAN

PENGENALAN Fiqh Sirah adalah satu ilmu yang

membahaskan sirah Nabi Muhammad S.A.W. dari sudut kewajaran dan pengajaran yang terdapat daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku padanya. Ia adalah satu ilmu yang baharu yang hanya memfokuskan sudut yang tertentu dan biasanya tanpa mendetailkan setiap perkara yang berlaku.

DEFINISI

Perkataan Fiqh berasal daripada perkataan bahasa Arab -

yang bererti

faham. Ilmu yang berkaitan hukum-hukum syarak dinamakan Ilmu Fiqh kerana hukum syarak tersebut perlu difahami daripada dalil-dalil yang terdapat dalam Al-Quran dan Al-Sunnah.

sambungan

Perkataan Sirah pula berasal daripada perkataan bahasa Arab -

yang bererti

perjalanan, kebiasaan, jalan, atau tingkah laku. Dari segi istilah, Sirah bermaksud perincian hidup atau sejarah hidup seseorang. Sirah yang dimaksudkan di sini adalah Sirah Rasulullah S.A.W. iaitu rakaman sejarah hidup Baginda S.A.W. secara komprehensif.

sambungan

Penggabungan dua istilah fiqh-sirah bertujuan menunjukkan bahawa ilmu ini merupakan ilmu untuk memahami Sirah Rasulullah S.A.W. dari sudut pengajaran dan rahsia yang boleh diperolehi.
Nama lain bagi ilmu sirah sebelum perkataan sirah digunakan, iaitu: 1. al-Maghazi (peperangan) . 2. al-Tarikh (sejarah)

PERBAHASAN ILMU SIRAH Ilmu Sirah pada asasnya membahaskan tiga perkara iaitu : 1.Sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w bermula sejak kemunculan tanda-tanda kenabian (sejak lahir) hingga kewafatan Baginda S.A.W. 2. Sejarah kehidupan para sahabat yang beriman dan berjihad bersama Baginda S.A.W. 3. Sejarah penyebaran Islam yang bermula apabila diturunkan Surah al Alaq di Gua Hira hingga kemasukan ramai orang ke dalam agama Islam.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN ILMU SIRAH 1.Untuk memahami dengan lebih jelas. 2. Sirah Rasul S.A.W.

Menjadi panduan dalam mengamalkan suruhan agama.

ROMODIN

KEPENTINGAN PEMBELAJARAN ILMU SIRAH 1.Dapat menghayati maksud pengutusan S.A.W sebagai rahmat untuk sekelian alam 2.Untuk memahami agama dengan sempurna 3.Menangkis tuduhan tidak berasas musuh Islam Nabi

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU FIQH SIRAH Penulisan sirah di zaman permulaan

1. Pada mulanya hanyalah kisah-kisah berkaitan kehidupan Rasullullah S.A.W. dan perjuangannya. 2. Terdapat di kalangan para sahabat yang amat mengambil berat dan memberikan perhatian kepada setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan Rasullullah S.A.W.

3. zaman sahabat, para tabiin pula menyampaikan riwayat-riwayat tersebut kepada generasi selepas mereka atau mencatatkannya. (Aban bin 'Othman bin 'Affan r.a (w105h) dan 'Urwah bin az-Zubair bin al-'Awwam (w93h) 4. Keprihatinan terhadap sirah berterusan hingga ke generasi selepas mereka. Generasi inilah kemudiannya mengkhususkan penulisan Ilmu Sirah dan mengasingkannya sebagai bidang ilmu yang lain.

5. Di antara pengarang sirah Rasullullah S.A.W. awal yang paling terkenal adalah Muhammad bin Ishaq bin Yasar yang terkenal dengan nama Ibnu Ishaq (w152h). Beliau telah menulis sebuah kitab sirah yang berjudul al-Maghazi. Kitab ini mengandungi banyak hadis dan riwayat berkaitan Rasullullah S.A.W. dan kehidupannya. Semuanya adalah yang beliau dengar sendiri ketika berada di Madinah dan Mesir.

HIRMEY

5. Ibnu Hisyam iaitu murid al-Bakkai, salah seorang murid Ibnu Ishaq yang terkenal, telah meriwayatkan isi kandungan kitab al-Maghazi daripada gurunya al-Bakkai lalu memuatkannya dalam kitabnya. Sirah Ibnu Hisyam Kitab Tabaqat Ibnu Saad Kitab Tarikh al-Tabari

Penulisan sirah di zaman pertengahan Penulisan sirah selepas itu telah berkembang daripada hanya berbentuk pengkisahan secara umum tentang sirah Nabi Muhammad S.A.W. hingga menjadi penulisan yang memfokuskan sudut tertentu dalam sirah seperti mengkhususkan aspek tanda-tanda kenabian seperti : - Kitab Dalail al-Nubuwwah karangan Imam al-Asbahani, -Kitab Syamail al-Muhammadiyyah susunan Imam alTirmizi yang mengkhususkan sirah berkaitan perwatakan Nabi Muhammad S.A.W. dan lain-lain lagi.

Penulisan sirah di zaman moden

Pada zaman moden, antara kitab sirah yang terkenal dalam Bahasa Arab adalah kitab Nur alYaqin fi Sirah Sayyid al-Mursalin karangan Syeikh Muhammad al-Khudhari.

Kemudian kitab al-Rahiq al-Makhtum karangan Syeikh Safi al-Rahman al-Mubarakfuri.

ABU IZZAT

Kemudian penulisan sirah yang memfokuskan kepada menyingkap rahsia sirah selain pengkisahannya yang dikenali dengan Fiqh Sirah mula menjadi kecenderungan baru. Antara buku-buku terkenal dalam jenis tersebut adalah: # Fiqh al-Sirah oleh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buuthi(Al-Fatihah, telah kembali ke Rahmatullah pada 22 Mac 2013, gugur bersama 42 jemaah masjid di Syiria.)

- Metodologi yang diterapkan dalam buku ini ialah menukilkan satu kisah daripada kisah-kisah sirah nabawiyah, kemudian beliau menyingkap pengajaran yang boleh diambil daripada kisah tersebut. - Beliau membahagikan perbahasan bukunya kepada tahap dakwah menurut sirah nabawiyah. - Pada bahagian penutup, beliau memaparkan sejarah singkat khalifah-khalifah al-Rasyidin.

# al-Manhaj al-Haraki li al-Sirah al-Nabawiyah Dr. Munir Muhammad al-Ghadban -Beliau menulis kajian fiqh sirah yang disebutnya sebagai Manhaj Haraki ini berdasarkan pemikiran Sayyid Qutb tentang waqiah harakiyah, -Dalam kajiannya tentang fasa-fasa pergerakan dari sirah nabawiyah, beliau membahagikan period manhaj haraki seperti berikut: 1. Sirriyah berdakwah secara sembunyi-sembunyi dan merahsiakan struktur organisasi 2. Berdakwah secara terang-terangan dan merahsiakan struktur organisasi. 3. Mendirikan negara. 4. Negara dan penguatkuasaannya. 5. Penyebaran dakwah ke seluruh dunia.

Al-Sirah al-Nabawiyah, Durus wa Ibar Dr. Musthafa Al-SibaI Fiqh al-Sirah Prof. Dr. Zaid bin Abdul Karim Al-Zaid Al-Sirah al-Nabawiyah- Dr Ali Muhammad al-Shalabi

Anda mungkin juga menyukai