Anda di halaman 1dari 2

Pemanasan Badan dan Regangan

Dalam setiap sesi latihan aktiviti fizikal, para pelatih perlu membuat senaman memanaskan badan dan regangan terlebih dahulu. Kenapa? Tujuan aktiviti memanaskan badan dan regangan adalah :

Mengurangkan ketegangan otot dan menjadikan badan anda lebih relaks dan selesa ketika menjalani latihan Membantu koordinasi badan anda agar pergerakan lebih bebas dan mudah Menambah jarak dan lingkungan pergerakan anda Mengelakkan kecederaan seperti ketegangan otot ketika menjalani latihan Memberi isyarat kepada otot dan tubuh badan anda yang latihan fizikal yang intensif akan bermula Membolehkan anda mengenali dan mengetahui kemampuan tubuh badan anda sendiri Membantu melancarkan peredaran darah

Peringatan
1. Pastikan tidak melakukan regangan secara keterlaluan dan ambil masa antara 10 sehingga 30 2. Lakukannya sehingga anda merasa sedikit tegang di bahagian yang diregangkan dan relaks 3. Jaga pernafasan agar ianya perlahan dan terkawal, tetapi, jangan tahan nafas ketika 4. Buat kiraan di dalam hati ketika melakukan setiap regangan. Ini untuk memastikan anda

saat untuk setiap regangan.

ketika menahan setiap regangan. melakukan regangan.

meregangkan otot tersebut secara optima. Setelah beberapa sesi, anda akan melakukan regangan mengikut rasa, tanpa perlu lagi membuat kiraan.

Otot anda dilindungi oleh satu mekanisme keselamatan yang dipanggil Stretch Reflex, di mana, setiap kali anda meregangkan otot secara keterlaluan, sistem saraf anda akan menghantar isyarat untuk mengecutkan otot tersebut untuk mengelakkannya daripada mengalami kecederaan. Bermakna, setiap kali anda meregangkan otot secara keterlaluan, hasil yang sebaliknya akan berlaku, otot anda akan dikecutkan. Meregangkan otot secara keterlaluan atau melakukan lantunan ketika aktiviti regangan juga boleh menyebabkan anda mengalami kesakitan, dan kecederaan, kemungkinan akibat otot tersebut mengalami koyak yang halus.Aktiviti regangan sepatutnya tidak menyakitkan. Kesakitan ketika atau akibat aktiviti regangan mungkin menandakan yang tubuh badan anda telah mengalami kecederaan.

Contoh Akiviti Pemanasan Badan dan Regangan

Anda mungkin juga menyukai