Anda di halaman 1dari 4

RESEPI DONUT Bahan A: 350 gram tepung protein tinggi 200 gram tepung gandum 50 gram susu tepung

75 gram gula kastor 1 sudu teh garam 3 sudu teh (10 gram) yis segera Bahan B: 1 biji telur gred A 170 gram air sejuk 80 gram krim putar 1 sudu teh esen vanilla 1 sudu teh perisa mentega Bahan C: 40 gram mentega 30 gram butterol 1 sudu makan liquid bread improver

Info tambahan: Bahan A - Lebihkan penggunaan tepung protein tinggi berbanding tepung gandum. Jika gunakan tepung protein tinggi sahaja lagi baik, tetapi jangan gunakan tepung gandum sepenuhnya. Untuk susu tepung pula, boleh gunakan apa-apa sahaja jenis susu tepung. Bahan B - Hendaklah menggunakan air sejuk sepenuhnya, dan bukannya air suam supaya adunan naik dengan sempurna (Chef Khoo terangkan sebab-sebab pertemuan di antara yis dengan air sejuk atau air suam, tapi Amie terlupa... tak buat catatan). Gunakan krim putar yang mempunyai rasa manis seperti Value Pride, dan bukannya jenis UHT seperti jenama Anchor yang tawar itu. Jika tidak mempunyai perisa mentega, boleh gunakan perisa vanilla sahaja. Bahan C - Jika tidak ada butterol, gunakan sahaja marjerin. Dan jika tidak ada liquid bread improver, gantikan dengan serbuk penaik lain. Jika suka, tambahkan sedikit pewarna kuning supaya doh mempunyai warna yang cantik.

Cara: 1. Campurkan semua Bahan A di dalam mangkuk pemukul. 2. Masukkan Bahan B ke dalam campuran Bahan A dan pukul menggunakan kelajuan perlahan selama 1-2 minit. 3. Tukar kepada kelajuan sederhana, dan kemudian masukkan Bahan C. Pukul lagi selama 5-6 minit sehingga adunan menjadi licin. 4. Keluarkan adunan donut, dan biarkan ditutup untuk rehat selama 30 minit. 5. Ratakan adunan donut setebal 2cm menggunakan kayu penggelek, dan taburkan sedikit tepung gandum di bawah dan permukaan adunan. 6. Tutup dengan plastik dan rehatkan seketika. 7. Buka plastik penutup dan angkat adunan tadi dan kembalikan semula ke tempat asal. Adunan akan menjadi mengecil sedikit. 8. Gunakan acuan donut untuk menerap bentuk yang dikehendaki. 9. Susun di atas dulang yang telah ditabur dengan sedikit tepung. 10. Biarkan donut kembang sehingga menjadi 2 kali ganda. 11. Goreng sehingga kuning keemasan

menggunakan api sederhana panas. Peringatan: Sekiranya mesin pemukul anda bersaiz kecil, buat separuh adunan sahaja kerana doh tidak akan menjadi dengan sempurna sekiranya adunan terlalu banyak. Di bawah ini Amie kongsikan resepi salah satu daripada 14 jenis yang Amie pelajari dengan mengambilkira bahan dan cara penyediaannya yang agak mudah.

Anda mungkin juga menyukai