Anda di halaman 1dari 1

BUBUR KACANG HIJAU

Bahan A 250 gm kacang hijau (dibersihkan dan bilas) 3 cawan air -rebus kacang hijau bersama air sehingga kacang empuk (lebih kurang 20 minit) dan air tinggal sedikit je Bahan B 1 cawan santan pekat (saya gunakan santan kotak) 1 cawan air 70 gm gula melaka 50 gm gula pasir sudu teh garam (atau secukup rasa) 2 helai daun pandan (disimpul) Cara: Setelah kacang empuk, masukkan kesemua Bahan B. Kacau sekali-sekala dan biarkan sehingga mendidih. Matikan api.

Nota: 1) Jangan bimbang jika pada awalnya sukatan kuahnya iaitu air/santan kelihatan banyak. Setelah bubur ni masak, kacang akan lebih mengembang dan menyerap kuah tu tadi. 2) Kemanisan bubur boleh anda sesuaikan dgn citarasa anda. Kalau nak kurangkan juga boleh. Ada yg bubuh sedikit durian dan adakalanya pisang juga digunakan (orang dolu2 laa) 3) Ada yg suka makan bubur ni sewaktu ianya masih panas manakala ada yg gemar menyimpannya dalam peti sejuk sehingga betul-betul dingin baru disantap. 4) Saya sendiri pernah makan bubur kacang hijau ni dgn roti perancis atau biskut tawar. Sedap 5) Last...kalau dulu-dulu, bubur kacang ni boleh dibuat "air batu malaysia" cuma mungkin kuahnya cair sedikit. Tapi tak tau lerr kenapa disebut sedemikian walaupun yg buat org Spore dan dijual di Spore jugak, heheh...

Anda mungkin juga menyukai